MBM sepatutnya akronim sebagai Majlis Belia Malaysia, namun sudah sepurnama Mohamed Maliki dan Mohd Shukor pegang teraju sebagai Presiden MBM dan Timbalan Presiden MBM, permainan belia nampaknya terbit bila malam. Di sesetengah kawasan Parlimen, kalangan warga emas dan generasi selepas Perang Dunia Kedua mengklasifikasi belia sebagai kelompok Malam Boleh Main!
Banyak benda yang boleh berlaku waktu malam. Jika di Shibuya, Tokyo malam lebih happening daripada siang. Di Vegas juga demikian, begitu juga di London dan Paris. Namun di Sintok, malam khusus untuk polong-polong berlari-lari anak. Di Wang Kelian, Wang Tepus, Alor Janggus, Pokok Senik, Felda Sik Timur, Felda Lui Barat [mungkin hidup], Felda Semanchu, Rantau Abang, Telok Cempedak [mungkin hidup], Kudat, Kg. Gana-Kota Marudu [macam kubur Batu 9, Muar], Pulau Sebatik [dok aktif sebab banyak penyeludupan], Pulau Tiga [tempat beromen], Lawas, Lang Le Lang, Kota Bruit, Samarahan, Kg. Kakir di Banjaran Croker, antara banyak lokasi dalam Malaysia yang Pak Sedaro pernah teroka. Apakah senario ini, mencerminkan perjuangan Majlis Belia Malaysia?
Dikhabarkan saudara Irmohizam, anakandanya yang baru berusia 3 bulan mengalami ketumbuhan kecil di otak dan memerlukan bantuan darah jenis O+, moga Allah selamatkan anakanda saudara dan dilimpahkan rahman dan rahim ke atas saudara seisi keluarga yang sedang menghadapi dugaan Allah seawal gerbang perkahwinan.
Banyak lagi, dalam sandiwara belia, Majlis Belia Malaysia WAJIB berperanan:
1. Mengadakan ziarah dan MBM tour ke semua MBD untuk dibentang dan dihujahkan tentang Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 secara tepat dan betul. Akta 668 ini terbit kerana keperluan dan kelompongan Akta 335 [Akta Pertubuhan 1966], dan diwarta dalam Perkara 10 (1) a, b, c dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Suruh Azlan Lasim sebagai EXCO Pendidikan, berkerja dalam bab ini. Tanya Shukor siapa yang berkebolehan untuk tarbiyah seluruh Malaysia soal ini. Berikan ganjaran yang sewajarnya, minta KBS melalui RoY tanggung . RoY kena tanggung sebab jabatan ini tiada kapasiti dan tidak mengupas Akta 668 bersandarkan keperluan Perlembagaan Persekutuan. Dok verbatim baik suruh Burung Kakak Tua.
2. 15 Mei 2011, khabarnya nak longgok 1 juta warga belia di Putrajaya. Mulalah buat promosi gila babi, mula hari ini, 15 Disember 2010. Di samping dapat 1 juta warga belia memenuhi tanah di Putrajaya, dapatkan juga 1 juta pendaftaran pengundi baru dari kalangan mereka. Ini tugas besar semua MBN dan MBD, MBM kena champion misi ini. Nilai 1 undi penting untuk Negara Malaysia. Sebab itu anda kena faham Akta 668 dan Perlembagaan. Jangan dok heboh sokong BN atau bukan BN, tentukan jadi pengundi berdaftar yang sah di bawah daftaran SPR.
3. Ikut serta jadi balaci kepada Jom Heboh ke, Suarasa TV9 ke, Juara Rakyat ke, Program Imarah PAS ke, Program Kipas PKR di Selangor ke, yang penting MBM kena dibentang kepada awam.
4. MBM nampak tidak bertenaga, kerana kurang peruntukan. Maka, sesi Maliki dan Shukor kena buat gelombang MBM antarabangsa. Setiap bulan ada program lawatan usahawan belia, akademia dan sosial ke Negara-negara dunia Maju dan Membangun. Walaupun kos tinggi sekitar RM 500 ribu, dengan kekuatan delegasi 50 orang. Namun ini, berbaloi. Songsonglah bersama Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN anda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Bawa sekali Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri sorang lagi tu. Misi-misi ini penting sebagai pelengkap dan pemangkin kepada banyak industri. Tak kan seorang AR di USM dan Pensyarah UiTM dok di MBM, tak boleh nak pikior. Bengap sangatla demo.
5. Zaidi sebagai Setiausaha Agong boleh buat misi-misi program pengkayaan belia, dengan UNDP, MIMOS, BioTech, World Leisure Congress - Youth Division, UN di Geneva, Sekretariat ASEM, ASEF, ASEAN, Wisma Putra untuk Negara-negara Balkan, OIC-Youth Department, Raleigh International di UK, CYP di London dan Chandigarh, SSEAYP International Malaysia, CAYC, AYC, WAY, IYEO-Japan, Melatih lebih ramai Penolong Setiausaha Agong agar proses kader berjaya di MBM.
6. Sesi kunjung hormat kepada semua Menteri Persekutuan dan DYMM 9 orang Raja-raja Melayu juga penting dilaksana oleh MBM dengan penglibatan Ahli DT. Apa guna ada DT seperti Jais Abdul Karim-GPMS, Akramsyah Sanusi atau Mustafa Mat Aroff - MAYC, Muamar Gadaffi Jamaludin - 4B Malaysia, ABIM, PKPIM, Pandu Puteri, Pengakap, sebagainya?
7. Buatlah program luar kotak seperti "latihan menembak khas untuk MBM dan sukarelawan MBM", maksud MBM termasuk DT dengan Rejimen Askar Wataniah di Mindef atau Pusat RAW di Ipoh. Maknanya selepas itu setiap batang tubuh, dilatih sebagai seorang perajurit sukarela dalam RAW siri 500. Buat program dengan JPAM dalam konteks "bencana alam" dan rescue mission. Jangan dok bangga pergi kawasan bencana dok beri kotak hadiah dan ubat. Bantu buat rawatan kecil dan misi-misi penyelamatan. Pasukan SMART pun boleh diminta bantuan.
Dalam diam, sebenarnya 80% Exco MBM ialah aktivis belia yang terhad keupayaannya. Mereka tidak sanggup mengharung badai dan gelombang yang lebih mencabar. Akhirnya antara mereka sibuk berebut ABN Tokoh, dan kategori yang dipertandingkan. Ada juga heboh jadi Wakil Rakyat seperti Shamsul Anuar Nasarah, MP Lenggong dalam Parlimen berdengkur. Rekod Presiden MBM ini hebat. Hari ini, Timbalan Menteri Hasan Malek, dulu Anwar Ibrahim-Timbalan Perdana Menteri, dulu-Khir Toyo MB Selangor, Suhaimi Ibrahim-dulu ADUN Benta-kini Setiausaha Politik Shahrizat, Saifuddin Abdullah-Timbalan Menteri, boleh dikatakan steady kebanyakannya.
Namun sampai masanya, Majlis Belia Malaysia menafikan bahawa stigma Malam Boleh Main tidak benar kepada institusi ini. Sedarlah bahawa MBM sebuah organisasi jantung dan nadi Negara.