Cakap-cakap dikalangan orang UMNO mengakui bahawa Najib sangat lemah sebagai Perdana Menteri. Malah rakan-rakan dari parti komponen BN juga berkongsi sentimen yang sama. Kalau tanya orang luar UMNO dan BN lagilah menyampah dengan Najib. Masing-masing ada alasan dan hujah tersendiri, Najib penakut la, Najib tak mampu berfikir sendiri la, Najib tak habis belajar la, Najib hanya dengar cakap Konsetan la, bini Najib tak takut Najib la, Najib boros la, Najib tak tau urus ekonomi la, Najib kemaruk pujian AS dan barat la, Najib jilat Cina la, Najib kangkung la, Najib itulah, Najib inilah...sampai tak larat nak dengar.
Tapi walaupun ramai pihak mengakui bahawa Najib tersangatlah LEMAH, tiba-tiba orang Najib matikan hujah mereka dengan bertanya soalan, "kalau Najib disingkirkan, siapa yang layak ganti Najib?..Siapa...siapa?" Terus pengkritik Najib senyap...tak tau nak balas macamana.
Sebenarnya soalan siapa yang layak ganti Najib hakikatnya telah merendah-rendahkan kredibiliti sebahagian besar pemegang jawatan dalam UMNO. Seolah tiada siapa pun penyandang jawatan bermula daripada Timbalan Presiden dan ke bawah dalam UMNO yang layak menggantikan Najib. Seolah semua pemimpin UMNO kecuali Najib adalah bodoh belaka. Itulah makna tersirat "Siapa yang layak ganti Najib?"
Tidakkah orang-orang Muhyiddin akan berasa tersinggung? Atau orang-orang di kalangan Naib Presiden, kecuali Hisham. Tidakkah KJ terasa apa-apa? Bukankah KJ menyimpan hasrat menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia? Atau Mohamad Hasan, MBNS yang memang bercita-cita untuk menjadi PM? Tapi kok Tok Mad jadi PM, den sokong yor. Heh!
Tiadakah dikalangan pemimpin UMNO hari ini yang rasa terhina dengan kenyataan "TIADA YANG LAYAK MENGGANTIKAN NAJIB"? Tidakkah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang ada di Malaysia ini terasa diperbodohkan oleh orang-orang Najib dan Najib sendiri? Atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO terikat dengan skandal hingga tak tergamak nak 'langgar' Najib?
Sampai bila orang UMNO dan BN nak paksa rakyat berkompromi dengan Perdana Menteri yang lemah seperti Najib? Sampai bila rakyat nak dipaksa rela untuk berdiam dengan segala kelemahan Najib? Dah terang-terangan semuanya mengaku Najib lemah, terang-terangan juga rakyat dah tunjukkan rasa tidak hormat pada Najib, tapi pemimpin UMNO dan BN masih lagi nak 'simpan' Najib? Tidakkah ini kerja paloi namanya?
Mungkin dah sampai masanya kem Najib cipta isu panas untuk Najib selesaikan, sekaligus diangkat sebagai hero bagi mengembalikan kepercayaan rakyat padanya sebagaimana yang sering dilakukan Anwar. Namun jika situasi semasa dijadikan rujukan seperti isu kalimah 'Allah' pun Najib masih tak mampu menjadi jaguh, memang selayaknyalah Najib disingkirkan segera daripada parti dan kerajaan.
Walaubagaimanapun sama ada Muhyiddin atau siapa saja yang bakal gantikan Najib, ianya adalah risiko yang berbaloi untuk diambil sebelum UMNO dan BN hanya dijadikan bahan sejarah di muzium Johor oleh pengundi di PRU-14.
Walaubagaimanapun sama ada Muhyiddin atau siapa saja yang bakal gantikan Najib, ianya adalah risiko yang berbaloi untuk diambil sebelum UMNO dan BN hanya dijadikan bahan sejarah di muzium Johor oleh pengundi di PRU-14.
Bakal PM Malaysia? Heh!
