Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, September 24, 2014

MEWAHnya UIAM

Semua orang tahu yang Rais Yatim adalah Presiden UIAM dan KJ Zumba adalah menteri mentor di universiti yang sama.

Baru-baru ni, seorang pelajar fakulti Undang-Undang UIAM telah menulis di TMI (klik) berkenaan pengubahsuaian fountain (mata air) yang baru di bina di bulatan masuk ke kampus universiti itu di Gombak.


Pelajar bernama Mardhiyah Siraj itu mempersoalkan kos pembinaan fountain serta kewajaran pengubahsuaiannya. Mardhiyah merasakan dana yang digunakan untuk kerja pengubahsuaian itu lebih baik disalurkan ke fakulti dalam kampus yang lebih memerlukan. Beliau memberi contoh kerusi-meja yang banyak rosak, masalah lampu, serta jaringan internet yang teruk etc. lebih perlu diberi keutamaan. Malah komen di TMI juga menyebut berkenaan komputer di Fakulti Kejuruteraan yang masih menggunakan perisian Windows 95 serta disket. Tak sangka masih wujud disket di UIA..heh!!

Mungkin adik Mardhiyah ni tak tau yang fountain tu rasanya memang patut ditukar ikut selera Presiden UIAM. Kan ke Presiden UIAM tu bekas Menteri Kebudayaan..jadi mestilah fountain tu pun mesti ada ciri-ciri budaya. Tu pun kira nasib baik la Presiden tak suruh cat fountain tu corak batik macam baju yang selalu dipakainya..kalau tak..memang sah la nusantara.


Sumber dalaman kami mendedahkan, khabarnya kos pembinaan fountain tersebut bernilai hampir RM500 ribu ringgit. Wow...boleh buat 15 rumah kos rendah tuuu!! Mungkin inilah agaknya 'wow factor' yang Muhyiddin dok tercari-cari tu. Khabarnya kos pengubahsuaian fountain termasuk dalam pakej pengubahsuaian sekali pintu gerbang UIAM yang bajet keseluruhannya bakal mencecah RM1.5 juta. Sekali lagi...WOW!!

Tapi apa la yang nak dihairankan..andai dikhabarkan kos pengubahsuaian pejabat NC UIAM pun boleh rabak sampai RM300 ribu, tu tak kira lagi bajet ubahsuai pejabat Presiden UIAM...jadi apalah sangat setakat RM1.5 juta. Mungkin sebab itulah baru ni pejabat Presiden UIAM pun kena simbah cat.


Sebagai sebuah universiti yang tidak pun tersenarai seperti 5 IPTA lain dalam ranking 400 Universiti Terbaik Dunia, serta diketahui umum sebagai kilang pengeluar pembangkang setiap tahun; KEMEWAHAN UIAM amatlah dikagumi?!

Apa pun kita mestilah bersangka baik..husnulzan. Mungkin juga dana yang digunakan untuk pengubahsuaian fountain, pintu gerbang, pejabat NC, pejabat Presiden UIAM etc. tu menggunakan dana khas yang tidak pun melibatkan wang kerajaan langsung.

Mungkin juga dana tu datangnya daripada menteri mentor UIAM sendiri iaitu saudara KJ Zumba yang kita tahu sebelum ini adalah 'the 'world's richest unemployed man'. Manalah tau kannn..duit saham ECM Libra makan tak habis..jadi sedekahlah kat UIAM sikit..

Lari topik sikit..apahal KJ Zumba seronok sangat Azmin Ali jadi MB Selangor? Ada kaitan dengan kes hantar passport kat Anwar lama dulu ke? KJ Zumba trojan horse Pkr?

9 comments:

  1. Umno kena cantas parasit liberal ni cepat. Org mcm kj, nazri, saifuddin ni semua perosak parti. Tapi nak buat macamana kalau dah presiden pun sama spesis. Apa nak heran kalau uia boros sekalipun. Menteri kewangan pun boros juga sbb tu hutang negara bertambah dan defisit setiap tahun. No.wonder la hutang dah cecah 700 bilion.

    ReplyDelete
  2. nanti ada yang..nyanyi .selamat tinggal pekembar

    ReplyDelete
  3. kami sayang umno, kami sayang orang melayu, berjaga2lah, dan berhati2lah selalu, jangan mudah lupa, kasahanilah rakyat yang telah memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete
  4. ramai melayu 'kacuk' dlm UMNO yg membawa budaya 'rencam'

    ReplyDelete
  5. Saifuddin tu paling celaka besar
    kulit luar UMNO tp hati perut dia PKR DAP.
    Yg hairannya Najib ni
    kepala hotak dia pikir apa?
    asyik bawak bini badak dia ke hulu ke hilir
    urusan pentadbiran pun bawak bini.
    pergi USA.. STEM la apa lah

    yg dlm negara kelam kabut dia tk nk kisah?
    parasit dlm rumah..
    Zaman TUn dlu kita tk risau dgn semua ini
    Zaman Najib dia membela jembalang dalam rumah sendiri (UMNO).
    sgt bahaya Najib laki Rosmah ini

    sbb dialah gateway parasit dan musuh tuk access masuk ke dlm UMNO dn Krjn.

    ReplyDelete
  6. Warigh.
    Den kadangx raso polik,sobab bilo tak buek perubahan dari segi struktur di IPTA kato MOE tak proaktif,nanti malu pado students luar terutamo kek UIAM ni banyak foreign students.Bilo dibuek kato membazir.Tau pun tompek ini banyak mengeluarkan kumpulan anti establishment,boto ko apo budak ni cakap semuo serba kekurangan,apo kejadahnyo dio tulih kek TMI,yg jelas memang anti kjaan sifatnyo.2 orang anak buah den study kek situ,tak la dio orang komplain dewan kuliah tak semporna.Den ni pun bukan suko bonar kek pembesarx UMNO skrg ni,tapi perkaro macam ini eloklah di authenticate dulu dgn pihak berkenaan dan bagi projek mencantikkan landscaping,kito sendiri keluarkan sikit duit untuk mencantikkan rumah,nikan pulak public property/interest.Tapi bab Saifuddin di atas den seratus/duaperatus setuju....new politik taik kucing.

    ReplyDelete
  7. Anonymous 4.29...Mencantikkan universiti dari segi ilmu dan research..,bukannya dari segi water fountain yg tak de bawa apa2 faedah dari segi ilmu. Kat Oxford & Cambridge pun tak der water fountain ni. Universiti Singapore yg ranking no. 1 Asia pun tak der water fountain. Seluruh dunia berebut2 nak masuk sebab cemerlang dari segi ilmu bukannya water fountain..

    ReplyDelete
  8. Kalau Presiden UIA orang Jolobu mano dio pogi memang ibarat trade mark dio segala pembaziran yang dia buat. Kononnya atas nama seni.

    Tak percaya? Check balik semua kementerian yang dia pernah pegi selama menjadi Menteri. Jejak kasih sikit. Tapi pegawai Kementerian-kementerian tu semua tutup mulut. Diorangtu sayangkan kerja melebihi negara. Nak buat camna. Nak hidup.

    Tapi kalau buat kat UIA yang ramai student yang tak pikir panjang tu, silap bosar la tu jang!

    ReplyDelete

Blog Archive