Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, July 29, 2011

Mencari Kok Shoo Yin

1. Tiba-tiba teringatkan Kok Shoo Yin.

2. Apa sudah jadi dengan Kok Shoo Yin? Adakah Kok Shoo Yin adalah orang yang sama dengan penerima ijazah undang-undang dari National University of Singapore pada 1966?

3. Adakah Kok Shoo Yin masih hidup? Bagaimana pula keadaan serta perihal keturunan Kok Shoo Yin di Malaysia? Apakah kisah mereka hari ini?

4. Bagi mereka yang tidak tahu siapa Kok Shoo Yin, beliau adalah pemegang sijil warganegara Malaysia yang pertama dan menerimanya pada 14 November 1957 iaitu ketika berusia 17 tahun.

5. Andai Kok Shoo Yin masih hidup, beliau perlu dihighlightkan. Beliau perlu dijemput untuk memberi ceramah serta siri penerangan kepada ramai Cina chauvinist yang masih menyokong communist di Malaysia. Beliau patut menyedarkan ramai chauvinist yang sekaum dengannya di negara ini agar faham erti syukur, terima kasih dan menjunjung sikap toleransi serta penerimaan yang tinggi oleh pribumi Tanah Melayu terhadap kaum mereka, semenjak sebelum merdeka hingga kini.

6. Namun jika Kok Shoo Yin sudah mati, maka keturunan beliaulah yang selayaknya melaksanakan tanggungjawab menerangkan kepada kaum chauvinist betapa pentingnya perpaduan kaum, menghormati Raja-Raja Melayu, menghormati Islam, menghormati Bahasa Melayu, menghormati Hak Istimewa Melayu, serta menghargai taraf warganegara yang telah dikurniakan oleh bangsa Melayu kepada kaum mereka selama ini. Dan mungkin keturunan Kok Shoo Yin boleh dijadikan pemangkin kepada kempen 1 Sekolah Untuk Semua bagi menjamin ikatan perpaduan antara kaum agar bertambah kukuh di Malaysia?!

7. Atau Kok Shoo Yin serta keturunannya kini telah tergolong dalam kumpulan chauvinist serta masih pelat untuk bertutur bahasa Melayu? Ataupun keturunan Kok Shoo Yin telah tergolong antara 500 chauvinist yang setiap tahun memohon kepada imigresen untuk menukar taraf kerakyatan ke negara asing?

8. MCA dan Gerakan perlu mencari dan memanipulasikan sepenuhnya keturunan Kok Shoo Yin demi survival politik mereka.

9. Kerana MCA dan Gerakan kini dilihat oleh majoriti rakyat tidak lebih sebagai parasit dalam Barisan Nasional tanpa sebarang usaha untuk memastikan kaum mereka sendiri kembali menyokong BN.

10. Jangan sampai MCA dan Gerakan dimurkai Na Tuk Kong sudahlah...

Thursday, July 28, 2011

NKRA: Perangi Kos Sara Hidup

Paneh Miang sejak 2008 telah memuntah pelbagai sudut pandang tentang isu-isu rakyat bersabit hal ehwal Kos Sara Hidup Rakyat dan Warganegaranya. Jika dibuat perbandingan kos kehidupan Malaysia dengan negara-negara lain, semakin meningkat sejak 1993 lagi.

Makhluk pengkhianat yang mula mencanai inflasi MAUT kepada Malaysia ialah Anwar Ibrahim, bekas mahasiswa Universiti Malaya Fakulti Pengajian AM, yang dipinjam sebentar sebagai Menteri Kewangan.

Catatan menunjukkan peningkatan harga ayam bersih (sebagai misalan paling signifikan) pada tahun 1993 ialah RM3.70 sekilo, meningkat ke RM7.80 sekilo pada 2011. Ikan kembung pada RM2.35 sekilo tahun 1993 kepada RM 11.70 sekilo. Beras 5% hancur super tempatan daripada RM0.80 sekilo kepada RM2.15 sekilo. Hari ini diberi subsidi Kerajaan BN, maka rakyat makan beras 5% hancur sebanyak RM1.60 sekilo.

Namun demikian, untuk 6 juta rakyat di Lembah Klang, kos sara hidup terasa menghimpit. Perjalanan ber tol misalnya, paling rendah RM 2.00 kepada yang terpaksa melalui route tersebut. Teh tarik kecil RM1.50 pakai susu Dairy Farm. Roti Canai RM1.00 dengan Kuah DalCa di Restoran Hameed 786. Nasi lemak sebesar penumbuk RM1.00 dengan sambal cair.

Seorang "despatch" atau "office-boy" kena ada dalam poket RM10.00 untuk makan nasi, bayar petrol motor, untuk hidup setiap hari. Sebab itu, sebelah malam layan "Mat Rempit" untuk dapat duit lebih. Ada yang bergadai "awek" untuk selesai masalah hutang keliling pinggang. Ada yang mengurat Janda Kaya dan Mak-Mak Datin gersang untuk dapat "upah lumayan-one night stand".

Perangi Kos Sara Hidup Rakyat ialah NKRA paling noble. Najib kena perangi dulu Kos Sara Hidup Rosmah Mansor, dan beri amaran kepada bini sendiri, termasuk semua isteri Menteri dan Timbalan Menteri. Ini kerana ramai kalangan para guru veteran di Negeri Sembilan, makin jelek dengan Rosmah Mansor. Siapa tidak kenal Cikgu Mansor dan isterinya di Seremban ini.

Najib harus insaf bahawa Negara Malaysia ialah tamadun Melayu Islam yang sedang diceroboh oleh Freemasonry, Komunis, Fasis dan Sosialis, termasuk Syiah, Qadariah, Jabariah, Muktazilah dan Khawarij.

Tak dapat ikut kepala bapak, mereka ikut teman sekatil dengan kepala batak.

Selamat Tinggal Saifuddin...

Temerloh telah melahirkan seorang Ahli Parlimen yang diasak oleh kelompok tertentu disebabkan kebebalannya. Presiden UMNO telah meletak calon yang salah kerana Saifuddin Abdullah masih simpati kepada rakan senior MCKKnya Anwar Ibrahim. Saifuddin Abdullah hadir ke acara debat Sinar Harian yang dikepalai oleh Wan Saiful Wan Jan, ahli seumur hidup PAS yang kini CEO Ideas.

Timbalan Pengerusi SPRM, Ambiga dan Prof. Shamsul Amri Baharuddin, orang Kuala Pilah merupakan pembahas isu-isu 9 Julai 2011 atas tajuk "Apa selepas 9 Julai?". Hadir nampaknya Saifuddin Abdullah sebagai rakyat Malaysia yang hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan MKT UMNO.

Saifuddin secara terbuka menyokong BERSIH 2.0. Syabas Saifuddin kerana anda seorang yang berfikiran songsang! Saudara tidak layak dicalonkan sebagai ADR UMNO/BN. Saudara meletak asas definisi Demonstrasi sebagai fakulti yang HALAL! Benar ia halal dalam Kamus Dewan 2010, namun BERSIH 2.0 "diklasifikasi sebagai HARAM" kerana tamadun Negara Bangsa Malaysia disuntik dengan fasisme dan sosialisme. Demonstrasi ialah amalan kelompok fasis dan sosialis, dan tidak ada dalam KAMUS ILMU TAMADUN ISLAM.

Saifuddin memberi harapan dan sinar baru kepada Ambiga! Saifuddin layak disingkir daripada Kabinet Persekutuan, juga sebagai MKT UMNO. Saifuddin iktiraf Bersih sebagai Program. Saifuddin Abdullah menjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "harapkan pagar, pagar makan padi" dan inilah rupanya musang berbulu ayam.

Saifuddin ingin popular dan menjadi pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri? Saifuddin cuba memaklumkan kepada pendukung BERSIH 2.0, bahawa dia seorang Ahli Jemaah Menteri yang rasional dan bijaksana?! Atau sebenarnya Saifuddin ingin memaklumkan Najib dan Muhyiddin bahawa aku sudah "in-power", dah banyak aku kerjakan Kementerian Pengajian Tinggi dan lebih daripada itu, aku sudah tahu "siapa KUAT" dan siapa LEBIH BERKUASA DAN KUAT"!

Mungkin kerana itulah Saifuddin sering mengeluarkan kenyataan yang amat-amat bercanggah dengan Kabinet.

Kenapa Najib masih ingin menyimpan makhluk perosak ini?

Wednesday, July 27, 2011

Pengerusi Belia ditangkap LIWAT

Gempar dan benar. Pengerusi Persatuan Belia Dinamik Barat ditangkap atas dakwaan meliwat ahlinya. Laporan polis dibuat pada 12 Julai 2011 dan pengerusi berkenaan ditangkap oleh PDRM pada 23 Julai 2011.

Seleranya seperti Anwar Ibrahim juga, depan belakang sama rasa, sama sedap. Pengerusi ini khabarnya merupakan keldai belaian dan belaan EXCO Belia NSDK, YB Samad. Nampaknya, Samad konolah menjauhkan diri daripada kelompok persatuan belia yang ternyata tidak cerdik dalam urusan persatuan mereka, apatah lagi urusan selera kehidupan semasa mereka.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban juga dikobarkan selalu import Persatuan Belia Dinamik Barat dalam program-programnya. Begitu jugalah dengan Sekretariat Belia di bawah YNS yang dipercayai masih dipimpin oleh Farman, seorang yang dengkel ilmu kepemimpinan belia.

Natijah pelik ini mungkin kerana terdorong dek ghairah dalam melakukan protes dan demontrasi kerana membantah keputusan pengadilan Anugerah Belia Negara kategori persatuan belia 2011, mengadakan sepanduk di hadapan foyer Klana Resort Seremban semasa YAB MB berada di sana untuk merasmikan Sidang Majlis Perundingan Belia Negeri, menyebar pertuduhan bersifat subjudis kepada Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan kerana dikatakan diskriminasi akan Dinamik Barat dan pelbagai lagi.

Gamaknya pertubuhan belia semuda Dinamik Barat yang wujud selepas Akta 668 tahun 2007, tampaknya begitu lemah dalam menta'akul dan memberi makna kepada sebuah organisasi yang sihat akal, sihat seksual, sihat tubuh, sihat fizikal dan sihat roh persatuan ini.

Pak Sedaro fikir ramai lagi "mungkin" manusia bertopengkan Persatuan Belia dan NGOs yang sama selera dengan Anwar Ibrahim. Amatlah malang kepada Samad Ibrahim, Wan Salwati Abdullah, Farman, Wan Fazamy dan sesiapa jua aktivis belia yang berkelana bersama Persatuan Dinamik Barat yang terpalit dengan skandal luar tabii sang Pengerusi. Rupanya Zaharuddin ini berkongsi SELERA Anwar Ibrahim. Cuma bezanya dia bukan Ketua Umum Partai Keling Ramai, Partai Kencing Rakyat dan Parti Korupsi Rangers.


Gambar dari sini.

UMNO & Misi "Melayu Town"

Subjek Jenama Melayu dalam fikiran manusia di dunia merupakan wawasan Onn Jaafar yang disusun secara fizikal oleh Tun Dr. Mahathir, dan hari ini diteruskan oleh Najib Tun Razak, yang dinamakan sebagai YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Seorang sahabat melokit, lain omak lain apak dengan Pak Sedaro, pernah membahaskan subjek Melayu Town dengan hipotesis bahawa Jepun menjelajah dan menawan dunia melalui Program Perang Ekonomi Jepun secara cari-inovasi-kreatif-cipta-teroka-tawan; manakala hipotesis China menjelajah dan menawan dunia melalui Program Perang Psikologi Min Thong Yuen Chong "Komunis" secara cari-tukar-murah-teroka-tawan-tuntut.

Nah, andai pembaca merujuk kepada penulisan ilmiah tulisan Kenichi Ohmae serta pemikiran keusahawanan yang direkayasa oleh Donald Trump, Charles Branson, dan lewat sebelum peralihan kuasa Ketua Eksekutif Malaysia oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahahir Mohamad, beliau telah mengilhamkan beberapa program luar biasa antaranya:

1. KLIA

2. Perang Besar kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya

3. Scenic Bridge antara Johor ke Singapura (akhirnya dikuburkan oleh Pak Lah-keputusan yang perlu dikaji semula oleh Najib Tun Razak)

4. Nusajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim

5. Program Mega Pengindahan Sungai Kelang dan Sungai Gombak (hari ini dinamakan sebagai River of Life - zaman Najib)

6. Program Monorel, ERL dan LRT (hari ini disambung oleh Najib dengan My Rapid Transit dan Speed Train KL-Singapura)

7. Program laluan monorel di Putrajaya yang masih belum dapat dijayakan (trek siap siaga)

8. Program Pembesaran Kuala Lumpur atau Lembah Klang (hari ini dinamakan sebagai Greater Kuala Lumpur/Klang Valley)

9. Program Mega Cities to the South (mula digerakkan dengan pembinaan KLIA+F1 Sepang, Cyberjaya) dimajukan Felda Sendayan dan Felda LBJ oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

Semua yang dipaparkan kepada rakyat Malaysia ialah perihal perjalanan Program Transformasi Ekonomi. Hajat Kerajaan Persekutuan Malaysia pimpinan Barisan Nasional iaitu UMNO ialah membina, menjana dan mewujudkan Melayu Town.

Belum cukup dengan aspirasi Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional, hari ini untuk memberi kesan kepada negara maka dijana projek bernilai RM200 billion selama 10 tahun operasi. Limpahan kekayaan ekonomi daripadanya ialah RM800 billion selama 50 tahun selepas 2020.

Program Greater KLKV dengan penjanaan MyRT, Speed Train, River of Life, Modern Historical Preserved City dan Metropolis City Kuala Lumpur akan membawa kepada jumlah pertambahan penduduk daripada 6 juta orang (data tahun 2010) kepada 10.5 juta (dijangka 2020), dan pendapatan per kapita dari RM40 ribu kepada RM70 ribu setahun.

Difikirkan juga bahawa Dana Bantuan Baitul Mal kepada peniaga kecil-kecilan Islam akan menokok daripada RM10 ribu semasa kepada RM50 ribu pada tahun 2020. Juga jumlah derma di tabung-tabung masjid pada Solat Jumaat daripada kedudukan semasa secara purata di Kuala Lumpur sebanyak RM3000 kepada RM15 000 setiap hari Jumaat. Ini memberi gambaran bahawa andai wujud Miskin Bandaraya Metropolis Kuala Lumpur pada tahun 2020, maka kadar yang dikategori sebagai miskin ialah satu isirumah di bawah RM3 500 sebulan.

Maknanya, kos upah/gaji/imbuhan bulanan seorang pekerja bukan berijazah di Kuala Lumpur ialah RM3 500 sebulan, manakala kos seorang berijazah dan baru bekerja bulan pertama ialah RM5 000 sebulan.

Melayu Town yang dibina mesti diasaskan dengan iman, amal dan takwa. Mesti wujud sifat kasih sayang dan belas sesama insan yang tinggi. Melayu Town yang wujud ialah Agenda Majlis Perundingan Melayu yang digamatkan dengan penglibatan setiap insan Melayu Islam yang sedar keuntungan Tanahair ini.

Apakah mimpi ini bakal menjadi kenyataan atau bayangan fatamorgana atau retorika politikus borjuis?

Apakah Melayu Town yang dicanang akan sekotor dan sebusuk Wakaf Che Yeh? Melayu Town hanya indah bangunan dan namanya seperti Pekan Rabu? Melayu Town yang dibangunkan oleh UMNO di Shah Alam yang sedang dirosakkan oleh PKR Selangor? Melayu Town yang sedang dipelopor oleh Kerajaan UMNO di Johor yang dengan rakusnya dipenuhi oleh kalangan borjuis dan elitis?

Melayu Town tidak boleh menjawab 'Agenda Rosmah Mansor' yang masih menjadi beban politiking UMNO dan Bangsa Melayu! Cukup-cukuplah menserabutkan panglima-panglima perang UMNO wahai Kak Rosmah ku sayang. Melayu Town perlu kepada insan pejuang seperti Dato Rahmah, Ibu Zain, Aishah Ghani, Tun Dr Hasmah Ali, Tun Hajah Rahah, Rafidah Aziz.

Ingatlah pesanan Allah dalam surah Ar-Rahman yang diulang-ulang sebanyak 32 kali, "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Tuesday, July 26, 2011

Sultan Mohamad V Cermin Kuasa Raja

Pak Sedaro terpukul dengan sifat semulajadi insan khamil yang dihidang kepada kita umat Melayu oleh DYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Mohamad Ke-V. Baginda mencemar duli bersama rakyat jelata membersih kawasan dan berlumuran tanah.

Inilah lambang kuasa Raja dan kehebatan daulat kesultanan Raja-raja Melayu. Simbol pemerintahan yang diterampil kepada rakyat inilah yang menjadi impian hamba rakyat.

Nik Aziz masih sombong dan bongkak, ternyata Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan amat kurang ajar tidak langsung berada di laman tersebut bersama Sultan. Apakah Nik Aziz bukan pilihan rakyat dan kehendak Majlis Perajaan Kerajaan Sultan Kelantan? Terbukti bahawa Nik Aziz Nik Mat bukan lagi seorang idola rakyat Kelantan.

Alhamdulillah, rakyat Kelantan sudah kenal siapa permata dan siapa batu persis permata. Rakyat Kelantan sudah bersama Sultan Mohamad Ke-V melambangkan rakyat dan pengundi Kelantan akan bersama Tsunami Merah. Inilah lambang daulat dan panji-panji Raja Kelantan.

Ku Li yang Amanah?!

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mengesa rakyat bersama-sama melakukan perubahan segera menolak politik kotor, perkauman dan rasuah yang semakin membarah di negara ini, ketika bercakap semasa penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka(AMANAH) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 Julai 2011 yang lalu.

Hadir sama di majlis pelancaran Amanah ialah Dato' Seri Ong Tee Keat, Dato' S.Subramaniam, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Wilfred Bumburing, Dato' Seri Danial Tajem dan Dato' Seri Bujang Ulis yang mana masing2 menjadi Timbalan Presiden Amanah.

Manakala jawatan Naib Presiden Amanah terdiri daripada Dr Patau Lubis, Ong Hock Siew, Dato' Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan,Tan Sri Simon Sipaun, Muhd Lukhman Ghani dan Wan Saiful Wan Jan.

*********

Persoalannya, adakah Ku Li selama ini adalah seorang yang benar-benar AMANAH? Cukup-cukuplah tu. Mereka yang sezaman dengan Ku Li semuanya sudah bersara. Sampai bila nak menongkat langit di Gua Musang? Adakah Ku Li seimpian dengan Anwar, masih berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kuasa tidak boleh dibawa ke kubur Ku Li! Berilah peluang kepada generasi baru dan carilah apprentice di Gua Musang.

Saturday, July 23, 2011

PAS Khawarij Moden V

Al-Qa'adiyyah adalah Propaganda Terjahat dari Propaganda Al-Khawarij

Di antara propaganda Al-Khawarij ini, ada sebuah kelompok yang dikenali dengan nama Al-Qa'adiyyah. Mereka adalah orang-orang yang keluar dari garis ketaatan (memberontak) kepada penguasa muslim dengan menggunakan lisan seraya menyembunyikan kekuatan pemberontakan bersenjata, serta memprovokasi umat untuk menentang penguasanya.

Al-lmam Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: "Kelompok Al-Qa'd adalah salah satu propaganda kelompok Al-Khawarij yang mereka dahulu tidak pernah terlihat melakukan pemberontakan dengan senjata. Namun mereka selalu berupaya menentang para penguasa yang zalim atau penguasa yang kejam semaksima kemampuan mereka, dan mengajak (umat) kepada fahaman mereka. Bersama dengan itu mereka selalu mempropagandakan penentangan." (lihat kitab beliau berjudul Tahdzibut Tahdzib VIII/114) 19).

Al-lmam Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata: "Al-Qa'adiyyah adalah orang-orang yang selalu mempropagandakan pemberontakan terhadap penguasa, namun mereka tidak melakukannya secara langsung." (Baca karya beliau yang berjudul Hadyus Sari Muqaddimah Fathil Bari hal. 459).

Slogan Al-Qa'adiyyah ini sering memprovokasi umat serta menanam kebencian di hati umat terhadap penguasa Islam, serta mengeluarkan fatwa-fatwa yang berisi penghalalan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah dengan menyimpulkan hal tersebut kononnya sebagai pengubahan kemungkaran. Slogan ini adalah slogan kelompok Khawarij yang paling jahat.

Telah diriwayatkan oleh Al-lmam Abu Dawud rahimahullah dalam kitab beliau yang berjudul Masa’il Al-Imam Ahmad rahimahullah (hal. 271) dari seorang 'ulama besar yang bernama 'Abdullah bin Muhammad Adh-Dha'if rahimahullah bahawa dia berkata: "Kelompok Qa'adul Khawarij adalah kelompok Khawarij yang paling jahat."

Al-'Allamah Asy-Syaikh Muhammad Al-'Utsaimin berkata:

"Bahkan yang anehnya kritikan tersebut telah ditujukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ketika dikatakan kepada beliau: "Berbuat adil lah, sesungguhnya pembahagian ini bukanlah pembahagian yang diinginkan dengannya wajah Allah!"

Ini semua sebagai dalil terbesar bahawa Al-Khuruj (pemberontakan) terhadap penguasa dan dibolehkan dengan mengangkat senjata, serta boleh pula dengan ucapan-ucapan.

Maksud dalam hadits di atas, tidaklah orang itu mengangkat senjata terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hanya terbatas melakukan pengingkaran kepada beliau (dengan lisan).

Kita semua tahu sudah merupakan suatu keharusan sebarang pemberontakan dengan mengangkat senjata tidak mungkin terjadi kecuali ianya dimulai dengan pemberontakan melalui lisan dan ucapan. Lagipun kaum muslimin tidak mungkin akan mengangkat senjata untuk memerangi penguasa Islam tanpa adanya suatu perkara yang memprovokasi mereka. Maka sudah pastinya wujud elemen yang telah membakar emosi kaum muslimin yang mengangkat senjata melalui ucapan-ucapan sebelumnya.

Sehinggakan tindakan pemberontakan terhadap penguasa Islam melalui ucapan-ucapan, diperlihatkan seolah ia merupakan satu tindakan pemberontakan yang 'benar', dengan memanipulasikan dalil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta yang turut dibuktikan oleh realiti. - Asy-Syaikh Al- 'Utsaimin, dinukilkan dari kitab Fatawa Al-'Ulama Al-Akabir 22) hal. 96.

Kaum Khawarij kebiasaannya tidak akan memulakan pemberontakan dengan senjata terhadap penguasa Islam, kecuali mereka terlebih dahulu mengkafirkan sang penguasa dan pentadbirannya, termasuk semua pihak yang bekerjasama dengan mereka. Rentetan itu, Al-Khawarij akan melakukan tindakan kafir-mengkafir dengan alasan penguasa melakukan dosa besar, sebelum kaum Khawarij melakukan pemberontakan dan pembunuhan.

Al-Hafizh 'Abdul Ghani bin Sa'id rahimahullah berkata: "Dua orang perawi yang terhormat namun menyandang gelar yang buruk, pertama Mu'awiyah bin 'Abdil Karim bergelar Adh-Dhal (yang sesat), karena ia pernah tersesat di jalan menuju Makkah. Kedua, 'Abdullah bin Muhammad bergelar Adh-Dha'if (yang lemah), kerana memang tubuhnya yang lemah, bukan disebabkan riwayat haditsnya yang lemah."

Sebagaimana disebutkan oleh Al-lmam Al-Mizzi dalam Kitab Tahdzibul Kamal (XVI/99) karya beliau. Al-lmam An Nasa'i rahimahullah berkata: "Beliau adalah seorang syaikh yang shalih lagi tsiqah, dha'if itu adalah gelarnya karena ia terlampau banyak beribadah hingga tubuhnya lemah."

Kitab Fatawa Al-'Ulama Al-Akabir, adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Asy-Syaikh 'Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani Al-Jazairi, yang judul selengkapnya adalah: Fatawal 'Ulama'il Akabir fima Uhdira min dima’in fil Jaza'ir [Fatwa-fatwa 'ulama besar tentang darah-darah yang ditumpahkan di negeri Aljazair]. Kitab ini membantah syubhat-syubhat kaum Khawarij di negeri Aljazair yang mengatasnamakan tindakan mereka dengan nama Ahlus Sunnah dan telah banyak berdusta dan memanipulasi fatwa-fatwa para ulama, sehingga Asy-Syaikh 'Abdul Malik, beliau adalah seorang 'ulama yang berkebangsaan Aljazair dan banyak mengerti tentang realiti sebenarnya yang terjadi di negerinya, mengeluarkan kedustaan-kedustaan tersebut dengan disertai bantahan-bantahan yang sangat ilmiah.

Di antara contoh kenyataan para pengikut Khawarij pada zaman ini ialah:

• Usamah bin Laden menyatakan kepada Al-Jazeera tanggal 5-12-1423H:

"Perbezaan pendapat antara kami dengan pemerintah (muslimin) bukanlah perbezaan dalam masalah furu' yang boleh dirunding begitu saja. Tapi yang kita permasalahkan adalah tentang masalah paling prinsip dalam Islam, iaitu dalam hal syahadat: Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah. Para pemerintah itu telah melanggar syahadatain tersebut dalam masalah yang paling prinsip. Iaitu sikap mereka terhadap orang-orang kafir, menjadikan undang-undang buatan manusia sebagai syari'at serta persetujuan mereka untuk berhukum kepada undang-undang atheis. Maka kepemimpinan mereka itu telah gugur secara syar'i sudah sejak lama, dan tidak ada lagi pemerintahan Islam setelahnya."

• Pernyataan Hizbut Tahrir:

"Kondisi kaum muslimin saat ini, yang hidup di Darul Kufur, kerana mereka menerapkan sistem hukum selain dari apa yang diturunkan Allah subhanahu wa ta’ala; maka keadaan negeri mereka serupa dengan negeri Mekah pada masa diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam." [Rujuk buku Mengenal Hizbut Tahrir Partai Politik Islam Ideologis, hal. 21]

"Ada juga di antara kaum muslimin yang (melakukan perubahan dengan) menggunakan metode kekuatan fizik, mengangkat senjata, tanpa membezakan antara Darul Islam dan Darul Kufur, dan tanpa memilih antara metod penyampaian dakwah dan menentang kemungkaran di tempat masing-masing (iaitu di Darul Islam ataukah di Darul Kufur). Padahal tempat yang kita diami saat ini adalah Darul Kufur, karena di dalamnya diterapkan hukum-hukum kufur." [lihat buku Mengenal Hizbut Tahrir Partai Politik Islam Ideologis, hal. 10]

Kini di Malaysia terdapat kelompok yang mirip dengan slogan Al-Qa'adiyyah serta menyerupai Hizbut Tahrir. Kelompok ini dengan tegas turut menyokong lawan bersenjata terhadap penguasa Islam. Dan golongan ini sering memprovokasi rakyat serta menanamkan kebencian dan permusuhan terhadap pemerintah Islam kononnya memperjuangkan slogan "amar ma'ruf nahi munkar."

Berdasarkan fakta-fakta di atas serta dari artikel sebelumnya, maka dapatlah disimpulkan bahawa sesiapa sahaja hari ini yang mempunyai ciri dan sifat seperti Khawarij, maka dialah yang layak untuk digelar Khawarij Moden. Demikian juga sebarang kumpulan/pertubuhan yang memiliki dasar dan pegangan yang sama dengan dasar dan pegangan Khawarij, maka merekalah yang layak untuk digelar puak Khawarij Moden. Semakin banyak aspek persamaan, maka semakin dekatlah mereka dengan golongan tersebut.

Meskipun mereka mungkin juga menyatakan kebencian terhadap Ibn al-Kawwa, Ibn Muljim atau tokoh-tokoh Khawarij lain, dan meskipun mereka tidak pernah mengaku mereka Khawarij, namun jika ideologi dan cirinya sama, maka mereka tetap Khawarij. Mereka adalah Khawarij dari segi amalan dan pegangan, meskipun mereka bukan Khawarij dari segi nama.

Nama Khawarij tentu tidak wujud pada mana-mana jamaah/pertubuhan hari ini, kerana tiada sesiapa pun yang akan begitu bodoh untuk menggunakan nama Khawarij yang telah disepakati sebagai sesat. Tetapi amalan dan pegangan Khawarij mungkin wujud sama ada dalam konteks individu atau kumpulan, mahupun parti.

Justeru, marilah kita bermuhasabah agar kita dapat menjauhkan diri, keluarga dan masyarakat daripada terpalit dengan sebarang ciri dan ideologi Khawarij yang sesat dan menyesatkan itu.

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Rekomendasi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majelis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 58-62; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Agustus 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida: Rujukan Dr Azwira Abdul Aziz, Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi].

Nota: Artikel PAS Khawarij Moden bahagian 1 hingga 5 adalah hasil tulisan serta pendapat seorang pembaca yang telah mengirimkan email kepada kami. Beliau merupakan petugas di Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban NSDK. Sesiapa yang berhajat untuk mengikut jejak langkah beliau agar disiarkan artikelnya di blog kami, bolehlah berbuat demikian ke panehmiang@ymail.com. Terima kasih.

Friday, July 22, 2011

PAS Khawarij Moden IV

Dari Mana Al-Khawarij Muncul di Kalangan Muslimin?

Ketahuilah bahwa kaum Khawarij muncul di tengah-tengah muslimin melalui pintu (slogan) amar ma'ruf nahi munkar. Mereka menyangka bahawa diri mereka adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap agama ini, dan kononnya mereka adalah pelindung agama, serta bermisi untuk melindungi dan membelanya.

Jika kaum Khawarij menampakkan diri kepada umum melakukan amar ma'ruf nahi munkar dan kaum muslimin melihat hal itu, maka apakah agaknya reaksi atau tanggapan majoriti umat? Sudah tentu secara zahirnya umat akan membenarkan golongan mereka dan mendukung aktiviti mereka, bahkan ada yang sanggup membela mereka. Kerana yang ternampak dari aktiviti kaum Khawarij ini seolah mereka merupakan pembela agama, sementara fitrah (manusia) yang lurus bendul tentunya akan terpedaya kepada perbuatan tersebut.

Maka tentu setiap muslim yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap agamanya akan meletakkan dirinya bersama pihak yang mendasari aktivitinya dengan slogan amar ma'ruf nahi munkar dalam rangka membela agama yang lurus ini.

Salah satu contoh propaganda Khawarij di zaman ini ialah kelompok yang menamakan dirinya dengan Hizbut Tahrir, yang sering menampilkan slogan amar ma'ruf nahi munkar. Bahkan mereka mengatakan bahawa latar belakang berdirinya kelompok ini adalah bersandarkan kepada firman Allah:

"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." [Ali 'Imran: 104]

Disebalik slogan ini, mereka akan menghasut kaum muslimin untuk menentang penguasa Islam dan memprovokasi rakyat untuk berlawan dengan penguasanya. Hal ini sebagaimana mereka tegaskan dalam buku mereka yang berjudul: Mengenal Hizbut Tahrir, hal. 16-17;

"Perjuangan politik ini juga tampak jelas dalam menentang para penguasa, mengungkapkan pengkhianatan dan persekongkolan terhadap umat, melancarkan kritik, mengawasi, dan mengutuk terhadap mereka serta berusaha menggantinya apabila hak-hak umat dilanggar atau tidak menjalankan kewajipannya terhadap umat, iaitu bila melalaikan salah satu urusan umat, atau mereka menyalahi hukum-hukum Islam."

Begitu pula perkataan tokoh besar Hizbut Tahrir, sekaligus pendokongnya yang bernama Taqiyyuddin An-Nabhani, dalam bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Terjun ke Masyarakat hal. 7; mengatakan:

"...melainkan dengan menyerang seluruh bentuk interaksi yang berlangsung antara penguasa dengan rakyatnya harus digoyang dengan kekuatan penuh, dengan cara diserang sekuat-kuatnya dengan penuh keberanian..."

Dalam buku Mengenal Hizbut Tahrir, hal. 26-27, mereka juga menyatakan:

"Dalam menyampaikan pemikiran dan menghadapi idea-idea yang salah atau yang menyeleweng dari Islam, menentang kelompok-kelompok politik lain (yang tidak berideologikan Islam), atau dalam menghadapi negara-negara kafir imperialis dan menentang para penguasa, sikap Hizb dalam hal ini adalah menyampaikan pendapatnya secara terang-terangan, menyerang dan menentang. Tidak dengan cara nifaq (berpura-pura), menjilat, bermanis muka dengan mereka, simpang siur ataupun berbelok-belok dan tidak pula dengan cara mengutamakan jalan yang lebih selamat."

Tentunya fahaman sesat mereka ini adalah fahaman warisan kaum Khawarij yang sangat bertentangan dengan aqidah dan manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam serta para shahabatnya radhiyallahu 'anhum. Propaganda Hizbut Tahrir ini lebih mirip kepada salah satu propaganda Khawarij yang tergolong dalam propaganda paling jahat dan berbahaya, iaitu Al-Qa'adiyyah. Dengan alasan-alasan yang cukup diplomatik, mereka secara halus menggalak penentangan dengan mengangkat senjata kepada penguasa Islam. Disebabkan itu, ramai dikalangan umat Islam yang terdiri dari para daie (pendakwah) telah terjerumus dikalangan mereka.

Inilah kedudukan yang sering terjadi di kalangan kaum muslimin. Betapa ramai saudara-mara kita yang memiliki semangat dan sikap tanggungjawabb untuk membela Islam, tetapi telah terjebak secara langsung ataupun tidak langsung dalam pelbagai kelompok pergerakan kaum Khawarij kerana terpesona dengan berbagai slogan yang disebarkan.

Thursday, July 21, 2011

Peminat PAS

Melihat kepada tsunami pemikiran dan biologi PAS yang makin menyongsang daripada fahaman seawal penubuhannya dalam rangka dan mauduk Ahlul Sunnah WalJamaah dan Sunni, selepas 1971 dikelabu asap ke dalam Agenda Syiah, Muktazilah, Qadariah, Jabariah dan Khawarij oleh pasukan Kaum Muda PAS seperti Nik Aziz, Abdul Hadi seterusnya.

Pak Sedaro terpancut minda cerdas untuk memberi sifir-sifir politik Malaysia kepada pengikut kuda kepang PAS bahawa PAS tidak boleh membina negara ini. PAS hanya bertanding di peringkat Dewan Rakyat sebanyak 66 kerusi. Indoktrinasi PAS tidak langsung dipersetujui DAP sejak Deklarasi Setapak 1967. Sumpah laknat DAP tidak pernah disepakati oleh mana-mana pemimpin Melayu sejak DAP mencetus Deklarasi Setapak, DALANG utama 09 Mei-13 Mei 1969 dan menjadi kacang hantu kepada tragedi Ibrahim Libya di Memali.

Aturan kerusi Parlimen 222 yang hari ini menjadi kerusi pertandingan dalam PRU-13 merupakan medan pertandingan untuk UMNO sebanyak 117 kerusi. Jauh daripada sifir ini, UMNO amat layak menjadi Ketua Eksekutif Negara Malaysia. Kerusi kemenangan 148 ialah kemenangan Majoriti 2/3, yang membolehkan sebuah Kerajaan Melayu Islam yang tidak pernah meruntuhkan mercu utama Persekutuan, iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Persepsi Dr. Lo' Lo Ghazali, anak bekas Mufti Perak yang telah dijemput Allah lebih awal, tentang beban tanggungjawab bapanya sewaktu memegang amanah sebagai Mufti Perak, diberitakan dikesali olehnya. Dek kerana beberapa perkara yang tidak dituruti oleh sifulan bin sifulan sepanjang kerjaya bapanya. Ikut skrip Dr. Lo' Lo kepad Dr. Asri. Ternyata, pernyataan Dr. Lo' Lo ini menjelas kecetekan ilmunya dalam memahami mauduk dan uslub pemerintahan sebuah Negara Melayu Islam yang baru bangkit daripada kesan-kesan penjajahan. Rupanya, ramai kalangan pemimpin dan peminat PAS ialah anak-anak kefahaman Syiah yang bersetuju dengan konsep fikir radikal dan sembrono. Tiada hikmah dan kefahaman mengurus nikmat merdeka secara sopan santun langsung rupanya.

Hari ini umat Melayu perlu bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara. Tetapi amat malanglah kepada umat Melayu yang bersetuju untuk BERSETUJU dengan HINDRAF, BERSIH 2.0, PKR, PAS, DAP, PSM, KITA, Komunis yang dihidupkan semula, Arqam yang dihidupkan semula, SYIAH, WAHABI dan gerakan-gerakan orientalis Freemasonry di Bumi Melayu ini.

Hari ini umat Melayu Islam berkekuatan seramai 15.6 juta, hanya 7 juta merupakan Pengundi Berdaftar dan Layak Mengundi. Dalam kelam kabut mengurus pola fikir "SERABUT" kelompok petualang Melayu seperti Anwar Ibrahim, namun rakyat yang sihat akal, tinggi ilmu begitu ramai yang berjaya ditipu helah oleh B.A.B.I. Maknanya, mengikut ilmu, lebih tinggi Modal Insan, maka rakyat sepatutnya jadi hebat. Tapi malangnya Modal Sosial rakyat masih dengkel.

Justeru, Pak Sedaro merasokan tibolah masa menjelang Ramadhan ini, rakyat Melayu Islam yang "confirm" tidak murtad, tidak sesuka hati mak bapak dia mahu tukar hak Allah kepada dia, tidak syirik, berMUHASABAH dan perbanyak solat sunat Israq, Dhuha, Awwabin, Taubat, Hajat, Tasbih, Istiharah, perlu didorong untuk membantu urusan menegak hak Perkara 3, Perkara 4 dan Perkara 121 dalam Negara Melayu ini, berasaskan prinsip dan nilai Gagasan 1 Malaysia.

Ingatlah kepada semua Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO, bahawa anda semua menangung DOSA rakyat, seandainya anda memilih untuk melacur, memperkosa, merogol dan mengkhianati Alam Melayu yang mula terbit sebagai sebuah Tamadun Agung sejak 1230.

PAS Khawarij Moden III

Bagaimana mengenali kaum Khawarij dalam masyarakat?

Setelah melalui pengkajian dan peninjauan terhadap keadaan kaum Khawarij di Malaysia pada masa ini dan masa yang lainnya, maka tanda-tanda Al-Khawarij dapat diketahui sebagai berikut:

• Wujudnya majlis-majlis rahsia

Anda akan dapati mereka selalu menyembunyikan perbicaraan dan pertemuan mereka serta berupaya untuk menghindari pandangan manusia yang tidak sejalan dengan fahaman mereka. Majlis-majlis rahsia tersebut mereka adakan di tempat-tempat khusus atau kadangkala di alam terbuka yang jauh dari keramaian manusia. Bahkan ada ketikanya di tempat-tempat rehat untuk menghindari adanya keraguan dan kecurigaan pihak lain terhadap mereka. Boleh juga di gua-gua dan yang semisalnya. Kemudian mereka namakan majlis-majlis rahsia tersebut dengan nama majlis ilmiah.

Berkata seorang khalifah dari Dinasti Umawi yang terkenal dengan keadilannya, yaitu Amirul Mu’minin Umar bin 'Abdil 'Aziz rahimahullah:

"Jika anda telah melihat sekelompok orang yang secara khusus melakukan perbicaraan rahsia berkaitan dengan urusan umat, maka ketahuilah sesungguhnya mereka sedang meletakkan jalan kesesatan."

Jika seandainya mereka duduk berkumpul dalam rangka untuk mencari ilmu dan faedah ilmiah, kenapa pihak yang tidak sefahaman (tidak satu kelompok) dengan mereka tidak diizinkan untuk duduk bersama serta tidak diizinkan masuk ke tempat-tempat pertemuan mereka?

Ketahuilah antara tempat yang sering diperalatkan kaum Khawarij ialah masjid;

• Kaum Khawarij adalah orang-orang yang semangat dalam ibadah. Mereka itu bukanlah para pelaku kemaksiatan atau orang awam yang biasa.

• Kaum Khawarij terdiri daripada kalangan orang-orang muda serta dungu cara berfikirnya, dan mereka sama sekali bukan dari kalangan 'ulama.

• Kaum Khawarij selalu berupaya menyembunyikan berbagai operasi jaringan mereka dari masyarakat umum dan tidak mahu menampakkan identiti (jati diri) mereka secara terang-terangan.

• Kaum Khawarij selalu menampakkan diri mereka dengan slogan amar ma'ruf nahi munkar dalam rangka menarik simpati hati manusia.

• Kaum Khawarij sering meletakkan nas-nas (dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah) bukan pada tempatnya.

• Kaum Khawarij tidaklah pernah menimba ilmu dari para 'ulama (Ahlus Sunnah wal Jama'ah), dan sesungguhnya mereka hanya bersandarkan pada pemahaman mereka yang pendek serta doktrin-doktrin para pemimpin mereka yang jahil.

• Kaum Khawarij selalu berupaya untuk berdalil dengan dalil-dalil yang mutasyabih (belum jelas dan masih samar) baik dari Al-Qur'an maupun Al-Hadits, serta meninggalkan dalil-dalil yang muhkam (jelas dan pasti), sebagaimana hal itu memang kebiasaan para pengusung kesesatan.

Al-Khawarij di masa kita melihat, mereka dengan sengaja mengganti nama dan alamat tempat tinggal sebenar, atau tidak segan melanggar aturan-aturan syari'at demi menutupi identiti/jati dirinya agar segala bentuk operasi dan tindakan kelompoknya tidak dapat diketahui umum kaum muslimin. Bahkan kebanyakan para tokoh/pembesar mereka yang berdusta dan mengingkari fakta dengan menggunakan kata-kata menipu untuk berlepas diri dari beberapa tindakan anak buahnya yang terbongkar, atau untuk menyelamatkan jama'ah/kelompoknya dari jeratan hukum yang berlaku di kawasan masing-masing.

Penjelasan di atas adalah salah satu contoh propaganda Khawarij yang menggembar-gemburkan amar ma'ruf nahi munkar.

Contoh-contoh manipulasi kaum Khawarij terhadap nash/dalil yang bukan pada tempatnya:

Pendalilan Hizbut Tahrir dengan surat Ali 'Imran: 104, bagi 'membenarkan' pembentukan parti politik dengan 'menggunakan' firman Allah subhanahu wa ta’ala:

"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menegakkan amar ma'ruf nahi munkar (menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar); merekalah orang-orang yang beruntung." [Ali 'Imran: 104].

Dengan 'menggunakan' ayat di atas yang mengandung perintah terhadap sebuah jama'ah (kelompok) yang padu untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar, di mana jama'ah yang padu tersebut kemudiannya membentuk parti politik. Sementara aktiviti terpenting dalam amar ma'ruf nahi munkar adalah seruan terhadap penguasa agar mereka berbuat ma'ruf (melaksanakan syari'at Islam) dan melarang mereka berbuat mungkar. Kemudian mereka menegaskan bahwa aktiviti ini adalah aktiviti politik yang terpenting. [lihat Mengenal Hizbut Tahrir hal. 1-3].

Dalil kaum neo-khawarij pada zaman ini dengan memperalatkan hadis:

"Pimpinan para syuhada' adalah Hamzah bin 'Abdil Muththalib, serta seorang yang datang menemui seorang penguasa yang kejam kemudian memerintahkannya (kepada yang baik) dan melarangnya (dari yang munkar) sehingga penguasa yang kejam tersebut membunuhnya." [HR. Al-Hakim (III/ 195) dari shahabat Jarir; dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 374)].

"Jihad yang paling utama adalah (menyampaikan) perkataan yang haq di hadapan penguasa yang jahat." [HR. Abu Dawud (4344), At-Tirmidzi (2174), An-Nasa'i (4220), Ibnu Majah (4011, 4012), Ahmad (IV/315; V/251, 256), dari hadits Abu Sa'id, Abu Umamah, Thariq bin Syihab, dan Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 491].

Kedua dalil hadis di atas biasanya mereka peralatkan untuk membenarkan tindakan provokasi dan kritikan-kritikan tajam yang mereka lakukan secara terbuka ataupun menunjukkan penentangan di hadapan masyarakat terhadap penguasa Islam. Pelbagai tindakan demonstrasi, operasi, penggunaan media masa, dan buletin mereka berupaya menimbulkan kebencian dan permusuhan rakyat terhadap pemerintahnya.

Masih banyak lagi contoh-contoh lainnya, yang para pembaca boleh mendapatinya beserta bantahannya pada buku-buku Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Redaksi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majelis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 68-72; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Ogos 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida].

Wednesday, July 20, 2011

PAS Khawarij Moden II

Siapakah Kaum Khawarij?

Untuk menjawab pertanyaan, siapakah Al-Khawarij? Maka ketahuilah bahawa mereka adalah orang-orang yang mengkafirkan kaum muslimin dengan sebab dosa-dosa besar yang tingkatannya masih di bawah kesyirikan dan kekufuran. Mereka adalah orang-orang yang keluar dari sikap taat kepada penguasa, serta menentang penguasa dengan mengangkat senjata. Mereka juga menyerukan kepada kaum muslimin untuk memerangi penguasa Islam. Jenis yang ini dinamakan dengan penentangan dengan kekuatan fizikal.

Al-Khawarij adalah bentuk plural (jamak) dari kata Al-Kharijah, yang maknanya secara global adalah, "Para pemberontak yang keluar dari sikap taat kepada penguasa muslim." Disebutkan oleh pentahqiq (peneliti) kitab Al-Milal wan Nihal (I/131), bahawa Al-Khawarij adalah pihak-pihak yang mencampakkan ketaatan terhadap penguasa pemerintahan muslimin dengan dalih kesesatan penguasa dan tidak adanya keinginan membela kebenaran. Kaum Khawarij ini memiliki berbagai bentuk mazhab dan fahaman sesat yang mereka ada-adakan sendiri.

Al-lmam Asy-Syahrastani rahimahullah (w. 548 H) sendiri dalam kitabnya Al-Milal wan Nihal di atas (I/132) menegaskan:

"Setiap orang yang memberontak kepada imam (penguasa) yang sah dan telah disepakati kaum muslimin maka dia disebut sebagai khawarij. Sama saja, apakah dia memberontak pada masa sahabat kepada Al-A'immah (Al-Khulafa') Ar-Rasyidm, atau setelah mereka pada masa tabi'in maupun (pemberontakan) terhadap para imam (penguasa) di setiap zaman."

Perhatikan pula penegasan Al-lmam Al-Barbahari rahimahullah (w. 329 H) dalam Syarhus Sunnah (no. 34):

"Barangsiapa yang memberontak kepada salah satu penguasa dari para penguasa kaum muslimin maka dia adalah khawarij, dan bererti dia telah memecah belah kesatuan kaum muslimin serta menentang sunnah. Matinya pun dalam keadaan mati jahiliyyah."

Sehingga dari penjelasan para 'ulama di atas kita tahu bahwa ciri khas Khawarij adalah melakukan pemberontakan atau penentangan terhadap penguasa muslim yang sah di setiap zaman.

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Redaksi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majelis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 57-58; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Ogos 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida].

Tuesday, July 19, 2011

PAS Khawarij Moden I

Ciri-ciri Al-Khawarij

Kaum Khawarij adalah orang-orang yang suka dan rajin beribadah. Nampak pada mereka kebaikan dan ketaqwaan. Di antara ciri-ciri mereka adalah: berkepala gundul, berumur muda, dan juga sering menyebut-nyebut hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan ketinggian tingkat ibadah mereka, beliau berkata:

"Salah satu di antara kalian pasti akan menganggap rendah solat dibandingkan solat mereka, serta shaumnya (puasanya) dibandingkan shaum mereka. Mereka tekun membaca Al-Qur’an, namun bacaan tersebut tidak mampu melalui kerongkong mereka." - (Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah no. 3414)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya: "Apa ciri-ciri mereka?" Rasulullah menjawab, "At-Tahliq atau At-Tasbid." - (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari no. 7123)

At-Tasbid pengertiannya adalah: Tidak meminyakkan rambutnya.
At-Tahliq pengertiannya adalah: Menggondol rambut kepalanya.

Berkata Al-Imam Abu 'Ubaid, bahawa kedua perkara tersebut (yakni At-Tasbid dan At-Tahliq) biasa saja terjadi secara bersama-sama. Dinukilkan dari kitab Lisanul 'Arab III/202.

Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Fasawi dalam kitab sejarah karya beliau (I/ 522), salah satu pernyataan Ibnu 'Abbas ketika beliau datang menemui kelompok Khawarij untuk berdialog dengan mereka, bahawa beliau berkata:

"Aku datang menemui suatu kaum yang aku belum pernah melihat satu kaum pun yang setinggi mereka tingkat kesungguhannya. Dahi-dahi mereka hitam (seperti bekas luka) akibat banyak bersujud, tangan-tangan mereka kasar bagaikan lutut unta. Mereka memakai pakaian yang tercuci bersih dan terkenal. Wajah mereka nampak lesu disebabkan (sering) berjaga di malam hari (untuk beribadah)" — Ibnu'Abbas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menceritakan tentang ciri-ciri umur mereka, sebagaimana dalam sabdanya:

"Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang masih muda belia umurnya, dungu cara berfikirnya. Mereka berucap dengan sebaik-baik ucapan manusia Mereka melesat (keluar) dari (batas-batas) Islam seperti melesatnya anak panah menembus (tubuh haiwan) buruannya. Tidaklah iman mereka mampu melewati kerongkongnya." (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari (hadits no. 3415, 4770).

Disebutkan dalam Fathul Bari bahawa At-Tasbid semakna dengan At-Tahliq. Namun ada sebuah pertanyaan yang perlu dikemukakan di sini, iaitu apakah dengan ciri-ciri di atas bererti setiap orang yang menggondol rambut dapat dipastikan bahawa dia termasuk kelompok Khawarij?

Jawapannya TIDAK! Kerana maksud ciri-ciri tersebut ialah, kaum Khawarij menjadikan rambut kepalanya gondol sebagai ciri khas mereka pada waktu itu. Sementara para salaf tidaklah mengatakan mereka menggondolkan rambut kepalanya, kecuali untuk tahallul saat melakukan manasik haji/'umrah atau suatu kepentingan tertentu lainnya.

Kalau ada pun yang mengatakan bahawa kita tidak mendapati ciri-ciri tersebut, maka ia termasuklah pihak-pihak yang dikatakan sebagai Khawarij pada masa ini.

Bagi menjawab hal ini, saya kemukakan di sini salah satu penjelasan Al-Hafizh Ibnu Hajar ketika menerangkan tentang makna-makna At-Tasbid atau At-Tahliq, beliau berkata:

"Yang dimaksud dengan (At-Tasbid atau At-Tahliq) adalah penggambaran sikap ekstrim mereka (kaum Khawarij) dalam melakukan pembunuhan, serta untuk lebih menekankan tentang penyimpangan mereka dalam urusan agama." Lihat Fathul Bari dalam syarh (penjelasan) hadits di atas.

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar: Bahawa yang dimaksud dengan خير قول البرية adalah Al-Qur'an. Atau juga bermakna bahwa mereka berucap dengan kata-kata yang baik secara zahir, namun hakikat sebenarnya tidak demikian. Seperti statement mereka: لاحكم إلالله (Tidak ada penentuan hukum kecuali milik Allah.) [lihat Fathul Bari penjelasan hadits no. 6930].

Di Malaysia hari ini, ramai pihak serta kelompok yang menyeru kepada seruan-seruan yang nampak baik secara zahir, dipimpin oleh orang-orang muda atau orang-orang yang dungu dalam berfikir; seperti seruan penerapan syari'at Islam, menegakkan Khilafah Islamiyyah, membela nasib rakyat, amar ma'ruf nahi munkar, dan berbagai seruan lainnya yang secara zahir terkesan baik. Namun hakikatnya pelbagai seruan tersebut jauh menyimpang dari bimbingan ilmu Al-Qur'an dan As-Sunnah yang sebenarnya, serta jauh dari bimbingan para 'ulama generasi salaf dan para 'ulama pengikut jejak mereka, baik dalam tinjauan makna yang mereka inginkan mahupun praktikal mereka ketika bergerak di lapangan.

Saya yakin tak seorang pun yang mengaku muslim serta mencintai Islam yang tidak menginginkan tegaknya Islam atau berdirinya Khilafah Islamiyyah. Namun yang menjadi persoalan ialah, Syari'at atau Khilafah Islamiyyah model apa yang kita inginkan? Dengan cara apa Khilafah Islamiyyah mampu ditegakkan dan bagaimana mahu Syari'at Islam diwujudkan?

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Redaksi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majlis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 62-66; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Ogos 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida]

Monday, July 18, 2011

Penjara kubur blogger Pakatan

Diceritakan oleh Syeikh Ali Soleh Muhammad Alijabber, Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari, Raja memanggil tiga orang menterinya untuk diberikan tiga karung guni. Berkata Raja, "Pergi panjat pokok itu dan petik buahnya sehingga penuh guni kamu masing-masing."

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, sambil tertanya di fikiran, mengapa seorang menteri yang memiliki taraf dan kedudukan yang tinggi diberikan perintah sedemikian rupa? Namun disebabkan perintah itu datangnya daripada seorang Raja, maka tanpa banyak soal mereka pun melakukan sepertimana yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah. Justeru beliau bersungguh-sungguh memanjat pokok tersebut dan mencari buah yang paling baik serta berkualiti demi memenuhkan karung guni yang diberi Raja.

Menteri B merupakan menteri yang sekejap amanah dan sekejap tidak. Beliau hanya amanah berdasarkan situasi yang dihadapi. Imannya tidaklah sekukuh Menteri A. Maka ketika Menteri B memanjat hingga separuh pokok, terfikirlah dia, "Buat apalah aku bersusah payah untuk ambil buah yang elok-elok? Lebih baik aku kutip saja buah yang dah gugur ke bawah. Lebih cepat aku dapat penuhkan karung guni ni." Lantas Menteri B turun, lalu mengutip buah yang sudah sedia gugur di bawah pokok, maka bercampur-baurlah buah yang baik serta buah yang busuk di dalam guni.

Menteri C pula merupakan seorang yang sungguh tidak amanah. Beliau hanya mementingkan diri sendiri saja. Fikir beliau, "Buat apalah aku susah-susah. Aku kan menteri. Ini bukan kerja seorang menteri. Lebih baik aku kutip batu je dah cukup. Asalkan karung guni aku ni nampak penuh. Lagipun mana la Raja ada masa nak periksa isi dalam karung ini." Tanpa berlengah, Menteri C pun mengutip batu untuk memenuhkan karung guninya.

Sampai masanya, ketiga-tiga menteri kembali mengadap raja. Benar sebagaimana telahan Menteri C, Raja langsung tidak melihat isi dalam karung guni tersebut. Namun begitu, Raja mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda memerintahkan pengawal menangkap ketiga-tiga menteri dan dihumbankan ke dalam penjara. Seterusnya baginda menitahkan ketiga menteri tersebut hanya akan diberi makan berdasarkan apa yang ada dalam karung guni masing-masing di sepanjang penahanan mereka di penjara. Maka beginilah situasi para menteri itu ketika di dalam penjara:-

Menteri A mempunyai bekalan makanan yang mencukupi kerana telah mengutip buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B terpaksa memilih buah yang baik untuk dimakan dan kadangkala terpaksa pula mengikat perut demi memastikan bekalan makanannya sentiasa mencukupi sehingga selesai tempoh tahanan.

Menteri C pula terus kebuluran dan akhirnya meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Innalillahiwainailaihirajiun. Itu sajalah ucapan yang mampu diberikan kepadanya.

Bayangkanlah, selama ini Allah SWT telah memerintahkan kita supaya beramal dengan penuh amanah dengan tujuan untuk mencari redha-Nya. Maka, andai berpeluang, watak menteri manakah yang akan kita pilih? Adakah Menteri A, Menteri B ataupun Menteri C?

Dan PENJARA dalam kisah di atas bolehlah kita ibaratkan seperti sebuah KUBUR. Di sanalah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua bakal lalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu, pernahkah kita bertanya, adakah amalan kita selama ini mampu membantu kita mendapatkan keredhaan Allah? Atau nasib kita bakal berakhir sepertimana Menteri C?

Gambar dari blog pro pembangkang

Justeru kepada blogger pro pembangkang (termasuk blogger umno yang berpura-pura tetapi sebenarnya cenderung kepada pembangkang) ambillah pengajaran daripada kisah ini supaya setiap penulisan yang dibuat bersikap rasional serta bertanggungjawab, dan bukannya suka-suka menyebar fitnah untuk menjatuhkan orang lain demi mendapatkan sedikit nikmat di dunia ini.

Lihatlah bagaimana blogger pro pembangkang yang tanpa takut dosa telah memanipulasikan lakonan kematian Suhardi Mohd yang diputarbelitkan kononnya sebagai gambaran sebenar Allahyarham Baharudin Ahmad. Ramai blogger pro pembangkang telah menipu dan berbohong secara terang dan nyata sehingga tergamak memanipulasi video serta gambar lakonan kematian Suhardi Mohd semata-mata untuk memberi kesan emosi dan simpati yang berlebihan kepada pembaca.

Malah rakyat dan masyarakat antarabangsa diperlihatkan kononnya polis Malaysia sangat kejam dan zalim. Malah ada yang tergamak menyamakan polis Malaysia seperti polis Israel. Ini tidak termasuk cerita fitnah cincin RM24 juta yang kini sedang hangat dimainkan oleh media-media siber pembangkang. Tidakkah mereka sedar akan dosa bersubahat menyebarkan fitnah? Tanpa disiasat dan diselidiki kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu, blogger pro pembangkang tanpa segan silu telah menghebahkan fitnah dengan begitu dahsyat sekali.

Maka pembaca bolehlah menilai sendiri jenis blogger yang bagaimanakah yang jelas terserlah akan niat dan perancangan jahat mereka demi menghancurkan kemakmuran dan keamanan Malaysia yang bersama telah kita kecapi selama ini. Tidakkah sedar bahawa kita akan ke kubur jua akhirnya?

Sunday, July 17, 2011

DEMON CRAZY

Pak Sedaro terangsang dengan kuasa pemangkin ilmu yang diletuskan oleh Pendakwah Antarabangsa Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar, Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudaisi, Sheikh Mohamad Jibril, juga ahli sufi Sheikh Muhammad Fuad Al-Maliki, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Habib Syed Hussin Al-Attas di Bogor, dan beberapa insan ilmuan yang lain.

Bahawa semua mereka tidak bersetuju dan bersekutu dengan kaedah PERARAKAN DEMONTRASI atau lebih tepat DEMON CRAZY MOVES yang menjadi dagangan dan jualan di Tunisia, Mesir, Syria, Yemen, Bahrain, termasuk serangan seksual minda Anwar Ibrahim & Ambiga, Australia, Korea, United Kingdom dan beberapa tempat lain.

Gamaknya, gerakan neo-liberalis yang didendang oleh fahaman Freemasonry dan Komunis Moden semakin mendapat tempat di hati hitam rakyat yang digelumang dengan nasfu-nafsi cubaan menghancurkan Tamadun Baru Islam.

Negara-negara blok Arab amat mudah diperkotak-katikkan. Namun bila kelompok Qarun dan Namrud ini menyerang Malaysia, secara tidak langsung ia memberi konotasi bahawa selama mereka makan, tidur, cari duit, mahupun menumpang kasih di Bumi Melayu; mereka sebenarnya telah terpisah dengan dunia Tamadun Manusia yang berasaskan Islam! Atau mungkin Tamadun Manusia yang berasas Demokrasi Dunia Berhukum!

Apa yang diertikan oleh kalangan ilmuan Islam dengan tindakan membabi buta pengikut BERSIH 2.0, telah meletakkan DEMON CRAZY sepertimana yang diimpikan oleh Zionis melalui fahaman Freemasonry yang secocok dengan kejayaan Protokol Zionis 11,12,13, 20, 21, 22, 23 dan 24.

Sewajarnya tindakan kerajaan atau lebih tepat lagi KDN selepas ini ialah mengUNIVERSITIkan kelompok Bersih 2.0 ke Kemunting, ataupun 1400 manusia yang ditangkap, amat wajar di hantar ke Pulau Jerjak, untuk menghidupkan kembali Kerajaan Pulau Jerjak atau pun Malaysian Alacatraz.

Adakah ini strategi mengenal kekuatan dan kelemahan Kerajaan Malaysia oleh Najib? Apakah ini satu langkah menguji tahap pemikiran Hishamuddin yang telah dikelas oleh Pejuang dan Veteran UMNO sebagai IKON BACUL UMNO kerana keris yang dihunus dan di julang, tersarung semula sambil MEMINTA MAAF!

Atau apakah ini sandiwara Bapak Anwar Bin Ibrahim, agar pengikut ortodok yang sering ditipu dengan fatamorgana bahawa Anwar Ibrahim ialah Anugerah Tuhan, Suci daripada Haid dan Nifas, Suci daripada Hadas Besar dan Najis Muhallazah, termasuk Ambiga yang dimeterai sebagai Pelaku Crooked Mind Leader semata-mata untuk menghalalkan Gerakan Syiah PAS?

PAS tidak akan boleh bersatu dengan UMNO selagi Hadi Awang dan Mat Sabu menjadi pilihan dan kuda kayu PAS. Demon Crazy ialah terma yang wajar dikaji secara ilmiah kerana Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan, Budaya Prestasi Tinggi dan Budaya Inovasi merupakan resepi Gagasan 1 Bumi Melayu.

Saturday, July 16, 2011

Rosmah menabung sejak kecil untuk beli cincin RM24.4 juta? BANGANG!

Semalam tersebar gambar di muka hadapan Utusan Malaysia kononnya Rosmah buat pengakuan beliau menabung sejak kecil untuk membeli cincin permata bernilai RM24.4 juta. Lihat gambar di bawah.


Gambar di atas jelas dimanipulasi serta dibuat pengubahsuaian (photoshopped) oleh pihak yang menyebarkan fitnah. Buktinya, perhatikan headline pada gambar Utusan Malaysia yang dimanipulasikan di bawah...



Untuk lebih kepastian, sila rujuk di link arkib Utusan Malaysia di sini. Anda akan dapati memang wujud tajuk kedua-dua headline di bahagian Politik iaitu "Khairy serah kepada pemimpin" dan "Tiada masa untuk bercinta."


Cuma yang menjadi masalahnya, TARIKH SEBENAR tajuk headline di arkib Utusan Malaysia yang di photoshopped oleh pemfitnah itu ialah 08/02/2008.

Sampai bilakah Pakatan Pembangkang ni nak memfitnah?! Itupun masih ramai lagi yang dok percaya PENIPU RAKYAT ni. Sahlah pencacai PR memang BANGANG!

Sumber: majalah9.com.

UPDATE 10.20 pm
- Read apanama here.

Friday, July 15, 2011

Agenda sulit di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan dibongkar!


Mereka banyak menyentuh isu Bersih dan mereka kata DAP sememangnya senang hati kerana ahli DAP mengikut arahan (untuk) tidak terlibat dengan perhimpunan BERSIH.

Kata (mereka) lagi, biarkan Melayu lanyak Melayu, kita jangan campur kerana itu bukan urusan kita. Biar mereka tuduh Anwar meliwat atau Anwar langgan pelacur Cina, Kita jangan campur (kerana) itu hal mereka. Orang UMNO tidak percaya Anwar, PKR dan PAS. (Orang) PAS dan PKR (pun) tidak percaya(kan) UMNO. Yang untung DAP.

MCA dengan presidennya yang tidak bermoral. Orang Cina semua sudah benci MCA. Jangan takut dengan PAS (sebab) mereka bukan ramai. Tengok di Selangor dan Perak (masa kita memerintah), PAS tak boleh buat apa. Jadi (buat) apa kita takut dengan PAS. PAS hanya mahu menumpang kuasa kita sebab mereka ini semua(nya) gila kuasa. Kita bagilah mereka tumpang dan mereka inilah yang akan mengarut mencipta fatwa-fatwa yang menguntungkan kita.

Kalau kita kena baca beberapa patah ayat Quran, kita baca saja. Apa salahnya (kerana ia) bukan jadi kesan bagi kita. Yang penting kita perlu (pastikan) orang Melayu percaya dengan kita dan (seterusnya) kita tawan mereka.

Edited from here.

Wednesday, July 13, 2011

Spesis Kaldai Bersih

Seorang pemuda telah diserahkan bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik dengan ilmu mengawal nafsu.

"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.

Si pemuda agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.

"Apa yang perlu saya bawa?", tanya si pemuda.

"Bawa saja pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang jauh. Setelah agak lama, mereka menemui sebuah bukit yang tinggi.

"Kita akan mendaki bukit ini," kata guru sufi.

"Mana jalannya?" balas si pemuda.

"Kita susuri saja jalan di tepi lereng bukit," jawab guru sufi.

"Nanti, nanti..! Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya," rayu si pemuda.

"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu," ujar guru sufi.

Pemuda itu berasa lega kerana memikirkan dia tidak perlu berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,

"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya."

"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.

"Tidak!" kata guru sufi.

"Mengapa guru?" ujar si pemuda kehairanan.

"Jangan bertanya, patuh saja!" tegas guru sufi.

Pemuda itu kelihatan terkejut, tetapi tidak berani melawan.

"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?" tanya si pemuda.

"Tidak," balas guru sufi, "Sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"

"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?" ujar si pemuda sambil menggarukan kepalanya.

"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan keras.

Maka dengan susah payah, si pemuda memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku, keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud guru?"

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan jasadmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan karenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."

Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba, tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?" ujar si pemuda.

"Ya!" kata guru sufi, "Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Ya. Betul guru. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


Nota: Bagi mereka yang mengikut hawa nafsu dengan menyertai demontrasi BERSIH 2.0 adalah umpama orang yang memikul keldai. Sayangnya mereka perasan kesusahan yang dilalui ketika menghadapi pihak polis umpama berjihad. Tetapi sebenarnya mereka adalah pejuang-pejuang yang sudah tertipu oleh perancangan rapi BroABI, DAP dan agenda asing.

Tuesday, July 12, 2011

Nampak macam Anwar...



Masa kutuk kerajaan melalui interview Reuters nampak ok saja...

Tiba-tiba masuk Hospital Pantai terus macam orang nazak. Esoknya boleh pulak pergi melawat orang mati dan lusa boleh pulak bagi ceramah. Hehehe...auta putaq alam. Jangan pulak mintak mc sebagai alasan untuk tangguh lagi kes buntut dah la wahai Bapak Anwar Bin Ibrahim oiii...


Kenapa ramai demonstrator B2.0 lari bila kena water canon atau gas pemedih mata?

Kenapa semangat para demonstrator B2.0 tidak sama dengan semangat para demonstrator di Tunisia, Mesir dan Yaman yang terus mara walaupun dihujani peluru hidup?

Adakah kerana rakyat di Malaysia hidup terlalu aman dan makmur selama 54 tahun ini berbanding rakyat di Tunisia, Mesir serta Yaman yang merana berpuluh tahun?

Mungkinkah kemakmuran yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini telah menyebabkan semangat para demonstrator B2.0 mudah saja luntur sebaik saja terkena air?

Jelaslah B2.0 dan pemujanya merupakan pejuang yang lemah untuk menentang kerajaan yang kononnya zalim, sedangkan para penentang selama ini cukup makan, cukup ibadat, cukup maksiat, cukup leewat, cukup menipu, cukup ceramah, cukup kempen, cukup fitnah, cukup bebas bla..bla..bla..!

Yang pasti dalam video dan gambar di atas nampak macam Anwar tapi bukan Anwar. Ha ha ha...

Friday, July 8, 2011

OTAK KUNING HARAMJADAH

Anwar Ibrahim dan Ambiga sudah hilang kelayakan mengguna gelaran Datuk. Dasar HARAMJADAH, (perkataan yang selalu dizikir Anwar) bila dengan suka hati mak bapak dia memberitahu awam, khasnya rakyat yang sedang dibodohi, bahawa tidak perlu permit berhimpun kerana telah mendapat restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan persetujuan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Negara ini punyai Undang-undang yang mantap. DYMM SPBYA dan Raja-raja Melayu masih menyimpan senjata MAUT Baginda. Veto Kuasa Mutlak Raja-raja Melayu masih belum diguna pakai selepas 24 Ogos 1511.

Kuasa Darurat 13 Mei 1969, masih begitu kecil. Apakah Anwar ini sedar bahawa Perkara 149 boleh terpakai ke atas kumpulan tidak berdaftar a.k.a HARAM BERSIH LAGI NAJIS MUHALLAZAH ini.

Tiupan nafiri ummah Melayu masih tersimpan di gebuk-gebuk istana Raja-Raja Melayu. Andai Nobat Kuning ini ditiup dan Tetuang Askar Titah Raja berbunyi, maka NASI BAKAL JADI BUBUR.

Apakah Anwar Ibrahim sedang berjuang melawan Kerajaan Kafir? Apakah umat Melayu yang sedang diseleweng akidah oleh Anwar Ibrahim, yang tidak berpegang kepada fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, peringatan Mufti-Mufti Negeri-Negeri Beraja termasuk Ilmuan Islam, merasakan bahawa gerakan "ikut-ikutan Ambiga" itu sebagai sah, benar dan menegakkan hak?

Kesan polemik Bersih hari ini telah merekodkan catatan di Bursa Malaysia jatuh dan menjunam seketika, mungkin sehingga keadaan kembali AMAN dan DAMAI sepenuhnya. Siapa cabar siapa di Malaysia ini? Apakah Kuasa Raja sedang dicabar oleh Rakyat British? Atau rakyat Raja dikeldai lembukan oleh rakyat British yang kecewa kerana tidak terjadinya Malayan Union?

Apakah umat Melayu tidak sedar bahawa Malaysia merupakan Benua Melayu terakhir yang sedang dibina Tamadunnya oleh barisan saf-saf, pewaris dan penerus 10,000 insan Melayu Islam yang pernah membantah Malayan Union?

Ingatlah bahawa Peristiwa Bersih baik secara perarakan, atau pun perhimpunan tertutup, tetap akan memberi kesan kepada otak manusia. Malaysia tidak boleh menjadi lantai basahan air mata darah sepertimana Medan Tienanmen 1990. Malaysia tidak boleh berada di kedudukan JAHILIYAH MODEN.

Ayuh Pasukan Parang Panjang! Andai Komunis, Freemasonry ini ingin benar merasai erti MERAH DARAH, dudukkanlah dirimu di barisan paling hadapan BERSIH karangan Ambiga dan Anwar Al-Syeikh Al-Juburi Al-Ifrit.

Thursday, July 7, 2011

Majoriti rakyat dah letih tunggu keberanian Najib


Mungkin kerana tiada ketegasan yang ditunjukkan Paklah dalam menangani isu Bersih pertama pada 10 November 2007, yakni 4 bulan sebelum pilihanraya umum, menjadi salah satu faktor mengapa ramai rakyat menolak BN di PRU-12. Jelas keputusan Paklah dalam menangani sebarang isu sensitif telah mencerminkan bahawa Paklah sebenarnya tidak peka dengan aspirasi sebenar silent voters.

Mungkin majoriti rakyat hari ini, terutamanya silent voters sangat merindui KEBERANIAN kerajaan dalam menangani sebarang isu yang boleh menjejaskan keadaan aman dan damai yang telah dikecapi rakyat sekian lama sebelum bermulanya rejim Paklah. Mungkin majoriti rakyat sangat berharap isu sebegini segera ditamatkan oleh kerajaan sebelum ianya bermula lagi.

Keputusan kini di tangan Perdana Menteri Ke-6. Adakah Najib akan mengulangi cara Paklah, atau memilih cara yang telahpun terbukti berkesan sebelum rejim Paklah?

Yang pasti, sikap playsafe bukanlah jalan penyelesaian terbaik dalam semua situasi.

The game has just begun...and things might turn badly.

Wednesday, July 6, 2011

Mana yang lebih baik...

Suatu ketika, seorang pemuda tampan dengan ekor serbannya terjuntai di bahu, berdiri di tengah sebuah kota, sambil mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh, agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang disekitarnya. Dengan sedikit riak pemuda tampan itu berkata, "Hati beginilah yang pasti akan mencium bau syurga."

Tersebar bicara telah mewujudkan kekaguman kepada orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu kelihatan tiada cacat celanya. Tiada carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda. Pemuda berserban itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin bingit mewarkan betapa indahnya sekeping hati yang miliknya.

Tiba-tiba, di tengah keriuhan pujian, muncul seorang tua dengan songkok hitam senget ke kanan. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan berserban. Lagak si tua seolah mahu berbicara sesuatu.

"Wahai anak muda, mengapa ku lihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?", ujar si tua dalam nada yang agak lemah tetapi penuh keyakinan.

Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni si tua. Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hati si tua, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaan hati si tua bertampal-tampal. Ada potongan hati yang telah tiada dan potongan lain kelihatan disumbat ke dalamnya; menjadikan 'rupa' hati si tua kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut hati yang lain pula terdapat beberapa tanda patah. Bahkan di beberapa tempat hati tersebut, terdapat lubang yang sangat dalam hingga kelihatan seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihatkan itu, orang ramai saling berpandangan dan tertanya-tanya. "Bagaimana pula si tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?", fikir mereka.

Sementelah, si pemuda berserban kedengaran tertawa sinis. "Tentu engkau bergurau, wahai orang tua?", katanya. "Jika hendak dibandingkan hatimu dengan hatiku, jelaslah hati yang aku ada ini adalah sangat sempurna. Sedangkan hati kepunyaanmu itu tampak hodoh dengan bekas luka dan air mata," sambungnya lagi.

"Ya, benar!", tukas si tua dengan penuh kesabaran. "Hati kepunyaanmu memang sempurna. Namun aku tidak akan sesekali menukar hatiku dengan hatimu. Seandainya dapat kau saksikan wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap bahagian yang telah aku berikan kasihku, sayangku dan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini. Tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, maka terserlah ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata. Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada kasih, sayang dan cinta yang terbina antara kami." Panjang lebar bicara si tua. Si pemuda berserban terpaku mendengar setiap patah katanya.

"Kadangkala aku orang yang kuberikan potongan hati ini, tidak berkongsi kembali sepotong hatinya kepadaku. Itulah sebabnya terwujud lubang-lubang di hatiku ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya andai kita dapat mengurniakan kasih, sayang dan cinta kita seikhlasnya, bermakna kita telah dapat menyempurnakan ajaran nabi kita. Walaupun bekas robekan hati itu menyakitkan, ia tetap akan terbuka, lantas mengingatkanku tentang kasih, sayang dan cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu masa nanti, mereka akan kembali mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama ku tunggu ianya terisi. Nah, sekarang fahamkah engkau tentang makna sebenar kecantikan hati yang hakiki?", si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda berserban terdiam. Dia menundukkan kepala dengan linangan air mata di pipi. Dia menghampiri si tua sambil membawa hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu; lantas merobek keluar satu potongan darinya. Kemudian si pemuda menawarkan pula potongan hati tersebut kepada si tua dengan tangan gementar.

Si tua menerima pemberian tersebut lalu meletakkan pada ruang kosong hatinya sendiri; dan kemudiannya si tua mengambil pula sepotong dari bekas luka lama hatinya dan menempatkannya pula di hati si pemuda bagi menutup ruang kosong yang telah wujud dihatinya.

Sungguhpun hati si tua itu sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan. Pemuda berserban menatap hatinya sendiri yang tidak lagi sempurna, tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran kasih, sayang dan cinta dari hati si tua, kini telah mengalir pula ke dalam hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


Hanya mereka yang masih ada perasaan kasih, sayang dan cinta pada agama, bangsa dan negara sahaja akan dapat menghindarkan diri dari menyertai aktiviti yang boleh menghancurkan keamanan serta kemakmuran negara tercinta ini.

Tuesday, July 5, 2011

Jangan layan makhluk kurang ajar ni, Tuanku...


