Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, December 16, 2013

Mohamad Hasan Tersinggung

1. Mohamad Hasan khabarnya bertanyo pado the balaci's...sapo deh Paneh Miang ni? Tapi takdo sapo pun yang bonar-bonar tau. Sumo eh main agak-agak yor.

2. Antaro agenda penubuhan unit media siber yang di'keparat'kan oleh UMNO N9 adalah untuk melawan blog seperti Paneh Miang. Kalau tak faham mengapa disebut keparat, boleh rujuk sini.

3. Mad Hasan khabar eh tersinggung sungguh dongan Paneh Miang. Tersinggung tang mano tu tak taulah. Tapi dongar eh memang dio kocik ati dongan kami.

4. Kalau OutSyed The Box dapat tanda merah daripado pengampu PM untuk blog yang tak friendly Najib; Paneh Miang dah lamo dapek cop hitam daripado Mad Hasan and the balaci's. Dah lamo Paneh Miang dianggap blog pembangkang oleh balaci's Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tapi yang hairannya, hanya geng Mad Hasan dan KJ saja yang beranggapan begitu. Yang tak geng cakap lain pulak. Heh!

5. Tak kisahlah Mad Hasan nak anggap Paneh Miang musuh ke apa. Cuma kami nak tanya Mad Hasan, pernah tak dengar ungkapan "Untuk mengetahui kelemahan diri adalah mendengarnya daripada musuh"?

6. Jika Mad Hasan berhajat mendengar puji-pujian, bodek-bodekan, ampu-ampuan, bolehlah tanya pada the balaci's yang banyak disekelilingnya. Kami di Paneh Miang tak mampu nak buat begitu kerana kami akan bercakap daripada aqal turun ke hati, dan dari hati terpacul di blog.

7. Sejak 2008 blog ini beroperasi, setelah lebih 3 ribu posting diterbitkan, pernahkah Mad Hasan and the balaci's baco kami menentang UMNO? Pernahkah terbaco blog ini mengkritik UMNO sebagai sebuah parti?

 8. Apa yang kami kritik adalah pemimpin dan orang UMNO. Adakah semua pemimpin UMNO menjadi sasaran kami? Dah tentulah tidak, sebab ramai je pemimpin UMNO yang tak pernah kami balun. Sobab apo? Sobab takdo isu la poik.

9. Yang menjadi sasaran kami adalah pemimpin UMNO yang lari daripada idealisme perjuangan, yang rendah akhlak, yang membusukkan namo UMNO, yang cakap tak serupa bikin, yang depan Melayu cakap berdegar-degar kononnya dialah ultra Melayu, tapi di belakang Melayu habis semua harta negara dikolokai bersamo Cina. Tu deh.

10. Kami berani bercakap sebab kami bukan setakat buat kerja untuk UMNO di alam maya saja. Kami berada dalam circle UMNO dan berjuang sejak sebelum PRU 1999 lagi. Pada saat di umum keputusan di setiap PRU, kami sudah membincangkan strategi apa yang akan dibuat 5 tahun akan datang. Seminggu selepas PRU, kami dah mulakan kerja bagi memastikan UMNO menang di pilihanraya mendatang.

11. Kami bukan seperti Najib yang bermuka terkejut, malu, tak percaya dengan kegagalan sendiri hingga terpacul ayat "Tsunami Cina" dan "National Reconciliation" saat mendapat tahu BN tak dapat majoriti 2/3. Ketika Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO masih kalut terkujat, kami ketika itu sudah mengatur pelan tindakan untuk PRU seterusnya.

12. Dua bulan sebelum PRU, kami tidur lepas subuh setiap hari. Sebelum jam 10 pagi dah bangun semula untuk mencari sesuap nasi disamping kembali melakukan gerak kerja kempen. Tak sampai 4 jam pun tidur setiap hari selama 2 bulan sebelum PRU. Sepanjang tempoh berkempen, kami buat kerja-kerja yang tak sanggup dilakukan sendiri oleh orang UMNO bagi memastikan UMNO kekal memerintah demi kelangsungan bangsa dan agama kami.

13. Kami tak mintak pun penghargaan daripada pemimpin UMNO. Kami tak heboh pun publish gambar 'berlakon kerja' untuk di tayangkan di blog dan facebook, atau menempel di celah-celah pemimpin UMNO semata-mata inginkan habuan dan ganjaran. 

14. Jika ada pun yang 'simpati' menghargai usaha kami, dihulurnyalah 2-3 ratus. Dua bulan buat kerja gerila macam nak mampus, tak cukup tidur sampai ada yang sakit demi untuk menangkan parti, hanya dinilai dengan 2-3 ratus saja? Kos sewa bilik untuk Rosmah karaoke pun lebih banyak dari tu. Heh!

15. Tapi kami tak merungut pun atas nama perjuangan. Walau the balaci's boleh pakai kereta mewah dan rumah besar, tapi kami tetap percaya setiap rezeki itu adalah daripada Allah. Kami percaya 'kipas' Allah lebih hebat daripada 'kipas' pemimpin. Ingat kisah semut dengan Nabi Sulaiman?!

16. Justeru kalau Mad Hasan baru nak rasa tersinggung dengan Paneh Miang, kami nak kobar, KAMI LAGI LAMA TERSINGGUNG dengan pemimpin UMNO!! 

17. KPI kami mudah saja, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memandu kenderaan sepertimana kereta yang dinaiki oleh pemimpin UMNO, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memiliki kediaman sepertimana rumah yang dihuni pemimpin UMNO, selagi wang ringgit MAJORITI orang Melayu tidak setara dengan harta yang disimpan pemimpin UMNO, selagi itulah kami akan anggap PEMIMPIN UMNO GAGAL!!

18. Jadi Mad Hasan tak payahlah buang masa nak tersinggung dan kocik hati dengan kami. Tak payahlah setup the balaci's untuk menentang kami. Jika terasa nak tahu kelemahan diri, rajin-rajinlah baca blog kami. Ingatlah pesan hikmah Abul Hasan As-Sadzili, "Jika ada musuh yang bisa mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu lebih baik daripada teman akrab yang menjauhkan kamu daripada Allah."

19. Dan kepada the balaci's, ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, "Apabila secara kebetulan kamu menjadi orang yang dekat dengan penguasa, maka berhati-hatilah kamu seolah kamu sedang berdiri di atas pedang yang amat tajam."

Friday, December 13, 2013

Jangan bersungut - Mahathir

Memandangkan situasi semasa ramai yang merungut dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, elok kita renung semula apa kata Tun Dr. Mahathir mengenai kos sara hidup pada Januari 2010.

Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi

Rakyat mesti bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan jika mereka mahu menikmati pendapatan yang lebih tinggi di bawah Model Ekonomi Baru yang dicadangkan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kos sara hidup perlu meningkat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi kerana kerajaan juga perlu menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang Model Ekonomi Baru.

"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya," kata beliau selepas upacara menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini.

Namun demikian, kata Mahathir, pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.

"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli," tegas beliau.

Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji pelaburan langsung asing yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui industri yang ada lebih nilai tambahan, dan beginilah caranya negara-negara kos tinggi di dunia kekal berdaya saing meskipun tenaga buruhnya mahal.

"Kita tidaklah akan menanggung kos setinggi sesetengah negara maju ini, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi," kata beliau.

Wednesday, December 11, 2013

Blog Archive