Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 1, 2011

Tajuk Utama Berita Esok

Seorang lelaki yang pergi ke kedai untuk membeli rokok dan dipercayai merupakan seorang bekas tentera, telah dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. Tajuk utama berita yang mungkin terpampang esok:-

Buletin Utama – "Hajat mati di medan perang, tetapi akhirnya terkorban dilanggar beca."

Harian Metro – "Hangat! Sanggup mati kerana sekotak rokok."

Utusan Malaysia – "Pejuang Negara mati di langgar beca?"

Twitter@NajibRazak – "Transformasikan Beca 1Malaysia."

Brader Anwar Bin Ibrahim - "Pemilik beca mesti beri keterangan tanpa bersumpah in the dock."

Hadi Awang - "Tukarkan beca itu kepada beca berkebajikan."

Nik Aziz - "Hududkan pemilik beca. Tapi kena mintak konsensus DAP dulu."

HishamuddinH2O - "Amaran keras dan tindakan tegas kepada pemilik beca!"

Mastika – "Bekas tentera menjadi mangsa Beca Berhantu."

Harakah – "Bekas tentera British mati katak kerana UMNO menolak Hudud."

Malaysiakini – "Kes langgar lari beca adalah bukti kerajaan makan rasuah."

Malaysian Insider - "Pemilik beca tiada kena mengena dengan Singapura."

Keadilan Daily – "Beca merupakan bukti wujudnya konspirasi UMNO."

Rocket Online - "Kita akan bela kematian ini jika bekas tentera itu keturunan Cina. Kita akan tuntut kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja."

Blog Pembangkang - "Beca UMNO membawa padah."

Broery Marantika - "Abang beca, abang beca di tengah jalan, Cari muatan untuk mencari makan, Putar putar, putar putar kaki mengayuh, Pergi jauh keringat pun lalu jatuh."

11 comments:

  1. ni la contoh blogger yang suka buang masa pikir benda2 yang tak menambah ilmu, kemahiran dan intelektual. Patut la NS dekat KL tapi tak dapat faedah kerana fikiran sempit. Mentaliti BEBAL dah menular lama......

    ReplyDelete
  2. Salam Paneh,

    LUCU betul...the moral of the story is that you can put something that happen in various different perspectives according to your own ideology.

    Pada Anonymous 3.57 kalau fikir tulisan ini buang masa dan tak dapat nak fikir apa yang hendak disampaikan, silalah baca saja blog2 atau Malaysia Insider yang mengaku menipu dan kaki fitnah tu.

    Relaxlah..tension sangat. Awak bukan nak bertanding jadi YB PRU 13pun..

    ReplyDelete
  3. kah! kah! kah! tak boleh berenti ketawa la bro!

    ganeh...ganeh!!

    lawak bangat la bro!!

    memang gitula bunyi berita2 yg akan disensasikan oleh segala mak nenek portal yg ada hari ni!!!

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah.. gelak sakan bila baca tajuk media-media pro-pembangkang..

    media hampas & sampah macam tu pun ada orang bodoh beli.. macam Harakah yang kecik darah jual sekeping RM2 tu ... kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Paneh Miang, Sobolom Tuan mati, agak eee banyak bobona kono mintak maaf kek orang. Tak kiro lah, Umno ko, pembangkang ko atau yang lain-lain.Selero ado , bantai lah... Awak nak , idapkan lah, Tekau....

    ReplyDelete
  6. Berita Utama sesuatu akhbar atau tajuk utama ucapan seorang pemimpin adalah merupakan satu tarbiyah atau indoktrinasi yg ingin diterapkan dikalangan pembaca dan pengikut. Memahami isu sesuatu tajuk utama seharusnya dapat membuka mata pengikut kearah mana mereka hendak dibawa. Dengan adanya kemahiran menaakul (reasoning) dengan fikiran terbuka maka sesuatu isu dapat disisihkan yg mana benar yg mana palsu.....

    ReplyDelete
  7. sape makan cili,diolah yg teraso pedas...mungkin bagi sesetngah org yang bengap otaknya,akan fikir artikel ini sekadar satu penulisan yang dangkal...tp bg yg memahami senario perkataan pemimpin & penulisan kewartawanan, ini termasuk dalam satira.

    semakin kita kurang membaca,hanya mendengar ceramah2 bodoh yg mengumpat dan mengeji org,makin bengaplah otak kita.banyakkanlah membaca.

    -Pencolek Angek-

    ReplyDelete
  8. celako ko paneh ! !!

    Potong stim aku, elok elok aku nak serius, aku ketawa terbahak bahak !!!

    Tapi aku terhibur!!

    to anon 3:57

    ekao tulis lah cerito cerito menarik aku nak baco

    celako celako celako

    ReplyDelete
  9. Salam Paneh,

    Ini namo ea satira bermesej, dlm diam berisi, dlm lawak menaji, dlm serius buat org tersenyum. Teruskan Paneh dengan penulisan yg bermutu. Tahniah....

    ReplyDelete

Blog Archive