Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 6, 2010

DLL81: Perlembagaan - Dokumen Keramat

Pak Sedaro terpancut untuk menulis kepada kekurangan bicarawara yang dikendali oleh Syed Munawar dalam program Di Luar Lingkungan atas tiket Perlembagaan-Dokumen Keramat. 4 orang pembicara yang memberi hujah kepada isu-isu yang disensasikan, tidak mendalam kupasan mereka, khasnya dalam memberi perspektif kritikal secara tulus, apa itu Perlembagaan Persekutuan 1957.

Wacana Paneh Miang banyak memberi hujahan berfakta ke atas subjek ini, yang demikian, Pak Sedaro cuma hendak nyungkit beberapa elemen yang dibual oleh SM dengan 4 insan muda, Malaysia. 2 antara mereka daripada Majlis Peguam yang masih muda, yang terlibat dalam kempen Perlembagaanku, manakala seorang budak perempuan yang punya pemikiran demokrasi liberal ala-Amerika dan seorang Setiausah Agung Kelab Graduan Belia 1 Malaysia, yang nampaknya gayat bila tak tahu apo yang nak dihujah balaskan.

Oleh kerana kedangkalan mereka, dalam menilai sejarah perihal bagaimana kewujudan Perlembagaan Persekutuan 1957, maka, mereka hanya bercakap sekitar bahasa persuratan bermula tahun 1955 hingga 1957. Mereka tidak langsung mengimbau implikasi 1941 - 1943 kepada Perlembagaan Persekutuan. Bahagian 2 yang bermula daripada Perkara 4 hingga Perkara 13, merupakan elemen yang lahir kesan daripada onar berlaku 1945-1955, tetapi tidak dikupas secara mendalam.

Akhirnya, budak lawyer perempuan itu pun bercakap soal Akta Polis tidak cocok dengan Perlembagaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak cocok dengan Perlembagaan. Apakah dia sedar makna Darurat Pertama dan Darurat Kedua? Bagaimana, persetujuan DURBAR 1897 memberi kesan kepada Inggeris dalam bersetuju dengan kandungan utama Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3, Perkara 32, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160 dan Perkara 181. Apakah peguam-peguam muda tidak sedar bahawa Persekutuan Kerajaan Melayu yang pertama wujud terlebih awal daripada Demokrasi di Amerika Syarikat ialah di Bumi Negeri Sembilan. Perjanjian tua antara Raja Melewar dengan Sembilan negeri di bawah Persekutuan Melayu, yang menjemput Raja Melewar sebagai Yam Tuan Besar. Sejarah ini boleh didapati di Seri Menanti.

Inilah antara kesan bagaimana Persekutuan Tanah Melayu wujud dan bagaimana Kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong hadir dalam kalender dan kamus pentadbiran Kerajaan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Banyak sejarah Tua yang tidak menjadi landasan dan intipati perbahasan. Bukan semua elemen Perlembagaan Persekutuan boleh dicapai secara logika akal semasa. Persejarahan Bumi Melayu ini turut disokong oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim. Juga Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Istana Bogor di Bogor, Indonesia banyak menyimpan koleksi Sejarah Melayu Nusantara yang memberi nilai kepada implikasi Perlembagaan Persekutuan 1957.

Kerana itulah, apabila kita lalai dalam mengenal intipati Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah sebagai asas yang mendewasa minda, maka kita tidak kritikal apabila Perkara 3 diwarta secara TEPAT, TERANG DAN JELAS, tanpa pertikaian oleh Queen of England pada tahun 1956. Semua Gabenor Jeneral yang ditugas memantau dan memandu pentadbiran penjajah Inggeris di Bumi Tanah Melayu tidak BERANI untuk mempertikai dan menginjak Perkara 3 sebelum ianya diwarta secara RASMI.

Hari ini, manusia moden Malaysia yang menikmati kemewahan atas Dasar Perkara 153, sudah mula melacur keturunan dan pusaka kaum masing-masing. Hari ini, mereka yang diterima atas asas Perkara 14 dan Perkara 15, telah mula mencucuh api di muncung obor Bangsa Melayu.

Program Di Luar Lingkungan oleh Syed Munawar, begitu longgar sifatnya. Pembicara amat mentah dalam memberi sifat sebenar APAKAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957? Kepentingan Bahagian 2, bermula Perkara 4 hingga Perkara 13, amat wajar dikaitkan dengan kewujudan Akta Pertubuhan 1966 (338) dan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007, merujuk khusus kepada Seksyen 2a dan Seksyen 31 (a-e) masing-masing.

Juga dibuka lembaran kewujudan Akta Polis, OSA, ISA, Ordinan Darurat, dan Kuasa-kuasa khas Majlis Permesyuarat Raja-Raja Melayu.

Syed Munawar, Pak Sedaro cadangkan kau jomputlah Pak Tuo seperti Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Mohd Nor Abdullah, Atau DYMM Sultan Perak kerana baginda Bekas Ketua Hakim Negara [afdhal], Tan Sri Micheal Chen [bekas Setiausaha Politik Tun Razak], Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Khoo Kay Kim, Musa Hassan dan lain-lain, yang mano mereko ini lobih bijak daripada panel suku masak yang kamu undang.

Kok iyo pun nak panggil budak lawyer mudo, ambiklah yang berjonis. Yang tahu pucuk, ranting, banir, batang, buah dan putik. Perlembagaan Persekutuan 1957 bukan sahaja Dokumen Keramat tapi inilah URAT NADI DAN PEMBULUH DARAH KETUANAN MELAYU di muka bumi Allah yang namanya Bumi Tanah Melayu "Malaysia".

1 comment:

Blog Archive