Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 31, 2012

Cap Goh Mei

A lot of people have been saying about speculation of the General Election. Many pundits believe that BN will win comfortably in this country except for the state of Penang and Kelantan. Many things turn up surprisingly and make one particularly party, namely Pas look weak. With the sacking of Dato' Hassan Ali from Pas, he became aggressive in attacking his old party. Mr. Anwar on the other hand, showed his support to the Israeli government. Well, this is the scenario of the political landscape in Malaysia.

So, as voters do we have the choice to choose the best government? Of course we do and it seems that BN is getting the momentum to gain the support of the rakyat. BN cybertropers have been flooding the internet and the Pakatan Rakyat cybertroopers seem to be defensive. Mr. Anwar is still in the limelight with more videos coming out, especially the videos in Thailand. Mr. Anwar is definitely Mr. Rocco of Malaysian porno movies. I wander when will Mr. Anwar give up his fight and admit to all his wrongdoings. Of course he will not confess to all his sins as these will definitely jeopardise his chances of becoming the next Prime Minister.

Perkasa, a vocal NGO on the other hand, is in the limelight again. MCA and Gerakan are pissed off with Perkasa's action of giving angpow in white envelope. Is this really an issue? It is good enough that Dato' Ibrahim Ali wanted to give angpow to the Chinese. The gestures are noble and trivial things such as the colour of the envelope is a non issue. Ironically, last night was the Cap Goh Mei and firecrackers were heard all over the country after midnight. Nobody lodge police reports on the noise of the firecrackers as the non Chinese understand and tolerate the culture of the Chinese. So, in the spirit of the new year, that is the Year of the Water Dragon, MCA and Gerakan should forgive and forget the actions of Perkasa in giving white angpows. Gong Xi Fa Cai and a happy Cap Goh Mei.

Monday, January 30, 2012

Hadi Awang test market

1. Heboh sekejap bila presiden parti Melayu ke-2 terbesar di Malaysia kata nak berundur dan tidak bertanding di PRU-13. Harakah sendiri pun tak buat liputan besar-besaran kenyataan Hadi itu sebagai suatu berita yang perlu diberi perhatian oleh ahlul Pas. Macam tak penting je Hadi tu.

2. Sudah bermacam analisis dibuat, Hadi bagi signal kat pemimpin lama dari parti lain untuk berundur la...Hadi bagi signal pada Nik Aziz supaya berambus la...Hadi mahu lari daripada tanggungjawab la...Hadi itu...Hadi ini...

3. Kami sentiasa menganggap Hadi seorang yang cerdik. Walaupun tahap kecerdikan Hadi itu bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Che Det, jauh sekali mencapai tahap auta dan kelicikan Bapak Anwar Bin Ibrahim, namun Hadi tetap boleh dianggap cerdik. Lagipun Hadi sudah lebih 30 tahun dalam politik dan sudah banyak tahun jadi ahli parlimen serta adun, maka sudah tentu sedikit sebanyak kemampuannya untuk bertahan dalam sepak terajang politik membuktikan bahawa beliau ada jugaklah cerdiknya.

4. Sebelum ini kami berpendapat tersingkirnya Hassan Ali daripada Pas sememangnya rancangan Hadi. Hadi mahu Hassan Ali jadi proksinya untuk berjuang dari luar parti bagi membongkar modus operandi parasit yang semakin membiak dalam Pas. Lagipun Hassan Ali pasti sukar mem'bogel'kan si parasit jika masih bersama Pas kerana terikat dengan aturan parti. Bila dah keluar, bebaslah sikit nak dedahkan tanpa sekatan.

5. Hadi pula akan buat kerja 'pembersihan' dalaman. Langkah pertama ialah mengumumkan pengunduran. Nak tengok siapa ahlul Pas yang akan bagi respon, sama ada menyokong atau membantah. Nak tengok adakah beliau masih ada sokongan yang kuat daripada ahlul Pas. Eleh...macam KJ buat sebelum ni la, yang konon-konon nak berundur jugak tu, malu tapi mahu...

6. Setakat ini kenyataan Salahuddin Ayub, Nizar Jamaluddin, Tuan Ibrahim Tuan Man etc. macam sokong Hadi berambus saja. Nik Aziz dah tentulah keluar kenyataan pura-pura tak setuju sebab kalau betul Hadi berundur nanti, takut orang akan paksa dia berundur jugak dengan alasan dia lagi veteran daripada Hadi.

7. Kenyataan daripada Bapak Anwar Bin Ibrahim dan Lim Kit Sial hanyalah untuk menyedapkan hati ahlul Pas saja. Konon tidak setuju dengan hasrat pengunduran Hadi, tapi yang sebenarnya dalam hati bersorak riang. Keluar kenyataan tolak hasrat Hadi tu pun macam nak tak nak saja. Bagi kenyataan pun pakai sms. Di situ dah nampak PkR dan DAP main wayang, tak bersungguh nak pertahankan Hadi.

8. Jadi sepatutnya Hadi sekarang dah sedar sama ada beliau masih mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas ataupun tidak. Mereka yang keluar kenyataan menyokong atau membantah pengunduran, hakikatnya itulah sebenarnya parasit yang sedang membiak dalam Pas. Ahlul Pas patut sedar akan ini. Kepimpinan ulama' sudah 'mati'.

9. Hadi berundur atau tidak, Pas sebenarnya sudah rosak teruk. Sebab tu lah Aspan & Ariff pun tak masuk Pas...hehehe! Pas sudah tidak lagi relevan di PRU-13 disebabkan perpecahan dalaman antara kumpulan ulama' dan erdogan yang sudah tidak mampu lagi disorokkan daripada umum.

10. Pas akan hilang sebahagian besar undi ahlul senyap yang menyokong kumpulan ulama'. Harapan ahlul Pas kini hanya tinggal pada individu seperti Harun Din, Nasharudin, Azizan etc. Ismail Kamus pun dah keluar kenyataan tak berminat dengan politik. Atau sebenarnya tak berminat dengan Pas?! Jika pemimpin seperti ini semua berundur atau dipecat, maka itulah pengakhiran bagi Pas.

11. Selagi Pas tidak transform daripada menjadi tunggangan kepada menjadi jockey dalam Pakatan, makanya Pas akan KALAH di PRU-13!

12. Lagipun rakyat dah nampak, dan ahlul Pas sendiri pun dah sedar bahawa sebenarnya tiada guna pun menyokong Pas yang hanya menjadi kuda tunggangan kepada parti LGBT dan racist.

Friday, January 27, 2012

NFCorp: Bapa, Kroni & Anak-Anak

1. En. Arifin bin Mustafa, berusia 39 tahun mula terlibat dalam penternakan lembu pedaging secara kecil-kecilan pada tahun 1985.

2. Beliau yang asalnya hanya memelihara 5 ekor lembu yang dibeli secara ansuran daripada penternak tempatan, namun dengan kebijaksanaannya mengacukkan lembu dengan lain-lain perternak, beliau akhirnya berjaya mengembangkan projek ternakan lembu sehingga mencapai 400 ekor pada tahun 1988.

3. Walaupun hanya mendapat pinjaman daripada Maybank sebanyak RM1 juta pada peringkat awal perniagaan dan tambahan RM2 juta daripada bank yang sama untuk mengembangkan perusahaannya, En. Arifin terbukti berjaya menternak lembunya dengan penuh dedikasi dan belajar cara-cara untuk mengembangkan projeknya dengan kaedah yang betul. Bidang yang dilaksanakan secara komersil ini membolehkan beliau memperolehi keuntungan yang optimum dan pulangan pendapatan yang lumayan.

4. Kini hasil pendapatan daripada bidang ternakan lembu telah membolehkan Arifin Mustafa menambah pelaburan serta memiliki harta termasuk ladang sawit seluas 12 hektar, ladang pisang dan buahan seluas 3 hektar, 10 unit rumah (bukan kondo), 4 unit kedai, 5 buah lori, 5 buah kereta dan 10 motosikal. Beliau juga pernah menerima beberapa penganugerahan seperti Usahawan Jaya Negeri Selangor tahun 1996, Anugerah "Biggest Buyer" daripada ladang pengeksport lembu Australia dan Usahawan Penternak Jaya Negeri Selangor tahun 2003.

5. Kejayaan En. Arifin sekaligus telah membuka pelbagai peluang perniagaan lain seperti melahirkan ramai penjual daging di pasar, membekalkan sumber protein yang berkualiti di restoran-restoran, dan yang paling penting, masyarakat mendapat manfaatnya.

6. Kisah kejayaan En. Arifin boleh dilayari di Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

7. Kini daging tempatan di pasaran berharga RM24++ sekilo, membuktikan bahawa kita masih memerlukan ramai pengusaha seperti En. Arifin untuk membekalkan sumber protein yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Mudahnya, bekalan daging berkualiti dan murah sekaligus.

8. Hakikatnya, sumber daging tempatan masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia yang menyebabkan harganya masih kekal tinggi. Rentetan itu pada 2006, kerajaan melalui Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani telah memperuntukkan RM4.4 billion untuk membangunkan sektor pertanian dan penternakan agar Malaysia tidak terlalu bergantung daripada sumber luar negara.

9. Maka sebuah 'High Impact Project' bernilai RM250 juta telah diagihkan secara pinjaman mudah oleh kerajaan kepada sebuah syarikat Bapa & Anak-Anak untuk memastikan projek ternakan lembu terbesar di negara ini mampu membekalkan sumber protein yang murah kepada rakyat Malaysia pada masa hadapan.

10. Dan wang beratus juta pun berpindah tangan, daripada kerajaan, kepada Bapa dan seterusnya kepada Anak-Anak. Dan hasilnya...kondo mewah?! melancong?! mercedes?! restoran?! kad kredit?! Namun selepas hampir 5 tahun berlalu, harga daging lembu tempatan tetap kekal mahal disebabkan stok bekalan masih tidak mencukupi.

11. En. Arifin tidak mendapat pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan, namun tetap berjaya dalam bidang ternakan lembu. Malah beliau hanya memperoleh pinjaman RM3 juta daripada Maybank hanya selepas beberapa tahun mengusahakan ternakannya sendiri.

12. Mengapa mereka yang telah terbukti kejayaannya seperti En. Arifin tidak mendapat kepercayaan kerajaan atau diberi bantuan 'wang segera' untuk memastikan 'High Impact Project' seperti ladang lembu nasional itu berjaya? Satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya berjuta rakyat Malaysia yang 'buta' corporate game.

13. Seorang graduan undang-undang tidak mungkin layak menjadi pakar bedah di IJN, dan begitu juga sebaliknya, graduan perubatan tidak mungkin diberi tugas sebagai hakim di mahkamah. Itulah yang dinamakan ADIL iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

14. Sebagai rakyat yang membayar cukai, kami sangat berharap agar apa jua projek yang dijalankan memberi manfaat & impak kepada semua rakyat, sepertimana KR1M, Klinik 1Malaysia, mahupun PR1MA.

15. Bukan hanya untuk Bapa, Kroni & Anak-Anak...

Wednesday, January 25, 2012

NAGA kawal Ikan

Salam kepada moderator,

Isu ini amat menarik sekali untuk dikupas dan bagaimanakah cara mengatasi masalah ini berdasarkan huraian di bawah. Berdasarkan daripada pengalaman bekerja dan bercampur dengan setiap lapisan bahagian samada di peringkat nelayan, LKIM, peraih ikan, peraih ikan di pasar atau taiko pasar dan penjual ikan dipasar, boleh saya simpulkan perkara ini kepada beberapa bahagian iaitu:-

a. Nelayan
b. LKIM
c. Peraih
d. Penjual ikan di pasar.

NELAYAN

Nelayan ini kebanyakkannya adalah Melayu tetapi bot-bot mereka ADALAH KECIL dan bukan pergi ke LAUT DALAM. Sementara Cina pula mempunyai BOT yang BESAR dan pergi ke LAUT DALAM dan mempunyai peralatan GPS yang serba canggih. Ini belum lagi dikira bot-bot Cina yang mencuri/merompak di laut perairan Indonesia yang tidak membenarkan pukat tunda. Sebab itu negara Indonesia masih kaya dengan ikan-ikan, dan anak-anak ikan boleh membesar. Maksud merompak ini belum dikira lagi pada perairan Malaysia seperti di perairan pantai dengan jarak tertentu batu nautika (yang) tidak dibenar menggunakan pukat tunda....kenyataan mereka ini RAKUS DAN TAMAK. Belum lagi cerita JUAL ikan di laut antarabangsa...senang cerita kerajaan rugi bagi pada mereka ini subsidi tapi mereka ini adalah penderhaka/pengkhianat NEGARA.

LKIM

Sebenarnya LKIM (bertujuan) MEMANTAU agar ikan-ikan yang dibawa naik ke darat mencukupi keperluan dan menyediakan jeti (serta) dikenakan cukai yang amat MINIMA. Senang cerita, kerajaan BANTU lagi. Daripada sini, pihak LKIM dapat memantau harga ikan. Saya pernah bertanya kepada pekerja LKIM kenapa kerajaan tidak boleh (kawal) harga ikan...rupa-rupanya kerajaan pernah melakukan perkara tersebut TETAPI DI BOIKOT oleh PERAIH/TAIKO di pasar borong. Cerita peraih saya akan cerita berikutnya.

PERAIH

Peraih terbahagi kepada 2 iaitu peraih di jeti dan peraih di pasar. KEDUA-DUA PERAIH ini DIMONOPOLI oleh kaum CINA. Mereka inilah yg menaikkan harga mengikut suka hati (mak bapak dorang) asalkan dapat UNTUNG BUSAT MAA...mahai...ci...Walaupun ada peraih Melayu tetapi dalam bentuk KOMODITI yang sangat KECIL. Di sini pihak LKIM pernah mengambil inisiatif untuk memasarkan terus di pasar tanpa melalui orang tengah; TETAPI apa yg TERJADI...sungguh SADIS kerana ikan-ikan yang dihantar oleh LKIM ke PASAR telah DIBOIKOT atau tidak dibeli oleh peraih serta penjual-penjual ikan dipasar. Akhirnya ikan tersebut di(lambakkan) sahaja di pasar borong. Betapa BUSUK(nya) hati peraih-peraih (yang ingin) KAUT KEUNTUNGAN KASAR.

PENJUAL IKAN DI PASAR

Penjual biasanya akan menjual ikan direct terus kepada (pembeli). Apabila ikan terlalu mahal, penjual ikan pun tidak berani membeli takut tidak laku. Biasanya penjuallah yg KENA MAKI (dengan PEMBELI dan) bukannya PERAIH-PERAIH ini.

Kesimpulan(nya) di sini, peraih adalah penyebab utama harga ikan melambung (termasuk) juga nelayan-nelayan yang khianat. Kerajaan perlu memberikan subsidi kepada orang yang BENAR-BENAR memerlukan SUBSIDI dan LAYAK. Sekian, fikir-fikirkanlah...

Sumber sini.

Tuesday, January 24, 2012

Spesis Tidak Bermoral


Sahih Anwar Ibrahim tergolong dalam kalangan spesis paling tidak bermoral di Malaysia. Banyak ulasan dan kupasan berkenaannya yang tidak perlu diperkayakan. Lagi banyak ditulis tentang perilaku dan tabiat Anwar, akan memberi markah subsidi percuma kepada PkR.

Dalam kancah politik Malaysia INTEGRITI kelihatan masih begitu daif hadamannya. INTEGRITI tidak menjadi makanan roh wajib kepada politikus Malaysia. Bukan sahaja mereka, malah pemimpin korporat dan pegawai tingkatan kanan kerajaan juga tidak menjadikan INTEGRITI sebagai menu utama.

Justeru tidak mustahil jika Negara ini menjadi korban kepada kerakusan mereka. Ternyata kemasukan manusia seperti Anwar Ibrahim dalam UMNO dahulu telah memberi impak paling buruk dalam sejarah BERSIH kesatuan UMNO. Permainan dan gadaian maruah melalui rasuah wang politik kepada perwakilan dan agen pelobi yang diperkenal oleh Anwar Ibrahim semasa menjatuhkan Ghaffar Baba, ternyata amat berjaya. Dr. Mahathir akhirnya menghidu fenomena berkenaan dan saban tahun telah menyindir Anwar dalam ucapan-ucapan Presiden UMNO di PWTC.

Namun Anwar tiada berubah dan memaksa tindakan drastik diambil atasnya. Semakin merencam apabila fail sulit yang menukil keperluan kehendak seksual luar biasa dan luar jangka lazim seorang lelaki, menjadi galang ganti politik Anwar. Jika dibongkarkan semuanya; serta dipanggil segala saksi mantan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dan Pejabat TPM dahulu, agaknya mungkin pindah Kak Wan sekeluarga dari negara ini dek kerana malu. Takpelah...demi menjaga aib orang, 'tahniah' kini AnuGerah menjadi Ketua Umum PkR.

Selagi UMNO tidak menggerakkan pasukan penceramahnya di seluruh tanahair bagi menangkis MAKANAN RUJI FITNAH DUNIA DAP+PkR+Pas, selagi itulah UMNO terpencil dalam kandang insan fakir.

Nak tahu siapa lagi spesis tak bermoral, klik sini.

Monday, January 23, 2012

Pulangkan BTR

Satu pujukan politik daripada Ah Jib Gor, satu pukulan kepala UMNO Bahagian BTR yang tidak cukup kuat bekerja untuk menang PRU-13. Satu tamparan kepada gerak kerja KPTO BN-UMNO yang leweh di BTR.

Premis paling strategik untuk akses kepada MODEL KUASA, SAYANGI DAN KEMBANG ialah Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak. Kelihatan PKK BTR ini makin dimamah usia daripada rekahan dan lunturnya warna bangunan.

Tidak kelihatan penguasaan medan oleh UMNO-BN di BTR, melalui Agenda Tranformasi Rakyat. Nampaknya Ah Jib Gor berperang seorang diri, terpaksa melabur RM 2.5 juta kepada Sekolah Cina.

Apakah makna pulangkan BTR! Ahli Parlimen BTR ialah Abdul Khalid Gagap, Bendahari PKR menjadi Menteri Besar Selangor yang kini jago Agama Islam. Inilah resepi Ideologi Freemason melalui PKR, akhirnya disepak terajang Hassan Ali, disumbat Sijangkang seorang PAS, tanpa portfolio yang baik untuknya. Korban sebenarnya ialah kuasa eksekutif Islam dalam Negeri Selangor.

Gamaknya, mesej pulangkan BTR bermakna kembalikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada BN-UMNO. Ah Jib Gor dan Ah Din Gor akan terus dilanda serangan parasit politik di KL dan Selangor. Berkeliling turun padang dan gelanggang, namun, tiada kesan kepada rakyat dan pengundi sebenar.

Kepada Loyal Reader, juga blogger HORAS...kalian di Hulu Langat turut kena tempelak Ah Jib Gor dan Ah Din Gor ini. Bersantunlah dalam urusan UMNO Hulu Langat kerana anda sedang disatelitkan oleh PAS dan PKR yang setiap hari memasuki pejabat kalian sebelah pejabat Pos Kajang tersebut.

Pulangkan BTR samalah juga Pulangkan Selangor. UMNO masih butakah kalian?

Sunday, January 22, 2012

Cartel Naga bunuh Pedagang Melayu

Beberapa bulan lalu, Pak Sedaro menulis panjang lebar bagaimana kartel ayam yang dikongkong oleh Cina memonopoli harga dan kawalan harga. Nampaknya orang Melayu terpaksa hadap dunia sebenar bahawa kuasa politik yang ada belum memadai untuk menjadi KARTEL KUASA MELAYU!

Tahun 2012 merupakan tahun NAGA mengikut kepercayaan kaum Cina. Kartel Naga menjadi begitu tangkas dan cergas kerana mampu memberi bakaran kepada apa jua perkara yang lebih lemah daripada naga.

Bermula semalam harga ikan sedah melambung tinggi. Alasan paling menarik saban tahun dilafaz oleh peniaga ialah bot-bot Cina tak ke laut, cuti Raya Cina. Di mana kuasa Persatuan Nelayan Kawasan? Persatuan Nelayan Kebangsaan? Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia? Jabatan Perikanan? Apabila Cina tak ke laut, yang mampus ialah Melayu sebagai tukang beli paling ramai di pasar-pasar.

Bukan sahaja harga ikan mencanak, harga buah-buahan turut terpalit dek kartel Cina.

DIMANAKAH Majlis Perundingan Melayu, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Peruncit-Peruncit Melayu Malaysia (kalau wujud), Persatuan Pemborong Melayu Malaysia (jika ada), Persatuan Pengilang Islam Malaysia (andai tertubuh), Persatuan Peniaga Ayam Melayu Malaysia? Persatuan Peniaga Ikan dan Makanan Laut Melayu Malaysia? Persatuan Pemborong Makanan Basah/Kering Melayu Malaysia?

Apakah kumpulan peniaga Melayu ini hanya menjadi penonton?...menyorok di kamar kecil atau terkangkang untuk di'rogol' semahunya dek kartel-kartel Cina di Malaysia bin Tanah Melayu ini?

Melayu pernah kuasai Perdagangan Asia Tenggara; adakah Pedagang Melayu Moden kini lebih lemah daripada Pedagang Melayu Empayar Kesultanan Melaka?

Saturday, January 21, 2012

UMNO jangan jadi PARIAH

Pariah ialah sebuah filem Inggeris yang semakin merapati rating sebuah Negara Bangsa yang hampir melingkup. Armageddon sebuah epic tahyul tentang suasana kiamat yang dicipta oleh Freemasonary dari Hollywood.

Kenyataan di BBC oleh Anwar Ibrahim juga mirip Pariah dan Armagenddon. Inilah penyakit yang amat ditakuti oleh kumpulan ulama' semasa berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 Mac 1946. Sheikh Fahim dan Sheikh Shamsuddin Semanggol pernah bersuluq dan berbahas tentang penyakit songsang, yang mungkin menjadi epidemik atau wabak kepada rakyat Malaysia.

Lebih malang jika anak Ibrahim yang lahir di Bukit Mertajam menjadi ikon sekumpulan pengikut memBABI-BUTA di Malaysia. Anwar Ibrahim ialah spesis pemimpin paling tidak bermoral. Semua kes yang dibicarakan atas nama Anwar Ibrahim ternyata benar dan tulen. Terlepas dia daripada hukuman kerana kurang butiran keterangan dan pengukuhan hujah pertuduhan ke atasnya. 'Tahniah' kerana terlepas daripada jeriji besi.

Pemimpin tak bermoral merupakan stigma politik besar. UMNO sudah gentar dengan strategi saraf rayauan nasional Anwar ke seluruh Pusat Daerah Mengundi. UMNO belum bersedia berperang?!

Apakah UMNO masih dalam kandang BACUL dan DAYUS?

Mana Pemuda UMNO dan Pemidato Pemuda UMNO kelahiran Akademi Pemuda UMNO Malaysia? Mengapa tiada sirkit ceramah awam bermula 11 Mei 2011 lagi? 11 Mei 2012 ialah D-DAY.

Mana Ketua UMNO Bahagian yang dilihat BERSIH, CEKAP, AMANAH?! Mengapa tiada tindakan HANRUH dari akar hingga ke buah dalam lipatan diari gerakan politik kalian? Apakah semuanya menjadi MONYET dan BERUK untuk mengutip kata-kata yang acapkali dilafaz oleh Adnan Yaakob kepada ahli politik Melayu/UMNO?

Nafiri dan gendang perang sudah mula dimainkan, namun di medan peperangan masih tiada panglima-panglima perang UMNO yang berani terkorban dan berkorban!

Tiupan angin merah bersulam biru amat diidami oleh rakyat. Namun, jika terlalu ramai yang DAYUS, Pak Sedaro sarankan UMNO-BN mintalah talian hayat kepada pasukan saraf Melayu paling digeruni sejak 1969.

Hanya ada 3 Agen Melayu yang segar bugar sejak 13 Mei 1969. Siapa mereka? Jawapannya ada pada stereng YAB Presiden UMNO dan YAB Timbalan Presiden UMNO. Kumpulan ini berjawab langsung kepada mereka dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Friday, January 20, 2012

Najib (ULAR) VS Anwar (BABI)

1. Bung Anwar Bin Ibrahim lahir pada 10 Ogos 1947. Berdasarkan Zodiak Cina, tahun 1947 adalah Tahun Babi Api (Fire Pigs).

2. Merujuk Zodiak Cina, individu yang lahir pada tahun Babi Api dianggap seorang yang "Sanggup mengambil risiko, bersungguh mencapai matlamat dengan apa cara sekalipun; malah dianggap sebagai ketua atau bos yang hebat."

3. Agaknya sebab itulah Bung Anwar Bin Ibrahim disukai kaum Cina Chauvinist yang Opportunist.

4. Tahun Baru Cina 2012 adalah tahun Naga Air (Water Dragons). Sedikit selingan, penulis lahir di tahun Naga Api (Fire Dragons). Saja je bagitau, tak penting pun. Hahaha...


5. Menurut Feng Shui Cina pada tahun ini, nasib individu yang lahir di tahun Babi Api agak malang. Mereka perlu lebih berhati-hati serta diramal bakal mengalami nasib buruk.

6. Najib Tun Razak pula lahir pada 23 Julai 1953 iaitu di Tahun Ular Air (Water Snakes) dalam Zodiak Cina. Berpengaruh, bermotivasi, berwawasan, dan sangat intelek adalah antara ciri-ciri individu yang lahir di Tahun Ular Air. Berdasarkan Feng Shui, nasib individu yang lahir di tahun Ular Air agak baik pada tahun ini.


7. Namun individu yang lahir di Tahun Ular dan individu yang lahir di Tahun Babi diramalkan Feng Shui akan berkonflik antara satu sama lain dalam Tahun Naga ini.

8. Tahun 2012 bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ULAR AIR vs B.A.B.I. API. Agak-agaknya, siapakah yang akan lebih bernasib baik, ULAR atau B.A.B.I.? Air lawan Api, mana yang akan menang?

9. Tulisan ini hanya untuk suka-suka saja. Kaum Cina mungkin la percaya, tapi jangan pulak ada umat Islam yang terpengaruh. Syirik tu bro...

Thursday, January 19, 2012

Tembelang Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat

Tembelang dan temberang yang dimomok oleh Johan Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat semakin kemuncak kejatuhannya. Nampaknya Usul agar Johan Aziz ini letak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian, juga tidak dicalon bertanding dalam PRU-13 makin menjadi kenyataan.

Sudah tidak dapat disangkal sikap tak peduli Johan, bila mana, gagal memaksimumkan kekuatan pasukan penceramah UMNO BN Hulu Langat seramai 100 orang yang menerima tarbiyah di Pulau Pangkor sekitar 2 bulan lalu.

Kes kuil Hindu di Saujana Impian berdekatan dengan SMAP KAJANG amat buruk ditangani oleh Johan. Walaupun pemaju dah bayar RM1.5 juta kepada geng kuil, tapi datang lagi geng kuil ke-2 berkampung mengharapkan imbuhan tambahan. Memang lahanat punya Hindu! Ikut suka dorang saja nak bernobat di kuil tu. Kes ini jika Johan Aziz bertelor, maka dia harus minta DO dan YDP MPKj bertindak untuk halau keluar pasukan Komunis Hindu ini.

