Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 13, 2010

Lewat Jakarta

Pak Sedaro menulis dari Jakarta. Sudah beberapa hari berziarah ke Jakarta melihat dengan pelbagai perubahan besar yang berlaku. Ada banyak yang boleh diangkat sebagai teladan oleh Rakyat RAJA di Bumi Melayu.

1. Keperluan memperkemas dan menaik taraf survival umat.

Jakarta semakin rakus sifat semulajadinya. Kenderaan beroda empat semakin berkembang biak, ibarat cendawan selepas hujan. Bangunan yang dinamakan gedung dan toko "shopping malls" dan hotel-hotel mewah makin bercambah di Jakarta. Namun dalam proses membangun kota, implikasi kepada warga Melayu Indonesia memberi kesan mendalam. Siapakah mereka?

2. Peluang perniagaan kreatif.

Pak Sedaro berjalan kaki ke Pondok Gede, Bekasi. Sebuah pekan moden yang dibangun dalam kawasan pinggir bandar/kota. Sekitar 25km dari Jakarta, yang perjalanannya melewati Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan. Pekan ini dulunya Pekan pinggir Bandaraya Jakarta, kini menjadi Little Jakarta, dek limpahan ketumbukan penduduk yang melampau. Apakah senario ini turut dialami di Bumi Melayu?

Pak Sedaro meneropong begitu cerdasnya kotak minda para usaha wang, yang menjadi segala "mak nenek" sebagai punca pendapatan untuk sesuap NASI. Daripada perkara yang tidak terfikir oleh Rakyat RAJA, baik suku-sakat Cina dan Keling di Malaysia, hinggalah "kisah-kisah korupsi" di kota besar. Apakah Bumi Melayu terlepas daripada gelombang survival manusia ini?

3. Keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Pak Sedaro diberi Allah izin untuk melihat bagaimana kelompok keluarga Palembang dan Jawa melangsung istiadat pernikahan dan perkahwinan. Dalam sibuk menuruti adat tradisi yang makin "kuno di Malaysia", mereka begitu istiqamah dalam mengurus disiplin aturcara Islami mereka. Pak Sedaro terkagum dengan kekuatan kelompok ini. Akhirnya, insan Rakyat RAJA anak Malaysia memimpin Bacaan Selawat dan Doa di Biwara Assembly Hall di Hotel BIDAKARA, Jakarta Selatan.

Pak Sedaro fikir sudah tibo masonyo Rakyat RAJA, khasnya daripada 9 buah negeri beraja dan beradat ini, mengembali dan memulangkan "dzat BERANI" dalam proses keantarabangsaan dan sejagat. Begitu banyak resepi dan adat tradisi Rakyat RAJA yang makin dilupa dan dipingirkan "ibarat kain tak cukup benang, pisang tak bertandan". Begitu tinggi nilai kekeluargaan yang hidup dan mekar, hingga sanak saudara yang berada ratusan malah ribuan batu, sanggup turun bersingsing lengan membantu. Pak Sedaro fikir "kito udah makin alpa dengan disiplin"..."Nang Kurik Kendi, Nang Merah Saga..." sambung le sendiri...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive