Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, February 25, 2013

Kemalangan paling ngeri...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak mengajak saya menemaninya ke pasar membeli AYAM+ITIK, LEMBU, HAMPAS KELAPA, PADI, JERAMI...tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah TRAK BERKEBAJIKAN meluru dengan laju dari arah belakang.

TRAK BERKEBAJIKAN itu melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar TRAK BERKEBAJIKAN tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar TRAK BERKEBAJIKAN itu pula. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan TRAK BERKEBAJIKAN itu. TRAK BERKEBAJIKAN itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT dan BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu terbelah dua.

Penumpang BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu yang seramai 40 orang semuanya mati. Pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu sangat marah dan dia pun bertukar menjadi Ultraman dan mem'fire' pemandu TRAK BERKEBAJIKAN. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN menekan butang khas di dalam TRAK BERKEBAJIKAN itu dan ia bertukar menjadi robot Transformers. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah JET PERIBADI di Sabah dan terus ke tempat kemalangan. Emak saya melanggar pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu terkejut dan terus bertukar dari Ultraman menjadi pemandu bas semula lalu terhempas ke jalanraya. BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu pecah. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan JET PERIBADI tersebut dan mengerat tangan pemandu TRAK BERKEBAJIKAN dengan kipas JET PERIBADI. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar JET PERIBADI itu semula ke Sabah. Bila emak saya balik semula ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu TRAK BERKEBAJIKAN dalam bahasa Inggeris.

Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Polis membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mula membuat PERHIMPUNAN BERSIH di tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang PERHIMPUNAN BERSIH lalu menjerit menggunakan pembesar suara. Orang PERHIMPUNAN BERSIH terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging AYAM+ITIK, LEMBU, HAIWAN. Penjual daging AYAM+ITIK, LEMBU, HAIWAN dan peniaga-peniaga HAMPAS KELAPA, PADI, JERAMI berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Sumber.

20 comments:

  1. Kepala butuh bapak hang........

    ReplyDelete
  2. den nak komen tapi nak buek macamano, tak tertubek ayat ... apopun, den tumpang simpati ... sodih pilu raso hati den .

    ReplyDelete
  3. Hahahahahaha..hahahahaha...hilang stress den di hari isnin ni baco post kau paneh. Hahahaha. Terbaek. Sampai meroyan anon ateh skali tu.

    ReplyDelete
  4. Al Hikayat sebegini mmg saban ari aq dengar dari anak jiran aq yg berumor 5 tahun tuh...

    Yg bestnyer ULTRAMAN, Tranformer mmg WATAK WAJIB...plot citernya sama tapi penambahan watak, efek dan unsur meleret tetap ada...

    Dan aq trpaksa dengar dongengan dia krn mak aq 'baby sitter' dia...

    DAN CITER DIA BUAT AQ TRKENANG AL HIKAYAT DEEPAK, BUTTUHYA, ANUwar JUBOR, RATFIZI LEMBU n N AJIS...ARI2 ADA CITER YG BERBEZA TAPI PLOTNYA SAMA, 'UNTUK MENUMPASKAN UMNO/BN'...wlpon unsur mitos, lagenda dan hikayat pon terpaksa di masokkan....

    muahahhahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  5. Puak2 PR ni yakin mereka menang kerana pemimpin mereka kata mereka akan menang besar. Hatta kalau pemimpin ni kata semua pengikut parti mereka ayam, itik dan lembu. Nescaya berkokok dan mengembulah mereka ke serata tempat. Inilah level taksub tahap dewa.

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Din, den pun kolu lidah bilo baco smulo post ni. Pilu ghaso ey..tesiat hati nan lara ni. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Isssshhhhhh, ngerriii sungguh.'
    iiissshhhhh,,,, iiissshhhhhh

    Subang Bestari

    ReplyDelete
  8. ish3...kesian eh...sodih den mondonga eh..simpati den kek mangso komalangan tu..

    hahahahahahahahahha....
    terrrbaikkkkk paneh miang

    ReplyDelete
  9. I'll give you credit for your funny post paneh miang. Bravo!

    ReplyDelete
  10. anon teratas, penunggu setia blog paneh, yg pasti bangaaaaaaang spin spin spin spin spin spin spin spin spin spin

    ReplyDelete
  11. Hahaha.....

    Pencacai UMNO ni,sendiri punya khayalan, sendiri tulis kutuk, sendiri tulis sokong..

    Cukup bangkrap idea...

    Kah kah kah kah....

    Biarkan, biarkan. Luncai terjun dengan labu-labunya..

    kah kah kah....

    ReplyDelete
  12. Aku doakan semoga emak kau Paneh Miang betul betul mati.

    ReplyDelete
  13. Inilah standard penyokong pembangkang, kalau dia mengutuk cakap hak kebebasan bersuara tapi kalau dia kena tak boleh tahan pulak sampai nak doakan mak orang lain mati.
    Mana Abdul Haq ni? boleh keluarkan nas Al-Quran tak, nak tahu jugak apa hukum boleh halalkan doa supaya mak orang lain mati.

    ReplyDelete
  14. Bodohnya Anon 12:14, aku penyokong BN lah.

    ReplyDelete
  15. dah tersilap doakan mak orang lain mati pehtu nak kaber line mengaku penyokong bn. bleh blah la wey.

    ReplyDelete
  16. Aku doakan emak Paneh Miang betul mati kerana accident agar cerita di atas jadi hidup atau cerita benar dan tidak dongeng.

    ReplyDelete
  17. lawak la kaber line kau bhai. cerita jadi hidup konon, cerita benar konon. dah spesis pembangkang suka doa orang lain k.o. tu la deh. orang yang baca komen kau tau la kau spesis macamana. dengan satira pun boleh terasa sampai doa mak orang lain mati. kalau dah mentaliti pencacai totok tu memang dah itam hati nak wek camno.

    ReplyDelete
  18. Semoga emak Paneh Miang betul betul mati kerana accident.

    ReplyDelete

Blog Archive