Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, July 29, 2011

Mencari Kok Shoo Yin

1. Tiba-tiba teringatkan Kok Shoo Yin.

2. Apa sudah jadi dengan Kok Shoo Yin? Adakah Kok Shoo Yin adalah orang yang sama dengan penerima ijazah undang-undang dari National University of Singapore pada 1966?

3. Adakah Kok Shoo Yin masih hidup? Bagaimana pula keadaan serta perihal keturunan Kok Shoo Yin di Malaysia? Apakah kisah mereka hari ini?

4. Bagi mereka yang tidak tahu siapa Kok Shoo Yin, beliau adalah pemegang sijil warganegara Malaysia yang pertama dan menerimanya pada 14 November 1957 iaitu ketika berusia 17 tahun.

5. Andai Kok Shoo Yin masih hidup, beliau perlu dihighlightkan. Beliau perlu dijemput untuk memberi ceramah serta siri penerangan kepada ramai Cina chauvinist yang masih menyokong communist di Malaysia. Beliau patut menyedarkan ramai chauvinist yang sekaum dengannya di negara ini agar faham erti syukur, terima kasih dan menjunjung sikap toleransi serta penerimaan yang tinggi oleh pribumi Tanah Melayu terhadap kaum mereka, semenjak sebelum merdeka hingga kini.

6. Namun jika Kok Shoo Yin sudah mati, maka keturunan beliaulah yang selayaknya melaksanakan tanggungjawab menerangkan kepada kaum chauvinist betapa pentingnya perpaduan kaum, menghormati Raja-Raja Melayu, menghormati Islam, menghormati Bahasa Melayu, menghormati Hak Istimewa Melayu, serta menghargai taraf warganegara yang telah dikurniakan oleh bangsa Melayu kepada kaum mereka selama ini. Dan mungkin keturunan Kok Shoo Yin boleh dijadikan pemangkin kepada kempen 1 Sekolah Untuk Semua bagi menjamin ikatan perpaduan antara kaum agar bertambah kukuh di Malaysia?!

7. Atau Kok Shoo Yin serta keturunannya kini telah tergolong dalam kumpulan chauvinist serta masih pelat untuk bertutur bahasa Melayu? Ataupun keturunan Kok Shoo Yin telah tergolong antara 500 chauvinist yang setiap tahun memohon kepada imigresen untuk menukar taraf kerakyatan ke negara asing?

8. MCA dan Gerakan perlu mencari dan memanipulasikan sepenuhnya keturunan Kok Shoo Yin demi survival politik mereka.

9. Kerana MCA dan Gerakan kini dilihat oleh majoriti rakyat tidak lebih sebagai parasit dalam Barisan Nasional tanpa sebarang usaha untuk memastikan kaum mereka sendiri kembali menyokong BN.

10. Jangan sampai MCA dan Gerakan dimurkai Na Tuk Kong sudahlah...

9 comments:

  1. Kok Shoo Yin sedang giat mengimpot adik beradik sanak saudaranya dari tanah besar china untuk memberi perkhidmatan kepada korporat dan pemimpin Melayu di malaysia.

    ReplyDelete
  2. Di manakah keturunan Hang Li Po? Apa cerita tu? Tak kan tinggal perigi saja sebagai kenangan.

    Kat negara China, dah ada sejarah tertulis berkenaan beliau masa zaman tu sekitar tahun abad ke 1400-1500.

    ReplyDelete
  3. Masakan mereka tak tahu.. Periksa bawah laci, tersenarai segala nama2 keluarga keturunan Lim termasuk sanak saudara yang masih di Tanah Besar.

    Ada juga mereka yang kirim template (kayu ukiran nama simati) pulang untuk didirikan diAlter rumah keluarga mereka di Tanah Besar, agar generasi muda turut serta sembahyang..

    Jiran saya dari keluarga LIM, dan ini telah diceritakan kepada saya sendiri.

    ReplyDelete
  4. kok shoo yin keturunan teresa kok?

    ReplyDelete
  5. kok shoo yin bukan dari keturunan teresa kok,sebab shoo yin cantik tapi teresa kok tak cantik pun.

    ReplyDelete
  6. Sejarah tidak pernah menipu cuma ramai yang pura-pura tak tahu..

    ..pura pura lupa asal usul demi kepentingan politik masing masing. Apatah lagi dalam keadaan sekarang yang mereka rasa 'pucuk dicita ulam mendatang' sedang orang Melayu sendiri 'menyerahkan jiwa dan raga' pada mereka...sama-sama memburukkan dan mengaibkan pemipin negera yang sebangsa dan seAgama.

    Keturunan Kok apa lagi..terus berkokok-kokok...

    ReplyDelete
  7. Teringat Den pada Altantuya Sharibu.

    ReplyDelete
  8. Teringat Den pada Shamsidar, Saiful dan China Doll. Teringat juga den pada Norma di bilik 121, Din Puduraya, Koc Keretapi hihihi..

    ReplyDelete

Blog Archive