Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 5, 2008

Hindraf Hampeh

Sebenarnya pihak berkuasa sudah maklum lebih awal akan kedatangan Hindraf ke Rumah Terbuka di PWTC tempoh hari. Tapi kita faham bahawa kes Hindraf ini boleh menyebabkan pihak berkuasa serba salah. Jika sesuatu tindakan diambil terhadap puak pelampau ini, maka pelbagai isu akan diperbesar-besarkan terutama oleh pihak pembangkang. Puak Hindraf ini akan cipta pelbagai alasan untuk memberi kewajaran atas segala tindakan mereka.

Contohnya, jika pihak berkuasa menahan puak Hindraf lebih awal sebelum sempat mereka datang ke majlis rumah terbuka tersebut, maka pembangkang akan kata..."Kerajaan tahan orang yang tak bersalah". Jika puak Hindraf dibenarkan hadir tetapi tidak dibenarkan menyertai majlis, maka pembangkang akan berkata..."Apa la punya zalim...orang nak datang beraya pun kerajaan tahan". Jika puak Hindraf ini dibenarkan masuk menyertai orang ramai dan jika ditahan selepas selesai majlis, maka pembangkang akan kata "Kerajaan tahan orang yang mahu meraikan Aidilfitri bersama". Itulah antara alasan dan hujah yang akan diberikan oleh pembangkang jika sesuatu tindakan dikenakan terhadap puak pelampau Hindraf ini. Seboleh-bolehnya kerajaan akan ditonjolkan supaya tampak 'buruk' dan zalim. Mereka akan menerima bulat-bulat hujah Hindraf bahawa mereka hadir atas semangat hari raya dan untuk bermaaf-maafan. Akhirnya yang jadi mangsa ialah pihak polis yang bertugas.

Apa yang puak pembangkang dan pelampau Hindraf ini gagal untuk faham ialah kewajaran tindakan mereka datang ke majlis orang, adakah perlu seperti ini;

1. Memakai t-shirt berlambangkan sesuatu dan pakai secara berkumpulan?
2. Memotong barisan orang lain yang beratur sejak lama untuk bersalaman dan mengambil makanan?
3. Buat kecoh di majlis tuan rumah?

Kalau mereka guna alasan untuk meraikan hari raya dengan alasan rumah terbuka, itu adalah alasan paling 'budus' pernah di dengar. Sebab? Orang yang pergi ke sesuatu majlis pasti akan berpakaian sesuai dengan majlis. Contohnya majlis hari raya, kita pasti akan memakai baju Melayu, baju kurung, baju batik, kemeja ataupun baju yang melambangkan budaya kaum masing-masing seperti cheongsam dan sari. Bukannya dengan t-shirt berlambangkan anti ISA atau lambang-lambang yang menunjukkan seolah-olah ingin membuat demonstrasi. Kamu bukan datang rumah kawan-kawan atau sedara mara sendiri nak pakai sesuka hati. Lepas tu nak buat kecoh pulak. Sudahlah Hindraf ni satu pertubuhan haram yang tak berdaftar. Cuba kalau orang Melayu datang majlis rumah terbuka Deepavali 'dressing' macam tu dan buat kecoh, apa agaknya perasaan kaum India? Kalau datang majlis kampung den 'dress up' dan buek kecoh macam tu, confirm orang kampung perambat lari tak cukup tanah.

Wahai puak Hindraf, orang India di Malaysia cuma 8 peratus dan tiada satu pun kawasan majoriti kaum India di Malaysia. Semua kawasan penempatan kamu di negara ini dikelilingi oleh orang-orang Melayu. Ingatlah bahawa kamu hanya seramai 1.8 juta orang sahaja berbanding kami yang melebihi 15 juta orang. Jangan cuba cabar kesabaran kami kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu pantang dicabar!

Saturday, October 4, 2008

Police report against Dr M

A salesman has accused former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s past and present actions for having caused Malaysia to suffer from economic problems. - Malaysiakini

Kalo aku cakap yang patutlah ko jadi salesman je, marah pulak kawan2 aku yang kerja salesman. Kawan2 aku yang kerja salesman pun lebih bijak ekonomi daripada ko ni. Apasal ko tak saman je skali orang2 Amerika sebab nilai saham dan dollar jatuh, saman China dan India kerana menyebabkan harga barang keperluan naik; dan saman Arab Saudi, Kuwait, Iran dan Iraq sebab jual minyak mahal? Suka hati ko la labu...

Amaran Johor

UMNO Johor mengamalkan dasar terbuka dalam memilih mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti itu Mac depan meskipun terdapat ramai pemimpin UMNO dari negeri ini menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Ghani Othman memberitahu, walaupun ramai pemimpin UMNO Johor menawarkan diri untuk bertanding sama ada di peringkat Majlis Tertinggi (MT) atau jawatan yang lebih tinggi, keputusan itu terletak pada perwakilan di peringkat bahagian untuk menentukannya.

Difahamkan semasa Paklah turun ke Johor pada bulan April lalu untuk berjumpa dengan ahli2 UMNO selepas tamat PRU Ke-12, ketua2 bahagian dan cawangan ketika itu telah memberi dua pilihan kepada Paklah. Dua pilihan tersebut ialah sama ada 'Meletakkan Jawatan' ataupun akan 'Dimalukan'. Maksud dimalukan disini ialah Paklah tidak akan memperolehi sebarang pencalonan daripada UMNO Bahagian Johor sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Presiden. UMNO Johor mempunyai sejumlah 26 Bahagian dan setiap satu bahagian akan membawa seramai 12 perwakilan ke Perhimpunan Agung parti tahun depan untuk memilih pucuk pimpinan UMNO. Semasa di sana juga Paklah dikatakan akur dengan kehendak akar umbi UMNO Johor. Namun sebaik pulang ke Putrajaya serta dikhabarkan beliau telah mendapat nasihat daripada 'seseorang', Paklah telah mengubah pendiriannya ketika itu dan mengumumkan akan tetap mempertahankan jawatan. Wallahualam. Kini pendirian Paklah kembali berubah apabila dijangka akan membuat pengumuman bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa sebelum 9 Oktober ini. Takpelah Paklah, lepas ni boleh tidur puas-puas kalo mengantuk. Tak payah nak pening kepala fikir hal negara.

Blog Archive