Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, August 30, 2011

Persefahaman Pelengkap Sambutan Idulfitri

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang dirahmati Allah,

Di pagi hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan yang bersungguh-sungguh sehingga membawa kita kepada rasa bertanggungjawab untuk kita mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk "PERSEFAHAMAN PELENGKAP SAMBUTAN IDULFITRI."

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Pada hari ini, dengan kedatangan 1 Syawal adalah saat umat Islam di seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan peringkat umur, bersama-sama melafazkan takbir, tahmid, dan tasbih sebagai tanda mengagungkan kebesaran Allah SWT, tanda kejayaan mendidik nafsu dan menginsafi bulan Ramadhan yang berkat ini telah meninggalkan kita serta tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan merayakan Idulfitri pada hari ini.

Gema takbir dengan memuji Allah SWT ini menggegar jiwa, perasaan, fikiran dan memberi keinsafan kepada kita kerana sambutan Idulfitri yang ditetapkan oleh agama kita dimulai dengan mentauhidkan Allah SWT. Mimbar berharap sambutan di seluruh negara pada hari ini dipenuhi dengan amalan-amalan yang sihat, tidak bercanggah dengan ajaran Islam, tidak menghina Islam dan tidak mencemarkan cahaya Ramadhan yang baru saja berlalu dan Syawal yang mulia yang baru menjelma ini. Idulfitri bererti merayakan kemenangan kerana menundukkan hawa nafsu dan membolehkan kita kembali kepada jati diri sebagai hamba Allah SWT yang bertakwa, hamba Allah SWT yang cintakan hukum Allah, hamba Allah SWT yang cintakan al-Quran, cintakan Rasulullah SAW, cintakan masjid dan cintakan persefahaman.

Kekuatan utama sambutan Idulfitri ialah memulihkan dan mengekalkan persefahaman. Persefahaman bermaksud menjalin hubungan sesama manusia dengan tujuan saling memahami antara satu sama lain dan hormat-menghormati. Umat manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan kriteria dan watak yang berbeza-beza. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas maka setiap daripada kita perlu saling memahami keperluan masing-masing. Menjelang sambutan Idulfitri ini kita dapat melihat berduyun-duyun umat Islam samada melalui jalan darat, laut dan udara menuju kampung halaman masing-masing menemui keluarga dan kaum kerabat untuk bersama menyambut Idulfitri. Seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang, kedudukan, fahaman politik, warna kulit, bangsa, pangkat serta darjat bergerak dengan niat dan semangat yang satu berasaskan kesamaan demi mengukuhkan kesatuan umat Islam. Allah SWT memerintahkan kita untuk bersatu dan berpegang teguh dengan agama Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 103:

Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Apabila Islam muncul Nabi Muhammad SAW telah membawa pendekatan yang unik dalam mewujudkan kesatuan ummah iaitu menyeru umat Islam menguatkan persefahaman. Rasulullah SAW telah menunjukkkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara dengan mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warga negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan. Dalam piagam Madinah, Rasulullah SAW telah mewajibkan ke atas semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah. Antara yang termaktub dalam Piagam tersebut ialah:

Sesiapa yang cenderung atau melakukan perkara-perkara yang menjejaskan perpaduan di kalangan warga Madinah, maka orang itu dikira sebagai mencabul kesejahteraan Madinah. Abu Syufian RA ketika menjadi Duta khas Rasulullah SAW telah mengadap Raja Herculis di Parsi. Herculis bertanya kepada Abu Syufian apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW, Abu Syufian menyatakan, "Sembahlah Allah yang Maha Esa, jangan mensyirikkan Tuhan, Islam adalah agama Tuhan, menyuruh kami melaksanakan solat, bersifat jujur, meninggalkan perbuatan buruk dan menyambung silaturrahim (Muttafaq alaihi)."

Berdasarkan penjelasan Abu Syufian RA kepada pemimpin bukan Islam jelas bahawa amalan persefahaman dan saling hormat menghormati adalah dasar penting yang hakikatnya memain peranan utama dalam menangani isu kemasyarakatan dalam sesebuah negara.

Persoalan besar timbul ialah apakah penyebab utama kepada persefahaman antara kita? Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa sikap kesederhanaan dan keseimbangan merupakan asas bagi mewujudkan persefahaman. Kesederhanaan merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara itu secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama dan dalam masa yang sama agama Islam dapat dimartabatkan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu."

Kesederhanaan atau wasatiyyah yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya memerlukan roh kesederhanaan dan keseimbangan yang jitu bagi memartabatkan Islam sebagai agama di negara ini. Perkara ini tidak mungkin akan dapat di capai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran yang terdapat dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT telah menggariskan satu panduan di dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 59:

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Mimbar ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa janganlah kita melampaui batas dalam apa perkara yang telah dipersetujui bersama. Semangat melampau yang berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara.

Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah, Persefahaman adalah roh kekuatan Islam kerana ia mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ia juga merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat
menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk kita sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan sesebuah masyarakat dan negara.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Dan demi nyawaku dalam genggaman-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman sepenuhnya dan kamu tidak beriman sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang mana jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam di kalangan kamu."(Riwayat Muslim).

Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Ketika kita sedang bergembira menyambut Idulfitri ini, kita perlu insaf dan sedar bahawa terdapat saudara mara, kaum kerabat, jiran, sahabat-kenalan dan saudara seagama kita yang menyambut Idulfitri dalam keadaan sukar, bersendirian, daif dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada orang miskin, anak-anak yang terbiar dan mereka yang berada di pusat-pusat Serenti, Penjara, rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Justeru, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menghidupkan suasana Idulfitri ini dengan amalan ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi dan menghubungkan silaturahim terutama sekali terhadap kedua ibu bapa kita dengan memohon kemaafan atas kesalahan, perbuatan zalim dan perbuatan dosa yang telah dilakukan samada yang disedari ataupun yang tidak disedari. Dengan demikian jiwa kita dapat merasai ketenangan,kebahagiaan yang sejati.

Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: "Tiga perkara adalah diantara budi pekerti yang mulia disisi Allah SWT; Hendaklah engkau memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Hendaklah engkau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepadamu. Hendaklah engkau menghubungkan dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu." (Riwayat al-Khattib).

Selari dengan cahaya Ramadhan dan takbir keinsafan yang memberi ruang besar untuk mengukuhkan persefahaman ini, maka mimbar mengambil kesempatan marilah kita memulihkan dan mengukuhkan hubungan sesama kita dengan saling hormat menghormati, bertimbang rasa, mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan, tidak melampau, saling bermaafan, mendoakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama insan. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, bahawa amalan ibadat kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya kita hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati hak-hak orang lain. Ambilah kesempatan pada hari yang mulia ini untuk sama-sama kita mewujudkan persefahaman antara kita, mudah-mudahan dengan cara ini hidup kita sentiasa berada dalam keberkatan dan negara kita sentiasa dalam suasana harmoni dan aman damai.

Mengakhiri khutbah, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya: "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."


KHUTBAH KEDUA IDULFITRI

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Marilah pada hari yang penuh bahagia ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idulfitri yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk memperbaharui kehidupan kita sebagaimana yang digariskan bagi orang yang beriman dengannya, iaitu kehidupan persaudaraan, kesatuan dan kekuatan menghadapi musuh. Merayakan Idulfitri ialah merayakan hari kemenangan dalam jihad nafsu ketika melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan berjaya melaksanakannya dengan sempurna. Justeru jihad melawan hawa nafsu ini perlulah diteruskan pula di bulan Syawal ini dengan melakukan puasa enam yang mana pahalanya menyamai dengan puasa sepanjang tahun. Puasa ini boleh dilakukan berturut-turut atau berselang.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya:

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun".(Riwayat Muslim).

Mimbar juga mengambil kesempatan sempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 54 pada 31 Ogos ini, menyeru seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita dan pejuang kemerdekaan di atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mereka sehingga negara kita berada dalam aman damai dan sejahtera serta dapat merayakan Idulfitri pada hari ini.

Idulfitri juga hari perdamaian kerana pada hari ini dinyatakan perdamaian hidup
dalam rumah tangga, hubungan kaum kerabat dan sanak saudara. Seluruh umat Islam sama ada dalam lingkungan desa mahupun kota, wajah berseri-seri, hati riang ria, tangan bersalam-salaman mengucapkan salam Idulfitri serta ampun dan maaf sebagai tanda keakraban dan silaturrahim.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Mimbar mengingatkan sekali lagi bahawa persefahaman adalah pelengkap kepada Idulfitri. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar di bulan Ramadhan telah memberi kecerian dan keriangan kepada golongan fakir miskin untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Cahaya Ramadhan juga mengingatkan kita bahawa dasar persefahaman yang ditetapkan Islam adalah melangkaui sempadan negara dan benua. Umat Islam di mana mereka berada adalah sama, kita sama dari segi makan minum, kita sama dari segi peraturan, halal dan haram dan kita juga sama dari sudut akidah. Namun kehidupan umat Islam hanya teristimewa dengan iman kepada Allah SWT.

Kita perlu insaf terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti terus hidup menderita terutama saudara kita di Palestin dan lain-lain negara Islam yang sedang mengalami musibah.

Berdasarkan pemerhatian mimbar terdapat umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di beberapa buah negara terutama di rantau ini juga menghadapi keperitan hidup. Mimbar ingin menarik perhatian jemaah sekalian cuba bayangkan bagaimana umat Islam di negara yang mengalami peperangan dan kehidupan yang sukar menjalani puasa dan sambutan Idulfitri. Selari dengan dasar persefahaman, maka mimbar pada hari ini, menyeru marilah kita bersama-sama membantu saudara seagama yang hidup daif dan menderita. Cahaya Ramadhan mengingatkan kita supaya menghulurkan bantuan yang diadakan dari masa kesemasa melalui masjid-masjid, akhbar-akhbar dan sebagainya, mudah-mudahan rezeki kita ditambah, umur dipanjangkan Allah SWT dan kasih sayang di kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada Baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan selawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Khutbah Khas Idulfitri: "Persefahaman Pelengkap Sambutan Idulfitri"
01 Syawal 1432H/30 Ogos 2011M

Monday, August 29, 2011

Minal a'eedin wal fa'izin

Terlanjur bicara
Ampun maaf dipinta
Salam persahabatan dan persaudaraan untuk semua

Luahan kami tak pernah kenal isi hati insan lain
Bicara kami tak semestinya diterima baik oleh semua
Terguris hati teraniaya, kami tak pernah lupa
Mengguris hati sesiapa, kami tidak tahu bila dan siapa

Dosa dan kesilapan yang dilakukan pada Allah SWT
Keampunan dan taubat pengubatnya
Dosa sesama insan yang dianiaya
Tidak akan terampun selagi insan itu tak terima kemaafan dan mengampunkannya

Oleh itu
Jutaan ampun dan maaf kami pohonkan
Andai pernah terlanjur bicara menghiris rasa
Salam ukhwah untuk semua

Warga Paneh Miang mengucapkan

"Selamat Hari Raya EidulFitr &
Salam Kemerdekaan Ke-54"


Himpunan Fatwa 'Nabi Melayu Nik Aziz'

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir." - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram." - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.


11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)." –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga." – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS." – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)." – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah." jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Banyak lagi 'fatwa sesat' Nik Abdul Aziz, tapi cukuplah 20 saja dulu. Akan datang pasti akan ada lagi 'fatwa' yang bakal terpacul dari mulut Nik Abdul Aziz. Tunggu sajalah...

Sunday, August 28, 2011

Ku Li boleh jalan...

Tengku Razaleigh Hamzah adalah seorang wakil rakyat BN yang sering menimbulkan polemik politik dalam kamar UMNO. Semasa peristiwa bakar jambatan yang diperaku oleh DS Rais Yatim, Ketua Bahagian Jelebu, Ku Li dilihat begitu dominan. Tetapi jangan silap...dia hanya dilihat dominan, sedangkan hakikinya dia sedang menjerumus kumpulan S46 ke dalam kandang PIHAK YANG BERSALAH.

Dek yang demikian, maka masuk balik puak ini dalam UMNO yang dibina semula oleh Dr.M daripada asas UMNO 11 Mei 1946, dengan beberapa pindaan dan tambahan dalam undang-undang tubuh. Ikut versi Ku Li, Dr.M konon halang dia sertai semula UMNO selepas diharamkan oleh mahkamah, maka sebab itulah TAR menyuruh Ku Li tubuh S46 bagi mengelak konon pemimpin yang berpotensi di kalangan Team B tidak masuk parti pembangkang. Tapi apa sudahnya? S46 tetap menentang UMNO sebagai pembangkang.

Jika benar Dr.M menghalang kumpulan Ku Li menyertai semula UMNO selepas diharamkan, hanya sebab kumpulan inilah yang sabotaj parti hingga UMNO diharamkan kerana tidak puas hati dengan kekalahan Ku Li kepada Dr.M untuk jawatan Presiden UMNO. Wajar Dr.M halang kumpulan ini untuk sementara bagi elak perpecahan dikalangan akar umbi berulang kembali dalam UMNO ketika itu.

AMANAH?

Zaman awal pembinaan PETRONAS seperti yang dikisah dengan panjang lebar dalam buku biografi Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin, memberi gambaran jelas latarbelakang pemikiran sebenar "Thinkers PETRONAS". Apakah peranan Ku Li penting? Ku Li penting mungkin pada peringkat awal, tapi ianya tidak lama kerana dia memilih untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Gua Musang. Namun, apakah pendedahan AMANAH yang disandiwarakan oleh Ku Li? Kelompok AMANAH masih belum sah pendaftaran pertubuhan pun. Siapa dalam AMANAH? AMANAH sangatkah mereka ini?

TSAZA adalah insan yang paling lama menyimpan khazanah yang tidak mampu dibincangkan secara panjang lebar dalam blog. Bersemuka mungkin. TSAZA bertindak sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Ke-2, Ke-3 dan Ke-4, paling lama dalam sejarah KSS - seorang yang dikelas sebagai manusia paling tawadhuk dan penuh integriti. Tugasan akhir beliau ialah Presiden dan CEO PETRONAS hinggalah dijemput bertemu Pencipta.


Ku Li bukan seorang ahli politik yang bijak dalam mengurus dan menyelesaikan masalah rakyat. Tengok kawasan Gua Musang sajalah, bertan balak diceroboh setiap hari tanpa penyelesaian signifikan daripada Ku Li selama ini. Sudah berapa tahun Ku Li jadi Ahli Parlimen Gua Musang? Nasib baik ramai Orang Asli yang menjadi deposit tetap beliau di situ.

Che Det dalam coretan makalah di awal penulisannya, banyak menyentuh secara tersembunyi beberapa insan yang dikenalpasti boleh membantu kesinambungan kemerdekaan dan mengurus kemerdekaan, boleh rujuk artikel semasa di Universiti Malaya Singapura. Salah seorang yang cemburu dengan tulisan paneh Che Det ialah Lee Kwan Yew. Hari ini tidak ramai yang mengkaji penulisan-penulisan usang dalam mengenal sikap, telatah, gelagat dan keputusan yang diambil oleh kalangan pemimpin terdahulu.

Hansard Parlimen semasa Ku Li diberi amanah sebagai Menteri Kewangan telah menjelaskan bagaimana kaedah fikir Ku Li yang nampak 'amanah'? Hinggakan tahun-tahun semasa Perbendaharaan yang diurus Ku Li menunjukkan kedudukan yang cemas lagi mencemaskan. 'Bijaksana' sungguh Ku Li semasa itu. Anwar Ibrahim pula mengambil kesempatan mencucuk kerusi Ahli Parlimen yang dilihat longgar dan gayat di atas kerusi masing-masing.

Ku Li boleh jalan...dah tak relevan. Anwar Ibrahim sudah jalan malam. Nik Aziz memang dah lama boleh jalan. Lim Kit Siang menunggu saja siapa jalan dulu. Lim Guan Eng sentiasa jalan-jalan. Barisan Nasional suka sembang sambil berjalan. Akhirnya rakyat terlena tegak dalam berjalan.

Mat Sabu Keldai Komunis

Ramai yang terlibat sebagai keldai dadah dibawa ke Peru dan Iran. Fahaman fasis Peru dan Syiah Iran kini, disambut oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas. Dalam wacana terdahulu, Mohamad Sabu telah dilabel sebagai Ahli Neraka Dunia Melayu. Benar atau tidak, tanyalah Kanang anak Langkau, Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, Kelab Veteran Komando Malaysia, Persatuan Veteran Komando 69, Lt. Jen. Zaini orang Lenggeng, DSP Mohd Nor Razak, Tun Hanif Omar, Jeneral Borhan, Rahim King, Admiral Anuwar TLDM, dan ramai lagi termasuk anak-anak, cucu dan isteri anggota polis Balai Bukit Kepong.

Gamaknya, akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia 28 Ogos 2011 memberi fokus besar kepada kandungan keceluparan Mat Sabu ini. Rupanya penulisan PM begitu relevan dengan mauduk fikir, bahawa Mat Sabu ialah Agen Komunis dan Pas simpati kepada Komunis untuk peti undikan "rakyat yang berfahaman komunis". Berapa banyak kampung Baru di bawah Briggs Plan masih kekal identiti komunismenya?

Keldai komunis ialah resepi bahan manifesto PAS untuk PRU-13. Marilah membangun bersama Komunis, Freemasonry dan Syiah ialah Doktrin Manifesto Pilihanraya Pakatan Pas+DAP+PKR.

Syabas kerana membina Negara ini daripada tangisan, titisan darah dan peluh jantan Komunis. Senyum sampai ke telinga Chin Peng dan Chin Tein. Sepupu kepada Pak Aziz Samsuddin, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh terpaksa berduka lara, kerana setelah 54 tahun merdeka, MASIH WUJUD KELDAI KOMUNIS seperti Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas.

Orang seumpama Mat Sabu sudah layak disumbat di bawah Kuatkuasa Ordinan Darurat 1960, Universiti ISA. Selepas raya lebih banyak peristiwa "gurisan jiwa rakyat Raja" akan ditaja oleh Mat Sabu & corporation. Tahniah kepada Hishamuddin kerana ambil pendekatan "tengok, senyum dan amaran keras". Hisham baru dapat 2 biji peluru hidup. Menteri Amaran telah diberi amaran oleh rakyat.

Batang tubuh seperti Mat Sabu ini perlu terima hukum di IRAN dan IRAQ, baru dia tahu "langit tinggi rendah".

LAHANAT punya MAT SABU.

Mohamad Sabu Ahli Neraka

Nampaknya Mohamad Sabu kenalah taubat dan mohon maaf kepada setiap ahli keluarga yang hidup, khasnya anak-anak dan isteri anggota Balai Polis Bukit Kepong. Jika subjek ini dibahas di Iran, dah lama Mohamad Sabu dibunuh kerana halal darahnya mengikut aturan Syiah. Mungkin Khawarij yang diamalkan oleh PAS menghalalkan mereka untuk mula terjemah peristiwa Bukit Kepong versi PAS. Bukan versi rakyat Raja yang sebenar-benarnya.

Tahniah Mohamad Sabu kerana Kelab Komando Veteran Malaysia dan Persatuan Bekas Komando VAT 69 sudah membuka kamar peperangan dengan PAS, PKR dan DAP. Khasnya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS paling bahalol, bangang, biadap dan korup.
Berdosalah Mohamad Sabu kerana iktiraf Komunis, dia kono mohon maaf setiap seorang yang terkorban dan hidup dalam ATM dan PDRM, Force 136 dan Home Guard.

Tahniah Mohamad Sabu sebagai Ahli Neraka Dunia Melayu yang terpaksalah melakukan sumpah tidak pernah berkata seperti yang ditulis oleh Utusan Malaysia. Tahniah Mohamad Sabu, akhirnya membuktikan bahawa PAS juga talibarut Melayu. PAS menyokong totok atau bahasa paling indah ortodoks PARTAI KOMUNIS MALAYA. PAS juga komunis sebenarnya.

Syabas. Moga Ramadhan 1432H ini diberikan pengampunan kepada Timbalan Presiden PAS dek kebodohan terang-terangannya. Inilah penyakit PAS iaitu Korup dan Kurap.

Saturday, August 27, 2011

BERSATULAH MELAYU

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

~ Lim Swee Tin ~

Friday, August 26, 2011

Lupakan sajalah Ku Li...


1. Hebat sungguh Malaysiakini mempromosikan kata dan tulisan Ku Li akhir-akhir ini.

2. Benar sebagaimana perbualan pelbagai pihak, memang ada usaha dalaman dikalangan pemimpin komplot pembangkang sendiri yang mahu menggantikan Bapak Anwar Bin Ibrahim dengan Ku Li untuk mengetuai mereka menghadapi PRU-13.

3. Malah sejak beberapa bulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi PGayR, DAP dan Pas telah bersemuka dengan Anwar, bertujuan mendesak beliau mengundur diri kerana percaya Bapak Anwar Bin Ibrahim sememangnya bersalah dalam kes rogol bontot serta tidak lama lagi bakal bercuti di Penjara Inn Sungai Buloh.

4. Ramai dikalangan pemimpin tertinggi pembangkang hari ini mula merasakan Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah liabiliti terbesar komplot pembangkang, dan mereka sudah tidak mampu lagi membendung serta mempertahankan reputasi Anwar yang semakin buruk dikalangan rakyat. Minat luar biasa Anwar sudah tidak mampu lagi disorok pemimpin komplot pembangkang daripada pengetahuan umum.

5. Anwar dikhabarkan awalnya berang dengan desakan tersebut, tetapi memandangkan perkembangan terbaru kes rogol bontot yang semakin tidak memihak dirinya, menyebabkan Anwar terpaksa tunduk dengan desakan bertali arus barisan pemimpin pembangkang.

6. Beberapa cadangan telah dibuat dan akhirnya mereka sepakat untuk memilih Ku Li. Malah dikhabarkan pertemuan turut diatur antara beberapa pemimpin pembangkang dengan Ku Li, dan sehingga kini keputusan sama ada Ku Li bersetuju atau tidak menyertai komplot pembangkang belum dapat dipastikan.

7. Cuma kami meragui keputusan komplot pembangkang memilih Ku Li menggantikan Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah satu keputusan yang tepat.

8. Pernah seorang commentator di blog ini yang menamakan dirinya "Rahim Khan" menyatakan kononnya Ku Li adalah pemimpin pelapis yang dilatih/ditunjuk ajar oleh Tun Abdul Razak. Malah "Rahim Khan" turut menyuruh kami 'membaca sejarah' bagi mengenali siapa sebenarnya Ku Li.

9. Tetapi kami telah lakukan lebih daripada itu, bukan setakat 'membaca sejarah', malah berjumpa, berbual, bertanya serta mengkaji siapa sebenarnya Ku Li.

10. Kami tak pastilah adakah benar Ku Li kini satu-satunya anak didik Tun Razak yang masih aktif dalam politik semasa. Tetapi kami sangat yakin bahawa Tun Razak sering memuji serta mengagumi Che Det di hadapan timbalannya Tun Hussein, sehinggakan Tun Hussein membuat keputusan menamakan Che Det sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas meninggalnya Tun Abdul Razak.

11. Daripada 3 naib presiden UMNO ketika itu, termasuk yang paling popular ialah Ku Li, tetapi Tun Hussein tetap memilih Che Det naik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekaligus membuktikan kredibiliti Ku Li sebenarnya masih boleh dipertikaikan.

12. Jika di zaman kegemilangannya pun, Ku Li masih tidak mampu mengekalkan pengaruh, mahupun 'mencipta' sesuatu yang luar biasa dalam sejarah politik tanahair, apatah lagi di zaman ini yang mana Ku Li bolehlah diibaratkan umpama 'hidup segan mati tak mahu'.

13. Namun jika komplot pembangkang masih mahukan Ku Li berserta team 'Amanahlah sangat...'nya itu untuk mengetuai pasukan pembangkang menghadapi PRU-13, maka percayalah, BN tak rugi apa pun.

Thursday, August 25, 2011

Ketua Umum rogol bontot, Anak Buah kencing merata

Sejak 2009 telah bermula penentangan terhadap projek pembinaan kilang pemprosesan logam tanah jarang, milik Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan yang semuanya menjurus ke arah usaha PKR mempolitikkan isu semata-mata.

Terbaru apabila kurang 200 ahli parti pembangkang berhimpun secara haram berhadapan pusat khidmat DAP, Jalan Beserah pada Ahad, 15 Mei, bagi menyuarakan bantahan terhadap projek bernilai RM2b itu. Berucap pada perhimpunan itu ialah beberapa pemimpin DAP serta PKR yang bertujuan menyebarkan pembohongan serta cubaan menakut-nakutkan penduduk Kuantan.

4 daripada ahli pembangkang yang terbabit dalam demo haram tersebut kemudiannya meniarap di atas jalan dengan dilitupi poster besar yang berlambangkan radiasi nuklear, sehingga mereka akhirnya ditahan polis kerana didakwa melakukan provokasi.

*********

Semalam, Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Pas Hulu Langat) muncul di Buletin Utama TV3 bersama sahabatnya bagi menjelaskan isu Lynas. Dr Che Rosli menyokong penuh pembinaan kilang Lynas oleh Kerajaan Persekutuan berdasarkan pandangan serta pemerhatian profesional beliau sebagai seorang sainstis. Antara kenyataan beliau yang wajar diberi perhatian rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan ialah:-

1. Lynas telah disalah ertikan atau dengan lebih tepat lagi telah di'spin' oleh PKR sebagai sebuah loji nuklear, sedangkan realitinya Lynas hanyalah sebuah kilang memproses nadir bumi.

2. Putar belit fakta berkaitan Lynas asalnya dicetuskan oleh PKR melalui Mak Lampir Fuziah Salleh.

3. Dr Che Rosli pernah cuba untuk memberikan pendapatnya berhubung isu Lynas sebelum ini tetapi dihalang serta diberi amaran untuk berdiam diri oleh jawatankuasa penerangan Pas pusat.

4. Namun Dr Che Rosli merasakan Pakatan Rosak tidak adil apabila PKR dibiarkan menipu di Harakah dengan kritikan terhadap Lynas, sedangkan beliau sebagai seorang pakar pula disuruh mendiamkan diri.

5. Dr Che Rosli juga menegaskan kilang Lynas adalah SELAMAT selagi mematuhi segala prosuder selain pemantauan berterusan pihak kerajaan dan badan antarabangsa. Sebagai individu yang pernah terlibat secara langsung dalam proses pembinaan kilang serta memantau aktiviti perkilangan di negara ini, Dr Che Rosli merasakan teknologi yang digunakan projek Lynas adalah berkualiti serta menepati piawaian tahap keselamatan.

6. Dr Che Rosli turut melahirkan rasa tidak peduli beliau seandainya beliau bakal dikenakan tindakan oleh kepimpinan Pas disebabkan kelantangannya mengemukakan hujah melalui TV3.

7. Selain MP Pas, seorang lagi rakan beliau iaitu Prof. Ahmad Tarmizi Ramli turut mempertahankan kilang Lynas serta menerangkan alasan mengapa projek Lynas diberi ruang oleh Kerajaan Persekutuan untuk beroperasi di Malaysia disebabkan faktor kosnya yang lebih rendah (tidak perlu cukai selama 12 tahun) berbanding kos operasi di Australia yang jauh lebih mahal, serta sukar bersaing di pasaran antarabangsa. Prof. Ahmad turut memperakui keselamatan operasi projek Lynas dan menegaskan wujud pihak (PKR) yang cuba memanipulasikan isu ini atas kepentingan politik.

MP Pas dah balun PKR, so apa respond Parti Kencing Rakyat? Masih nak menipu lagi? Ketua Umum rogol bontot, anak buah kencing merata.

Antara anak muda yang kena 'kencing' hidup-hidup dengan PKR

Wednesday, August 24, 2011

PANEH! PANEH!.....Lawak sungguh!!!

Satu lagi lawak antarabangsa daripada Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran yang mengatakan Anwar Ibrahim, peliwat & penzina dari Malaysia mempunyai persamaan dengan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Kah...kah...kah...Lawak sungguh!

Kata N.Surendran, tindakan Anwar memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh kononnya sama seperti dilakukan mantan presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela ketika beliau memilih untuk memberi kenyataan bersumpah dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politik yang dihadapinya.

"Mandela menggunakan kenyataan ini yang terkenal dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan rejim apartheid bagi penelitian dan kesimpulan kepada dunia. Kenyataan oleh Mandela turut diambil oleh Anwar ketika berada di dalam kandang tertuduh". - Keldaiandaily.

Kuek ptuih.....ptuih!!!

(i) Nelson Mandela dipenjara lebih 20 tahun di Roben Island kerana membebaskan bangsanya daripada diperkosa dan diliwat oleh Regim Pretoria ekoran dari dasar Apartheid. TAPI Anwar hanya berjuang membebaskan dirinya dari tuduhan meliwat seorang anak bangsanya sendiri untuk mengelak dipenjara 20 tahun ekoran dari dasar hawa nafsu kerbaunya. Itu yang dikatakan sama?

(ii) Nelson Mandela terpaksa turun naik mahkamah bagi mempercepatkan kesnya dibacakan TAPI Anwar turun naik mahkamah lebih dari 67 kali untuk menangguhkan kes. Itu yang dikatakan sama?

(iii) Nelson Mandela tidak berpeluang memilih peguam oleh regim Pretoria bagi memenjarakannya TAPI Anwar boleh memilih seberapa ramai peguam hebat bagi mengelak dirinya dipenjara. Itu yang dikatakan sama?

(iv) Nelson Mandela terlalu sukar mempertahankan dirinya di mahkamah TAPI Anwar telah berpeluang menggunakan segala saluran mahkamah dari mahkamah majistret, mahkamah seksyen, mahkamah tinggi, mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan dan mahkamah syariah untuk membebaskan dirinya. Itu yang dikatakan sama?

(v) Nelson Mandela memilih untuk memberi kenyataan bersumpah dari kandang tertuduh TAPI Anwar setakat sanggup memberi keterangan membela diri tanpa bersumpah dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas. Itu dikatakan sama?

Kah...kah...kah.....

Nampaknya itulah rupanya tahap pemikiran pencacai pembangkang. Janganlah disamakan Anwar dengan Nelson Mandela sebab BEZAnya macam langit dengan bumi, macam nasi dengan tahi.

Tahap Minda Pencacai Pembangkang

Di sebuah sekolah rendah, seorang guru berdedikasi ingin mengajar anak muridnya akan bahayanya minuman keras. Sebelum memulakan pembelajarannya, guru tersebut telah sedia membawa 2 ekor cacing hidup serta dua gelas minuman yang masing-masing berisi air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid. Cikgu akan masukkan cacing ini ke dalam gelas. Cacing pertama cikgu masukkan ke dalam gelas berisi air mineral, manakala cacing kedua cikgu masukkan ke dalam gelas berisi arak. Tengok betul-betul."

Semua mata tertumpu pada kedua ekor cacing tersebut. Seperti dijangkakan, cacing dalam gelas berisi air mineral terkutik-kutik di dasar gelas. Manakala cacing yang berada dalam gelas berisi arak, terus menggelupur lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak muridnya memberi sepenuh tumpuan pada ujikaji yang dijalankannya.

"Baiklah murid-murid. Apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh 'kondifen' anak muridnya menjawab...

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK!"

#########

Begitulah analogi tahap pemikiran pemimpin & penulis pembangkang apabila bercakap atau mengulas sebarang isu semasa. Mereka bukan sahaja tidak bertanggungjawab terhadap isu yang dikemukakan, malah tidak menghiraukan hukum halal dan haram; serta kesan percakapan atau penulisan mereka kepada masyarakat.

Contohnya isu pemeriksaan JAIS ke atas DUMC. PAS melalui Setiausaha Agongnya secara terang-terangan menyalahkan JAIS rentetan pemeriksaan JAIS ke atas gereja berkenaan dan menuduh pula tindakan JAIS itu di dalangi oleh UMNO. Penulis pembangkang, tak kiralah penulis media cetak/Blog/FB/Twitter etc. tanpa usul periksa telah 'spin' cerita hingga sanggup mengherdik sahabat mereka sendiri iaitu Hassan Ali sebagai ejen UMNO. Tidak bolehkah dalam isu yang kita mempunyai kepentingan bersama seperti isu pendidikan, isu ekonomi, isu Palestine dan isu Murtad ini, sebagai umat Islam di Malaysia kita bersatu tanpa mengira fahaman politik.

Sebagai rakyat Malaysia intelek, kita sepatutnya menjadi pendengar dan pembaca yang kritis apabila menyaring sesuatu maklumat. Dan perlu ditanya dalam kepala masing-masing persoalan berikut apabila mendengar atau membaca sebarang artikel yang dikata/ditulis pihak tertentu :-

a) Dari manakah pemimpin/penulis mendapatkan sumber maklumatnya? Jika tidak dinyatakan sumbernya, maka perlu dikaji apakah motif sumber itu tidak dimaklumkan. Adakah sumber itu palsu? Tiadakah sumber yang sahih?

b) Adakah pemimpin/penulis menyokong pernyataannya berdasarkan fakta (alasan yang mempunyai bukti) atau ianya hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin/penulis itu saja? Adakah terdapat percangahan fakta atau faktanya lengkap serta boleh dipercayai? Sebagaimana isu DUMC, Hassan Ali cakap lain, Mustafa cakap lain, Nasrudin cakap lain, Khalid Ibrahim cakap lain dan Hadi Awang pun cakap lain.

c) Adakah pemimpin/penulis mendapat laporan/dokumen rasmi atau saksi sebagai fakta yang menyokong percakapan serta penulisannya, atau mereka dapatkan maklumat dari sumber kedua atau ketiga?

d) Apakah tujuan percakapan/penulisannya? Adakah ingin memberitahu, cuba menyakin, meraih simpati atau sebenarnya mereka cuba menghasut?

e) Apakah laras bahasa yang digunakan oleh pemimpin/penulis itu bersifat emosional, neutral atau sengaja menggunakan bahasa kesat?

f) Dan persoalan paling penting untuk difikirkan, sejauh mana kita mahu menukar pandangan peribadi kita walaupun setelah kita di dedahkan bukti yang sohih dan benar?

Ingatlah, apabila kebenaran cuba didustakan akibat ketamakan hawa nafsu, wang dan kuasa, maka tunggu sajalah apabila Allah SWT pula menunjukkan kekuasaan-NYA.

Tuesday, August 23, 2011

ROGOL BONTOT: Learning da law to break da law

Anwar Ibrahim semalam memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh iaitu kandang yang di duduki selama ini sebagai seorang tertuduh meliwat bekas pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar mempunyai tiga pilihan memberi keterangan; pertama di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau.Kedua, memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh. Atau ketiga memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu mahkamah anak guamnya akan memberi keterangan dari kandang tertuduh dan memilih untuk berada di bangku kalangan barisan peguamnya yang mempunyai mikrofon.Menurut Hakim Mohamad Zabidin, walaupun tertuduh duduk di kalangan bangku peguamnya, namun ia tidak mengubah hakikat bahawa tertuduh masih dianggap sebagai memberi kenyataan daripada kandang tertuduh (dock). - AIDC


Bagaimana orang seperti BroABI yang bukan saja 'hebat' melanyak China Doll, tetapi juga mantan Timbalan Perdana Menteri, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, berkemahiran ceramah sehebat Sukarno, serta diwar-warkan oleh pencacainya konon memiliki 9 nyawa, TETAPI memilih untuk membela diri hanya dari kandang tertuduh; dalam bahasa Inggeris pulak tu? Pemilik Ijazah Am (CGPA bawah 2) Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Malaya memberi keterangan (baca skrip sebenarnya) dalam bahasa Inggeris dengan harapan dapat mengelirukan rakyat bawahan dan orang kampung di pentas ceramah pada masa hadapan? Hahaha...taktik bangkai.

Dengan pemilihan jenis bela diri sebegini, membuktikan bahawa Ketua Umum PGayR itu rupanya seorang BACUL kerana enggan disoal balas oleh pendakwaraya yang mampu mencabar sebarang kenyataan bohong yang dilelehkan BroABI di mahkamah. Memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, jelas menunjukkan demonstrasi "Keranda 152" yang kononnya memperjuangkan Bahasa Melayu tajaan BroABI dan Penipu Rakyat selama ini, semakin menyerlahkan sifat HIPOKRIT & MUNAFIK tahap tertinggi pakatan pembangkang.

Keterangan di kandang tertuduh (dock) bermakna 'keterangan kurang wibawa' dan boleh diabaikan, tidak perlu bersumpah serta tidak memberi peluang kepada pendakwaraya untuk menyoal balas bagi mencabar kesahihan sesuatu keterangan.

Sebab itulah agaknya BroABI lebih suka bermain dengan teori konspirasi daripada membela diri melalui alibi, bukti serta saksi pembelaan.

Saksi-saksi pihak pendakwaraya boleh pulak peguambela BroABI temuduga dulu sebelum perbicaraan, tapi diri dia sendiri sebagai tertuduh "dihalang" untuk disoal-balas semasa perbicaraan.

Inilah konsep 'Keadilan Cara BroABI'. Semuanya boleh diputar-belit dengan pelbagai tipu muslihat. BroABI menggunakan segala kelemahan dalam perundangan untuk kepentingan diri. Learning the law to break the law. Apa yang penting, taktik teori konspirasi BroABI bakal di'spin' oleh pencacai pembangkang dengan mengharapkan simpati rakyat menjelang PRU-13.

Sendiri rodok, sendiri pancut, sendiri puas, sendiri tertinggal DNA, orang lain pula disalahkan? Hahaha...apa punya tur...

UMNO Kalah

Menelanjang polemik dan sikap ahli UMNO yang bakal menyebabkan UMNO kalah melalui Barisan Nasional dalam pilihanraya sejak 1994 hingga 2013 ialah:

1. 75% Ketua-ketua Bahagian yang terlalu lama menjadi Boneka dan Patung Mainan oleh pasukan duit, duit dan duit.

2. Apabila ada ahli UMNO yang cerdik, bijak, vokal, extrovert, ahli ini dicap sebagai Penentang. Sebenarnya Jawatankuasa Bahagian ramai yang bacul. Sembang aja kuat, bila nak buat tak de telo. Ramai yang pandir dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO.

3. Apabila calon pilihanraya bukan kalangan Jawatankuasa Bahagian, walaupun dia Ahli UMNO totok, orang yang kerja kuat, calon ini akan dihukum "boikot". Inilah perangai hasad yang amat dikesali oleh Dr. Mahathir. Sebab itulah Dr. Mahathir kata dia gagal selesaikan urusan PEMUTIHAN UMNO.

4. Wakil rakyat UMNO baik ADUN mahu pun ADR, 75% tidak berkhidmat untuk rakyat dan tanahair. Mereka lebih mementingkan perut, tembolok dan hasil mahsul sebelum "dikafan" pada pilihanraya akan datang atau dikafan semulajadi (boleh la duit untuk waris-waris)

5. Ahli UMNO berdaftar tidak sangat dihargai oleh Ketua Bahagian pun. Andai ada cawangan dalam Bahagian yang dilihat boleh cabar wibawa dan ketrampilan Ketua Bahagian atau Jawatankuasa Bahagian, maka akan lahirlah dalam kalangan kumpulan tertentu "KAKI HASUT, KAKI ADU DOMBA, KAKI BAKAR, KUCING KURAP, ANJING MENYALAK BUKIT, MENGKARUNG LIDAH BERCABANG, SESUMPAH, KAKAK TUA, BURUNG BELATUK" yang peranannya melingkupkan kekuatan-kekuatan yang ada. Hari ini, yang ramai masuk PAS ialah kalangan mereka yang kecewa dan tersisih. Daftar PKR juga kalangan ahli UMNO yang dimeterai sebagai Pelampau UMNO.

6. Sabotaj dalaman UMNO cukup kuat dan hebat, mengalahkan Zionis. Tukang karut punyalah ramai. Thinkers cuma beberapa kerat. Buktikan, mana satu Bahagian UMNO dalam Malaysia yang wujudkan "Thinker Team", dan "Min Yuen Team".

7. Ahli UMNO masih marah dengan Pak Lah sebab izinkan Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya bertanding tiket Naib Ketua Pemuda UMNO. Akhirnya, misi Kj sebagai Ketua Pemuda berjaya. Tahniah dan Syabas kerana saudara Kj berjaya membuktikan peribahasa Kaduk Naik Junjung. Kekuatan Pemuda UMNO hanyalah pada kisah sedih dan fiesta. Akademi Pemuda UMNO langsung tiada operasi nyata. Pemuda UMNO menjadi kelompok borjuis dan elitis yang akhirnya dilihat amat BODOH oleh anak-anak Cina dan Keling.

8. Apabila pilihanraya Orang UMNO yang tidak sebulu dan setuju dengan pilihan Presiden parti akan menjalankan 'Ops Tomahawk'. Siapa yang boleh di'bom' serta dipelingkup akan dibuat tanpa rasa hormat dan bersalah. Inilah nasib yang dialami oleh mantan Setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri ke-5, Dato' ManDes dan Setiausaha Politik 2 kepada YAB PM, Dato' Hasbullah Lebai Isa. Tiada dalam mana-mana sejarah tamadun politik yang seorang paling kanan kepada Perdana Menteri tersungkur di lembah "political corruption mind". Perkara yang sama direncana di Jerlun, tapi Allah beri rezeki pada Mukhriz Mahathir lagi.

9. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri ialah Pengerusi Barisan Nasional. Maka, lawannya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Pengerusi PKR Negeri, atau pun Pengerusi DAP Negeri. Soalnya mengapa isu-isu kecil dan terpencil tidak mampu diselesai secara penuh hikmah? Kes seperti Nelayan Sungai Lereng di Klebang Melaka, mereka ini Totok UMNO, tetapi mengapa dikelas ketigakan isu PERIUK NASI mereka? Kes seperti Geran untuk Melayu di Kg. Raja, Cameron Highlands sudah larut 40 tahun, mengapa tidak diselesaikan? Sedangkan geran tanah dan kebun untuk Cina di 11 buah Kampung Baru sekiar Cameron Highlands boleh dibereskan segera? Dan mereka ini sahih, "KOMUNIS" dek kerana Briggs Plan 1950 dulu, mereka dilonggok di Cameron Highlands?

2013 atau kurang daripada tempoh tersebut, ialah fenomena biasa jika berlaku pilihanraya. Yang menjadi luar biasa ialah apabila Kelantan UMNO menang, NSDK BN kalah, Melaka BN bungkus, JOHOR BN telur hujung tanduk, KEDAH BN menang, PERLIS BN menang, Pahang BN kalah, Perak BN kalah, Pulau Pinang BN kalah, Sarawak BN kalah, Sabah BN memang, WPKL BN kalah. Agak-agak siapakah Perdana Menteri Malaysia? Melayu Plural-Liberal-Freemasonry-Syiah-Khawarij? Atau Cina Komunis? Atau Keling Komunis-Sosialis-Athies-Freethinker? Ataupun Paderi Kristian?

Apakah umat Melayu yang kini Profesional, Teknokrat, Ilmuan Besar, Pemandu Lori, Kaki Pukul, Gangster, Kongsi Gelap, Ahli Agama Hebat etc. telah berfikir tentang Obor dan Cokmar Kuasa Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 boleh nguyup ikut suka hati pemikir-pemikir biawak hidup yang bergentayangan dalam peperangan pilihanraya berkenaan?

Presiden UMNO/Pengerusi BN buat istiharah sebanyak mungkin. Pergi umrah, bertawassul depan Baitullah mohon petunjuk dan ilham untuk Pilihanraya Ke-13.

Monday, August 22, 2011

PRU-13 Kurang 100 hari

Pak Sedaro suko bonar posan pado Perdana Menteri supayo tak terpesona dek dodoian buaian dan lagu-lagu manis, yang akan menjadi "RACUN PEMUSNAH Barisan Nasional". PRU-13 boleh dilaksana bila-bila masa, tapi bukan tahun 2011. Kerajaan BN sedang diduga oleh rakyat, yang tidak sepenuh jiwa, hati dan fikiran nak memangkah Barisan Nasional pun.

Khairy Jamaluddin sedang mencari simpati media dan rakyat, dengan mengumumkan bahawa andai dia tidak lagi calon pilihanraya akan datang pun tidak mengapa. Ketua Bahagian Jelebu pun dengan kiraan dan sifirnya begitu yakin, boleh buat pilihanraya segera. Selepas ini, akan ramailah begitu terkehadapan untuk menyatakan "itu dan ini" tentang pilihanraya.

Gerakan akar umbi dan rakyat pengundi berdaftar masih tidak faham dengan senario kepemimpinan Barisan Nasional. Konsep meletak calon atas Nama atau Semangat "Formula Kongsi Kuasa" seperti contohnya di peti-peti Majoriti Melayu, letak calon Cina atau Keling, dengan harapan pengundi akan memangkah BN, sudah tidak RELEVAN lagi.

Kerusi seperti DUN Kajang misalnya, perlu seorang UMNO/Melayu untuk Barisan Nasional. Kerusi untuk Parlimen Rasah misalnya, perlu seorang UMNO/Melayu untuk BN. Kerusi Sungai Siput untuk Melayu. Kerusi Cameron Highlands untuk Melayu/UMNO. Jika BN hendak menguji tahap kebersediaan Wakil Rakyat Cina dan Keling dalam BN, maka hantar mereka di kerusi Dusun Tua, DUN Labu, DUN Serting Hilir. Andai mereka boleh bekerja untuk BN secara mutlak sebagai Wakil Rakyat DUN, maka, inilah PENCIPTAAN GENERASI PEMIMPIN 1MALAYSIA.

Amatlah malang, kepada DS Najib dan TS Muhyiddin andai dalam perkiraan mereka, ditafsirkan bahawa rakyat bersedia untuk dijemput ke bilik-bilik pemangkahan UNDI. Pulau Pinang ternyata dalam berantakan politik BN. Sama ada dicipta atau direkayasa, tidak penting. Pelabur kini semakin berhati-hati. Apakah duit yang dikorban sebanyak RM2.5 billion untuk bayaran BONUS tempohari, sedang digali semula? Dapatkah PETRONAS terus memberi hak-hak inklusif kepada BN jika dilihat daripada gerak kerja yang dimajukan hari ini?

Amatlah malang, jika Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 masih tidak dihormati. Nampaknya, tiada siapa yang seberani Almarhum Prof. Tan Sri Dr. Ahmad Ibrahim, Peguambela Natrah yang juga meletak Perkara 121 A dalam perlembagaan, seperti yang diminta oleh Dr. Mahathir. Kisah Natrah dan Mansor Adabi mempunyai banyak ulasan mahkamah yang perlu dikaji oleh Ahli Peguam Syarie masa kini. Hujah balas Dr. Ahmad Ibrahim dalam pembelaannya begitu mantap, namun dek kerana Kuasa Penjajahan Penghakiman, maka prinsip asas Islam dan Negara Melayu tergadai jua. Hari ini, pengkisahan murtad yang berleluasa merupakan implikasi yang telah dibahaskan sejak 1950 di Mahkamah Tinggi Singapura.

Apakah KUASA politik masih di tangan Melayu? Atau yang hanya ditayang gambarkan ialah KUASA-KUASA BAYANGAN POLITIK semata-mata? Di mana jentera Pasukan Kerja Ahmad Maslan dalam urusan Penerangan UMNO Malaysia? Pendekatan simpati ialah pendekatan Anwar Ibrahim, sejak dia di import oleh Dr. Mahathir. Penekatan populis dan bergaya juga digemari oleh B.A.B.I.

Pak Sedaro fikir, hari ini bukan sahaja PAS, DAP, PKR, KITA senyum sampai ke telinga, tetapi Reuters sedang melaporkan kepada Setiausaha Negara Amerika bahawa misi Freemasonry telah berjaya selangkah lagi.

Kompas Anwar mencaduk ke bawah...

Akhbar Kompas semalam memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan yang telah dinafikan kebenarannya dan juga berkenaan fitnah cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah pun dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk laporan kononnya bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Sumber - Bernama

*********

Tindakan akhbar Kompas dilihat sebagai sebuah media berintegriti mengatasi sesetengah media pembangkang yang berada di Malaysia. Media pembangkang seperti Meloyakini, Haprakdaily, SuaraKeliwatan dan MenipuInsider sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk menabur fitnah terhadap pemimpin yang mereka benci.

Seharusnya Kompas telah mula sedar bahawa apa yang disampaikan oleh BroABI sewaktu berada di Indonesia adalah satu pembohongan dan fitnah mata-mata dan ianya berpunca daripada pemangsa liwat dari negara ini.

Cerita-cerita yang direka hanyalah untuk mengundang kekeruhan hubungan antara Indonesia dan Malaysia agar mengurangkan ketidakyakinan ASEAN dan dunia terhadap sistem demokrasi di Malaysia.

Tak habis-habis media pembangkang memfitnah. Maka arakian teramat bebalisme lah akan siapa yang terjatuh percaya akan media Penipu Rakyat selama ini. Sekianlah adanya...

Sunday, August 21, 2011

Anwar feat Siti Nurhaliza

"Ada kes rogol di Sungai Petani ditangguhkan 56 kali. Cuba bayangkan orang ramai yang terpaksa datang ke mahkamah berkali-kali? Keadaan ini menyusahkan rakyat," kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Beliau berkata demikian ketika mendedahkan salah satu kes yang sering ditangguhkan atas sebab tertentu hingga menjejaskan orang ramai.

Zaki berkata, permohonan penangguhan perbicaraan oleh peguam dan pegawai pendakwa adalah punca sesuatu kes di mahkamah terpaksa melalui tempoh perbicaraan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Katanya, biarpun begitu, orang ramai tetap mempunyai persepsi bahawa pihak mahkamah yang menyebabkan kes mereka tertangguh.

"Sekarang ini, orang ramai masih menyalahkan mahkamah kerana kes mereka ditangguhkan tetapi siapa yang pohon? Yang memohon penangguhan itu adalah peguam dan pendakwa atas pelbagai alasan. Memang mahkamah tangguh kerana ada perintah, jika hakim tidak membenarkan penangguhan, peguam akan kata ia tidak adil. Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Selanjutnya sini.


Bapak Anwar Bin Ibrahim dah tangguh kes rogol bontot sebanyak 67 kali. Kes pembelaan Anwar CIFUT yang bermula esok 22 Ogos 2011 dijangka akan bertambah lagi jumlah penangguhan. Maknanya nama Anwar Aljuburi dah boleh tersenarai dalam Malaysia Book of Records...sama macam Siti. Hu hu hu...

Friday, August 19, 2011

MAS/AirAsia SHARE SWAP: Something hidden...


On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.

1) Kenapa nilai pertukaran saham disandar berdasarkan nilai spekulasi dan bukannya berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat? Cuba perhatikan pergerakan saham. Semasa perbincangan sedang dijalankan, saham Air Asia meningkat naik dan saham Mas menurun. Ini bermakna ketika penentuan harga saham, saham Air Asia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Air Asia. Dan selepas perjanjian itu, saham Air Asia turun (nilai pegangan Khazanah turun, tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air naik...Tony untung).

2) Timbul persoalan dalam ketentuan operasi masa depan Air Asia X yang menjadi halangan dalam usaha untuk menyenaraikan Air Asia X untuk mendapatkan harga yang baik. Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecah kebuntuan dengan mencanangkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah, kerana berjaya mematikan persaingan daripada MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.

3) Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Air Asia dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah Khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS daripada Air Asia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan. Dalam pihak pengurusan dan eksekutif tertinggi Air Asia, tidak ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Air Asia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.

4) Dari segi apakah MAS dapat manfaat daripada Air Asia? Hakikatnya secara umum dari segala sudut collaboration, nyata MAS mempunyai kelebihan berbanding Air Asia.

5) Adakah ini bermakna Firefly tidak lagi menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Dan Air Asia sebenarnya telah berjaya melenyapkan persaing mereka dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan Firefly menggunakan cadangan yang datang daripada Khazanah atau Exco Pengurusan MAS?

6) Apakah perjanjian ini betul-betul memberi manfaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka?

7) Sekiranya sekarang ini saya masih berpeluang untuk terbang menggunakan MAS pada kadar harga yang lebih rendah dari Air Asia serta mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar dengan harga premium sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan dengan cara membayar harga premium?

8) Adakah Firefly masih dibenar menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik daripada Air Asia dan masih boleh memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari Air Asia? (Snack, minuman, check-in barangan, ketepatan waktu).

9) Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?

10) Adakah wakil Air Asia dalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi?...kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat mereka memenangkan Air Asia. Apalah sangat dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam Air Asia. Ini jelas conflict of interest.

11) Persoalan paling pelik, mengapa tidak dibentangkan analisis kedudukan kewangan Air Asia yang sebenarnya tidak stabil dan rugi, tetapi ada pula wang untuk beli saham MAS? RM7.7b HUTANG Air Asia setakat suku tahun pertama 2011 bukannya satu jumlah yang sedikit.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada MAS. Semoga MAS tidak diperkudakan oleh mana-mana pihak, dan keputusan ini dibuat setelah Khazanah membuat penilaian sewajarnya dan bukan sekadar "budy-budy" arrangement. Yang nyata MAS sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan berbanding Air Asia tanpa perlu pun menjual saham kepada mereka.

Edit dari sini.

Thursday, August 18, 2011

Berita Baik untuk Penjawat Awam

Khabarnya tahun ni dapat 3 kali bonus.

Aidilfitri dah dapat. Lepas ni bonus Aidiladha dan bonus hujung tahun bakal menyusul.

Khabarnya bermula Januari 2012 juga akan ada pelarasan Gred. Nama saja pelarasan Gred, tetapi yang sebenarnya semua kakitangan awam dari Gred 1 sampailah ke JUSA akan dapat kenaikan gaji.

Tak disebut kenaikan gaji sebab takut harga barang melambung. Maklumlah tokey-tokey Cina ni semua tembolok besar...pantang dengar gaji naik.

Tapi yang paling gembira sudah tentulah kakitangan awam yang menyokong pembangkang. Bagi mereka tidak mengapa jika tidak setuju dengan dasar kerajaan dan laksanakan dasar kerajaan sambil lewa saja. Tapi bila bab gaji naik, cepat saja mereka rembat. Biar rakyat marah kerajaan disebabkan attitude kerja mereka yang hampeh, asalkan penyokong pembangkang dalam kerajaan boleh sakau apa saja di depan mata.

Tahniah kepada kakitangan awam yang bakal naik gaji dan dapat bonus yang bakal diberikan oleh kerajaan BN. Kerajaan Barisan Nasional yang bagi tau...bukannya Penipu Rakyat!

Walaupun prestasi kerja kakitangan awam ramai yang di bawah par, asalkan fulus masyuk...hantam sajalah! Yang kesian ialah rakyat jelata yang terpaksa melayan pelbagai karenah birokrasi jabatan kerajaan yang entah bila hendak selesai.


Agak-agak anda tahukah siapa yang memulakan 'rasuah bonus' untuk kakitangan awam di Malaysia? Sedarkah bahawa bonus kakitangan awam bermula sejak 1991/92? Siapakah Menteri Kewangan Malaysia ketika itu?

RASUAH TERBESAR dalam sejarah kakitangan awam di Malaysia dimulakan oleh Raja Liwat aka Raja Suntut China Doll.

Sekarang PKR kutip dia jadi Ketua Umum.

Sesuailah tu...Bapak Rasuah Malaysia jadi Ketua Umum Parti Kuat Rasuah.

Nasib kau la yeh!

Ranking Dunia

Tajuk sodap merembat nie. Pak Sedaro fikir Ramadhan 1432H kali ini, banyak bonar isu-isu Nasional yang dikupas oleh PM. Menjelang 29 Ramadhan, kurang lebih Malaysia diperkaya dengan catatan rekod yang banyak, boleh dibawa ketawa dan berguling-guling kelakarnya, laksana side-roll di padang kawad Pusasda.

Lee Chong Wei bungkus dengan Lin Dan di Kejohanan Dunia, Lee Chong Wei balik ke Malaysia beralasan dia kena ubah taktik selepas ini. Apokah selamo dia main dengan Lin Dan, taktiknya pernah berubah. Pak Sedaro nampak Lin Dan lagi handal mengubah taktik. Fokus utama Lin Dan bukan untuk Ranking Dunia. Fokus Lin Dan ialah Juara Kejohanan Badminton Prestij Dunia. Sebab itu dia tak selalu menghayun raket macam Chong Wei.

Nicol David ialah ikon dan idola sukan Malaysia untuk anak muda yang paling berprestij. Ini baru namanya World Class Player. Sentiasa bertenaga, bersemangat kental dan bermati-matian dalam semua perlawanan. MSN kena buat kajian peribadi dan minda bagaimana Nicol David begitu konsisten. Bukan takat, beri gelaran, saguhati, elaun, bonus, ganjaran dan Anugerah Sukan Negara ajo. Jadikan Nicol David, spesimen Kajian Hidup.

Naib Canselor UM sedang menjadi "bull-eye". Sebab gilo nak kojar Ranking Dunia, maka, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dikucilkan. Yang demikian, 146 pensyarah hebat sejak 2009 pakat-pakat keluar baris dari Universiti Malaya. Yang diheboh bonar, nak kojar kedudukan 100 universiti terbaik dunia, apo jadah! Nilai budaya ilmu kelompk 1-100 yang ado semaso, umur survival universitinya sudah lebih 70 tahun ke atas. Universiti-universiti ini begitu totok dalam Bahasa Negara Bangsa masig-masing, seterusnya, proses penterjemahan berlaku seiring dan sejalan.

Tragedi demi tragedi tentang putus jari, kelompong mato sebagainya di Kelantan dan Terengganu dek main mercun. Ini memang ranking dunia, sebab tak surut-surut cerito sejak 3 Ramadhan sampai nak rayo kang. Mungkin bebudak atau bapa budak yang boli tak mahir baco Bahasa Melayu. Kono ditulish dalam dialek budu dan dialek kepok lekor. Cukup-cukuplah, di Kelantan, Nik Aziz dan kabinet Nik Aziz kono kojo lobih untuk buat terjemahan pada mercun bola atau sebarang mercun, atau dilabel setiap Bazaar Ramadhan diterjemah dalam dialek budu, begitu juga di Terengganu. Ahmad Said kono buat kerja gitu. Atau ramai yang main mercun ini, berfahaman PAS! Khawarijlah katakan, bahawa jumpa syurga dah Ramadhan ni!

Kisah Melayu murtad, mengikut statistik Mufti Perak tahun 2005 sudah tersenarai 100 ribu manusia Melayu yang murtad. Hari ini, 2011 tidak kurang 250 ribu manusia Melayu murtad. Ya, ada kebenaran. Di lihat di Metropolis Kuala Lumpur sahaja, jelas kelihatan. Melayu Islamkah mereka ini, begitu banyak kelab Gay dan Lesbian yang didedah oleh Mastika, maka, dipersoal kembali siapa yang gagal? Kerajaan? Ibu bapa? Dunia? Pelajaran? Kehidupan? Pengaruh Freemasonry? Iklan? Media? Tak didik sejak dari RAHIM IBUNYA? Atau ramai benar Anak Luar Nikah di KL? Atau ramai Imigran secara HALAL dan HARAM di Malaysia? Kalau diselidik di KL, kumpulan GRO ramai mek-mek Akok, Janda dan anak peleseran dek penceraian ibu bapa yang kahwin kerana harta, cantik dan syok menaburkan air mani sahaja. Di mana perajurit PAS dan UMNO dalam soal selesaikan masalah ini?

Negara paling banyak beri wang ehsan kepada kakitangan awam ialah Malaysia. Bonus, Subsidi, Skim ialah wang ehsan Kerajaan bukannya hak pekerja. Hak pekerja ialah gaji bulanan. Itu yang bila tak cukup, kalau ada kuasa pangkat, kuasa pen, kuasa mulut, maka, buatlah kerja-kerja HALAL (yang didefinisikan oleh mereka) untuk minta DUIT HARAM, PAW TAUKE, PUSING SEBUTHARGA, PUSING TENDER, JANJI BOLEH DUIT CARA SALAH. Bilo kena tangkap, menggelupur tak sudah-sudah. Sobab banyak makan RASUAH, itu pasal banyak masalah rumahtangga, anak-anak kelam kabut, surau dan masjid lenggang, kuliah agama daif benar korumnya. Banyak benar masalah timbul bilo dunia dipuaskan tanpa kematangan ilmu agama.

Nampaknya, buku Dilema Melayu karangan Dr. Mahathir masih benar. Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri kupasan Pendeta Za'aba masih tepat. Salatus Assalatin riwayat Tun Sri Lanang masih menepati zaman. Apakah wujud penyelesaian? Atau ini sebahagian daripada proses kemerdekaan?

Wednesday, August 17, 2011

Wahyu DAP untuk PAS


Al-Amen: Khairil, abang dah tak kuat lagi. Kalau boleh abang nak mintak kamu teruslah usahakan tanah abang tu.

Khairil: Jangan cakap macam tu abang Amen (sambil berkata dalam hati, "Tak sia-sia aku baik dengan abang Amen. Dapat jugak aku tanah dia. Padan muka Abu tak dapat apa-apa.")

Al-Amen: Segala tanaman, ternakan, villa, traktor semuanya abang serah pada kamu. Tolong jaga baik-baik dan jangan lupa siram setiap hari tanaman tu ya.

Khairil: Pasal tu abang Amen jangan risau. Tapikan, saya ada sedikit musykil.

Al-Amen: Musykil apasal pulak?

Khairil: Saya tak pernah nampak pun tanah abang Amen. Kat mana sebenarnya tanah abang Amen tu?

Al-Amen: Ada...cuba kau tengok FARMVILLE kat Facebook abang tu. Nanti abang bagitau apa passwordnya.

Khairil: @#$%^&*

*********

Begitulah analogi perjuangan Pas kini, daripada hasrat asal menubuhkan negara Islam, kini berubah kepada perjuangan negara berkebajikan. Satu perjuangan yang jelas berundur kebelakang. Satu perjuangan yang hakikatnya lebih dulu dilaksanakan oleh UMNO. Sedangkan Pas yang asalnya bercita-cita meneruskan legasi Rasulullah SAW, para sahabat dan Ulama Muktabar; kini telah berpaling kepada perjuangan yang hanya mengejar fatamorgana semata-mata.

Bayangkan, sesudah lebih 3 tahun sejak pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, baru kini Pas mendapat idea negara berkebajikan yang direkayasa oleh Hadi Awang pada 9 ogos 2011. Itupun bersempena pelancaran buku politik konsep asas negara berkebajikan yang entah siapa penglipur laranya.

Mengapa Pas memerlukan masa selama 60 tahun sejak penubuhannya pada 1951 hanya untuk merongkah idea mencipta sebuah negara berkebajikan? Jawapannya, sudah tentulah kerana Pas baru saja mendapat 'wahyu' dan 'password' daripada rakan sekutunya DAP.

"Over my dead body!" tentangan Karpal Singh suatu ketika dulu terhadap impian Pas yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah ketika itu para mujahidin Pas menghentam dan memaki hamun Karpal Singh. Malah ada dikalangan Pas yang mengisytiharkan jihad serta sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP itu.

Kini, belum pun mati Karpal Singh, tup-tup Presiden Parti Islam SeMalaysia mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab 1432H bersamaan 06 Jun 2011, bahawa Pas tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam, sebaliknya mengeluarkan fatwa baru bahawa negara Islam tidak ada dalam Al-Quran.

Karpal Singh kini boleh tidur nyenyak beserta dengkuran kepuasan. Kit Siang sudah boleh tersengeh meleret sebagaimana Bapak Anwar Bin Ibrahim tersengeh melihat China Doll berbogel atas katil.

Sangat menyedihkan apabila fatwa terbaru Hadi itu sebenarnya sangat menghina para syuhada, mujahidin serta para pejuang Pas terdahulu yang bukan saja sanggup berkorban harta benda, malah ada yang sanggup menggadai nyawa demi merealisasikan Amanat Hadi yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam.

Begitu ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi yang dilaungkan di Kg. Benggol, Peradong pada 7 April 1981, sehinggakan ada pemuja Hadi yang tergamak mengkafirkan UMNO serta bangsa Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah negara Islam.

Rentetan amanat itulah, maka muncul kes solat jemaah dua imam, diharamkan makan sembelihan sesama Islam, boikot kenduri dikalangan sanak-saudara yang berlainan fahaman politik, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa dan pelbagai lagi peristiwa yang telah merosakkan banyak hubungan silaturahim. Tapi rupa-rupanya, selepas 60 tahun, pengorbanan mereka semua hanyalah sia-sia kerana perjuangan yang mereka yakini dan sokong selama ini, kerana Hadi kata negara Islam tiada dalam Al-Quran pun.

Kepada ahli Pas yang mewakili majoriti bisu selama ini...Bangkitlah! Janganlah terpedaya dengan omokan pemimpin Pas hingga terpana dengan kilauan palsu Putrajaya.

Kalau dulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS kini yang memfatwakan negara Islam tidak ada dalam Al Quran?

Tepuk dada tanyalah iman.

Tuesday, August 16, 2011

Skim Telo Izzah Anwar

Luar lingkungan Nurul Izzah Anwar memberi fenomena pemikiran songsang yang jelas, bahawa Nurul Izzah ini sudah menjadi boneka mainan papanya, Saudara Anwar Ibrahim. Pak Sedaro terpanggil untuk memayung pemikiran plural Izzah ini kerana Jabatan Penerangan UMNO masih sibuk bersidang dalam bilik dan kamar 7 kotak mereka. Ternyata, Jabatan Penerangan UMNO hanyalah media baru dalam sebuah media baru UMNO.

Nasib baik Nurul Izzah ini bukan anak seorang Perdana Menteri atau menantu kepada Perdana Menteri. Namun dia ialah anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997 sewaktu Anwar Ibrahim dipesan oleh Dr. Mahathir untuk undur diri secara terhormat.

Skim Telo Izzah Anwar menulis bahawa skim-skim Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional semuanya bersifat impian dan rembesan penuh angan-angan. Tiada barang satu pun yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat. Apo kau ni bungko ko Izzah! Yang apak kau menentekedarah sepanjang masa hingga hari ini, diberi masa untuk dolak-dalik, tangguh-tangguh, keluar-masuk sempadan negara, pi mai-pi mai jumpa China Doll, itu semua adalah SKIM EHSAN BARISAN NASIONAL dan KERAJAAN MELAYU ISLAM UMNO.

Kau diberi tempat di UTP, Tronoh sebelum escort apak kau jemput tergesa-gesa di waktu malam untuk keluar daripada UTP pun sobab Skim Kerajaan UMNO. Kononnya kata Izzah Dana Negara perlu dibelanjakan untuk memboleh manusia dan persis manusia seperti PKR, DAP, PAS, PSM, Plural, Liberal, GERAKAN boleh berpayung di Malaysia. Apo kau gilo, abih selama ni Dana Negara tak dibelanjakan ke? Kok Dana Negara tak dibelanjakan mana datangnya Elaun Ahli Parlimen tu.

Boleh ke kau kongsi dengan rakyat Elaun Ahli Parlimen RM750,000.00 setahun? Duit BONUS misalnya ialah Wang Ehsan Negara kepada Pekerja Kerajaan. Bukan ada dalam mana-mana peruntukan, bahawa Kerajaan Malaysia mesti beri BONUS kepada pekerja. Masa, apak kau tunggu kerusi Menteri Kewangan, bukan saja "hangus" pemberian BONUS melampau, malah ditaja suku-sakat yang hari ini bersekongkol dengan PKR pelbagai "pink-form" dan cetakan duit. Sebab tu bila Gobalakrisna memekak kepada Anwar Ibrahim, sonyap sunyi Anwar Ibrahim. Ingat, Gobalakrisna dulu ialah Setiausaha Agong MIC.

Pak Sedaro nak posan kepada Skim Telo Izzah Anwar, kalau nak berhujah dan berdayung dalam Tsunami Politik Massa, jadilah lebih bijaksana. Kok iyo nak berjuang isu-isu besar, fikirkan bagaimana "isu-isu Perbandaran Melayu boleh dilaksana", "isu-isu Mengurangkan Kos Sara Hidup Kota Metropolis untuk pekerja di bawah RM3,000 sebulan", "bagaimana Jawatankuasa Khas Pilihanraya di Parlimen boleh berperanan, dalam padang 1 Malaysia yang kau sibuk berpolitik di Lembah Pantai, hari ini?"

Berapa banyak duit skim-skim yang kau sebut dalam Sinar Harian Selasa 16 Ogos 2011, telah dimakan kenyang oleh kalangan DAP, PKR, PAS, PSM selama bernyawa di Malaysia?!

Monday, August 15, 2011

Dakwah Meleweh

Pak Sedaro merasokan para da'i kita lomah longlai dalam meresapi kegiatan dakwah sebenar dalam Negara Majmuk, Majoriti malah dominan rakyatnya berketurunan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Majoriti penduduk Melayu Islam seramai kurang lebih 16.75 juta, tolak dengan Melayu murtad, adolah sekitar 16.748 juta.

Tanya para da'i hari ini, mengapa Masjid Negara, Almarhum Tunku suruh buat berhampiran Stesen Keretapi Kuala Lumpur? Tanya juga pada penda'i hari ini, kenapa Masjid Jamek Kuala Lumpur dibina dihujung pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, berhampiran Pasar Kuala Lumpur dulu (kini Central Market) dan Stesen Bas Kuala Lumpur marin (kini Bangunan Burger King)?

Apakah kumpulan lebai yang banyak meresapi partai siasah PAS berfikir bahawa pembacaan Al-Quran diperdengar kepada awam melalui corong pembesar suara, satu kaedah "mistik" penyampaian dakwah cara halus? Sedarkah para da'i bahawa alunan qari membaca quran memberi roh dan gelombang theta dan delta kepada alam sekitar, gelombang ini bercakap kepada roh-roh persekitaran?

Apakah para da'i tidak mengkaji bahawa manusia hidup dalam 4 alam gelombang. Iaitu Beta (masa kita habis 16 jam) untuknya, Alpha semasa tidur, Theta dan Delta semasa ada yang mengaji di hening subuh, buat Qiamulail, berjalan malam di dalam hutan berseorangan di kelilingi gelombang alpha, maka yang berjalan kaki berzikir (dia berada dalam gelombang theta).

Ilmu metafizika para da'i mesti ditingkatkan. Kenapa ramai Melayu sanggup murtad dan mensyirik Allah, kerana mereka bersahabat dengan gelombang Beta yang melampau, dan tiada insan yang mendalami lubuk hati Alpha mereka. Kisah Natrah ialah subjek yang cukup relevan jika di kaji. Kisah seorang wanita Melayu di Rengit yang dilarikan ke Korea Selatan semasa Perang Dunia Kedua oleh Jepun akhirnya tak tahu langsung cakap Melayu, sukar untuk dipastikan agama anutan selepas dia mati? Kes anak seorang imam masjid memesong akidah hingga sanggup syirik dengan agama berhala api, menjadi Hindu, berlaku di Kajang 10 tahun lalu. Terlalu banyak kes yang tidak didedahkan kepada awam.

Maknanya, hari ini JAKIM mesti sanggup memberitahu secara fizikal maklumat bahawa bilangan yang murtad dan mengemukakan dokumen "keluar Islam" sudah mencecah 100 ribu orang daripada Bangsa Teras iaitu Melayu. Ini memberi gambaran betapa lemah, leweh dan bewehnya Gerakan Dakwah Islam dan Ketahanan Mental serta Fizikal dan Ekonomi Para Da'i Islam.

Banyak tulisan dalam blog PM ini mendedah bagaimana gerakan Freemasonry dan pendakwah Kristian bertugas dan bertindak dalam usaha seleweng, pesong dan murtadkan anak Melayu Islam. Kenapa JAKIM tidak ambil peduli atau belajar?

Sedarkah kalian, bahawa bukan manusia yang bergraduan daripada Fakulti Pengajian Islam sahaja boleh diangkat sebagai pendakwah. Anak muda Melayu Islam yang berkelulusan Media dan Muzik misalnya, boleh dilatih menjadi da'i yang hebat. Anak muda berkelulusan Maktab Polis atau Kolej Tentera Udara boleh dilatih tubi menjadi da'i yang hebat.

Hari ini, Menteri JAKIM ialah bekas Pengarah KAGAT ATM. Tugas terakhirnya sebelum diangkat Senator dan Menteri ialah belayar ke Teluk Aden untuk bersama pasukan penyelamat tebusan MISC. Jamil Khir Baharom sewajarnya amat jelas keperluan dan kejelekitan ilmu yang mesti dikuasai dan dimiliki oleh seorang pendakwah.

Wang Baitulmal dan Zakat begitu banyak wajar digunakan dalam usaha TRANSFORMASI DA'I dan SELAMATKAN AKIDAH 100 ribu manusia tadi.

Kepada pengikut PAS sedarlah bahawa Nik Aziz Nik Mat sudah tidak sesuai. Sempena malam Nuzul Quran 17 Ramadhan, insaflah. Pesanan guru ilmu tersohor, Almarhum Pendeta Za'aba bahawa insan baik ialah insan yang menjalankan tugas membina kejayaan dan mengurus kejayaan, sesuai dengan petikan laungan azan "Marilah Menuju Kejayaan".

Kepada pengguna Blackberry

Dail di Blackberry anda nombor *#06# dan kemudian akan muncul 15 digit nombor IMEI.

Contoh 15 digit nombor yang akan keluar ialah 355256.10.311780.6.

Berdasarkan contoh nombor IMEI di atas, susunan angka ketujuh & kelapan IMEI tersebut adalah 10. Ini bermakna Blackberry tersebut dikilangkan di Finland dengan kualiti yang sangat baik.

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 08 atau 80, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Jerman dengan kualiti yang baik.

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 03, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Perancis atau Canada dengan kualiti yang paling baik.

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 02 atau 20, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Asia dengan kualiti yang kurang elok.

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 04, maka Blackberry tersebut dikategorikan sebagai 'limited edition' yang dikilangkan khusus di Canada dengan kualiti teknologi terbaik di dunia.

JUSTERU, seandainya Blackberry kepunyaan anda tidak tersenarai langsung dalam salah satu nombor siri IMEI di atas, bermakna anda sebenarnya memiliki Blackberry palsu.


Apakah kualiti sebenar Blackberry anda? Selamat mencuba!

Nik Aziz berbangsa CINA?

Assalamualaikum,

Semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera, dikuatkan iman oleh Allah s.w.t untuk menempuh dugaan dalam menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Dalam kita bermuhasabah diri, mengembalikan kembali jati diri sebagai seorang mukmin sejati yang taat kepada perintah-Nya, maka janganlah kita lupa untuk mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia.

Menyentuh isu hubungan kita sesama manusia, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat bersama semua pembaca tentang berita yang saya tonton di tv malam tadi berkenaan ulasan Nik Abdul Aziz mursyidul amPas, tentang tindakan kerajaan Pulau Pinang menghalang umat Islam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan pembesar suara. Pok Nik mempertahankan tindakan kerajaan DAP itu semata-mata kerana bencinya dia terhadap UMNO.

Wahai Nik Aziz...jangan jadi BANGANG! Ini negara Islam! Perlembagaan Persekutuan telah memperakukan bahawa Agama Persekutuan Malaysia adalah Islam. Yang Pok Nik bangang sangat nak menjaga hati budak-budak cina chauvinist tu buat apa?! Mangkuk DAP tu selama ni tak pernah sedikitpun nak jaga hati umat Islam di Malaysia ni. Hampir SEMUA Kaum CINA di MALAYSIA tak kira apa pun partinya SANGAT JARANG menjaga keharmonian hubungan sesama kaum.

Cuba kita fikir sejenak, andaikan Malaysia sekarang adalah negara Cina, agaknya berani tak Nik Aziz nak cakap pada kaum cina, "Wei nak mati pun bising ka? Gendang sana, gendang sini. Kalau mau mati pun dok diam-diam sudahlah. Lepas tu nak berarak pulak usung mayat. Lu tau tak jalan jammed tiap kali ada Cina mampus?"

Agak-agak berani tak Nik Aziz cakap begitu dengan orang Cina?

Tetapi Cina sekarang ni berani pulak nak menegur Melayu dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Tu belum lagi dapat mandat memerintah Malaysia, dah berani hina Melayu & Islam, kalau dah bentuk kerajaan tak tau la apa jenis samseng pulak mereka nak tunjuk...

Jadi, kepada sekalian warga CINA yang diberikan kerakyatan oleh bangsa Melayu...ini satu pesanan ikhlas dari saya;

WEI CINO!!! DEN TAK USIK KAU...EKAU JANGAN MENGADO NAK USIK DEN. KAU JANGAN INGAT MELAYU TAKUT! LOBIH BAIK DUDUK DIAM-DIAM HA APEK...

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, August 14, 2011

The London rioters used BlackBerry Messenger to communicate undetected


The London rioters used BlackBerry Messenger to communicate undetected While social technology has played a pivotal role in past citizen uprisings, it may have also helped spread a wide swath of violence and looting throughout the London area over the past four days. Yesterday, BlackBerry maker RIM issued a statement that it would cooperate with English authorities to investigate how its mobile messaging client, BlackBerry Messenger (better known as BBM), contributed to the riots. Today, RIM’s official Inside BlackBerry blog was infiltrated by a hacking collective known as TeaMp0isoN, with a threat: “If you do assist the police by giving them chat logs, gps locations, customer information & access to peoples BlackBerryMessengers you will regret it.” BBM is a phone-based instant messaging system that allows BlackBerry users to chat quickly in real-time — and its instantaneous and private nature might have made it the ideal communication platform. Read more...

Blog Archive