1. Selepas Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman, antara perkara utama yang dilakukan Tun Razak ialah mengarahkan ketua-ketua jabatan kerajaan, kakitangan universiti, pengurus-pengurus sumber manusia dan ketua-ketua syarikat swasta yang berbangsa Melayu untuk menghadiri kursus.
2. Perkara utama yang ditekankan dalam kursus tersebut ialah mengenai "Jiwa Melayu". Ramai ketika itu menganggap Tun Razak cuba untuk brainwash kumpulan profesional Melayu agar lebih sayangkan bangsa sendiri serta bersama berjuang menjayakan agenda Melayu. Tak kisahlah brainwash ke tak...yang penting tindakan Tun Razak masa tu menampakkan perubahan dan hasil.
3. Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 21 Jun 1975, Tun Razak berkata, "Kerajaan telah memperkemaskan organisasi badan-badan berkanun (atau hari ini dikenali dengan nama GLC's).........Amatlah penting dan mustahak badan-badan ini.........berjalan dengan baik dan teratur supaya orang kita benar-benar mendapat faedah daripadanya. Boleh dikatakan badan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan. Saya berharap pegawai-pegawai kita yang ditugaskan dalam badan-badan ini akan menjalankan kerja mereka dengan jujur dan ikhlas dan tidak menyeleweng daripada arahan yang ditetapkan itu. Sesuai dengan hasrat kita hendak mengawal dan memiliki sumber-sumber hasil bumi kita, kerajaan telah menubuhkan Petronas....."
4. Itu cerita 40 tahun dulu.
5. Baru-baru ni pengganti Mohd Hassan Marican iaitu Shamsul Azhar Abbas berkata, "Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata. Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga. Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan?" Selanjutnya sini.
6. Inilah masalahnya bila wujud spesis Melayu yang dah hilang jiwa Melayu.
7. Semasa Hassan Marican terajui Petronas, adakah beliau juga tak berminat pada kecekapan? Tapi Hassan tetap berjaya mengembeleng sepenuhnya 'otak' dan 'tenaga' Melayu hingga Petronas tersenarai syarikat ke-8 paling untung di dunia dalam Fortune Global 500 dan One Of The New "Seven Sisters", iaitu sebelum munculnya nama Shamsul sebagai CEO. Tak perlu pun Hassan Marican bawa masuk bukan Melayu sebagai VP atau EVP untuk majukan Petronas atas alasan kecekapan kononnya.
8. Itulah kalau dah diri sendiri pun tak cekap serta kontang idea, dan lebih percaya pulak kaum lain hingga tergamak pandang rendah keupayaan bangsa sendiri...letaklah Shamsul ni jadi Presiden Amerika sekalipun, dia tetap akan masuk kategori bahalol.
7. Semasa Hassan Marican terajui Petronas, adakah beliau juga tak berminat pada kecekapan? Tapi Hassan tetap berjaya mengembeleng sepenuhnya 'otak' dan 'tenaga' Melayu hingga Petronas tersenarai syarikat ke-8 paling untung di dunia dalam Fortune Global 500 dan One Of The New "Seven Sisters", iaitu sebelum munculnya nama Shamsul sebagai CEO. Tak perlu pun Hassan Marican bawa masuk bukan Melayu sebagai VP atau EVP untuk majukan Petronas atas alasan kecekapan kononnya.
8. Itulah kalau dah diri sendiri pun tak cekap serta kontang idea, dan lebih percaya pulak kaum lain hingga tergamak pandang rendah keupayaan bangsa sendiri...letaklah Shamsul ni jadi Presiden Amerika sekalipun, dia tetap akan masuk kategori bahalol.
9. Imbas semula apa yang dikatakan Tun Razak - "Boleh dikatakan badan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan."
10. Kontra tak kenyataan Tun Razak berbanding CEO liberal Petronas sekarang? Tun Razak sebut badan-badan yang ditubuhkan kerajaan itu adalah tunjang harapan kaum Bumiputera, tapi sebaliknya CEO liberal kata ia bukan milik Bumiputera semata. Kan tak ke bahalol namanya tu...
11. Tapi tak bolehlah nak salahkan Shamsul Azhar 100%. Siapa yang buat keputusan Hassan Marican diganti dengan Shamsul Azhar pada 2010? Dalam sekian ramai orang, kenapa Shamsul Azhar yang dipilih sebagai CEO Petronas at the first place? Hakikatnya, hanya si liberal yang akan melantik liberalis.
12. Hari ini makin ramai orang Melayu sudah hilang "Jiwa Melayu", baik dalam kerajaan, swasta, GLC, apatah lagi pembangkang. Tiada lagi dalam diri orang Melayu perasaan sayangkan bangsa sendiri, nak bantu bangsa sendiri, apatah lagi nak pastikan bangsa sendiri berjaya. Malah semakin ramai pulak Melayu hari ini yang malu nak mengaku Melayu...tak percaya tanya KJ!!
13. Selagi negara ini diterajui si liberal, selama itulah nasib Melayu tampak semakin kelam dan suram.
Adakah agenda Melayu Tun Razak dijiwai anak sulongnya sendiri?