Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 2, 2010

Non Pribumi sebagai PM Malaysia

Mudah saja syaratnya:-

1. Beragama Islam kerana majoriti rakyat negara ini adalah Muslim.

2. Fasih berbahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan.

3. Mempunyai pertalian erat dengan budaya Melayu terutamanya keturunan dan persekitaran kerana ianya berkaitan dengan restu Raja-Raja Melayu serta untuk 'membeli jiwa' majoriti pengundi Melayu.

4. Mempertahan serta melaksanakan Perkara 153 dan Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan; BERBEZA dengan Singapura yang mempunyai jaminan hak Pribumi dalam Perlembagaan Singapura tetapi tidak pernah pun dipraktikkan.

5. Laksanakan sistem satu sekolah, yakni menghapuskan semua sekolah vernikular.

Andai semua kriteria di atas ada pada Non Pribumi, maka tak kiralah kaum Cina atau India...pasti individu tersebut akan diterima sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah?

Friday, October 1, 2010

"Rais Yatim bela Hantu Raya"


Dah ramai orang cakap macam tu. Bukan setakat orang kawasan Rais di Parlimen Jelebu saja yang tahu, bahkan seantero Malaysia pun sedia maklum betapa sayangnya Rais kepada hantu. Buktinya, sejak Hari Raya Pertama sehingga kini, televisyen kita tidak henti-henti menyiarkan drama dan filem hantu. Umat Islam yang raya ka atau hantu yang raya? 'Baguslah' kau Rais sebab didik anak-anak kita dengan pelbagai perkara tahyul. Maka akan bertambah cepatlah negara kita maju. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan jangan lupa pulak nanti buat jamuan raya untuk hantu belaan korang tu. Kesian depa penat keluar televisyen hampir setiap hari. Sesekali kena la jamu hantu dengan pulut kuning dan ayam golek. Takut sok hantu tu semua merajuk...susah pulak rakyat Malaysia nak tengok hantu beraya di televisyen lagi.

Ibu Negara Malaysia - KL

Kepada Bapak SBY-Indonesia dan penganalisis politik ekonomi Negara Indonesia. Sukacitanya Pak Sedaro tegaskan bahawa bumi Malaysia tidak memiliki atau memindah ibu negaranya. Kuala Lumpur masih kekal sebagai ibu negara Malaysia.

Putrajaya ialah pusat pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia, bukan sebuah ibu negara baru. Pak Sedaro juga fikir jika terma memindah ibu negara diguna pakai di Indonesia seperti hajat Susilo Bambang Yudiyono, pindahkan Jakarta ke lokasi baru, itu terpulang.

Namun ditegas sekali lagi, bahawa Malaysia punya satu Kuala Lumpur sebagai ibu negara. Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, hari ini, kota besar Kuala Lumpur fokus sebagai pusat komersil dan kegiatan pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malaysia memiliki 3 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, ini diwarta dalam Pekara 2, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Pak Sedaro hendak posan, dialog pindah ibu negara bukanlah tindakan bijak. SBY wajar fikir memindahkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negara Indonesia, dan bukannya Ibu Negara. Jakarta boleh kekal sebagai Pusat Perdagangan dan Komersil Indonesia.

Kesian, harap Kedutaan Besar Indonesia peka perihal definisi ibu negara dan pusat pentadbiran Kerajaan.

Blog Archive