Ampun Tuanku Yang Dipertuan Agong. Sembah kami harap diampun. Mohon ke bawah duli Tuanku mempertimbangkan permohonan.

Sekalian rakyat majoriti yang TIDAK MENYOKONG Bersih, amat berharap agar ke bawah duli Tuanku tidak memberi perkenan akan permohonan Ambabiga mengadap Tuanku kerana pertubuhan yang diterajui Ambabiga itu adalah PERTUBUHAN HARAM yang tidak pernah didaftarkan serta peneraju kepada sebuah PERHIMPUNAN HARAM. Maka apa layaknya sebuah PERTUBUHAN HARAM BERSIH mahu mencemarkan duli Tuanku?

Sementelah pula, PERTUBUHAN HARAM BERSIH ini kelihatan MENGUGUT ke bawah duli Tuanku, tersiratnya berkata, "Kalau YDPA jumpa kami dan arah batalkan perhimpunan Bersih, maka kami akan batalkan. Tapi kalau YDP tidak mahu jumpa kami, perhimpunan akan diteruskan kerana itu cerita lain." Pandai-pandai pulak puak haram ni nak letak syarat pada Tuanku. Lu siapa Ambabiga?

Kami sekalian rakyat majoriti yang TIDAK MENYOKONG BERSIH, memohon ke bawah duli Tuanku agar tidak melayan sebarang tuntutan daripada mana-mana PERTUBUHAN HARAM SEPERTI BERSIH. Rakyat jelata ramai yang cintakan keamanan dan tidak perlu di ajar oleh sebuah PERTUBUHAN HARAM seperti Bersih yang seolah menganggap rakyat jelata ini tidak tahu apa-apa cara yang lebih berhemah untuk memilih kerajaan yang bakal memerintah negara ini.

Apabila tiba masanya kelak (PRU-13), rakyat terbanyak akan terjemahkan undi yang datang daripada hati mereka sendiri.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Monday, July 4, 2011

FREE EDUCATION: Melayu nor Cina

Tuan Paneh Miang,

Walaupun posting ni dah lama, tapi menarik perhatian saya. Kadang-kadang saya tertanya kenapa kita umat Islam dan Melayu ni mundur dalam segala bidang. Dan (kini) barulah saya faham dan dapat jawapannya.

Jawapannya ialah SIKAP kita terhadap ILMU. Kita tengok orang Cina, diorang tak berkira pun nak keluar duit beribu-ribu untuk pendidikan anak-anak diorang. PIBG mintak, bagi. Cikgu mintak, bagi. Guru Besar mintak, bagi. Pendek kata asal program sekolah je, bagi. Padahal inilah yg sepatutnya orang Islam dan Melayu kita buat. Kan Allah dah firman dalam Al Quran bahawa menuntut ilmu wajib bagi setiap anak Adam? Jadi bila dah perkara wajib, maka wajarlah bagi kita mengadakan (pelajaran) dan bila kita keluar wang sendiri dan redha, barulah datang keberkatan pada ilmu.

Malangnya orang Islam Melayu ni dok mengharap kerajaan je sedia sekolah, cikgu, kerusi/meja, buku teks, makanan tambahan pun ada?! Jadi yang mak bapak ni kluar (belanja) apa? Suruh bayar yuran sekolah yang tak sampai RM100 setahun tu pun nak bising? Suruh kerajaan jugak (yang) bagi peruntukan? (Jadi) no wonder la takde berakah dalam ilmu.


Zaman nabi dulu takde pun wujud institusi sekolah. Semua orang Islam cari guru masing-masing, bayar diorang dan tuntut ilmu. Bahkan banyak ulama yang mengembara beratus/beribu kilometer ke Baghdad sama ada berjalan kaki (atau) naik unta guna duit sendiri (dulu Baghdad pusat ilmu), contohnya untuk tuntut ilmu. Sebab itulah ramai ulama-ulama yang dihormati macam Imam Ghazali dan Imam Bukhairi sebagai contoh. Ataupun ilmuwan Islam dalam perubatan macam Al Razi (atau) Khawarizmi dalam bidang matematik. Sebab apa diorang berjaya? Sebab diorang ada SIKAP yang positif terhadap ILMU masing-masing.

Zaman ni kerajaan bagi semua tetapi rakyat naik lemak (terutama Melayu Islam). Kalau boleh nak jadikan sekolah tu nursery asuh anak diorang. Tak puas hati maki/saman cikgu, ungkit balik duit yuran (yang) tak seberapa diorang bayar. Mak bapak balik rumah lepas kerja tahu main dan buat anak saja. Kadang-kadang saya rasa mak bapak ingat bagi pendidikan pada anak ni satu beban (dan) bukan(nya) tanggungjawab indah yang perlu dilaksana(kan). Itu pasal anak-anak sekarang perangai macam setan tak mahu dengar cakap cikgu sebab mak bapak sendiri dah (tak) ikhlas keluarkan duit untuk bagi ilmu pada anak-anak. Bila kita buat benda (tak) ikhlas dah tentu hasilnya Allah bagi sia-sia.

Anyway saya sangat sokong Paneh Miang punya langkah tu. Tapi yang lagi penting, brainwash la balik pemikiran manja rakyat sekarang ni, terutama(nya) orang Melayu Islam kita pada aspek pendidikan. Tak usah la lagi layan benda-benda macam FREE EDUCATION, sebab ini semua agenda kapitalis barat supaya manusia ni jadi robot (yang hanya tahu) kerja saja dan bukan(nya menjadi seperti) ilmuwan agong macam yang pernah tamadun Islam nikmati suatu ketika dulu. Saya harap Paneh Miang dapat jadikan post saya ni satu tajuk.

~Jentayu~

Edited from here.

Sunday, July 3, 2011

Kapitan Melayu

Lama bonar disimpan perihal Sejarah Asal Masjid Kampung Ulu, Melaka. Selepas 15 tahun, kajian yang tak dapat Ijazah Doktor Falsafah (Tamadun Islam) pengkhususan Tamadun Melayu Islam, Pak Sedaro nak dodahkan Sejarah Datuk Aroom, Kapitan Melayu Melaka yang membina Masjid Kampung Ulu pada 1670 (bukannya 1728 sepertimana laporan Wikipedia).

Di riwayat secara lisan hinggalah keturunan ke-9, secara turun temurun dan berasas bukti dan fakta Peta Belanda dan Arkib Negara Holland; bahawasanya seorang pedagang dan saudagar kaya, juga seorang pelayar yang berjiwa besar telah belayar dari Wilayah Tiongkok dengan mengibarkan panji-panji putih berlambang dari Wilayah Tiongkok. Bersama insan ini ialah kain-kain sutera, tembikar, bahan letupan, kertas, dan pelbagai khazanah keluaran Tanah Besar Cina untuk ditukar dengan timah, rempah ratus, perhiasan dan sebagainya.

Setelah belayar berbulan lamanya, mereka tiba di perairan Selat Melaka yang ketika itu dalam keadaan begitu dahsyat, dek kerana ribut taufan. Akhirnya kapal dagang Tiongkok ini dipukul tsunami besar dan akhirnya tenggelam.

Berakhirnya ribut dan kembali reda seperti sediakala, penduduk kampung di pantai Klebang keluar beramai-ramai dan melihat limpahan barangan yang bertaburan di gigi pantai. Ternyata mungkin kapal-kapal yang begitu banyak di laut, musnah dek ribut yang amat dahsyat. Dalam kegamatan itu, sekumpulan anak-anak kecil menjumpai sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri dan memberitahu kepada ibu bapa mereka yang sedang sibuk mengutip hasil daripada kapal karam.

Mereka mendapati seorang pemuda Cina sedang diambang maut, lalu diangkat dan diusung tubuh ini ke rumah ketua kampung. Anak Cina ini pengsan selama 5 hari sejak dijumpai, dan kelihatan semakin pulih. Di suatu pagi, sewaktu Azan Subuh, pemuda Cina ini tersedar daripada geringnya dan terus bertanya soal suara laungan yang didengarinya. Diberitakan semasa dia tidak sedarkan diri, setiap 5 kali sehari, anak Cina ini seakan terdengar alunan suara yang sering terngiang-ngiang di teliganya. Alunan suara yang dimaksudkan ialah Panggilan Jihad AZAN. Setelah diterangkan kepada anak Cina ini, bahawa itulah kaedah memanggil dan menjemput ummah Melayu untuk bersolat, maka Allah pancarkan Nur Iman dan Islam kepadanya. Lantas, anak Cina ini memeluk Islam.

Maka diisytiharkan bahawa anak Cina yang dijumpai itu ialah Tan Seek Tiong yang dinamakan dengan nama Islamnya, Harun. Dalam banyak penulisan sejarah, manusia ini juga dikenali sebagai Haroom, Arom, Aroom, bergantung kepada siapa yang menyebutnya. Tan Seek Tiong atau Harun @ Aroom berkahwin dengan Cik Zainab setelah menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Almarhum diberikan amanah sebagai pemimpin kepada sekumpulan Melayu yang hidup waktu itu, hingga beliau pernah dinobatkan sebagai Pemimpin Orang Melayu. Datuk Aroom mempunyai 4 zuriat iaitu Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin.

Pada tahun 1641, semasa Portugis masih memerintah Melaka sejak 24 Ogos 1511, Datuk Aroom dan pasukannya dikhabarkan telah bersekutu dengan Belanda sehingga Belanda berjaya menakluki Melaka dari tangan Portugis. Sebagai tanda terima kasih Belanda kepada Datuk Aroom, penjajah Belanda telah melantik beliau sebagai Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah di Sungai Pahat dan Bukit Beruang.

Sifat pemerintahan penjajah Belanda ialah mesra Agama serta menggalak pembinaan rumah ibadah, telah memungkinkan Daruk Aroom di beri tanah untuk membina masjid yang kemudian dinamakan Masjid Kampung Ulu yang diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Apabila masjid ini siap pada 1670, maka terkibarlah BENDERA kemegahan "Gagah Perkasa" sehingga diturunkan pada 1962 yakni selepas 292 tahun. Datuk Aroom adalah Pengasas Mercu Tanda Obor Islam selepas lumpuh sejak 24 Ogos 1511.

Anaknya Datuk Samsudin bin Aroom telah dilantik sebagai Kapitan Melayu Kedua, ketika ayahnya sudah tua dan uzur. Shamsudin telah membaiki Masjid Kampung Ulu pada 1741, dengan menggantikan papan lantai serta dinding masjid daripada kayu dan batu-batan yang diperbuat di Kampung Batu Bata.

Datuk Aroom juga telah diberi tanah untuk menempatkan waris keturunannya, pegawai-pegawai masjid, para hamba, serta pengikutnya, yang kemudiannya dinamakan sebagai Kampung Ulu, Kampung Keling dan Kampung Kuli. Datuk Aroom meninggal dunia dan dikembumikan di Bukit Beruang bersempadanan Sungai Putat, dan kemudian dijadikan makam berbatu nisan dari Aceh yang dikelilingi Datuk Samsudin, Datuk Budiman, Datuk Mohamad @ Ahmad.

Blog Archive