Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, September 9, 2010

Ahli Parlimen LOPONG

Pak Sedaro perhatikan 80% Ahli Parlimen Malaysia terdiri daripada kalangan manusia punyai Dokumen Pengajian berkajang-kajang, tapi masih LOPONG dan HAMLAU...BILO menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah sobagai Wakil Rakyat bukan wakil kawan atau wakil parti atau wakil kaum atau wakil suku atau wakil perut. Pengertian Wakil Rakyat ialah saudara dan saudari telah menghambakan diri kepada keperluan rakyat dan kehendak masyarakat.

Namun oleh kerana nawaitu berpolitik dan berpolitiking ialah atas panji-panji Duit, Pangkat, Gelaran dan Pingat kebesaran untuk dicanang dan dicincang seantero ceruk bumi Malaysia, maka 80% kalian Ahli Parlimen dan 80% kalian Ahli Dewan Undangan Negeri, sanggup melukut di tepi gantang. Sanggup minum air longkang nafsu serakah yang makin menjahanamkan kesatuan dan kekuatan kerukunan Negara ini.

Kito sudah sungkit perihal Ahli Parlimen Sembrong yang makin syok dibuai bisikan-bisikan kultus firaun kelilingnya, lopeh reda Rayo sakan ini, kito akan bawa pembaco menilai Ahli Parlimen T******* pulak, yang dilihat begitu gayat melepasi badai-badai hakikat politik dan realiti kekuatan fakultus kesarjanaan. Kito sudah bawa fikrah pembaco menilai Ahli Parlimen Kemaman yang jago KBS, kito akan bawokan beberapa lagi kegayatan dan gelagat fikrah Ahli Parlimen, baik yang namanya Rakyat Raja, Pribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli mahu pun Kaum-kaum lain untuk bidikan masa depan kalian.

Menjelang hari esok, 1 Syawal...

Pelbagai peristiwa memual dan mengkhayal rakyat daripada fokus harga barangan makanan dan runcit di pasaran terbuka Malaysia, baik di pasar-pasar awam, pasar tani, pasar Mega Syawal, pasaraya dan pasar tumbuh sendiri di lokasi tertentu di Malaysia.

Kisah Musa Hassan keluar baris dengan pesanan kepada KDN di sambut oleh KSU dan Hishamuddin. Ini bukan media provokasi dan toleran yang bijaksana. KDN kena belajar daripada arwah KSU dulu, Tan Sri Azizan Zainul Abidin. Baco bukunya untuk menilai peribadi dio dalam mengawal dan mentadbir KDN. Insan ini pergi tanpa sempat memberi input yang berguna secara lisan kepado sepupu Najib dan siapa pun KSU seterusnya. Tapi insan ini telah meninggalkan buku bertajuk "The Quintessential Man".

Musa Hassan melepas beban KPN kepada Ismail Omar, seorang yang berguru atas Adab dan Nilai Ilmu yang tinggi. Pak Sedaro konal bonar Mail ini, sobab selalu dio turun sini, bincang adik-beradik soal ilmu dan peradaban, apo laei bilo bokorjo sobagai Ahli Keselamatan Negara.

Kisah Perkasa "Ibrahim Katak" dengan "Mr. Nori" menjadi bahan lelucon khasnya dalam media The Malaysian Insider. Isu ini tak pernah sudah disebabkan Pemuda UMNO terdiri daripada budak-budak hingusan yang tidak tahu mana akar, ranting, batang, putik dan buah. Setiausaha Politik Najib yang baru, si Soffian Awang, KP Kuantan, pun tak bijaksana membereskan polemik kuda kayu yang dihasilkan oleh Mr. Nori. Yang kau berduo heboh, tak habis. Kau tau tak, budak Melayu dah makin tak pedulikan PRU-13.

