Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 31, 2012

Siapa sebenarnya BOS?

Jom sokong LGBT! Jom sokong murtad! Jom sokong keselamatan Israel! Jom burukkan Malaysia di luar negara. Jom bocorkan rahsia pertahanan negara supaya musuh kita tahu kelemahan kita. Jom turun demonstrasi ke jalanraya! Jom huru-harakan negara! Jom jahanamkan harta awam! Jom tipu anak muda! Kalau kita kalah PRU maknanya UMNO tipu dan bukannya sebab rakyat yang tak nak undi kita! Pedulikan kalau orang tak percaya sebab dana Israel masih banyak lagi belum guna..!!

Kito pedayo umat Islam konon kito nok laksana hudud padahal mo DAP pun kito tak brani nak kecek banyak, err..kito pakat bersetuju untuk tak bersetujulah, err..tak pun kita buak negaro isle dulu..tupun DAP tok sir beri, err..kito tuka pulok negaro kebajikay, err..kita isle kan DAP dululah, err..kita kapirkan sapo yang tok sokong kito, err..kito jual kalimah Allah pado kristian, err..kito samokan Nabi dengan mat kampung, err..sesapo nak ampun dosa, dapak tiket ko syurgo, minum air jampi, cukur jambul, amik syafaat, curi selipor, gi mekoh tajaan, nok kawe ngan setan dan segalo mace aktiviti sesak..bole la datang jumpo ambo!

Kasi langkah mayat aku dulu la...ada bran ka? Aku Mursyidul Am Pakatan Rakyat la...

Hekelehh...

Monday, July 30, 2012

Sabahan Sembab

Musa Aman ialah sepupu Lajim Ukin. Ramai lagi kalangan mereka yang hidup sebagai kuih lapis dan kuih talam dalam dunia politiking Barisan Nasional. Ini ialah kelemahan peribadi BN. Sebenarnya ada 15 orang lagi yang akan keluar BN dari Sabah, tapi takut-takut. Eloklah Lajim Ukin buka jalan, sebab dia pun bukan BUAT KERJA sebagai Timbalan Menteri di Kementerian. Semasa menjawat Presiden Majlis Belia Sabah dan Pengerusi GPMS Negeri Sabah, dia tidak mempunyai "grass-root politik" yang berpaksi kepada TAAT SETIA.

UMNO yang masuk ke Sabah pada 1982 mempunyai peranan dalam sistem memastikan Sidang Injil Borneo pimpinan Pairin Kitingan tidak menjadikan Sabah sebuah Negeri Kristian SIB cetakan Baptisme Filipina. Semua yang keluar dari BN hari ini, telah diramal berdasarkan rekod-rekod peribadi yang ada dalam Arkib Keselamatan MKN dan Bilik Pengurusan Peribadi Politik Tun M dulu. Dr. Mahathir membenarkan Maximus Ongkili sebagai pemain utama, kerana yakin dan percaya sikap assobiyah taat setia Maximus kepada Falsafah Kepercayaan Kepada Tuhan. Maximuslah mengurus urusan PBS dalam BN. UMNO Sabah merupakan ancaman dalaman kepada sesiapa jua yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Kedudukan Shafie Afdal juga ibarat telur hujung tanduk. Musa Aman terpaksa kini mengurus polemik politiking UMNO/BN yang telah diadu-domba oleh Lazim sejak 48 bulan lalu secara diam-diam.

Eloklah Ramadhan 1433H Lajim Ukin keluar UMNO sebab dia hanyalah seorang Ahli UMNO bukan Orang UMNO. Kini, Sabah terpaksa memulakan buku Charlie mereka. Buku Charlie ini tersimpan kemas di Istana TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah dan hanya menunggu masa yang sesuai. Senarai calon-calon dari Sabah ialah senarai mutakhir paling mampan dengan "keputusan bijak" Lajim and the geng. Senang untuk Sabah diurus lebih makmur dan sejahtera. Mudah juga untuk YAB Presiden UMNO dan YAB Timbalan Presiden UMNO menjalankan amanah lebih besar dalam bab-bab "diplomasi setempat" dan "lingkungan kawasan/daerah berteraskan kepentingan puak-puak di Sabah". Sabah ini banyak "tribal council yang ortodoks", jadi kena diurus sebagai Program The Survivor.

Orang Sabah pun ramai telah melupakan sejarah kependekaran Mat Salleh Pahlawan Sabah yang syahid demi memerdekakan tanahair Negeri Di Bawah Bayu ini. Semoga GPMS dan Majlis Belia Sabah yang kini diteraju oleh Kevin tidak dijadikan KELDAI oleh Lajim Ukin and Co.

PAS bertenggek populariti artis

DALAM politik apabila terdesak, semua yang ada di sekeliling akan dipergunakan untuk satu tujuan iaitu menang. Dalam politik, matlamat menghalalkan cara. Menjelang pilihan raya umum kali ini, parti-parti politik ghairah menenggek atas populariti artis.

Bagi Siti, kerana terdesak mereka tidak yakin dengan manifesto yang dibuat untuk rakyat. Sebenarnya pilihan raya sebelum ini juga artis digunakan untuk berkempen. Tapi tidak sehebat tahun ini.

Artis yang telah suam-suam kuku pun isytiharlah jadi ahli parti politik. Parti politik pula menolak artis ke depan apabila muncul di depan rakyat. Sebab orang politik tahu bahawa orang Melayu sanggup mati kerana artis.

Orang politik pun tahu banyak artis yang jadi ahli parti kepala macam belon. Tak ada apa-apa pun. Tapi kerana orang Melayu taksub sangat kepada artis, mereka pejamkan mata supaya matlamat tercapai. Apa yang artis nak diceramahkan kepada orang Melayu yang ternganga di depan mereka? Lalu jadilah mereka burung kakak tua, tiru cakap orang politik.

Bunyinya memang berdegar-degar. Tapi macam meriam buluh sajalah. Bunyi kuat berdentum tapi tak ada peluru. Samalah apabila artis berceramah politik, tak ada isi pun dari kata-kata persis burung kakak tua itu. Kalau orang tanya Siti, adakah cara ini akan berjaya, Siti hanya akan kata mungkin iya dan mungkin tidak.

Kecenderungan sekarang ini semuanya artis. Acara itu mesti ada artis. Acara ini mesti ada artis. Seolah-olah kalau tak ada artis macam masak tak cukup garam.

Tapi lain pula dari pembaca yang telefon dan SMS yang Siti terima. Banyak yang menolak artis. Mereka menyedari artis telah menyebarluaskan budaya buruk kepada anak-anak mereka. Artis juga seolah-olah menghalalkan hubungan tanpa nikah. Peratus artis yang boleh dijadikan ikon boleh bilang dengan jari. Selebihnya jadi apa?

Sebab itu bila artis ditonjolkan sebagai ikon sesebuah parti politik, ini satu penghinaan kepada rakyat. Apakah tokoh politik sudah mati akal hingga terpaksa memberi pentas kepada artis? Ia jadi penghinaan kerana rakyat mengharapkan orang politik membuat perubahan. Artis nak buat perubahan apa? Bagi Siti, ini menunjukkan parti yang menonjolkan artis tak mempunyai keyakinan diri.

Terfikir pula Siti, apakah perasaan orang yang berjuang siang malam untuk parti, tiba-tiba artis yang diberi penonjolan? Tidakkah mereka tersinggung atau rasa tidak diperlukan? Atau adakah mereka ini juga akan menyokong artis yang mengambil tempat mereka, setidak-tidaknya di pentas ceramah? Barangkali jadual artis kita penuh musim pilihan raya ini. Penuh dengan undangan ceramah politik.

SITI JARUM: Ramah tamah.


Abby, bersederhanalah

PELAKON Abby Abadi telah masuk Pas. Bagi Siti itu bukan isu besar. Biarlah dia nak masuk parti apa sekalipun. Tapi Siti hanya nak betulkan satu kenyataan Abby dalam sebuah portal berita bahawa peluangnya bergiat dalam seni terbatas apabila memilih cara hidup Islamik.

Bertudung hanya salah satu dan banyak lagi Abby kena buat untuk menepati cara hidup Islamik misalnya bersederhanalah dalam membuat kenyataan.

Tidak payahlah kata nak tunggu kerajaan sekarang tumbang baru nak berlakon kembali kerana tidak ada ruang untuk orang Islamik macam Abby. Itu sudah tidak Islamik, Abby. Itu politik. Lagi pun Abby baru saja pakai pakaian sempurna, sebelum ini tak cukup kain juga. Tak payahlah terlalu drastik nanti jadi plastik.

Siapa kata artis bertudung tidak dapat tempat bawah kerajaan sekarang? Nadanya macam cakap politik. Peliknya Abby tak isytihar dia orang politik sekalipun nampak sangat kemaruk jadi orang politik. Kalau sebelum ini Abby bertudung tiba-tiba tertutup semua peluang berlakon atau menyanyi, bolehlah kata kerajaan sekarang sekat artis Islamik macam Abby.

Pesan Siti, jangan menyalahkan orang lain kerana kekurangan kita. Lagi pun Abby, kalau stesen televisyen lain Abby kurang yakin, kita ada TV AlHijrah yang menyokong orang macam Abby. Kenapa sebelum ini Abby tak berlakon di AlHijrah yang “serasi" dengan perjuangan Abby? Kenapa berlakon di stesen televisyen milik kerajaan yang Abby doakan supaya ia tumbang?

Bila Abby bercakap mengalahkan orang politik, siapa nak ambil Abby berlakon? Orang ingat Abby sudah tak minat berlakon kerana nak jadi wakil rakyat. Ini bukan kerana Abby masuk Pas tapi kerana kelantangan Abby memanjangkan suara parti. Jangan anggap Abby terpinggir kerana masuk Pas. Semua ini kerana sikap Abby sendiri yang mewarnakan diri sebagai orang politik.

Teruslah masuk politik, Abby. Tapi Abby kena ingat, Abby pun ada cerita-cerita yang kurang enak, termasuklah masa mabuk cinta dengan Zul dulu. Aksi itu tak Islamik, Abby. Musuh dalam parti tunggu masa saja untuk ‘bogelkan’ Abby. Dia orang pun menyampah juga, dia orang yang penat-penat buat kerja, Abby pula yang ditatang.

SITI JARUM: Nak minta komen Yusof Haslam.

Sumber: Utusan.

Sunday, July 29, 2012

Tak baik mongak tau Rais!!

Cer baca keterangan anak Yatim kat bawah ni;

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - BERNAMA

Meh tengok lak print screen logo yang dikeluarkan laman sesawang rasmi KPKK (klik);


1. Rais kata "...tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55..", tapi kenapa laman rasmi KPKK siarkan Keterangan Logo Merdeka 2012?

2. Rais kata lagi, "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi" - masalahnya bukan sesetengah pihak yang paparkan...tetapi pihak KPKK sendiri yang mewar-warkan logo merdeka melalui laman rasminya.

Rais...betul ke melodi lagu merdeka tu pun cilok kristian indon? Ish..ish...

Kan dah KANTOI! Memulo cakap lain..sekarang cakap lain plak. Tak baik mongak terutamo bulan poso ni tau Rais!!


Err...Jolobu apo cito Rais? Jalal dah lamo nunggu tuh...

Den tepikir...

Artis bilo nak kawin akan masuk Nona...tapi bilo nak becorai, heboh masuk Melodi.

Anak-anak mudo plak belumbo-lumbo nak masuk 999.

Orang-orang tuo sepesen yo masuk Bersamamu.

Dan paling sadis bilo artis yang nak 'bertaubat' dan 'mensuci dosa' terus masuk Parti Artis SeMalaysia.

Adeh...adokah ini dah jadi budaya baru negaro kito?

Gambar sekadar nafsu.

Saturday, July 28, 2012

MUAHAHAHAHAHA...tak tahan siut!!!

HAHAHAHAHA..HAHAHAHAHA..HAHAHAHAHA...HAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA...HAHAHAHA...HAHAHAHAHA...wait for it...




KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAH...KAHKAHKAH...wait for it...
Memula tema...pastu logo...sekarang lagu???




MUAHAHAHA...MUAHAHA...MUAHAHAHAHA...MUAHAHAHA...MUAHAHAHAHA...MUHAHAHAHAHA...MUAHAHAHAHAHAHA....!!!!


"Huhuhu...BONGAP nye Rais..."

Friday, July 27, 2012

GTP 2.0

Program Transformasi Kerajaan 2.0 dilancarkan kepada umum pada 24 Julai 2012 di KLCC. Melihat kepada pengunjung, rata-ratanya ialah pegawai-pegawai awam dan GLC sahaja. Yang ditaja dan dijaja ialah cerita-cerita baik berkenaan kejayaan atas kertas, padahal rakyat jelata tidak pun merasa sebarang kesan perubahan drastik.

Peniaga pisang goreng, penjaja kuih-muih, peniaga nasi lemak, warung kecil milik Pak Ali, Ah Chong, Kutty dan Lingam semuanya kelihatan susah payah mencari nafkah melalui jualan runcit mereka. Yang kaya raya dan terkesan daripada GTP seperti Chan Ah Chai (tauke TALAM Berhad) yang kini hampir bungkus. Dulu Talam cuba risik Konglomerat dari Shanghai iaitu Shi Mao, tapi nasib baik pasukan perisikan business dan due diligent cerdik, dapat maklumat bagaimana organisasi TALAM Berhad diuruskan, maka batallah perundingan itu.

Hari ini, program GTP 2.0 masih menjadi keluhan rakyat terbanyak. Kelompok makin mewah di KL, JB dan Penang kelihatan memandu Hummer, Bentley, Porsche, Rolls-Royce, Mustang. Kelihatan harga rumah kediaman baru buka ialah RM300 ribu ke atas bersaiz 16'x70' di lokasi seperti Serendah, Pajam, Tanjung Malim, Bentong. Harga barangan dapur tak akan jatuh, bila mana sekilo kembung RM12.50, harga ayam sekilo di pasar RM7.50, manakala di gedung besar seperti Tesco, Giant sekitar RM 4.50. Inilah yang dikatakan double standard konon bantu peruncit kecil dalam industri.

Dulu, Pak Sedaro dah bahas panjang lebar perihal CARTEL/GOD FATHER pengawal dan pengeluar makanan. Nampaknya, isu harga barang keperluan makanan boleh dikategori gagal dibahaskan dengan BIJAKSANA di Parlimen, baik oleh BN mahu pun pasukan Pas, DAP, PkR (kumpulan GILA MEROYAN Putrajaya).

Pegawai bertugas di Parlimen, mungkin daripada kalangan pegawai gred 41, 44 dan 48 yang hanya pandai bergaya dan berlagak pandai, padahal TONG KOSONG.

Thursday, July 26, 2012

Kreatifnya dia...

Di bawah ini ialah logo Hari Merdeka 2012 yang telah diluluskan oleh siapa pun tak tahu. Yang pasti si tukang buat logo dan si tukang lulus logo mungkin sama saja agaknya otak letak kat lutut. Nak tahu keterangan logo, boleh klik KPKK sini.

Cantik kan? 'Tahniahlah' kepada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Atas ni pula adalah antara design logo baru hasil cadangan daripada segelintir rakyat Malaysia yang prihatin terhadap 'tahap kreativiti' kumpulan Rais Yatim mencipta logo Merdeka 2012. Boleh klik sini dan sinun.

Dah la tema satu hal...ni logo pun satu hal jugak...

Apasal BN suka kentut di tahiyat akhir? 

Wednesday, July 25, 2012

Geng punahsihat Najib ada cerebral cortex diseases

Ontahlah...den masih tak pueh hati. Sobolum ni Paneh dah pernah tulih (klik) pasal ni. Pueh den mikir, den congak, den timbang, den porah otak...masih laie den tak dapek nak figure out apo relevannya tema Hari Kebangsaan aka Merdeka Day dengan slogan "Janji Ditepati".

Seriously, seingat den takdo plak kerajaan janji apo-apo ngan den. Hargo rumah yang mahal nak mampus sekarang ni yang hanya mampu dimiliki golongan kaya akan diturunkan 40%? Takdo janji. Kerajaan akan bagi potongan cukai? Takdo janji. Nak belanjo den makan kat Restoran Saba' Cyberjaya? Takdo janji. Nak turunkan hargo RON95 sobab harga minyak dunia dah turun? Lagilah takdo janji. Abih tu apo bondo yang janji ditepatinya? Takdo pun den ghaso kerajaan janjikan den apo-apo. Yang den nampak dapek laba banyak ialah golongan berpendapatan rendah dan tinggi. Abih yang middle income macam den ni...apo ko bincek eh?

Pehtu tetibo jadikan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema hari kebangsaan tahun ni...apo celup?


Tema "Janji Ditepati" yang diguno untuk sambut hari bersejarah kemerdekaan Malaysia yang ke-55 adalah sangat dangkal dan bodoh. Lagi menambah sakit hati den bilo jumpo berborak dongan member-member cino, mosti ado yang golak sinis bilo sobut pasal tema merdeka tahun ni. Tiada langsung unsur patriotik. Yang tersiratnya pun tak mampu dikupas...apatah lagi nak menafsir yang tersurat berkaitan tema bingai ni dengan hari MERDEKA?

Generasi akan datang akan mengingati Najib antara PM dalam sejarah yang ado masalah cerebral cortex when it's come to this bodohli tema. Generasi masa depan tak akan tanya, siapa Menteri Penerangan aka Rais Yatim bersama Jawatankuasa Merdeka tahun 2012 yang bangang buat tema hari merdeka macam tu...TETAPI yang mereka akan tanya ialah, "Who the bloody hell PM masa tu..?"

Takkanlah dalam ramai yang dok keliling Najib, takde sorang pun yang berani tegur pasal hal ni? Ish...

Monday, July 23, 2012

Pakar Pelingkup PUTRAJAYA

Yusof Hassan mantan Pengarah Bahagian Perhubungan dan Sumber Manusia JAKIM yang kini ahli Pas berpantun, "Apa guna pergi ke bendang, kalau tidak menanam padi, apa guna keris disandang kalau tidak berani mati!"

Berani mati untuk apa? Kuasa di tangan mengurus sebuah Negeri Kelantan pun tak dijalankan amanah dengan berintegriti. Kuasa menegur Kerajaan Selangor yang didalang oleh Ronnie Liew yang dicap oleh kalangan Akauntan Cina dan Juruaudit Cina Negeri Selangor sebagai "bapa parasit" Selangor, pun tak boleh. Apa lagi menegur Kerajaan Pulau Pinang dibawah telunjuk Komunisme melalui DAP pun tak bertelur?!

Kedah sebuah negeri yang terkeluar daripada senarai kerana Azizan pandai bawa diri dalam menghaluan pentadbiran kuasa eksekutif negeri, walaupun pelbagai polemik wujud dan keputusan "tidak bodoh"nya, agar PKNK menjual saham FGVHB sebanyak 500,000 saham. Akhirnya penganut dan penghimpun OREN karangan Pas juga tertipu dan ditipu mentah-mentah oleh pemimpin Pas sendiri. Tahniah?!

Kini begitu ramai artis Malaysia, bekas pegawai kanan kerajaan Persekutuan yang merajuk diri, juga bekas ahli politik yang tak dapat jadi Pengerusi MAS, Pengerusi GLC lain-lain; telah membawa diri masuk Pas dan buat pelbagai agenda "halal" yang "haram", sesuai dengan amalan Syiah, Wahabi dan Khawarij cetakan Pas. Pas yang dikhabar oleh Kadir Sheikh Mamak sebagai parti bersama-sama memerdekakan negara? Hey brader...Pas tidak wujud pada 1946. Pas hanya wujud pada 1951 dan secara rasmi pada 1955 disebabkan hasutan dan tipu daya Inggeris. Pas adalah kalam-kalam politikus PAKAR PELINGKUP PUTRAJAYA.

Begitu ramai yang merajuk tidak sedar bahawa selama ini mereka makan nasi atas ehsan Kerajaan Barisan Nasional berfahaman kuat Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Begitu ramai yang lupa diri dan sedang mengalami konflik identiti kerana apabila pencen, memilih untuk keluar Barisan dan mengambil keputusan masuk Bulatan terbitan Freemasonary.

Semua yang merajuk sebenarnya "mereka hendak lawan siapa"? Kerajaan Barisan Nasional zalim mengikut nahu mereka berasaskan apa? Buktikan siapa yang hidup merempat di kalangan mereka yang merajuk ini?

Pas dalam penulisan harakah tidak selesai dalam urusan ranting/furuq. Inilah skema latihan doktrin Pas supaya rakyat terus dibuai mimpi Syurga untuk Pas dan kononnya Neraka jika undi UMNO! Sedangkan Pas berterusan membenarkan fahaman Komunisme, Freemasonary, Syiah, Wahabi dan Khawarij bermaharajalela dan sedia maharaja dalam lantai-lantai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957.

Sudah terang lagi bersuluh DAP ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa secara fizikal dan mental. Dek peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan diam, terutama dikalangan anak muda urban.

Mencetak pakar-pakar pelingkup PUTRAJAYA ialah anggota pegawai kerajaan yang simpati dengan Anwar Ibrahim. Ottawa Lodge 158 merakam bahawa Anwar Ibrahim bertaraf Bishop. Kalau boleh dibuka laman itu, maka dapatlah fahaminya. 

Freemasonary mula mengintai Anwar Ibrahim pada tahun 1971. Banyak pembuktian fizikal dan nyata ada dalam simpanan bilik kebal Negara tentang Anwar Ibrahim yang tidak ditelanjangkan. Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Barisan Nasional masih bijaksana dalam menterjemah makna AMAN dan DAMAI, yang kian dinafikan oleh kumpulan kufur nikmat Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.

Akhbar Harakah, Roket dan Keadilan sudah memainkan isu-isu dan api melaknat ketuanan Negara secara diam, ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Pembaca simpati Pas, PkR dan DAP yang ikuti penulisan Paneh Miang, pasti akan terangsang untuk tidak bersetuju; kerana akal dan fitrah adab mereka telah rosak lagi merosakkan. Rosak mereka kerana doktrin-doktrin 1930, doktrin 1955 dan doktrin 1997 yang menjadi sebahagian daripada denyut nadi mereka, tanpa mereka benar-benar faham akan maknanya.

Wahai UMNO yang sedang dilamun cinta "gelojoh dan tolol", kalau nak lawan dan berperang dengan Pembangkang, bunuhlah ideologi mereka, bukan hanya dengan "cinta siber" semata-mata...

Saturday, July 21, 2012

Forum Penipuan Internet

Memang benar bahawa ramai yang terpedaya dengan inisiatif licik para penipu melalui dunia siber. Pelbagai taktik scam dilaksana. Inilah kemajuan pemikir Komunis yang bermaharajalela di dunia. Kajian PDRM mendapati penipu internet 80% ialah kalangan keturunan Hamba Abdi (Hitam Legam-Kunta Kinte) dari Negara Benua Afrika.

Integriti SKMM diuji pelbagai cabang. Integriti PDRM Cawangan Risik dan Jenayah Komersil (Siber) diancam kewibawaan. Institusi perbankan yang selalu kena main laman webnya seperti Maybank, CIMB juga sedang dilanda wabak keraguan kredibiliti.

Sebenarnya, jiwa dan pengetahuan pengguna yang tidak aman damai. Pengguna ramai yang terpesona dengan janji penipu serta tawaran seks pelaku penipuan internet.

Nampaknya bukan mudah untuk hidup akhir zaman ini.

Doaku Untukmu


Ya Allah
Perkayakanlah saudaraku pembaca Paneh Miang dengan keilmuan 
Hiasi hatinya dengan kesabaran 
Muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan 
Perindahlah fizikalnya dengan kesihatan 
Serta terimalah amal ibadahnya berlipat gandaan 
Kerana hanya Engkau Dzat Penguasa Sekalian Alam 
Marhaban Ya Ramadhan…

Friday, July 20, 2012

LAWAK BODOH TAHAP GABAN

Debat antara Ustad Fathul Bari (Ulama Muda) vs Ustad Nasarudin (KPPAS), dengan penuh bangga Nasarudin bokato, "Pas boleh menjana ekonomi dengan bercontohkan kerajaan Pas Kedah yang menghasilkan lebih RM500 juta sejak tahun 2009 daripada hasil pembalakan." 

Goli ati den. Cumo satu jo komen Atuk, itu bukan menjano doh lobai oii! Itu namo eh menjahanamkan khazanah alam. 

Wahai Ketua Pemudo Pas...lobih baik ekau berontilah jadi pemimpin. Masuk balik ko sekolah dan belajar tinggi-tinggi dulu. Kok dikaji semulo fakta debat ekau...layak eh kek kodai kopi jolah.  

Kepada Ustad Fathul, tahniah diucapkan. Suatu pandangan anak mudo yang begitu matang dan berwawasan.

Strategi Muhammad Al-Fateh

Negara di bawah selia kepemimpinan Barisan Nasional telah makin belajar pesanan Kerajaan Unggul Ottomaniah pimpinan Sheikh Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Constantienapol. Pertemuan yang dimulakan sejak 2011 dengan menghantar 400 orang Imam menunaikan Haji tahun 1433H.

Pertemuan dengan Persatuan Pesara Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa Kerajaan sedang aliran pemikiran yang betul dan tuntas. Pertemuan bersama Pemimpin Muda di Parlimen Malaysia ialah langkah yang sewajarnya diperturunkan sejak 2004. 

Seterusnya YAB PM wajar mewajibkan semua pemimpin Muda mengikuti latihan islah Negara melalui Program Kader Pemimpin Biro Tatanegara yang modulnya dimulakan sejak 1975 yang akhirnya dimatikan pada 2005. 

Bab ini Raja Arif kena ambil peduli kerana kumpulan pemimpin muda "kelabu asap" makin ramai, baik dalam Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, NGO berorientasi pemimpin Muda dan Persatuan-persatuan Mahasiswa IPTA dan IPTS, termasuk di Luar Negara.

Wednesday, July 18, 2012

Renungan buat puak Syiah

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepit kasutnya di celah lengannya.


Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab, "Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W."

Ulama' Sunnah seraya berkata, "Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

Tuesday, July 17, 2012

Aziz Bari Kena Skrew

Ternyata pengaruh faham Wahabi dan Syiah yang melanda PAS telah berjaya menipu Aziz Bari dari seorang pensyarah bertaraf Profesor Undang-undang kepada seorang yang kufur Perlembangan Persekutuan.