Markiman Kobiran pun tak ambil peduli. Dr. Che Rosli, MP Hulu Langat wajar dipujuk menjadi calon BN daripada menjadi barua PAS. Baru padan penampar Mandaling kepada Johan dan Markiman. Ismail, Dusun Tua pun ambil pendekatan penakut juga. Apa ke jadahnya seorang bekas Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Langat kini jadi wakil rakyat Dusun Tua yang hanya bertarung dalam kandang kecil antara Hulu Sungai Tekala hingga sempadan Mahkota Cheras.

Ini semua merupakan calon-calon pertaruhan Khairy Jamaluddin masa Pak Mertuanya Presiden UMNO. Atau mereka ini kenalan Khir Toyo yang telah menjadi kesan penyapu buruk kepada semua YDP Kerajaan Tempatan, Selangor Bungkus Telur la kalau ianya dibiarkan berterusan!!!

Daripada maklumat risikan PkR dan DAP Hulu Langat, ternyata amat mencemaskan jika PRU-13 BN buat gila meletakkan calon UMNO tajaan KJ di DUN Kajang untuk berlaga dengan PkR atau DAP. Pasti akan kalah!

Siapa calon UMNO DUN Kajang yang cocok? Antara yang mungkin ialah Mejar Harun Hashim (B) TUDM yang dulunya Pegawai Perisikan TUDM; atau bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Dato' Omar yang kini menetap di Bangi; atau pemilik KPMC Kajang, Dr. Jamil yang kini paling berpengaruh di Kajang; atau bekas Kadi Daerah Hulu Langat di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat; atau YDP MPKj semasa walaupun dia suka mengelilingi dunia dengan basikal, tetapi boleh juga diharapkan sebagai CALON Dun Kajang.

Inilah signal kecemasan DAP dan PkR di Hulu Langat! Kita saksikan bagaimana aturannya nanti.

Wednesday, January 18, 2012

Air di Selangor & Kelantan kini setaraf

Pada Mac 2005 di Bilik Mesyuarat UUM Kampus Bandaraya KL, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Khalid Gagap telah berpakat dengan Rozali Ismail, Tauke Syabas untuk minta kaw taw 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor. Status quo Khalid Ibrahim di tahun 2005 ialah Pengerusi Majlis UUM. Rozali Ismail pula ketika itu Timbalan Pengerusi Majlis UUM. Julai 2005, Khalid ambil kerusi Bendahari PKR. Si Khalid ini dulunya Bendahari UMNO, diberi markah kesian oleh Dr. Mahathir, maka jadilah dia Pengerusi Guthrie.

Siapa bayar bil air percuma yang di kaw taw Khalid itu? Mula-mula KDEB, kemudian guna PKNS untuk tanggung kos. Itu pasal semua hartanah PKNS kini mula naik harga dan dijual pada paras termahal. Penyudahnya bila Khalid Gagap jadi MB Selangor, ditambah pula dengan idea Punaisihat Ekonomi RM1, Anwar Ibrahim, maka dapatlah rakyat Selangor 'hadiah' perjanjian air tertunda hingga 2014.

Risikonya, kualiti air merosot. Ramai rakyat khususnya anak-anak kecil menderita cirit-birit kerana air yang tidak bersih disebabkan vektor virus ROTA mengikut analisis sampel Najis dan Air Kencing.

Inilah penangan PkR Sampah di Selangor. Rakyat di Seksyen 2, 3, 4, 5, 7 dan 8 bakal mengadakan Persidangan Himpunan 1 Juta Tan sampah di depan pintu masuk rumah Menteri Besar Selangor dan rumah persendirian Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

Maka itulah natijah 'hadiah paling berharga' kerana mengundi Kerajaan Sampah PkR, DAP dan Pas di Selangor.

Tuesday, January 17, 2012

Menu 1Malaysia

Menu Utama Hidangan Seri Perdana:

1. Petai, Kerdas dan Jering (ubat politik Melayu)

2. Nasi basi (hidangan kepada sosial Melayu)

3. Susu segar basi (minuman kepada Komunis Melayu)

4. Cendawan beracun (dessert kepada Freemason Melayu)


Menu Utama Hidangan Restoran 1Malaysia:

1. Nasi Kerabu (sesuai untuk rakyat yang makin keliru dan cacamarba dengan status politiking UMNO-BN)

2. Nasi Ulam (sesuai untuk ahli politik UMNO-BN yang kaki temberang dan berkonsep YES BOSS, salah pun YES BOSS!)


Menu Rakyat 1Malaysia:

1. Subsidi-subsidi, bantuan-bantuan. Sudah habis berbilion ringgit. Namun kesan ekonomi masih keharuan.

2. Janji dan lawatan kepada janji manis PRU. Sejak PRU-10 pun masih ada yang belum terlunas. Ramai terlupa bahawa banyak projek tertangguh sedang dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan ialah janji PRU-10. Dalam PRU-10 antara menu rakyat yang dighaibkan ialah bantuan pengurusan persatuan belia yang konsisten selama 12 bulan sebanyak RM3,000 sebulan. Bantuan kepada NGO dan NPO bersifat tidak politik diberikan geran tahunan RM 10,000 secara one-off. Bantuan kepada isirumah miskin tegar dan merempat di bandar dan desa, sebanyak RM 20,000 one-off dan disediakan rumah kos rendah, dan diberikan peluang kerjaya kali pertama atas dorongan kerajaan.

Ramai rakyat tidak cerna handsard Dewan Rakyat, sebab itu, ramai alpa bahawa begitu banyak projek Kerajaan yang gagal dan berjaya. Yang gagal wajar dikaji dan diteruskan, namun dek kerana Ahli Parlimen bukan winnable candidate dan tidak mahir berbahas di Parlimen, maka, ke lautlah program-program mulia Kerajaan Barisan Nasional.

Kini PDRM sudah memerlukan seorang YB Menteri penuh yang khusus. Jabatan Ikatan Relawan (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu kuasa kerja lebih besar dan peruntukan lebih besar. PDRM perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset. Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset.

Institusi pengkaderan nasional iaitu Biro Tatanegara dan Institut Integriti Malaysia amat WAJIB diberi peruntukan yang lebih besar, ditambah pelbagai kemudahan dan aset. KP BTN dan Presiden IIM perlu buat tindakan lebih jauh dalam soal ini. Sudah tidak boleh berdiam diri dan melihat berapa peruntukan yang diluluskan sahaja. BTN dan IIM perlu minta peruntukan besar untuk menjarah kaedah pengkaderan nasional. Semua rakyat perlu faham makna 1 Malaysia, makna Perlembagaan Persekutuan, makna Integriti.

Inilah kultus dan nukleus terbaik Perdana Menteri dalam Menu 1 Malaysia.

Rahsia dari Kedah...

Perhimpunan Pas+PkR+DAP di Stadium Alor Setar, Kedah merupakan bai'ah Pilihanraya Ke-13 Kumpulan Komplot Haram. Dalam kesibukan media meneropong percaturan politik Pas+PkR+DAP, beberapa maklumat rahsia diperoleh daripada Bahagian Perang Saraf Pas iaitu:

1. Pas sudah hilang kepercayaan mutlak kepada Anwar Ibrahim. Pas akan menobatkan Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am selepas kematian Nik Aziz. Pas akan bersatu kembali dengan UMNO selepas proses aman dan berkabung selama 3 bulan. Pas menolak DAP secara mutlak.

2. PkR begitu terjal dan berpaksi teguh dengan fahaman Freemasonary. Bai'ah ini dibahas secara panjang lebar oleh erdogan Pas dan erdogan PkR dalam Sidang Meja Bulat tertutup di Rumah YAB Menteri Besar Kedah. PkR membawa fahaman Fremason kerana sumbangan CIA melalui Future Foundation berpangkalan di Doha sebanyak USD25 billion untuk urusan PRU-13 dan gerakan orientalisme Freemasonary.

3. PkR Selangor akan kekal rentak "ballroom" mereka sehingga berjaya mempengaruhi DYMM Sultan Selangor. Inilah sebabnya PkR cuak dengan Dr. Hassan Ali kerana Hassan Ali ialah seorang kader terlatih di zaman Dr. Mahathir dalam menghidu dan mengesan kemasukan Freemasonary di Malaysia.

4. DAP tiada tempat dalam politik Malaysia. Karpal Singh anak beranak dan Lim Kit Siang anak beranak akan terkubur legasi mereka apabila kedua-dua manusia ini MATI. DAP masih degil untuk menerus Agenda Deklarasi Setapak 1967 disebabkan kegagalan perarakan 1965 di Masjid Gelam, Singapura dan kegagalan membina Mercu atau Tugu Komunis di 32 Kubur Swasta Cina di Malaysia. DAP sedang mengurus kemasukan duit pilihanraya sebanyak RM 200 juta dari Singapura melalui perhubungan PAP (Bahagian Risikan Politik Asean).

5. Pasukan Kerja Risikan Politik DAP di Kajang yang berpayung di Kolej ERA (yang masih kebal di sana) sedang menilai perkiraan keadaan menang mereka di semua lokasi sedia ada dan lokasi baru. Negeri yang diidamkan ialah Negeri Sembilan dan Melaka. DAP sedang menyumbang kepada kewujudan 2,000 buah kuil dan tokong di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan RM1 juta setiap satu.