Provokasi oleh BENDERA di Indonesia merupakan drama yang dirancang dan ditaja oleh kelompok pelampau tertentu. Pak Sedaro tidak perlu sebut mereka, kerana lepas raya kumpulan ini akan disumbat dalam jeriji besi secara bersahaja. Kau tunggulah baghal. Sobab dek kau, negaro den kucil. Sobab dek kau, imej Islam dan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan makin dicabar-cabar. Kau sodar tak peristiwa pada 3 April 1949 di Kuala Kangsar, inilah pesen percikan buang api yang diludah kepada masyarakat...akhirnya kau jawab sendiri.

Kisah kebiadapan politikus hingusan yang menghina dan menafikan secara tersirat Kuasa Raja dan Sultan seperti di Selangor, telah mencemar institusi Kesultanan Melayu sebenarnya. Tapi tiada peruntukan undang-undang digasak pado mereka.

Kisah budak bahalol Cino Muar yang selamo ini mencaci maki Rakyat Raja diperam sebagai Bangkai Bernyawa, "take it easy"...kato Yahudi.

Kisah ajaran sesat, kisah buang dan bunuh bayi, terlalu banyak kisah yang negatif menjadikan bumi Melayu ini diselubungi awan-awan Negatif.

Pak Sedaro goso YAB Najib dan YAB Muhyiddin dorehlah bina "Board of Eldest". Jemaah kepimpinan saudara AMAT LEWEH, BEWEH, HAMPEH, LEMAU DAN LEKEH di mata sebenar Rakyat Malaysia. Jangan sibuk menabur perjanjian RM10 billion untuk galakan kegiatan belia maso Perhimpunan Belia Negara, sodangkan yang semaso pun tak ditunaikan lagi yakni RM5 billion untuk Ekuinas.

Kau poielah berunding dengan Haji Abdul Rahim Haji Abdul Wahab, Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd. Kau poeilah berunding dengan Principal Money Owner yang bersusah payah bawa masuk duit dalam Malaysia. Apo yang nak kau orang kelentong lagi maso Bajet 2011 ini? Mano nak dicokau duit?

Pak Sedaro sodih melihat keturunan Rakyat Raja makin PARIA di bumi sendiri. Inilah Universiti Ramadhan. Moga kalian belajar dan faham makna "PUASA", dan tidak tergolong dalam "AHLI PARLIMEN LOPONG".

2 comments:

  1. Apo yg kau meraban ni cicit komut, kalau lah org yg terpalit dgn kes pun sokong. Jika tidak masakan Musa berani buka pekung didada. Dulu musa gaduh dgn Johari Baharum KDN sekarang pun dgn Menteri Hisham. Sudah tontu Musa ada Trump Card. Ada otak pikir. Ekau marahkan Firaun sekeliling tapi Mahafiraun ekau puja. Rakyat ado mata, kenapa NAMAWEE tiado tindakan. Sobab kita takut dgn Hantu Cina. Itulah jgn jadi Telunjuk kelingking berkait.

    ReplyDelete
  2. Salam pada semua warga Paneh especially Uncle,

    Realiti kehidupan memang tidak ada yang sempurna. Tapi saya yakin DS Najib sedang buat dan berusaha kepada yang terbaik untuk kita semua rakyat Malaysia. Yang lain terserahlah pada Allah swt.

    Saya bersyukur Najib PM saya. Saya bersyukur saya lahir di Malaysia, jadi rakyat Malaysia. Saya pun bukan perfect sangat dan sumbangan pada Negara pun tak banyak. Jadi saya rido dan saya berterima Kasih atas segala limpahan rahamt dan rezeki Allah swt pada Malaysia.

    Lihatlah pada apa yang kita ada, syukurilah..

    Selamat BerMaafan, kita semua bersaudara..tegur menegur nasihat menasihat itu Agama..

    Selamat berhari raya, bila makan lomong kuala pilah jangan lupa pada saya..dan satu lagi jangan main mercun..

    ReplyDelete

Blog Archive