Pemikiran Aziz Bari telah melambangkan bahawa dia bukan anak murid "qadin" Almarhum TS Ahmad Ibrahim, maka dia tidak layak diumumkan sebagai Pakar Perlembagaan. Hujah perlembagaan Aziz Bari sejak disingkir dari UIAM semacam begitu daif hingga terpaksa berwacana dalam Harakah dalam bahasa paling cocok dengan kefahaman Syiah dan Wahabiyah milik mutlak PAS kabinet 1974 hingga hari ini.

Pada 14 Julai 2012 di Kemaman, Terengganu, dalam Sidang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, kelihatan gelombang memerangi saraf pemikiran Komunis, Freemasonary, Syiah Ismailiah, Wahabi dan Khawarij sedang bermula. 

Bagaimana pula, dengan PEMUDA UMNO Bahagian Seremban, Tampin, Rembau, Jempol, Jelebu, Rasah, Kuala Pilah, Telok Kemang...?

Adakah masih merebus telur di bawah bayang-bayang Khairy?

Monday, July 16, 2012

Fazley monang MasterChef Celebrity! Apo komen mertuo?


Sobab warga Paneh Miang rajin layan Masterchef, jadi kami nak ucap Tahniah kepada Juara Masterchef Celebrity Malaysia yang pertama iaitu Dato' Fazley. Oghang negori ni jang. Mertuo tak ucap tahniah gak ko? Hehehe...sajo ngusik tongah malam.

Kelantan sana sini...

Pegawai SPRM kena ugut

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah mengenal pasti suspek yang mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika serbuan dilakukan pihak terbabit di sebuah lombong emas yang beroperasi secara haram di Sungai Mas, Felda Perasu Gua Musang di sini Jumaat lalu. Selanjutnya sini.

Ketua Polis Negeri: Banyak kes juvana di Kelantan tidak di lapor

KOTA BHARU - Ramai ibu bapa di negeri ini tidak melaporkan kesalahan juvana melibatkan anak-anak mereka kerana mahu menjaga nama baik keluarga, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. Selanjutnya sini.

5,000 pengunjung mengikuti ceramah siri jelajah Hasan Ali

MACHANG - Sekalipun dibasahi hujan, lebih 5,000 pengunjung tidak berganjak dari mengikuti ceramah siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali di Sekolah Kebangsaan Machang 1, di sini, semalam. Selanjutnya sini.

Siakap dibela mati tiap pagi

TUMPAT – Beberapa penternak ikan siakap dalam sangkar di Jubakar Pantai di sini, mengalami kerugian RM20,000 apabila ikan mereka mati dipercayai akibat air tercemar. Selanjutnya sini.

Merempat dalam kubu Jepun

KAMPUNG NIPAH – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup. Selanjutnya sini.

Rumah jadi masalah utama

MACHANG - Masalah rumah adalah masalah utama penduduk di sekitar Parlimen Machang, berikutan itu ada yang perlu rumah baru atau dibaik pulih. Selanjutnya sini.


Psst...negeri serambi Mekah la katakan...

Tuesday, July 10, 2012

Apo kes calon DUN Paroi?

Paneh Miang telah di'foward'kan email pembaca daripada rakan blogger senogori untuk dipaparkan di blog ini. Isunya mengenai calon BN Dun Paroi untuk PRU-13, yang kini diwakili oleh Pas. Dipendek an cito, baco jolah apo yang ditulih si pengirim email yang konon mendakwa dirinya adalah penyokong togar Pas. 

*********

Salam blog Anak-Anak Nogori Sembilan.

Den ado cito tip-top lagi panas dan terbaik dari ladang. Den pocayo, ini maklumat yang den dapat straight daripada orang UMNO Bahagian Rembau laie.

Ini mengenai pencalonan UMNO Dun Paroi yang kini dipegang oleh YB Taufek dari Pas.

Bahawasanya, YB Taufek bakal berdepan dengan seorang old-timer/experienced politician UMNO, iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau sendiri, Dato' Firdaus Muhammad Rom Harun (Tok Daus). Macam mano boleh keluar cerita ni? Ha...sini meh den cito.

Maso awal-awal nak pencalonan namo UMNO Rembau marin, hanya 5 calon yang diletakkan untuk Dun Paroi, manokalo untuk Dun Rantau hanya MB seorang dan Parlimen Rembau hanya Khairy seorang! Ha...kenapa MB dan Khairy calon tunggal tu, itu isu lain. Ni sekarang den nak cito perihal calon DUN Paroi.

5 pencalonan UMNO Dun Paroi ni, terdiri daripado wakil wanita dan AJK bahagian. Ado yang bini duo, ado yang belajar takat SPM, (dan) ado yang langsung tak nampak muko maso program UMNO (pun). Hampir kesemuo calon ni, ado masalah masing(-masing). Melalui risikan yang dilakukan, masing(-masing) tunjuk muko bilo program yang ado MB yo. Bilo takdo MB, semuo losap. Melalui lapuran juga, semuo calon ni (dah) kembang sayap, dah tunjuk gayo macam YB walaupun hanyo tercalon sebagai calon sahajo. Itu yang MB poning dengan prangai masing(-masing).

Disobabkan hal ni, MB takdo pilihan, melainkan memanggil semula Timbalan Ketua Bahagiannya, Dato' Firdaus Muhammad Rom. Tok Daus ni dikonali (sebagai) orang parti. Ado jawatan kor, takdo jawatan kor, samo jo. Camtu lah ngoman eh. Sobab itu, masa pencalonan semula, Dato' Firdaus dimasukkan semula sebagai salah satu calon Dun Paroi dan (ditambah) juga seorang lagi wakil Pemuda, (yang) menjadikan 6 CALON DUN PAROI.

Apo sobab eh dipercayai Tok Daus (bekas ahli parlimen Rembau 2004-2008) akan bertanding Dun Paroi? Ingat tak dulu maso Khairy Jamaluddin ambik Parlimen Rembau maso 2008, semuo orang ingat karier politik (Tok Daus) eh dah mati. Tapi rupo eh, MB lantik (Tok Daus) eh jadi Setiausaha Politik MBNS maso 2009. Selalu Sekpol ni orang mudo yo, tapi alak diambil eh orang yang berpengalaman? Haaa...itu persoalan eh. Tapi bilo Tok Daus tak nak sambung kontrak Setiausaha Politik maso 2010, teruih jawatan tu kosong yo sampai sekarang. Apo punco eh tu?

Sekarang 2012, Tok Daus masih pegang jawatan Timbalan Ketua. Dipercayai Tok Mat dah bagi amanah dekat Tok Daus untuk menawan semula DUN Paroi. Sekarang ni kalau kito tengok, makin rajin deh Ustaz Fathul Bari dan Dr Ridhuan Tee masuk Dun Paroi. sapo kepalo eh? Tok Daus! Tok Daus sekarang dilihat ada di ceramah(-ceramah) anjurannya di kawasan(-kawasan) panas di Taman Pinggiran Senawang, Bandar Seremban Selatan dan banyak lagi. Mengikut risikan, selalu juga Tok Daus dan YB Taufek bertembung dalam ceramah(-ceramah) ini! Tapi masing(-masing) buat cool bila makan duduk semeja.

Sekarang kalau kito lihat di kebanyakan ceramah(-ceramah) di Masjid dan surau dalam Dun Paroi, ado jo Tok Daus. Ini merupakan satu petando kepado calon Dun Paroi UMNO yang bakal bertanding nanti. Sebab Tok Mat pernah kato dulu, caro nak menawan Dun Paroi ni berbezo. Dikhabarkan juga, Tok Daus sering diberi "exception" (untuk) tidak menghadiri program jemputan MB (supaya) memberi fokus untuk menawan semulo Dun Paroi.

Maklumat risikan juga bagitahu, Tok Mat nak letak calon heavyweight seperti Tok Daus di Dun Paroi kerana yakin Tok Daus mampu tewaskan YB Taufek. Sekarang ni dimaklumkan juga Tok Daus dah mulakan gerakan saraf, dan ada yang kobaan ado akaun Twitter dah! Wallahualam.

Yang tontu eh, Dun Paroi makin lamo makin panas. Ontah siapo yang bertanding eh, wallahualam.

MUNZIL - Penyokong Tegar Pas

Jangan dipublish bulat-(bulat). Ekau edit dulu (j)ang. Kasi teratur sikit ayat den tu.

*********

Apa komen pengundi Paroi? Ustaz Zul, Ketua Cawangan UMNO Taman Rasa Sayang pasti tak sonang duduk bilo baco nih...sobab dongar eh dio laki bini dah siap nompah baju untuk siri kempen PRU-13 sebagai calon UMNO DUN Paroi. Heh...

Monday, July 9, 2012

Janji Ditepati? Hahaha...budak sekolah pun tahu itu tema politik!


1. Sebenarnya kami menunggu pandangan geng blogger pro BN berkenaan tema yang telah dipilih sebagai tema hari kebangsaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" sejak ia diwar-warkan Rais Yatim pada 27 Jun lalu. Walaupun ada juga blogger yang komen, tapi biasalah...

2. Walaupun kami tak pasti siapa punya idea buat tema hari kebangsaan seolah kempen pilihanraya; sama ada itu idea Rais Yatim sendiri yang ramai tahu memang dah tak relevan, atau ianya 'kerja' kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, sebab nampak sangat nak bodek bos.

3. Maso kojo ngan co Jopun dulu, COO dan GM bangso Jopun selalu poning ngan sey sobab sikap terus terang dan kritikal sey pado beberapo keputusan dan tindakan pihak atasan. Sampai staf lain pun polik nengok walaupun sey selalu betokak ngan COO dan GM, tapi sey tak pulak dibuang kojo, apatah laei dapek 'surat cinta' aka warning letter.

4. Itulah hebatnya bangsa Jepun dalam meraikan perbezaan pendapat dan kritikan. Sebab tu negara Jepun cepat maju.

5. Kita harus kembalikan zaman meraikan perbezaan pendapat dan kritikan sepertimana ketika UMNO mula-mula ditubuhkan dulu. Ketika itu pemimpin UMNO dan Perikatan cukup gerun nak jumpa akar umbi dan rakyat kerana takut disembur dan dihentam jika melakukan kesilapan.

6. Tapi hari ini, kita boleh saksikan budaya kipas dan bodek wujud di mana-mana. Siap cium tangan sampai macam nak rukuk pun ada. Nasib baik belum sampai ke tahap sujud. Tak kiralah dalam mana-mana organisasi atau parti apa pun, budaya bodek pemimpinnya semua sama; termasuklah Pas dan PkR. Malah Pas dan PkR lebih teruk kerana penyokong mereka akan 'telan bulat-bulat' apa saja tindakan dan kata pemimpin mereka. Itulah yang dinamakan bingai tahap cipan. Nak harap penyokong pembangkang ni kritikal, macam menanti Anwar bermubahalah.

7. Berbalik kepada isu tema hari kebangsaan "Janji Ditepati", rasanya ramai yang keliru sebagaimana kelirunya kempen "Tahun Melawat 1Malaysia" dulu. Sejak bila pulak Malaysia tukar nama ada huruf "satu" di depan? Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Persekutuan itu bernama Malaysia...bukannya "Satu Malaysia"!!! Takkanlah semua benda pun nak di'SATU'kan brader?!

8. Bertambah pening bila Najib pun selalu keliru dengan kata-kata sendiri, sama ada beliau bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia atau kapasiti sebagai Presiden UMNO. Sebab tu kita akan selalu dengar ayat "Kita akan pertahankan Putrajaya"..."Kita akan berjuang mengalahkan pembangkang" walaupun ketika itu Najib bukannya berucap atas platform UMNO atau BN, tetapi dalam majlis atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Terbaru, masih berulang perkara seumpamanya seperti ucapannya semasa Majlis Perasmian Menara Felda tempohari. Siapa punahsihat ucapan Najib selama ni? Bengong ke apa punahsihat tu?

9. Pusing kot mana sekalipun, memang nampak sangat tema hari kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" adalah tema retorika politik murahan. Rasanya si pemberi idea dan penerima idea tidak faham perbezaan prinsip bernegara, prinsip berkerajaan, ataupun berpolitik.

10. Sepatutnya tema hari kebangsaan mestilah berteraskan perpaduan, ukhwah, menggalakkan kerjasama antara kaum, menggapai wawasan, merealisasikan impian, menaruh harapan etc. yang boleh membangkitkan semangat juang kerana matlamat akhirnya supaya rakyat lebih cinta dan sayangkan negaranya. Bukannya tema hari kebangsaan itu dimanipulasi seolah manifesto pilihanraya!!!

11. Sejak 1976, tema hari kebangsaan sentiasa menggalakkan perpaduan, kerjasama erat antara kaum demi kemajuan dan kemakmuran negara. Tapi bermula 2009, tema hari kebangsaan dah jadi lain macam. Walaupun tema pada 2009 "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", 2010 "1Malaysia Menjana Transformasi" dan 2011 "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" masih dikesan ada 'bau-bau' politik, tapi boleh dimaafkan lagilah kerana masih ada unsur demi negara Malaysia. Tapi bila masuk bab tema tahun ni...

12. Di Bangi semalam Najib cakap, "Tiada keperluan mempolitikkannya (tema) tetapi untuk kami membantu rakyat"...boleh percaya ke? Kemon la brader..! Takkanlah BN desperate sangat sampai tema hari kebangsaan pun nak dipolitikkan? Kemon la bro...gentleman la sikit. Nampak macam orang terdesak sangat beb...

13. Kami harap sebelum Najib merasmikan pengibaran Jalur Gemilang pada 17 Julai ini, eloklah tema hari kebangsaan itu ditukar supaya ianya nampak lebih neutral dan patriotik, semata-mata demi negara.

14. Kalau boleh buatlah pungutan suara ka, undian ka, atau apa saja kaedah untuk memastikan, adakah majoriti rakyat umumnya terima atau tidak "tema politik" sebegini untuk Sambutan Kemerdekaan ke-55.

15. Kita tak nak nanti majoriti rakyat fikir sambutan hari kemerdekaan tahun ini seolah meraikan sebuah parti politik, dan bukannya meraikan hari kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia.

16. Jangan sampai rakyat rasa diperdaya masa sambutan hari kemerdekaan kelak hanya disebabkan 'tema paloi' yang diperkenalkan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Jika itu berlaku, bahananya pada siapa?

17. Apa dah jadi dengan kata Najib sebelum ini kononnya "zaman kerajaan tahu semua dah berlalu"?

Friday, July 6, 2012

Tuhan Yesus rahmati Anwar


Kepada, 

YBHG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bakal Perdana Menteri Malaysia 

Salinan Kepada; 

Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan
Pejabat Parti KeADILan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah.

YBHG DATUK SERI,

SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri, Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos 2008 yang turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri dalam Pakatan Rakyat. 

02. Kami juga berpendapat Datuk Seri memang layak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sikap Datuk Seri yang liberal dan memberi kebebasan kepada masyarakat Malaysia mengamalkan semua agama. Datuk Seri juga amat berdedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Datuk Seri dan keluarga.

03. Akhir sekali sebagai makluman Datuk Seri, kami akan menghantar 17 orang ajk pertubuhan ini yang akan diketuai oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan ke Permatang Pauh untuk membantu Datuk Seri dalam kempen pilihan raya nanti.

04. Semoga Datuk Seri akan sentiasa sihat sejahtera.

Shalom.
T.T.
(PASTOR SILVERSTER KHEMO ANDAMAN)
Presiden PGSS.

Thursday, July 5, 2012

Bapa Perpecahan Ummah

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". - H.R. Tarmizi.

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. 

Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri. 

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. 

Penangan Kilauan Emas

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Ia adalah bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. 

Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah SWT pada bulan yang agung ini.

Senang cerita, pada malam inilah nama manusia tu akan dipotong dari list. Harap-harap kita masih lagi berkesempatan untuk berjumpa malam Nisfu Syaaban pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kita mesti ingat bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam. Namun sebagai seorang Islam, kita perlu menghormati kedatangan Nisfu Syaaban ini.

Tapi bila aku bukak tv malam tadi, nampaknya malam Nisfu Syaaban disambut dengan Final Kilauan Emas, Showdown Street Dance dan entah apa ke bendanya lagi.

Apa takde malam lain ke nak buat benda-benda macam ni? Adakah salah tersebut berpunca daripada pihak penganjur; ataupun daripada pihak lain yang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini?

Kalau otak tu letak kat kepala lutut rasanya tak perlu nak tunjuk kat orang lain. 

Adakah hal sebegini melibatkan agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melalaikan umat Islam di negara ini akan kedatangan malam yang mulia Nisfu Syaaban? 

Apa-apa pun lu fikirlah sendiri.....

Wednesday, July 4, 2012

Pakatan Jahanamkan Tabung Haji

Ramai yang tidak kenal Tabung Haji secara halus. Pak Sedaro suka memberitahu insan merdeka di Malaysia khususnya 19.87 juta umat Melayu, bahawa apabila Prof. Di Raja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid mengkaji ayat 196 surah Al-Baqarah; "Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah" dan ayat 2 surah Al-Maidah; "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa", maka Allah titipkan ilham kepada beliau hingga tercerna sebuah Kertas Kerja bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji" pada tahun 1959.

Usaha besar ini diangkat oleh Kerajaan Perikatan ketika YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah membawa berbincang bersama Penasihat Ekonomi iaitu Dato' D.A. Spencer. Lanjutan yang tersebut, sebuah Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada bulan Jun 1960 ditubuhkan untuk mengkaji memorandum dan kertas kerja YAM Prof. Aziz.

Hakikat kehebatan pemikiran Prof. Di Raja Ungku Aziz mendapat pujian tertinggi daripada Sahibus Samahah Syeikhul Azhar, Sheikh Mahmod Shaltout (Almarhum) merangkap Mufti Agong Mesir di tahun 1960. Secara lisannya, Prof Ungku Aziz pernah membuat pengakuan, "Syeikh Mahmod Shaltout yang telah lumpuh itu, menyuruh orang mengangkatnya supaya beliau dapat memeluk saya. Sambil itu beliau berkata idea ini adalah anugerah Allah kepada saya. Cuma apa yang beliau kesalkan ialah mengapa idea itu tidak terbit dari orang Arab sendiri."

Inilah sejarah kelahiran Lembaga Urusan Tabung Haji yang kini tertegak dengan megah dan jayanya. Namun sejak aliran Komunis dan Freemason memenuhi kerusi-kerusi Dewan Rakyat selepas menang besar PRU-12, nampaknya urusan para jemaah haji dan umrah Malaysia sudah tidak lancar seperti biasa. Orang Arab hormat TH bukan kerana Tabung Haji, tetapi atas bendera Malaysia. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam berfahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah dan pengikut setia dan taat pimpinan Mazhab Imam As-Shafie.

Dek peristiwa 24 orang pengikut Komunis, Freemason, Syiah dan Wahabi di kalangan ahli Pas dan PkR dan DAP yang memakai baju bersih 3.0 di foyer Felda di Madinah, maka reputasi, imej dan nama baik Malaysia dicemari dan terancam.

Inilah ancaman dayus pemikiran orang Melayu yang baghal politik dan bernegara. Nampaknya TH yang baru berumur kurang 50 tahun semakin mencabar urusan rakyat Malaysia di 2 buah Tanah Haram. Apapun yang cuba diadu domba oleh DAP-Pas-PkR, hanyalah perebutan kuasa politik dan membubarkan Perkara 3 iaitu Agama Islam Agama bagi Persekutuan.

Tuesday, July 3, 2012

TNB Tidur...

D.O.I.T (Discipline, Objective, Integrity, Teamwork) merupakan misi kerja dan falsafah pengurusan baru Tenaga Nasional Berhad. Dalam kesibukan TNB, suka Pak Sedaro nak posan, jika masih ramai kalangan pekerja Melayu yang belum jelas, mengapa mereka pilih untuk bekerjaya di TNB, hantarlah mereka berkursus.

Dulu maso Tan Sri Ani Arope, beliau meletakkan asas bahawa setiap warga TNB mesti tahu tentang makna Negara, maka setiap insan LLN/Tenaga kena ikuti kursus BTN. Hari ini, yang ke Kursus Perdana cuma Che Khalib yang dah tiada lagi di TNB. Ganti dengan Ir. Kamaruzaman, nampaknya saudara kena urus bina semula kekuatan dalaman TNB. TNB dilihat menepati makna Miskin Hayat dan Roh, Miskin Perangai dan Miskin Asuhan seperti yang dibahaskan oleh Pendeta Za'aba pada tahun 1927.

Jika TNB hendak aturan faham Integrity, ada IIM yang mungkin boleh bantu. Jika TNB hendak DOT, maka gerakan Biro Tatanegara merupakan opsyen terbaik. Makanya, pasukan pakar RAW TNB akan lebih kuat dalam faham dan makna "AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR".

Apa cerita bila mana orang TNB pun terikut gerakan Komunis, Freemason, Syiah, Wahabi dan Khawarij!

Monday, July 2, 2012

UDA 'Bunuh' Peniaga Melayu BB Plaza

BB Plaza sebuah pusat komersil Melayu sedang digadai oleh UDA. Apakah ini agenda miskin asuhan Kerajaan Barisan Nasional? Atau ini Agenda Miskin Perangai "pemikir dan orang yang dibayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi pilihan kepada peniaga Melayu di BB Plaza?

Implikasinya diberikan pilihan berat sebelah. Iaitu andai Tradewinds Berhad (milikan TS Syed Mokthar Bukhari) bergabung dengan UDA Holdings Berhad, maka akan dibangunkan semula BB Plaza Imej Baru. Manakala, para peniaga Melayunya diberi pilihan/keutamaan...Bila?

Lain kali kalau nak buat sesuatu yang boleh mengugat kekuatan UNDI dan sokongan peniaga Melayu khasnya di Kuala Lumpur, berilah lokasi strategik untuk tempatkan mereka dulu. Jangan nyahkan mereka, belakang suruh depa fikir "nak meniaga kat mana". Apa punya bangang pemaju MELAYU "UDA Holdings Berhad nie" atau ini melambangkan tidak cerdiknya Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi UDA!

Harus diingat, peniaga Melayu ini paling tidak sudah lebih 20 tahun bertapak di BB Plaza. Apalagi yang punya gerai makan di sana. Punya banyak shopping mall keliling BB Plaza, apakah UDA Holdings begitu naik benak dalam urusan penempatan semula mereka? Kumpulan peniaga ini perlu diberikan saguhati dan pampasan darurat jika wujud istilah demikian.

Sebenarnya, 15 tahun lalu senario yang hampir sama "bakal" dialami oleh para peniaga Pasar Ampangan, Seremban. ADUN Ampangan semasa Makcik Derma Taksiah telah berusaha untuk tidak bersetuju dengan agenda merobohkan Pasar Ampangan untuk tujuan kompleks komersil, walaupun agenda tersebut pada peringkat awal telah "diangguk" oleh beliau. Masuk ADUN Ampangan Zakaria Nordin selama 10 tahun, diangkat sekali lagi oleh pemaju yang rakus dan tamak haloba, namun tindakan para peniaga Pasar Ampangan jelas dengan memberi amaran dan ingatan MERAH, kiranya ADUN dan Kerajaan Negeri bersetuju, tanpa memikirkan urusan penempatan semula yang strategik peniaga Pasar Ampangan, maka DUN Ampangan akan dikuasai oleh PAS.

Akhirnya dalam PRU-12, PKR kuasai Ampangan dengan kemenangan Cikgu Rashid Mental, yang akhirnya terus keliru dalam Dewan apabila menjadi "balaci dan keldai" Freemasonary bilamana dengan penuh selamba mencadang usul supaya pembacaan talkin semasa acara pengkebumian umat Islam dibatalkan kerana dalam talkin itu ada menyentuh tentang cacing dan ulat yang memakan badan jenazah.

Pembaca Paneh Miang yang budiman, peristiwa tidak puas hati peniaga BB Plaza ini bakal menjadi barah kepada isu-isu utama BN di Kuala Lumpur. Mekanisme yang berkesan mesti dicari oleh UDA Holdings Berhad dan Kementerian Kewangan Malaysia, juga MRT Corporation. Jangan dek sebab pembangunan, kau nak gadaikan makna "Perkara 153: Perezapan Kuota Bumiputera" dan erti "Kepentingan Ekonomi Bumiputera" merujuk kepada 70 perengan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada 7 Jun 1965.

Sunday, July 1, 2012

Tribute VAT 69

Semboyan hampir dibunyikan. Hadiah khas PM kepada veteran 69 yang ramai di NSDK dan tanahair serta Pasukan VAT 69 di Markas Hulu Kinta, khasnya SAC Dato' Azizan orang NSDK, SAC Dato' Rashid dan Dato' Fuad (anak-anak Negeri Sembilan) yang kini Pengarah-pengarah Kanan di Bukit Aman (semuanya VAT 69). Tidak ketinggalan dijemput khas Kept. Anuar Haji Alias, pgb (PASKAL, TLDM...anak Labu) yang kini di MinDeF. Juga kepada mantan Lt.Jen Zaini, sp, termasuk Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman, pgb dan kawan-kawan pgb TUDM. Sebuah sanjak ditulis oleh Ayahanda Mohd Noor bin Razak, pgb (Naib YDP, Persatuan Veteran VAT 69 Komando):

Siapakah Mereka?

Dahulu...suatu ketika dahulu
Bintang tiga lambang pembawa derita
Bandit merah membuat angkara
Mengundang darurat hidup derita
Menggugat sentosa
Mengganas mengharu tidak menentu
Mengacau menggangu
Di hilir di hulu
Mencabar Sang Saka Biru
Lambang keramat sedia berkhidmat

Namun...Polis sedia berkhidmat
Lambang biru gagah berpadu
Menadah perjuangan
Dengan darah, keringat dan air mata sayu
Memikul anamah bangku
Tidak gundah tidak terkedu
Tidak buntu tidak jemu

Hingga lahirlah
Titis-titis warisan
Darah Perwira
Lahirlah enam puluh sembilan
Lagenda penentu
Bagaikan bertemu ruas dengan buku
Tumbanglah musuh satu persatu

Sehingga ada yang bertanya
Siapakah mereka?
Manusia atau puaka?
Tiba-tiba menjelma
Menyelinap memburu mangsa
Bagai ular berbisa

Mereka?
Mereka pejuang jitu
Bukan hantu
Merekalah Komando 69
Polis DiRaja Malaysia
Pejuang Unggul Sang Saka Mulia!

Moga Allah tempatkan roh Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang terkorban 4 September 1975 di kalangan para syuhada dan insan fisbilillah. Inilah rakaman insan yang Allah muliakan hingga menjadi "ikon dan makna" perjuangan Lok Kow.

Blog Archive