Banyak lagi rahsia akan terbongkar.

Apa kes SETPOL Najib nih?


Apa masalah SETPOL Najib aka abang Saifudin Nasution Ismail ahlul PGayR ni? Pakai baju logo 1Malaysia terbalik sebagai tanda sabotaj atau protes kepada bos sendiri? Orang JPM ni semua buta ka apa buat-buat tak nampak kesilapan yang seolah disengajakan ni? Akhir-akhir ini banyak maklumat sulit Najib suami isteri boleh terlepas kepada pembangkang dengan mudah. Apa cer? Selanjutnya sini.

Monday, January 16, 2012

Teks Ucapan Penuh Nik Aziz yang tak keluar di Harakah

Bersihkan Malaysia

Pada 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010 yang lalu saya telah merakam suatu pengharapan bersempena dua tahun usia Pakatan Rakyat yang terbina dan mencorakkan politik Malaysia pasca PRU-12.

Mengingati semula apa yang saya tegaskan dalam rakaman pengharapan tersebut, saya ulangi: "Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. (Sebab itulah selama 3 tahun ini DAP telah faham Islam walaupun masih menolak Hudud dan Karpal tetap mahu mayatnya dilangkah jika Pas mahu menubuhkan negara Islam). Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam. (Adalah lebih baik Pas menjadi kuda dalam Pakatan sepertimana kata Hadi, berbanding UMNO yang hanya menjadi Joki dalam BN. Lagipun jadi kuda perjuangan kalau menang hanya dapat hadiah dedak dan rumput saja, berbanding Joki yang dapat hadiah lumayan)."

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. (Hanya DAP saja yang layak menjadi rakan Pas kerana DAP telah bersetuju untuk tidak bersetuju melaksanakan Hudud dan negara Islam. Yang penting rakyat telah dikelirukan).

Pilihan Raya Harmoni

Saya kekal dengan keyakinan bahawa kerjasama politik Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Meskipun di sebalik proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. (Walaupun Pas dapat memerintah Kelantan dan Kedah, tak termasuk memerintah Selangor dan Penang melalui Pakatan, serta memenangi beberapa siri PRK, proses pilihanraya sekarang tetap kita anggap tidak adil).

Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya. (Hanya keikhlasan DAP saja yang tidak perlu Pas ragui walaupun DAP terang-terangan menolak Hudud dan penubuhan negara Islam serta menjadikan Pas tidak lebih sebagai kuda tunggangan di Penang dan Selangor).

Ia tidak lebih daripada taktik mengalih perhatian umum supaya rakyat tidak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya dengan proses pilihan raya yang diamalkan selama ini. Apa yang jelas, ia suatu taktik supaya rakyat melupai lapan perkara tuntutan Bersih 2.0! (Cuma rakyat tidak mungkin lupa demonstrator Bersih terdiri ramai dikalangan Melayu, berbanding penyertaan kaum Cina dan India yang sangat sedikit, hanya melibatkan pihak pemimpin kaum itu saja. Biarlah Melayu saja yang menjadi demonstrator Bersih kerana Melayu ini mudah diperkudakan).

Maka, sukacita saya rakamkan balik apa yang pernah saya nyatakan sebelum ini iaitu, "Tidak ada maknanya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya, malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan rakyat. Pilihan raya bersih hanya akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undang-undang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor. (Walaupun Pas sudah memerintah Kelantan hampir 22 tahun, dan pernah menang di Terengganu serta Perak, kini di Kedah, termasuk Penang dan Selangor, saya tetap menegaskan bahawa sistem pilihanraya negara kita tetap kotor. Jadi selama kita memerintah negeri-negeri ini, kita tanpa sedar sebenarnya memerintah dalam sistem yang kotor. Tapi buat apa kita peduli itu semua kerana yang penting bila kita menang SPR Adil, jika kita kalah SPR Tak Adil; dan kita tak perlu bubar DUN walaupun SPR tak adil)."

Bersih 3.0
Atas prinsip dan pemahamaan tersebut, saya berpendapat sikap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib sekarang ini perlu terus diasak dan dipastikan agar penambahbaikan proses pilihan raya dibuat dalam pilihan raya ke-13 nanti. Ayuh, kita bangkit menggerakkan Bersih 3.0 demi memenuhi pilihan raya yang adil, telus dan bersih. (Kita kena teruskan Bersih walaupun rakyat sudah mula nampak pembohongan kita selama ini. Walaupun sistem pilihanraya Malaysia diakui sebagai salah satu sistem pilihanraya terbaik di dunia hingga menjadi rujukan beberapa negara Afrika, Asia serta negara-negara Dunia ke-3 yang turut mengaplikasikan sistem yang sama di negara mereka, tetapi kita tetap kena teruskan Bersih sebelum rakyat sedar Pakatan dah memperbodohkan mereka selama ini).

Bagi PAS, sampai masanya semua bahagian parti dapat menggarap dan meningkatkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. Kesempatan konvensyen ke-3 ini harus dimanfaatkan semoga hasilnya nanti, agenda Bersih 3.0 akan berjaya. (Adalah lebih penting Bersih ini dapat kita jayakan walaupun rakyat Kelantan terpaksa guna air kotor berwarna oren dan berbau hapak selama Pas memerintah Kelantan. Air Bersih tak penting, tapi Bersih 3.0 lebih penting).

Ia suatu kerjasama yang pasti memartabatkan lagi Pakatan Rakyat selepas 901– keadilan untuk Datuk Seri Anwar. Harapnya ia selari dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya, "Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya." [Surah as-Syura, ayat 41-42]

Semoga kerjasama politik Pakatan Rakyat ini benar-benar memenuhi prinsip tahaluf-siasi dan merupakan kebajikan yang mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Kejayaan Pakatan Rakyat, tertegaknya keadilan di puncak Putrajaya. (Walaupun dulu Pas pernah cakap akan lelong Putrajaya pada 1999, tapi apa ada hal, yang penting kami jadi kuda yang masyuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkk!!!)

Luahan hati (dalam kurungan) Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang tidak terucap di bibir,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,
20 Safar 1433 bersamaan 14 Januari 2012,
Alor Setar, Kedah Darulaman.

Sunday, January 15, 2012

Oh Samy...

Berikut antara ayat-ayat 'terkenal' Samy Vellu dalam dunia politik negara:-

Ketika mengulas mengenai kecekapan perkhidmatan Pos Laju, Samy Vellu berkata:

"Besoh kirim, hari ini juga sampai."


Dalam slot berita TV apabila Samy Vellu cuba untuk meluahkan perasaannya malunya:

"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar."


Kenyataan Samy Vellu dalam salah satu ceramah pilihanraya:

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini."

Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?"

Samy Vellu kemudiannya dengan megah menjawab, "Kalo takde sungai, kita bina sungai."


Samy Vellu mengulas mengenai kenaikan harga tol:

"Tol naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini tol saya punyer bapak punya kah?"


Komen Samy Vellu ketika krisis air:

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


Komen Samy Velly berkenaan masalah sosial:

"Worang-worang muda sekarang banyak suka hisap dade."


Kenyataan Samy Vellu ketika program derma darah di Sungai Siput:

"Marilah kita semua menderma dare."


Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis yang Samy Vellu hadiri:

"Selamat datang saudara-mara semua." (Ia sepatutnya "saudara-saudari").


Ketika isu Al-Arqam hangat diperkatakan, Samy Vellu tetap mahu mengulas dalam satu sidang akhbar:

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam."


Dalam satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru, Samy Vellu berkata:

"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain."


"Kita akan bina roket pigi matahari", kata Samy Vellu. Salah seorang wartawan menyoal, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy membidas, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam."


Ketika Samy Vellu mengulas berkenaan kebocoran di bangunan Parlimen:

"Itu atap bocor sebab ada banyak sampah! Awak ingat saya kasi bawa naik itu sampahkah?”


Ketika menyambut kembalinya angkasawan balik ke bumi, Samy Vellu mengulas;

"Kita bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meningal dunia 10 hari telah selamat ke bumi."

Saturday, January 14, 2012

Aspan & Ariff

Sudah Terang Lagi Bersuluh. Sakmongkol AK47 iaitu Ariff Sabri bekas ADUN Pulau Manis, Pekan yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO PEKAN dan Aspan Alias ialah Ahli DAP pada 8 Januari 2012.

Adakah ini dipanggil petualang Melayu?!...ahli UMNO yang bercerai susu dan bersenggama dengan DAP? Apakah mereka orang UMNO? Satu analisis seterusnya...

DAP dalam Doktrin berpaksi Deklarasi Setapak 1967 nampaknya makin TIDAK MALU untuk memukat dan menjerat ahli UMNO yang daif ilmu, miskin wang dan genting sosial untuk terlibat dalam polemik indoktrinasi Komunisme.

Terlalu banyak dalil aqli yang boleh dibahas berkenaan DAP di Malaysia. Namun orang Melayu sudah makin dhoif ilham alami dan amalinya dek kerana pujukan kemiskinan dan kekufuran nikmat-nikmat yang sedang Allah duga kepada sekalian ramai anak Melayu.

Sumber daripada seorang sarjana tersohor, diberitakan bahawa kini sedang menjalar dan bergentayangan GERAKAN AHLI SARJANA DAN VETERAN POLITIK MELAYU YANG KECEWA sedang meresapi kamar Universiti dan ahli kesarjanaan, untuk merobohkan Tamadun Melayu Islam yang sedang dibaja dan disiram oleh UMNO.

Orang UMNO masih tidak bangkit daripada lena yang indah. Ada juga orang UMNO memusuhi para sarjana yang membina pemikiran bangsa melalui falsafah asal UMNO yang dikayai oleh ilmu Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad.

Apalagi lebih ramai orang Melayu dalam DAP, PkR dan Pas yang memusuhi para sarjana yang sama kerana takutkan doktrin Komunis, Freemason dan Syiah yang tidak boleh didewa oleh rakyat Malaysia.

Pak Sedaro kesal dengan sikap kufur nikmat umat Melayu. Pak Sedaro tawaduk dan terus bertawassul mohon Al-Malik memberi petunjuk kepada pemimpin dan orang UMNO serta para sarjana yang masih sayang negara ini seperti yang diwasilahkan oleh Al-Marhum Imam Abdul Hamid Al-Ghazali dalam Pokok Ketatanegaraan Al-Ghazali.

Please Anwar

Quoted from Another Brick in the Wall blog

One foreign correspondent was focusing his story on Anwar’s reaction when the judge dispensed his judgement of Anwar’s sodomy case. He saw Anwar to be completely surprised by the acquittal.

The acquittal was a surprise to the Gerakan Bebaskan Anwar 901 that they may have forgotten of the three bombs set to explode when the crowd is supposed to be in the midst of frenzy protesting to an expected guilty judgement.

Both sides were surprised with the judgment.
.
Well, even Anwar Ibrahim said that he was acquitted because the government is pressured by the United States. What he has to do with US? Will he be a puppet Prime Minister if the Pakatan Rakyat wins? Anwar will definitely follow whatever Washington wants if PR won. The question is, will PR win? Dato Sri Najib really cares about the rakyat and the latest is the introduction of Sara 1Malaysia after PR1MA, BR1M and many more. Kudos to Dato Sri Najib.

Friday, January 13, 2012

PKR PECAH REKOD: Jumlah hadirin teramai di N9

Semalam telah berlangsungnya Ceramah Umum PkR di Pusat Khidmat DUN Sikamat, Seremban. Nampaknya orang Sikamat telah berpusu-pusu hadir untuk mendengar kelentong Rafizi dan Sam Ketot. Saksikanlah jumlah yang hadir di ceramah malam tadi;




Ramaikan yang hadir? Itu belum lagi chegu Bardigol join sekali tu. Kalau Bardigol yang bagi ceramah semalam, mesti boleh tambah lagi crowd 2-3 orang. Heh! A picture is worth a thousand words.

Selanjutnya sini.

Bila Nik Aziz mula meraban...

Den nak komen sikit je pasal statement Pok Nik dalam Sinar Harian. Kata Pok Nik;

"Dia orang UMNO, Pas parti lain. Tidak usah campur hal orang lain. Sebab kalau kita campur hal orang nanti orang akan turut campur hal kita." Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu supaya Majlis Syura Pas yang diketuai Nik Aziz turut memecat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana membelakangi parti itu seperti yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Md Alwi dilaporkan berkata, Abdul Hadi datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

*********

Jadi yang selama ni Pas & Pakatan Haram dok campur hal UMNO tu bulih pulak? Suruh Najib letak jawatan la, suruh Rosmah diam la (bab Rosmah ni Paneh Miang pun cakap... hehehe), suruh Shahrizat letak jawatan la, haram la, kafir la, tak masuk syurga la, itu la...ini la...bla..bla..bla! Kau masuk campur hal orang lain bulih, orang masuk campur hal kau tak bulih. Apa kes? Bila kena batang hidung sendiri tau pulak meloncat. Kalau tak nak orang lain ambil tau hal kau, jangan masuk politik. Baik dok ontok-ontok kat rumah ulit bini.

Kata Pok Nik lagi;

"Jumpa dengan sesiapa sekalipun Islam sentiasa memberi peluang. Lebih-lebih lagi dengan orang bukan Islam, apatah lagi orang Pas jumpa Umno. Dengan cara ini kita beri peluang kepada orang itu mengenali Islam."

Cuba baca betul-betul statement Pok Nik yang den bold kan tu. Sekarang Pok Nik sudah iktiraf orang UMNO sebagai Islam pulak ke? Apa dah jadi dengan statement-statement ahlul Pas yang selama ni seolah mengkafirkan UMNO? Apa kes? Sekarang sudah terbalik pulak! Adakah dulu Islam UMNO lain...sekarang dah lain pulak, atau Islamnya UMNO itu semata-mata atas tafsiran Pok Nik mengikut peredaran masa & peristiwa? Atau sejak dulu UMNO memang dah Islam, dan Pas pulak jadi tak Islam sebab DAP suruh Pas bersetuju untuk tidak bersetuju menubuhkan negara Islam dan jangan laksanakan Hudud? Hah...kan dah poning!

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Sahlah masa telah menentukan bahawa Mursyidul HamPas lu dah nyanyuk la brader!

Thursday, January 12, 2012

Beza 4B Terengganu banding 4B N9

Jauh di Pantai Timur, Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu telah bermesyuarat agung di Kemaman. Difahamkan Kemaman mendapat pujian sebagai penganjur yang terbaik dalam sirkit penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan 4B Terengganu. Kemaman juga dikobarkan telah berjaya menyampaikan Ucapan Tuan Rumah paling baik dalam sejarah 4B Negeri Terengganu. Syabas Tuan Rumah Kemaman.

Dalam skrip 4B Kemaman, difahamkan YAB Menteri Besar merangkap ADUN Kijal terpanggil untuk menyahut seruan BERGERAK dengan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan bantu 4B Terengganu ke atas beberapa perkara:

1. Kemaman minta 100 ekar tanah dihadiah kepada semua kawasan parlimen 4B, Kerajaan Negeri bersetuju untuk hadiahkan 10 ekar tanah kepada semua kawasan parlimen 4B. Ini merupakan ganjaran sosio ekonomi yang baik kepada 4B Terengganu.

2. Kemaman minta YAB Menteri Besar mengadakan Draf Rancangan Pengkayaan Belia Negeri Terengganu, kesannya, Kemaman melalui 4B diberi mandat 60 hari untuk merealisasikan Draf Impian Belia Terengganu berkenaan. Difahamkan juga Kemaman terdorong untuk bersahabat dengan pasukan pemikir Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2. Baguslah gitu, Terengganu kite.

Inilah kuasa politiking 4B sebagai pertubuhan belia Melayu terbesar. Inilah natijah Akta 668 agar belia dirasai hormat dan pimpin. Apakah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan juga memiliki wadah, wasilah dan wahana yang serupa dengan pendekatan wasatiyyah yang terpelihara? Tahniah dan syabas 4B Terengganu.

Alangkah moleknya jika Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan juga berpandangan jauh seperti 4B Terengganu. Mano Setiausaha Agung 4B Negeri Sembilan?! Mano ghaib Pengerusi 4B Negeri Sembilan?!

Wednesday, January 11, 2012

Analisis Prestasi BN Negeri Sembilan

Hari ini, 10 Januari 2012 genaplah 1,000 hari analisis politik rakyat khusus kepada wakil rakyat UMNO-BN dalam Negeri Sembilan. YAB Mohamad Hasan perlu ambil iktibar dan fahami sebenarnya, apakah kepincangan barisan kabinet Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN serta MP Negeri Sembilan:

Setiap kawasan Parlimen, Paneh Miang telah menemubual 7,000 orang pengundi. Daripadanya 80% Melayu, 20% Kaum-Kaum Lain. Kolerasi jawapan, sungutan, kebencian, amaran begitu konsisten kepada mereka. Kolerasi syukur, terima kasih dan terhutang budi kepada Kerajaan BN Negeri Sembilan juga begitu ketara. Namun demikian, dek belaian kasih sayang yang lebih bijak diamalkan oleh DAP dan PAS di NSDK, maka beberapa kegelinciran politiking rakyat makin memuncak dan genting.

Antara isu-isu teras yang MESTI diambil tindakan oleh YAB MB ialah:

1. Memberi amaran dan teguran secara lebih keras kepada YB-YB UMNO yang pemalas, kaki gossip, kaki golf tak tentu hala, kaki kelab malam, kaki dangdut, kaki betina, kaki rayau tak ketahuan, kaki kelentong, kaki pembongak, kaki tak basuh dan kaki tak solat.

2. Andai sudah diberikan tindakan dan didapati tiada perubahan, maka rakyat di kariah pula yang akan ambil tindakan dalam PRU-13. Oleh yang demikian, jika Mohamad Hassan mahukan BN menang besar, dan jika masih BEBAL ADUN-ADUN ini, maka rakyat mahukan mereka agar tidak lagi dicalonkan dan disingkir langsung daripada UMNO. Bagi rakyat, UMNO ialah untuk mereka yang taat kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.

3. Melaksana program rakyat yang bersifat "think youth, by youth, for youth". Dalam saringan umur kajian, didapati para pengundi berumur 21 hingga 45 tahun masih tidak bersetuju dengan banyak usaha kecil BN NSDK. Mereka sentiasa merungut kepada Majlis Belia Daerah masing-masing. MBD akan taichi kepada MBN. Akhirnya tiada yang beres. Ada Majlis Perundingan Belia Daerah, wujud Majlis Perundingan Belia Negeri, dikobarkan bahas macam-macam, tapi dipulangkan ke laut lepas. Ini bukan amalan mulia Strategi Laut Biru. Ini ialah escapism politiking politician. YAB MB kono ambil tindakan SEGERA bab ini.

4. Ramai Pak Pandir dan Mak Andeh dalam MBD dan MBN. Apakah implikasinya kepada 1.67 juta warga muda berumur 15 hingga 40 tahun di Negeri Sembilan? YAB MB ambil tindakan dan fikir. Jangan suruh Sekretariat Belia YNS fikir, tak jauh langsung susulan fikrah mereka. Baik suruh Parman buat Karnival Budaya Asli Belia lebih afdhal, kerana itu bidang kepakaran dia.

5. Rakyat di Parlimen kritikal seperti Kuala Pilah misalnya, masih merungut berkenaan sikap daif Abdul Samad Ibrahim. BN Parlimen Kuala Pilah merupakan BN pertama dalam NSDK yang melaksanakan Agenda Transformasi Laut Biru di Kundasang. Tahniah Ahli Parlimen Hassan Malek atas usaha tersebut, tapi ADUN yang lain tak mahu sambut natijah yang baik ini. Bagaimana pula Kawasan Parlimen lain? Rembau? Jempol? Jelebu? Port Dickson? Rasah? Seremban? Tampin? Maksud BN ini ialah imarah bersama UMNO + MCA + MIC + PPP + GERAKAN + NGO Pro BN di Negeri Sembilan. Barulah ada ummph!

6. Rakyat melihat YAB MB tidak serius dalam urusan Pembangunan dan Pengkayaan Latihan Modal Insan. Diari politik DUN Rantau semata-mata tidak memberi ganjaran 2/3 majoriti BN dalam PRU-13. Jika payah sangat, dicadang posan Baharuddin Jali, setting Gerak Saraf Pemikir Anak Muda NSDK. Jangan tunggu lama-lama, lingkup karang.

Batu Nesan RPBNS 2

Apakah benar judul Batu Nesan RPBNS 2 menjadi Agenda Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru?

Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2 difahamkan sudah dimulai pada 2011, namun, dek kerana Little Napoleon yang bermaharajalela dalam Negeri Sembilan, maka 2012 pun masih menjadi kesengsaraan fizikal.

Mad Hassan sudah gesa Samad Ibrahim, masih tak keruan lagi RPBSNS 2. Dikobarkan Konvensyen Transformasi Belia beberapa hari lalu membentangkan segala polemik yang dijangka berulang dan tidak mampu digalas oleh Pasukan MBNNS baru.

Difahamkan daripada perisikan bahawa Salwati, Pegawai Khas Ahmad Shabery Cheek menang bergaya dalam pertarungan kampung MBNNS. Maka Ahmad Shabery Cheek akan mengotakan janjinya mungkin kepada Salwati untuk menentukan aturan seterusnya diurus dengan lancar. Mampukah kupasan raksasa RPBNS 2 difahami secara verbatim, bertalaqi dan bersanad oleh Naqib-Naqib MBNNS 2012-2014 kali ini.

Paneh Miang seperti lazimnya merakam Tahniah di atas Kemenangan Tunggal Pasukan Wan Salwati binti Abdullah.

Terlalu banyak "champua" yang merayau dan merayap pada malam 7 Januari 2012, hinggakan perwakilan mentah dan pendek akal tercicir dalam mauduk fikir yang muktabar. Sukalah PM cadangkan agar Salwati buat beberapa perkara penting:

1. Buat Sembah Hamba Rakyat melalui Perutusan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz daripada MBNNS team baru, dan adakan Acara Sembah Mengadap Khas Pasukan Salwati kepada DYMM Tuanku Muhriz.

2. Buat Kunjung Hormat kepada YAB MB dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Buat Sembah Ke Bawah Kaus kepada ke semua 4 Kuasa Undang Luak di NSDK.

4. Kemas semula segala titik benyek yang ternyata begitu leweh dan beweh dalam MBNNS.

Ingatlah Salwati bidalan usang Melayu "Pelanduk Pasti Lupa Akan Jerat, namun Jerat Tidak Pernah Lupa Akan Pelanduk". Nilaian kepemimpinan ialah pada Ilmu, Karisma dan Akal Budinya, bukan pada Dendam dan Api Sengketa.

Tuesday, January 10, 2012

PKR Kerajaan SAMPAH

Negeri Selangor Darul Ehsan sedang mengalami kebejatan sosial paling buruk dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Negerinya. Daripada risikan Istana Alam Shah, DYMM Sultan Selangor amat sugul dan murka dengan teknik pemerintahan eksekutif Khalid Gagap yang ternyata menyeleweng daripada Bai'ah atau Sumpah Taat Setia Kuasa Menteri Besar yang dilafazkan olehnya.

Hari ini sudah terang lagi bersuluh, kerajaan PKR ialah Kerajaan Sampah dek kerana 25 metrik tan sampah sisa pepejal di rumah-rumah tidak dikutip oleh Kontraktor Pembersihan Sisa Pepejal. Hingga 14 Januari 2012, jika tiada urusan KESEGERAAN atas kontraktor sampah yang ditamatkan kontrak mereka, maka akan berlonggoklah 100 metrik tan sampah di depan rumah dan istana rakyat masing-masing.

Inilah Kerajaan Negeri paling bijak yang dipilih oleh warga Selangor. Tahniah pengundi Selangor. Alam Flora ambil langkah proaktif apabila dibatalkan hak pengurusan pembersihan dan angkutan sisa pepejal di Selangor. Namun, apakah semua Majlis Kerajaan Tempatan sedar bahawa amalan mereka tidak berunding dengan kontraktor semasa sisa pepejal akan memudaratkan iklim dan suhu sosial rakyat?

Sampah di Selangor begitu kritikal. Semalam nampak Johan Aziz terkial-kial memberi payung terjun keselamatan kepada kontraktor sisa pepejal disebabkan sampah di rumah Johan Aziz juga tak dipungut ikut rutin. Majlis Perbandaran Kajang sedang berperang dalam kamar yang direkayasa oleh Komunis dan Freemasonary melalui kepimpinan PKR Kerajaan Sampah.

Kepada anak Selangor khususnya warga Hulu Langat, kalian yang beriya-iya menyokong PKR dan PAS serta DAP, maka terimalah kesannya. Esok dikhabarkan tiada lagi subsidi air 20m cubic, malah Cukai Pintu Majlis Kerajaan Tempatan akan dinaikkan sebab nak bagi makan besar kepada Vendor baru MPKj dan Anwar yang BEBAS. Tiada lagi Penasihat Ekonomi Selangor berelaun RM1. Penasihat Ekonomi Kerajaan PKR Selangor pada 2012 kini berganjaran RM1 juta sebulan supaya boleh bersaing dengan Gaji dan Upah Pengarah Urusan PKNS sebanyak RM 1.4 juta setahun.

Tiba-tiba semuanya jadi tak relevan...



Selepas Bro Anwar Bin Ibrahim dilepaskan, mana suara menuduh mahkamah kangaroo? Mana suara kononnya ini konspirasi politik BN? Mana suara mahkamah kononnya diperkuda UMNO? Heh...tiba-tiba segala lakonan simpati ini jadi tak relevan. Jangan ada mangsa terbaru pulak lepas ni dah ler...

Monday, January 9, 2012

Bila Anwar ketawa Kak Wan menangis...


Ismail Kamus pernah berkata;

"Melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah."

Faham tak apa maksudnya? Faham? Samar-samar? Atau nak kaji dulu? Hmmm...

Pasukan Pendakwaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun tak cukup cemerlang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah melakukan tugasnya. Mungkin akan ada hakim lain pula selepas ini yang akan melakukan tugas yang sama, mendepani kes yang sama, melayan karenah penangguhan yang sama, di platform yang berbeza. Itupun jika Peguam Negara mahu teruskan. Dan pasti bicaranya akan memakan masa yang panjang lagi...dan kali ini mungkin cecah 5 tahun!

Atau mungkin selepas ini tiada lagi kedengaran kononnya MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK ADIL? atau SISTEM KEADILAN MALAYSIA TEMPANG? Heh...MUNGKIN TIDAK...

Apapun tahniahlah kepada Kak Wan & keluarga, kaum kerabat serta pencinta Bapak Anwar Bin Ibrahim. The damage has been done. Mungkin akan ada lagi 'bukti' cctv di kondominum atau hotel terbaru yang akan berleluasa di alam maya selepas ini?! Manalah tau...kan...kan...kan! Hehehe...

Anwar BEBAS

Anwar Ibrahim BEBAS dalam Penjara Penjajahan Freemasonary. Inilah yang ditunjukkan oleh 25 ribu orang penyokong MEMBABI BUTA, Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim BEBAS dalam kultus keseronokan yang ditaja oleh CIA America. Anwar begitu ghairah tanpa segan silu mendukung fahaman pluralisme dan liberalisme, hatta, 7 orang pengikut PKR dapat menyelinap masuk dalam Program Pemimpin Belia Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Blog Free Malaysia Today dengan bangga melapor yang dipetik langsung daripada Pendukung Kanan PKR NSDK, bahawa JBS melaksana program pengkaderan BN.

Apakah Kerajaan Persekutuan perlu tunduk kepada PKR, DAP dan PAS? Kewujudan Unit Penyelidikan Belia di Kementerian Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1971 selepas peristiwa 13 Mei 1969, menjawab segalanya. Hanya anak Melayu dungu dan bahalol sahaja tidak mengerti tentang dunia Melayu Merdeka yang sedang dihirup nikmat Aman dan Damainya.

Manusia seperti Anwar Ibrahim langsung lupa dan dilupakan oleh Khaliq akan makna Nikmat Aman dan Damai, manusia yang bersenggama dalam PKR secara nyata diluput akan ingatan peristiwa 13 Mei 1969 khususnya, hingga Nikmat Peringatan Komunis menjadi Adab dan Adat mereka, inilah mercu kecintaan yang dikongsi bersama DAP. Sebab itulah, DAP menjadi rakan kongsi politik Freemasonary dan Komunis yang taat setia kepada PKR.

Alhamdulillah, PAS nampak sudah kendur dalam kemelut dan polemik yang dicipta dan dikaya reka oleh erdogan-erdogan mereka. Pasukan Syiah ortodok dalam PAS mula insaf dan taubat nampaknya. Kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperdaya dan dikeldai oleh PAS sudah sedar, bahawa, PAS bukan resmi Ahli Sunni. Berantakan buang serta-merta Hassan Ali ialah pilihan indoktrinasi PAS kepada mereka yang bukan PAS asal. Begitu ramai orang UMNO dalam PAS. Begitu ramai orang UMNO dalam PKR.

Orang UMNO bermakna, mereka taat setia kepada Bangsa, Agama dan Tanahair ini. Bangsa Melayu, Agama Islam dan Bumi Melayu. Orang UMNO bermakna, mereka yang SEDAR TERUS SEDAR bahawa kerja buat dan air tangan Melayu Islam ialah untuk rakyat Raja dan Kaum-kaum Lain. Melayu Islam di Bumi Melayu ini ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Melayu Islam di Bumi Melayu sedar bahawa Melayu dari segi bahasanya, bangsanya, lingusitik dan budayanya ialah subset juzuk-juzuk daripada Keturunan Arabiyah Yang Terpelihara.

Ayuh JOM kita kubur langsung talkinkan segala Indoktrinasi, Ideologi dan Idealisme Komunis, Freemasonary dan Syiah yang melata dan merezapi anggota tubuh Ummah.

Moga Allah Ampunkan Kalian.

Sunday, January 8, 2012

Breaking News!

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Stadium Kelab Sultan Sulaiman hari ini dibanjiri dengan ratusan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendengar sendiri penjelasan beliau mengenai Kes Liwat II yang berhadapan dengan beliau.

Anwar dijangka akan memberi ucapan beliau pada malam ini dan khabar angin bertiup kencang mendakwa Ketua Umum PKR itu akan mengangkat Sumpah menafikan dakwaan beliau terlibat di dalam Kes Liwat II yang turut membabitkan mangsa Saiful Bukhari.

Sebelum itu, beberapa penyokong beliau telahpun berkumpul di rumahnya menyertai Solat Hajat agar keputusan yang bakal diumumkan di Mahkamah esok memihak kepada beliau.

Quoted from KL Pos.

Kah Mah membesarkan payudara

BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara...

Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50 dari Kota Bharu Kelantan, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

"Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah."

"Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan." - HMetro

901 Hulu Langat

Dulu ada burger 901, mungkin masih wujud lagi stall kartnya. Hari ini di setiap simpang tiga dan hujung jalan yang dipercayai ramai manusia akan berhimpun atau berhenti sejenak dek kerana lampu isyarat akan terpampang Banner 901 Anwar bertajuk "Selamatkan Anwar"!

UMNO Hulu Langat hingga hari ini langsung tidak buat sebarang pendekatan secara saraf. Tiada aktiviti mematahkan hujah bahas Anwar, juga tiada proses mengurus kempen-kempen atau ceramah-ceramah UMNO-BN di DUN Kajang, Dusun Tua dan Semenyih.

Hulu Langat dilihat lemah walaupun difahamkan ada 92 orang penceramah UMNO yang di kursus di Pulau Pangkor. Apakah Ketua Penerangan UMNO Hulu Langat lemah? Apakah Ketua UMNO Bahagian, Johan Aziz sibuk cari duit PRU-13 atau Johan bukan seorang winnable candidate? Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Markiman Kobiran pun tiada gerakan?

901 di Mahkamah Jalan Duta tidak bermula daripada kamar mahkamah. 901 telah berlangsung secara kesian oleh pendukung dan penyemak Anwar Penjara dari rumah-rumah di seluruh Daerah dalam Selangor.

PRU13 Hulu Langat jadi kawasan PAS lah jawabnya.

Saturday, January 7, 2012

Paneh Miang Bersama MBNNS

Paneh Miang tersengat melihat kemiskinan idea dan akses dalam skrip pemilihan dan pertandingan Jawatankuasa Kerja MBNNS penggal 41 (2012-2014).

Nampaknya PM melihat gelombang Titan yang berlaku begitu merencam. Mata-mata di Pejabat Putra Perdana sedang meneropong apakah Khairolniezam mampu menang 2/3 majoriti? Atau apakah Wan Salwati mampu merubah persepsi perwakilan?

Paneh Miang sebagai blog arus perdana yang menjadi mata dan telinga serta denyut nadi gerakan-gerakan Min Yuen Gagasan 1 Tanah Melayu, ingin berpesan bahawa RPBNS 2 perlu diangkat oleh pasukan Khairolniezam. Sudah masanya, MBNNS diterima dan diangkat sebagai Aset Pembangunan Belia paling penting dalam lipatan sejarah Gerakan Belia NSDK.

Kepada para perwakilan yang dapat hadir ke Klana Seremban pada 7-8 Januari 2012, PM cadangkan kalian berdiri dan bertegaslah dalam ukuran penilaian saudara-saudari, untuk memastikan pasukan Khairolniezam & Ustaz Ridzuan menang lebih 2/3 majoriti.

Anwar the PM

Dato' Seri Anwar will be announced as the Prime Minister of Malaysia after the 13th General Election. He will take the oath at a special place; Sungai Buloh prison. Ironically, all the Cabinet Meeting will be held at a special room in Sungai Buloh prison every Wednesday. The Deputy Prime Minister will eventually take the role as the caretaker of the government of Pakatan Rakyat.

Datuk Lim Guan Eng, as the DPM and also the Finance Minister will oversee the administration of the nation. The first step is to abolish the privileges given to the Bumiputeras contractors. All government contracts will be given to big companies such as YTL and others.

The government servant will be reduced to half from the present 1.4 million. So, many will be jobless and have to depend to the welfare department. The slogan of 1Malaysia will be replaced by Malaysian Malaysia concept. This concept is based on merit and as a result, 90 percent of scholarships are given to the non Malays as the new government sees the Bumiputeras as a weak race.

Datuk Lim Guan Eng will also replace all the head of GLCs with more prominent tycoons from the private sector such as Francis Yeoh who will take over the place of Datok Seri Wahid Omar in Maybank.

Well, there are many measures that will be taken by the new Pakatan Rakyat government. So, if the Rakyat sees the new government is the best, please vote for Pakatan Rakyat this coming election!

Tiupan Angin Merah MBNNS

Tiup Angin Tiup...Tiup Siapa:

1. Bertiuplah bahawa calon boleh menang dalam Agenda Reform dan Indokrinasi Belia ialah pemanah yang baik dan tepat. Pemanah yang baik datang daripada sekolah latihan belia yang baik. Sekolah ini iktiraf kedudukan mereka sebagai pemanah dan guru kepada pemanah.

2. Bertiuplah api pertarungan, bahawa rekod Kerja Buat dan Kerja Berkepemimpinan nampaknya lebih condong kepada Motivasi Mengatasi Emosi, bukan kepada Transformasi Paradigma.

3. Bukan semua yang hadir sebagai perwakilan MBNNS pada 7 hingga 8 Januari 2012 di kalangan yang faham dan hayati Perlembagaan MBNNS dan Akta 668. Perwakilan yang hadir hanya difahamkan input belia oleh pelobi secara sembrono.

Sedarlah kalian, bahawa walau apa pun bakal terjadi, RPBNS 2 ialah visi paling mulia yang WAJIB diperjuangkan.

Nampaknya Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sedang digegarkan dengan tsunami 8 Januari 2012. Masing-masing mengatur strategi "Siapa Yang Menang". Paling riang dalam skrip ini ialah Sekretariat Belia YNS kerana sikap mereka yang paling pandai hingga hari ini ialah "tunggu dan lihat". Tak meloyo langsung dalam urusan RPBNS 2.

Friday, January 6, 2012

10 dalil kenapa perlu guna AKAL

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Selanjutnya sini.

Blog Archive