Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, June 23, 2010

Mansuh UPSR & PMR Amat Relevan

Pak Sedaro angkat jutaan kesyukuran kerana hari ini Kementerian Pelajaran Malaysia sudah punya lampu slite "sudah terang lagi bersuluh"...Kita sudah ketinggalan 20 tahun, sehingga hari ini terlalu banyak robot berkepala hitam dalam sistem survival Bangsa Malaysia.

Rakyat Raja teramai dalam statistik penyu, kucing, anjing, tikus dan platipus yang menjurus kepada sistem rekaan Bro Anwar Bin Ibrahim semasa Menteri Pendidikan iaitu UPSR dan PMR. Hari ini Bro Anwar Bin Ibrahim berjaya mewarnai keriangan dirinya dalam alam impiannya sendiri.

Hari ini 11.67 juta rakyat sudah dirobot oleh sistem lampau. UPSR dan PMR amat sesuai dimansuh. Pak Sedaro sudah lama memulun dan memukul institusi tertentu agar sistem robotik ini dihapus sama sekali.

Kita gagal mengurus manusia Malaysia dalam rangka EQ, IQ, SQ dan PQ "emotional, intelligent, spritiual and physical quientient". Hari ini, kita sudah sampai satu persimpangan yang JELAS.

Korea Selatan dan Korea Utara sudah 15 tahun meninggalkan kita daripada sistem pembangunan MOdal Insan melalui proses pengajian rasmi. Jepun sudah 25 tahun daripada kita. Singapura sudah 7 tahun lebih awal.

Insan Malaysia perlu didisiplin wacana akademia dengan mengurus persekolahan bukan secara peperiksaan awam yang memaksa itu dan ini. Kecualilah ingin melahir 20 juta lagi ROBOT Malaysia.

Gunakan kaedah Kerja Kursus, Ujian Kompetensi secara berkala melalui proses "Expriential learning and adventurous leaning mobility", "Physical competency and endurance fitness" dan "skills and high-tech advancement scheme". Maka kita andaikan pada usia rakyat berumur 15 tahun, kita sudah ada rangkaian kekuatan yang terarah dalam bidang automatif, kejuruteraan enjin, aeroangkasa, bio-diversity cultures, sumber hutan dan keaslian semulajadi, sistem kerangka rangkaian sumber robotik berasas sains dan teknologi.

Masa depan Institut Aminuddin Baki boleh fokus kepada latihan Program Kepimpinan Akademik Bistari, Program melahirkan Pemimpin Massa melalui penglibatan Sekolah Berasrama Penuh seperti MCKK, TKC, MRSM, MTD dan sebagainya. Program indoktrinasi Integriti seperti CSR Rebung yang dimaju oleh Institut Integriti Malaysia, program indoktrinasi belia kaliber seperti Pemimpin Belia Kaliber yang dimaju oleh Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, KBS, Program Indoktrinasi Patriotisme seperti Program Cinta Negara yang boleh dimaju oleh Biro Tatanegara.

Semua negeri sudah ada Pusat Ko-kurikulum yang dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Para guru hari ini, 75% punyai mauduk siasah haluan kiri dan tidak condong BN. Para penjawat awam, hampir 57% punyai mauduk siasah haluan kiri dan tidak condong BN. Para peniaga khasnya kaum-kaum lain, tidak ambil peduli langsung BN. Hanya peniaga Rakyat Raja yang 67% menyokong BN.

Hari ini jika Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat mansuh UPSR dan PMR, ia amat baik dan mesti diteruskan. Makanya jika diangkat beberapa subjek bertaraf dunia dalam bahasa tertentu, maka ia akan bertambah relevan. Penguasaan rakyat dalam 3 bahasa dunia amat penting. Murid Rakyat Raja dan Islam mesti khatam paling rendah 10 juzuk Al-Quran iaitu 1/3 daripada 30 juzuk. Ini memberi peluang kepada ketinggian tamadun ILMU dan kealiman para pelajar Malaysia.

Mansuhkan UPSR dan PMR, maka kaedah kemasukan untuk sekolah elit kelas pertama seperti SBP, SBPA dan MRSM, juga Yayasan tertentu mesti melalui proses pemilihan eksklusif, seperti perlunya physical fitness test, IQ, SQ, EQ. Maka, bolehlah kita lahirkan 100 ribu Kelas Menengah Malaysia berteraskan Negara Malaysia, Islam adalah Agama bagi Persekutuan, bahawa Melayu ialah keturunan dan bangsa teras kepada tamadun Malaysia.

Sedarlah Muhyiddin Yassin, bahawa kita mesti boleh melahir dan membina bangsa dan tamadun Bangsa Malaysia pada tahun 2020. Maknanya menjelang 2020 kita sudah berada pada tahap tahun 2030. Barulah kita setanding dan separas dengan Singapura, Jepun, Korea Selatan, German, USA, UK, Perancis, Canada, Sweden, tamadun ilmu Samarkhan, Bukhara, Mesir, Gibraltar dan Yunani Purba.

Kita mahu 31.2 juta Rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 ialah Manusia yang berfikir, manusia yang hormat dan cinta akan Tanahair, manusia yang beragama dan manusia yang berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive