1. Isunya di sini ialah siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dari pihak Komplot Pembangkang. Penting woo...jadi Perdana Menteri Malaysia. Orang paling berkuasa di Malaysia beb. Siapa yang tak nak kuasa?! Dapat jadi ketua darjah pun boleh kembang lubang jub... inikan pula jawatan Perdana Menteri Malaysia.
2. Rakyat tak penting...yang penting ialah jawatan Perdana Menteri. Visi, misi, wawasan, perancangan etc. semua tu tak perlu...yang utama bagi mereka ialah dapat Putrajaya dulu, apa nak buat belakang kira. Janji boleh macam-macam, tapi bagaimana nak laksanakan, itu kemudian cerita. Tengok hal beku PTPTN di Unisel pun dah cukup untuk dijadikan contoh. Harap cakap je bedegar nak hapus PTPTN...baru dibekukan pun dah panik...lagi mau cakap lebey...
3. Karpal
menegaskan, "
Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri." Dan tambahnya lagi, "
Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (komplot pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti."
4. Kebiasaannya apabila seseorang itu tersasul menyebut sesuatu, sebenarnya dia menyebut apa yang telah lama bermain difikirannya, atau sudah sering dibincang serta disebut dalam hati.
5. Justeru apabila Karpal 'tersasul' menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri, bermakna Karpal bukan cakap kosong, atau konon tidak sengaja menyebutnya. Pasti perkara itu sudah lama bermain dimindanya, dengan beberapa pertimbangan, serta strategi yang memungkinkan apa yang disebutkannya itu sebenarnya BOLEH MENJADI KENYATAAN iaitu PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU PERTAMA DI MALAYSIA.
6. Ok...katakanlah Komplot Pembangkang menang di PRU-13 (selisih malaikat 44), mereka kononnya sepakat memilih Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, berapa lama agaknya Bro Anwar Bin Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Baca semula kata-kata Karpal yang di warnakan merah di atas, "buat masa ini" pilih Anwar. Maksudnya, akan datang belum tentu...
7. Kita mengandaikan pula apabila Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi PM, sudah tentu dia akan melantik 2 orang timbalannya di kalangan pemimpin Pas dan DAP bagi menjaga hati kedua parti sekomplot-nya. Sementelah sehingga kini, geng Komplot Pembangkang masih belum menyenaraikan kabinet bayangan seandainya mereka menang di PRU-13. Bermakna andaian bahawa Malaysia mungkin mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Komplot Pembangkang, tidaklah boleh diketepikan begitu saja, kerana andaian ini ada pemberatnya.
8. Kita andaikan pula, Timbalan Perdana Menteri 1 ialah LGE daripada DAP dan Timbalan Perdana Menteri 2 ialah Husam Musa daripada Pas. Jangan haraplah Anwar nak lantik Hadi sebagai TPM 2...apa klass beb.
9. Mengapa Timbalan Perdana Menteri 1 mesti dari kalangan DAP dan bukannya Pas? Kerana DAP tahu banyak rahsia Anwar. Siapa yang jadi peguambela Anwar untuk kes liwat II? Agaknya mengapa peguam-peguam DAP ini begitu sukarela membela Anwar?
10. Ditambah pula dengan segala maklumat sulit berkenaan Anwar yang bakal disalurkan rakan DAP dari Singapura, akan menyebabkan kerandut Bro Anwar Bin Ibrahim sentiasa senak dalam genggaman DAP.
11. Sedikit maklumat, LKY pada 1998 pernah menulis surat kepada Tun Mahathir, mempersenda pihak risikan Malaysia yang lambat tahu mengenai Anwar. Singapura tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sejak 1991, ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Singapura dah lama intip Anwar dan berniat menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut Anwar dan Malaysia seandainya Anwar dilantik Perdana Menteri Malaysia.
12. Berbalik kepada persoalan, andai Anwar sah dilantik Perdana Menteri dikalangan Komplot Pembangkang, agak-agak berapa lama dia akan bertahan dalam jawatan? Sebulan? Setahun? 2 tahun? DAP pasti menggunakan segala sumber yang dimiliki mereka untuk mendesak Anwar memenuhi semua tuntutan mereka, termasuklah menuntut jawatan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu.
13. Jika itu berlaku, adakah Anwar akan menurut kehendak DAP, atau dia akan berdemo...ops...melawan? Tapi berdasarkan situasi yang berlaku dalam Komplot Pembangkang hari ini, jelas bukan Pas sahaja yang telah menjadi balaci DAP, malah PkR pun sama menjadi pak turut DAP. Maka andaian bahawa Anwar akan melawan segala tuntutan DAP pada masa hadapan, bolehlah diibaratkan umpama mimpi dalam mimpi.
14. Bro Anwar Bin Ibrahim pasti diberi kata dua, sama ada letak jawatan dan diberi taraf negarawan dengan gelaran Tun, atau rahsianya dibocorkan besar-besaran, yang bukan sahaja bakal menjahanamkan imej Anwar di seluruh dunia, tetapi turut memalukan seisi keturunannya hingga mungkin memaksa mereka lari berhijrah ke Zimbabwe. Mengapa Zimbabwe? Heh...
15. Hakikatnya, khayalan Karpal yang kononnya tersasul menyebut LGE sebagai PM bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Sudah ada perkiraan dan strategi yang sememangnya dirancang sekian lama untuk memungkinkan ianya berlaku.
16. Tapi masih ada juga cara lain yang memungkinkan bukan Melayu menerajui negara Persekutuan Tanah Melayu, iaitu dengan menukarkan status dan sistem Malaysia kepada negara Republik. Azmin Ali pernah dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar yang berhasrat menukar negara ini kepada negara Republik, dan kononnya Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri akan dilantik sebagai Presiden pertama. Sebab itulah Azmin sanggup buat serta merelakan apa saja untuk Anwar, semata-mata kerana kuasa dan mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah? Mampukah? Only time will tell...
17. Walaubagaimanapun, cara kedua ini agak sukar dilakukan (walaupun tidak mustahil) kerana mereka perlu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini yang pastinya tidak semudah sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia. Justeru, strategi pertama iaitu merealisasikan impian Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia oleh DAP, sebenarnya agak praktikal untuk dilaksanakan.
18. Akan ada yang mengatakan, "argh...tak mungkinlah", "mengarutlah kau ni", "ini semuanya hampeh"...bla...bla...bla...
19. Harus diingat bahawa Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa saja dilantik sebagai Perdana Menteri asalkan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. 'Tragedi' ini boleh berlaku sekiranya AP Pas berpakat membenarkan usul Perdana Menteri dilantik dikalangan bukan Melayu. Lagipun Pok Nik sendiri pernah bagi green light akan hal ini. AP Melayu DAP dan PkR dah tentulah akan sokong apa saja usul asalkan mereka berkuasa.
20. Ia bukan perkara mustahil lagi seandainya Melayu yang menyokong Komplot Pembangkang hari ini sama bingainya dengan Melayu Singapura masa zaman Lee Kuan Yew pakai songkok dan kepit akhbar Utusan Melayu Jawi ke hulu ke hilir menipu orang Melayu. Lagipun zaman ini dah ada jelmaan "Umar Abdul Aziz" di kalangan DAP yang disanjung dan dipuja oleh Pas. Siap bagi cina DAP masuk surau dan masjid, ceramah, baca tafsir Quran depan Melayu dan disambut pula dengan takbir.
21. Dulu di depan Melayu, LKY janji akan kekalkan Hak Istimewa Melayu (Perkara 152 Perlembagaan Singapura) dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Singapura. Tapi hari ini realiti Melayu di Singapura? Anda sendiri tahu bagaimana...
22. Depan Cina pula, LKY gelar Melayu sebagai "anjing-anjing Tunku". Hari ini, orang Melayu sendiri yang gelar sesama Melayu sebagai "anjing" terutamanya terhadap polis Melayu dan Melayu yang menyokong kerajaan.
23. Sejarah pasti akan berulang, kerana itu janji dan ingatan Allah kepada manusia yang sering alpa akan hakikat penghapusan kaum-kaum yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran Nul Karim.
24. Mungkinkah Melayu yang asalnya melarat, sesudah berjaya, akan kembali merempat? Wallahualam.