Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 23, 2011

Tip of Borneo

Melihat keamanan dan kedamaian seperti diperihal dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dari Tip of Borneo. Tunisia, Mesir, Jordan, Syria, Libya, Yemen, merupakan barisan negara-negara Teluk dan Timur Tengah yang terjajah fizikal dan mentalnya selepas Perang Dunia Pertama meletus.

Gelodak Revolusi Industri di Eropah turut memberi kesan langsung kepada kabilah-kabilah Arab yang para pemerintah KeSultanan Tanah Arab. Melihat kepada senario ini, apakah umat Melayu tidak belajar erti dan makna MERDEKA?

Apakah keturunan kaum pendatang seperti sahabat Cina dan Benua Keling tidak belajar dan insaf soal kepentingan AMAN dan DAMAI.

Telahan Pak Sedaro makin menjadi benar. Merlimau dan Kerdau akan menerima teriakan dan gempita pasukan-pasukan politik Melayu beradu kekuatan sementara dan fana.

Dalam mesej yang hakiki, sedarkah para pengundi apakah petanda di hujung jalan pada 31 Disember 2011? Apakah persiapan UMNO dalam menjadi kubu pertahanan dan persedian barisan panglima perang sudah di tahap optimum?

Melihat dari aspek pemimpin muda, misalnya peristiwa di Lumut pada 18 Februari-20 Februari semasa MPAT Gerakan Belia 4B Malaysia, memperlihat sikap pengemis muda. Tiada roh dan zuq perjuangan rakyat Raja. Tiada pegawai belia mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tiada keputusan muktamad tentang hal berkaitan Geran Bantuan Pengurusan Persatuan. Apakah Presiden seusia Gaddaffi boleh menuntut sejumlah RM 20 juta kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan, agar satu Dana Belia 4B Khas diumpukkan?

Apakah wujud simbol "garang, tangkas dan bistari" dalam kalangan pemimpin dan jawatankuasa 4B Kebangsaan? Siapa di kalangan mereka yang bersedia diratap seperti Almarhum Tun Dr. Ismail Ali dan Almarhum Dr. Aminuddin Baki?

Tip of Borneo merupakan sebuah epistimologi yang wajar dijarah oleh para pemimpin baik UMNO mahu pun 4B. Pak Sedaro fikir sudah masanya, untuk diwasiatkan makna perjuangan yang sebenar melalui Program Mahawangsa Beret Merah 4B Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive