Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 4, 2012

PTPTN

Assalamualaikum,

Mansuhkan PTPTN!!! adakah satu isu yang wajar untuk dibawa ke arena politik. Bagi saya isu PTPTN bukanlah satu isu yang wajar untuk diperdebatkan di dalam arena politik. Nampak ketidakikhlasan pejuang-pejuang politik pihak pembangkang, dimana kebanyakan anak mereka pun sebenarnya adalah peminjam-peminjam PTPTN.

PTPTN di tubuhkan atas dasar membantu anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading. Atas dasar itu jugalah ramai anak-anak Malaysia yang terpelajar dan setelah merasakan dirinya sudah penuh ilmu di dada, dengan sombong dan angkuh menggigit kembali tangan yang menyuapkan mereka makanan di kala tiada sesiapapun yang sudi memandang mereka semasa itu.

Secara dasarnya saya menyokong PTPTN, Cuma yang perlu diperdebatkan adalah sistem PTPTN. Di mana bagi saya, PTPTN bagaikan mencari keuntungan keatas peminjam-peminjam mereka. Ya, saya faham nilai 1 peratus yang dikenakan itu kecil kalau dibandingkan dengan bank-bank perdagangngan yang lain. Tetapi kenapa dibandingkan dengan Bank, kenapa tidak dibandingkankan dengan Yayasan-yayasan negeri, MARA, JPA, dan kebanyakan agensi-agensi yang menawarkan pinjaman dan biasiswa. Sudah tentu jawapanya "Kenapa tidak minta kepada mereka sahaja, jangan pinjam PTPTN..". Tetapi hakikatnya kami tidak diberi pilihan semasa pertama kali kami menjejakan kaki ke menara gading. Dimasa itu kami hanya ditawarkan PTPTN, tandatangan atau tidak itu sahaja pilihan kami. Tanpa kami faham akan akibat apa yang akan jadi selepas itu.

Saya secara peribadi mohon kepada pihak PTPTN agar dipertimbangkan pemansuhan nilai 1 peratus itu dan segala denda lewat yang dikenakan kepada kami, yang terleka dalam melangsaikan tanggungjawab membayar hutang kepada PTPTN. Fahamilah kami bukan tidak mahu membayar hutang dan jauh sekali ingin lari dari hutang. Cuma kalau boleh dipertimbangkan situasi menang-menang kedua-dua belah pihak. Kami dapat langsaikan hutang, PTPTN dapat kembali duit mereka.

Kami bukan pesalah jenayah berat, janganlah dihukum kami sedemikian rupa. Dengarlah suara kami. Jangan terhantuk baru nak tergadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Isu telah dipolitikkan, Takut-takut rasa marah diterjemahkan di atas kertas undi.

Sekian Terima Kasih

Monday, April 2, 2012

Isu Hospital Rembau

i. Peruntukan untuk pembinaan hospital telah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9

ii. Projek tergendala pada mulanya disebabkan masalah tanah/penempatan. Asalnya projek Hospital Rembau ini akan dibina di Terentang Estate, tetapi didapati lokasinya tidak sesuai kerana kawasan tersebut berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Tambahan pula peruntukan asal hanya cukup untuk membina hospital saja dan tiada peruntukan bajet untuk kerja-kerja pemotongan bukit serta peruntukan membina jalan masuk ke hospital.

iii. PKNNS telah memberi keizinan untuk menggunakan tanah mereka di Chembong tetapi timbul masalah berkenaan harga tanah. PKNNS ingin menjual tanah tersebut dengan harga RM22 sekaki, tetapi Kementerian Kesihatan hanya mampu membayar dengan harga RM16 sekaki.

iv. Walaupun cek sudah diterima daripada Kementerian Kesihatan mengikut kadar harga yang dipersetujui iaitu RM16 sekaki, namun bantahan telah dibuat oleh pihak PKNNS di mahkamah dan proses bantahan itu telah mengambil masa serta melewatkan lagi projek pembinaan hospital tersebut.

v. Kini isu tanga telahpun selesai dengan persetujuan kedua belah pihak menerima penyelesaian dengan harga RM18 sekaki bagi lokasi pembinaan Hospital Rembau. Pengadang zink telahpun dinaikkan dan tender telah dikeluarkan pada bulan ini iaitu April 2012.

vi. Hospital Rembau kini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa 26 hingga 30 bulan lagi.


Selanjutnya rujuk sini.

Baca juga isu PTPTN di sini.

Sunday, April 1, 2012

L.A.W.





I just got back from a farm in Tanjung Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah. I had a great time exploring this vast land cultivated by Akmal and his partner Haffizi. Here is what Haffizi or Fizi said about this place.

"LAW adalah sebuah ladang yang akan dibina bagi tujuan agrotourism di Seri Menanti.

Memulakan projek ini dengan hanya membela ayam/unggas exotic seperti ayam belanda, ayam mutiara, ayam bantam, ayam selasih/silkie, ayam mini cochin, ayam giant brahma, merak, burung merpati, itik dan beberapa lagi jenis ayam/unggas.

1st phase is deer farm (3acre): Projek ini dimulakan pada awal Februari 2012 dan sekarang masih lagi dalam pembikinan ladang.

2nd phase (10acre): Under planning for ladang lembu, unta, kuda or ostrich and kolam udang.

Selain tu juga, kami turut merancang akan membuat beberapa aktiviti lain seperti ATV, gelanggang gasing dan paintball.

Di Ladang Alam Warisan (L.A.W.) ini membawa konsep alam warisan bagi mengangkat kembali seni-seni warisan Melayu."

Well, here are an example of usahawan Malays. The new generation do not have to have connections with political parties in order to be successful in life. Therefore, I am baffled that some blogs like to associate Malays who are successful with UMNO and labeling these new technocrats as UMNOputras.

Blog Archive