Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 21, 2011

Peminat PAS

Melihat kepada tsunami pemikiran dan biologi PAS yang makin menyongsang daripada fahaman seawal penubuhannya dalam rangka dan mauduk Ahlul Sunnah WalJamaah dan Sunni, selepas 1971 dikelabu asap ke dalam Agenda Syiah, Muktazilah, Qadariah, Jabariah dan Khawarij oleh pasukan Kaum Muda PAS seperti Nik Aziz, Abdul Hadi seterusnya.

Pak Sedaro terpancut minda cerdas untuk memberi sifir-sifir politik Malaysia kepada pengikut kuda kepang PAS bahawa PAS tidak boleh membina negara ini. PAS hanya bertanding di peringkat Dewan Rakyat sebanyak 66 kerusi. Indoktrinasi PAS tidak langsung dipersetujui DAP sejak Deklarasi Setapak 1967. Sumpah laknat DAP tidak pernah disepakati oleh mana-mana pemimpin Melayu sejak DAP mencetus Deklarasi Setapak, DALANG utama 09 Mei-13 Mei 1969 dan menjadi kacang hantu kepada tragedi Ibrahim Libya di Memali.

Aturan kerusi Parlimen 222 yang hari ini menjadi kerusi pertandingan dalam PRU-13 merupakan medan pertandingan untuk UMNO sebanyak 117 kerusi. Jauh daripada sifir ini, UMNO amat layak menjadi Ketua Eksekutif Negara Malaysia. Kerusi kemenangan 148 ialah kemenangan Majoriti 2/3, yang membolehkan sebuah Kerajaan Melayu Islam yang tidak pernah meruntuhkan mercu utama Persekutuan, iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Persepsi Dr. Lo' Lo Ghazali, anak bekas Mufti Perak yang telah dijemput Allah lebih awal, tentang beban tanggungjawab bapanya sewaktu memegang amanah sebagai Mufti Perak, diberitakan dikesali olehnya. Dek kerana beberapa perkara yang tidak dituruti oleh sifulan bin sifulan sepanjang kerjaya bapanya. Ikut skrip Dr. Lo' Lo kepad Dr. Asri. Ternyata, pernyataan Dr. Lo' Lo ini menjelas kecetekan ilmunya dalam memahami mauduk dan uslub pemerintahan sebuah Negara Melayu Islam yang baru bangkit daripada kesan-kesan penjajahan. Rupanya, ramai kalangan pemimpin dan peminat PAS ialah anak-anak kefahaman Syiah yang bersetuju dengan konsep fikir radikal dan sembrono. Tiada hikmah dan kefahaman mengurus nikmat merdeka secara sopan santun langsung rupanya.

Hari ini umat Melayu perlu bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara. Tetapi amat malanglah kepada umat Melayu yang bersetuju untuk BERSETUJU dengan HINDRAF, BERSIH 2.0, PKR, PAS, DAP, PSM, KITA, Komunis yang dihidupkan semula, Arqam yang dihidupkan semula, SYIAH, WAHABI dan gerakan-gerakan orientalis Freemasonry di Bumi Melayu ini.

Hari ini umat Melayu Islam berkekuatan seramai 15.6 juta, hanya 7 juta merupakan Pengundi Berdaftar dan Layak Mengundi. Dalam kelam kabut mengurus pola fikir "SERABUT" kelompok petualang Melayu seperti Anwar Ibrahim, namun rakyat yang sihat akal, tinggi ilmu begitu ramai yang berjaya ditipu helah oleh B.A.B.I. Maknanya, mengikut ilmu, lebih tinggi Modal Insan, maka rakyat sepatutnya jadi hebat. Tapi malangnya Modal Sosial rakyat masih dengkel.

Justeru, Pak Sedaro merasokan tibolah masa menjelang Ramadhan ini, rakyat Melayu Islam yang "confirm" tidak murtad, tidak sesuka hati mak bapak dia mahu tukar hak Allah kepada dia, tidak syirik, berMUHASABAH dan perbanyak solat sunat Israq, Dhuha, Awwabin, Taubat, Hajat, Tasbih, Istiharah, perlu didorong untuk membantu urusan menegak hak Perkara 3, Perkara 4 dan Perkara 121 dalam Negara Melayu ini, berasaskan prinsip dan nilai Gagasan 1 Malaysia.

Ingatlah kepada semua Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO, bahawa anda semua menangung DOSA rakyat, seandainya anda memilih untuk melacur, memperkosa, merogol dan mengkhianati Alam Melayu yang mula terbit sebagai sebuah Tamadun Agung sejak 1230.

2 comments:

  1. Salam Paneh,

    Syukran Uncle atas ingatan ini.

    Tentu ramai yang 'melenting',atas ingatan ikhlas Uncle Paneh ni, al-maklumlah orang Melayu sekarang kan semua cerdik cerdik.

    Yang sedihnya dalam cerdik cerdik belajar sampai ke timur tengah di bumi ambiya tapi mata hati tak celik dan mahu bersyukur atas limpahan Illahi pada diri dan Malaysia. Teruklah melawan Ulul Amri, pemerintah Sah Malaysia.

    Lebih peliknya sentiasa mendabik dada mahu memperjuangkan Islam, lebih Islam dari orang Melayu lain yang tak hebat Islam sebab tak berlindung bawah bendera bulan...tapi...tapi mereka yang hebat hebat ini disergah sekali bengali yang tak berserban je dah gelabah dan gostan!!!

    ReplyDelete
  2. tuan paneh,

    Kena bezokan ahli PAS dgn peminat pas.
    1. ahli PAS telah dijamin Tok guru Wali Selipar masuk syurgo,peminat belum tontu laie
    2.peminat pas lihat pas parti jaga agama, ahli PAS tahu pemimpin PAS mainkan agama pun totap akan sokong
    3.pemimpin PAS makan rasuah disebut derma ikhlas,peminat pas tak tahu cerita sebenar tapi ahli PAS lebih mengetahui tapi hati dah buto.

    ReplyDelete

Blog Archive