Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 11, 2013

Parlimen Belia Era Kj

Jawapan YB Menteri Belia dan Sukan dari Parlimen Rembau jelas menunjukkan bahawa Kj belum layak menduduki kerusi Ahli Jemaah Menteri.

Soalan Nik Abdul Nik Abdul Aziz begitu tepat pada masanya. Parlimen Belia ini ialah cetakan Makmal Transformasi Belia, bukan percikan buah fikir Menteri baik Ahmad Shabery Cheek, Azalina sebagainya, apalagi Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Blog Paneh Miang ini, pernah menulis panjang lebar tentang "gerak transformasi" Parlimen Belia, sehingga diangkat dalam siaran Kerusi Panas Bernama 24 dalam isu bicawara Parlimen Belia. Apa yang disarankan tidak dikotakan, nampaknya, Kj terlalu "penakut" dalam urusan kemaslahatan Parlimen Belia.

Sistem online hanya mendaftarkan 15000 insan yang mungkin ingin mencalon diri, dicalonkan, seterusnya bertanding dalam pemilihan Ahli Parlimen Belia seramai 222 orang tersebut. Kerja-kerja retorika ini perlu dikemaskini dengan baik.

Pak Sedaro ingin menegur Kj, jika tiada idea tentang "apa ke jadahnya" Parlimen Belia jemputlah buat pasukan kerja khas yang dianggotai oleh otai-otai pemimpin belia yang sifatnya "thinking leader, thinking worker, thingking organizer", bukan "doer leader, doer worker, doer organizer" semata-mata.

Agenda Parlimen Belia perlu dirapi dengan memasukkan klausa khas dalam Akta 668, itupun kalau Kj pandai urus dan kemaskini. Biasanya bukan Menteri pun buat kerja ini, disuruhnya Pegawai-pegawai KBS le.

Namun, dalam Akta 668 hanya terwarta Majlis Perundingan Belia Negara, yang Pak Sedaro fikir amat sesuai dinaik taraf sebagai Majlis Perundingan Parlimen Belia Negara. MPPBN ini mempunyai kuasa-kuasa khas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang termaktub, sesuai dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 10 (1) (a,b,c). Juga menurut fasal-fasal terwarta dalam keseluruhan Akta 668.

Agenda membawa "kemeriahan perayaan sambutan Hari Belia Putrajaya ke Negeri-negeri" ini, isu lapuk. Tak perlu jawab dan bahas. Siapalah pegawai Parlimen KBS yang tak cerdik-cerdik, urus ucapan balas lisan dan menasihatkan Menteri. Nampak bonar, tiada bil-hikmah dalam jawapan Kj.

Semua Negeri punya wibawa untuk urus sendiri sambutan Hari Belia peringkat Negeri. Beri sahaja Dana Modal Sambutan Hari Belia Negeri sebanyak RM 100 ribu setiap negeri, serah tugas kepada pasukan kerja bersama Majlis Belia Negeri dan JBS Negeri, maka, lebih canggih-manggih sambutan HBN peringkat Negeri.

Ini apabila dah dibelasah kurang lebih RM2 juta di Putrajaya, sibuk pula jawab soalan lisan yang ternyata "diketawakan kawan, sahabat dan lawan"...osah kono temberang la lobai Rombau Most Wasted. Jangan dok banggo dengan pemberian token RM30 ribu ke RM40 ribu setiap negeri, maka, Negeri boleh anjurkan sambutan HBN. Lagi banyak hutang ado...

Kementerian Belia dan Sukan perlu jelas pendirian dan kerja mandirinya. Program paling besar dan mahal dalam rekod ialah Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun (SSEAYP). Tuan rumah utama projek ini ialah Negara Jepun. SSEAYP tersenarai sebagai Program paling berprestij, berjaya, berkos paling mahal dalam senarai utama Program Pembangunan Belia United Nation di Geneva. SSEAYP menelan belanja lebih USD 3 million.

Namun, dek handal "kelentong" kebanyakan pegawai pengurus SSEAYP di KBS mungkin. Khairy Jamaluddin sebagai YB Menteri yang baru, tidak diberi faham akan kedudukan "First Class and 6 stars" program ini. Maka, jadilah SSEAYP sebagai program picisan/longkang dalam kalender KBS.

Parlimen Belia jika benar-benar ingin dijadikan Model Latihan Pemimpin, disarankan jemput bekas-bekas peserta SSEAYP Malaysia untuk terlibat sebagai sebahagian Ahli dalamnya. Kendatipun, Parlimen Belia dianggap sepi, SSEAYP tidak boleh dijadikan "mercu kegagalan" seorang lagi YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pergilah tanya YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri kerana kedua-duanya pernah menjadi Hos Khas SSEAYP zaman masing-masing YB Menteri Belia dan Sukan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive