Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, August 2, 2011

KEANEHAN LAWAK PAS

Suatu hari semasa solat Jumaat yang dihadiri lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk 2 lelaki berpakaian hitam yang menutupi seluruh tubuh. Apa pun tak nampak kecuali dua biji mata dan ditangan mereka terdapat mesin-gun. Salah seorang lelaki itu mula bertempik;

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH terus berdiri di tempat kamu!"

Sementelah mendengar amaran lelaki itu, ramai jemaah telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Daripada jumlah asal 1,000 jemaah, kini hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya dan melihat ke arah Pak Imam lalu berkata;

"Ok Pak Imam! Saya dah halau SEMUA yang munafik yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat." Seterusnya kedua lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri meninggalkan para jemaah yang masih terpinga-pinga.

*********

Adakah anda merasa lawak dengan kisah di atas? Fikirkan...

Lawakkah dari 1,000 orang yang mengaku Islam, TETAPI hanya 40 orang sahaja yang betul-betul BERIMAN?

Lawakkah betapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH demi kepentingan diri dan dunia? Kedua lelaki itu hanya membawa mesin-gun. Tidak pula dikata mahu menembak. Baru kena ugut, terus jemaah lari lintang pukang. Terus lupa yang mereka belum pun solat Jumaat lagi.

*********

Begitulah analogi keanehan lawak PAS (Parti Amukan Syaitan). PAS sudah lari daripada perjuangan asal hanya apabila disergah oleh Karpal Singh dan Bapak AnWAR Bin Ibrahim. Pemimpin PAS juga sudah mula melihat harta dunia yang semakin jelas di depan mata. Maka...

1. ANEHNYA

Pabila PAS mengatakan perjuangannya adalah jihad untuk menubuhkan negara Islam.

LAWAKNYA

Selepas 60 tahun, tiba-tiba Hadi kata Negara Islam tiada dalam Perlembagaan PAS dan tiada dalam Al-Quran. Bahkan PAS telah menukar halatuju asalnya ingin menegakkan negara Islam, kini berubah kepada konsep negara berkebajikan bagi mengambil hati rakan sekutu DAP.

2. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO jadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MCA dan MIC. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur," (Kuliah di Marang 1983).

LAWAKNYA

PAS berkomplot dan berpelukan dengan DAP serta calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. Bahkan pemimpin PAS tanpa segan silu turut menjulang panji-panji DAP.

3. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Haram bagi orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin."

LAWAKNYA

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Penang.

4. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi."

LAWAKNYA

Selepas Pakatan menang di Selangor, mereka tidak pula menutup kilang-kilang arak di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship, sedangkan dahulunya Pas begitu marah dengan kilang-kilang tersebut.

5. ANEHNYA

Sebelum ini PAS mengata Paklah ketika beliau TPM yang menguruskan virus JE, "Badawi di arab jaga unta tapi Badawi di Malaysia jaga babi."

LAWAKNYA

Kerajaan Selangor bersama Pas kini cuba mencanggih serta menambah luaskan ladang babi di negeri itu tanpa dituduh sebagai 'kerajaan hal ehwal babi'.

6. ANEHNYA

Pabila Pas berkata kerajaan membenarkan hiburan dan konsert hingga menyebabkan gejala sosial berlaku dikalangan anak muda.

LAWAKNYA

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menganjurkan konsert dan hiburan melampau ketika hampir bulan Ramadhan tetapi tidak pula ditegah atau ditentang oleh PAS habis-habisan.

7. ANEHNYA

Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan Liwat dan Zina, PAS kata, "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan mesti ada empat orang saksi." Perkara sama dituturkan Pas semasa kes Mat Sabu dituduh berkhalwat.

LAWAKNYA

Ramai penceramah PAS menuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan membunuh, rasuah, seks dan sebagainya tanpa sebarang bukti mahupun saksi dengan alasan kononnya Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

8. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir."

LAWAKNYA

Pas Kedah yang baru memerintah berkata, "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua perkara seperti menutup pusat judi, kerana di Kedah ramai orang bukan Islam berbanding Kelantan."

9. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang kepada dasar Islam adalah sesat dan kufur."

LAWAKNYA

PAS berjihad bersama DAP dan PKR. Bahkan DAP LAH yang memimpin PAS hari ini walaupun parti itu jelas menolak negara Islam sebagai dasar partinya.

10. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud bertentangan dengan Quran berdasarkan ayat, "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir."

LAWAKNYA

Pabila Pas melalui Menteri Besar Kedah menegaskan "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah."

11. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO mungkar kerana membenarkan pembinaan kuil yang banyak, terutamanya di Batu Caves.

LAWAKNYA

PAS Kelantan telah mengizinkan pembinaan tokong Budha tidur yang terbesar di Asia. Bahkan pemimpin Pas turut bersedekah wang yang banyak kepada tokong-tokong berbanding di masjid-masjid.

12. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, UMNO mungkar kerana membenarkan kumpulan liberal yang menghina Islam menulis dalam akbar seperti Astora Jabat, SIS etc.

LAWAKNYA

Harakah turut membenarkan Raja Petra menjadi penulis tamu mereka sedangkan Pas tahu RPK adalah individu yang sering mempertikaikan Islam.

13. ANEHNYA

Amanat Hadi menyatakan, "Menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO tak pakai undang-undang Islam untuk memerintah, dan andai kita mati menentang mereka maka kita akan mati syahid."

LAWAKNYA

PAS memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun, Trengganu 4 tahun dan kini Kedah serta Selangor. Namun hari ini mereka mengatakan undang-undang hudud bukanlah menjadi keutamaan Pas. Adakah menentang PAS hari ini boleh disifatkan sebagai jihad dan syahid?

14. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO tidak amanah kerana kononnya membazirkan wang rakyat.

LAWAKNYA

PAS melesapkan berjuta duit koperasinya sendiri iaitu Ko-Hilal, wang kutipan tabung Memali, ladang rakyat, balak di Lojing, Bazar Tok Guru, derma aka rasuah tajaan Nik Aziz ke Mekah oleh syarikat yang dapat kontrak dengan kerajaan Kelantan, skandal menantu jadi CEO anak syarikat Kelantan etc.

15. ANEHNYA

Pabila Pas berkata tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO tolak Islam.

LAWAKNYA

Pas kini bekerjasama erat dengan DAP yang berkata, "Kami menentang negara Islam." (Lim Kit Siang dan "Langkah mayat saya dulu jika nak tubuh negara Islam." (Karpal Singh). Bahkan pemimpin Pas Perak pernah berkata, "Bekerjasama dengan DAP, lebih mulia daripada berkerjasama dengan UMNO."

16. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah."

LAWAKNYA

Pas hanya mendiamkan diri dengan pelbagai pusat mungkar yang wujud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Malah PAS terpaksa tunduk dengan berbagai tuntutan DAP.

17. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Tidak boleh mewujudkan jemaah Islam lain selain Pas kerana Pas merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud selepas itu adalah penentang gerakan Islam," Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS.

LAWAKNYA

PAS meredhai kewujudan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR. Bahkan Pas berkerjasama begitu erat dengan mereka. Kenapa ahli PKR tidak pula disuruh bubar dan masuk Pas?

18. ANEHNYA

Semasa berkerjasama dengan Semangat 46, Pas memuji kebijaksanaan Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Bahkan Pas pernah bertakbir dalam majlis mereka.

LAWAKNYA

Pabila Tengku Razaleigh dan Rais Yatim membubarkan Semangat 46, Pas telah mengutuk mereka dengan pelbagai kata nista. Adakah selepas ini Pas juga akan turut mengutuk PKR dan DAP sekiranya kerjasama antara mereka hari ini gagal?

19. ANEHNYA

Pabila Pas berkata tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam kerana ia boleh menyebabkan Islam seseorang itu terbatal.

LAWAKNYA

Pas telah berbaik dengan pemimpin Yahudi IFC serta Majlis Peguam yang jelas menentang Islam di negara ini.

20. ANEHNYA

Pabila Pas berkata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO disebabkan dasar mereka yang tidak Islam.

LAWAKNYA

PAS tidak pula marah apabila ada umat Islam yang menyertai PKR dan DAP. Bahkan PAS pula menyeru ahlinya untuk menolong PKR dan DAP demi kemenangan di PRU ke-12. Adakah DAP dan PKR cenderung kepada dasar Islam?

Justeru, di bulan Ramadhan yang mulia ini, sewajarnyalah Pas kembali bermuhasabah diri dan menilai semula perjuangan mereka bersama DAP dan PKR. Adakah perjuangan Pas selama ini benar-benar untuk menegakkan agama Allah? Adakah gabungan Pas bersama DAP dan PKR benar-benar menguntungkan Islam dan orang Melayu? Adakah Pas selamanya mahu menjadi kuda tunggangan dalam ikatan Komplot Pembangkang?

Harapnya Pas janganlah melawak lagi. Biarlah Bob Lokman saja yang buat lawak...

19 comments:

  1. LAWAKNYA
    Perlembagaan Parti PAS sememangnya tidak ada mencatatkan Penubuhan Kerajaan Islam.
    ANEHNYA
    Paneh Miang mentafsirkannya sebagai 'Matlamat Asal'PAS

    ReplyDelete
  2. Memang LAWAK

    Dalam bulan Ramadhan ni masih nak mencari kemarahan orang. Sepatutnya carilah jalan untuk menyatukan umat Islam, bukan membuka ruang perpecahan.

    ReplyDelete
  3. perlembagaan pas tak ada catatkan penubuhan kerajaan Islam? biar betul?

    sudah tu mengapa menipu ahli2 totok pas utk bangun berjuang mendirikan negara Islam selama berpuluh tahun ni & menjanjikan bulan, bintang & syurga utk mereka sehingga ada yg digelarkan 'syahid' bila mati menentang kerajaan yg dipilih majoriti? siapa pulak nak bersumpah ibrahim libya 'syahid' jika negara Islam bukan matlamat pas? ibrahim mati utk apa?

    jadah apa tu?

    ReplyDelete
  4. Kpd Suman dan sekutu...

    Kau nie buat lawak antarabangsa di bulan Ramadhan. Cuba lihat semua teks ucapan muktamar sebelum ini, dengar semula CD/VCD pemimpin utama, tengok balik catatan usrah2 & lihat kembali kertas kerja yg diedarkan kpd mahasiswa dlm tamrin2...Cuma bila agenda negara Islam ini tidak disenangi oleh DAP barulah PAS cari nas al-Quran bagi menghalalkan tindakannya sekarang..
    Tambahan pula hasil balak, hasil lendir, hasil tanah & derma2 semakin banyaklah. Siapa yg nak tinggalkan nikmat dunia yg baru dikecapi nie....hehehehe

    ReplyDelete
  5. panaeh biang,kalau kamu ni melayu islam..kawan fahamle..di bulan puasa ini puak mcm kamu bukan faham erti beragama....kalau sudah lebih 50 tahun parti yang kamu jilat tidak mahu berubah kepada melayu mukmin.. kita semua rakyat yang akan ubahnya ...lepas pru13..paneh biang kena cari kerja lain untuk menjilat2.. tidak missed sooru.

    ReplyDelete
  6. Kpd Anon 5.10 pm,

    Seorang lagi pelawak dari pakatan haramjadah yg tak tahu fakta, pertamanya UMNNO dah lebih 65 tahun wujud di muka bumi ini dan PAS adalah parti serpihan drpnya, yg kedua UMNO telah mengalami transformasi kehadapan manakala PAS undur halatuju kebelakang semenjak berkawan dgn Bro AnWAR Bin Ibrahin a.k.a BABI yg suka main belakang.

    ReplyDelete
  7. pencacai pembangkang ni suma nak berhujah takdak modal. yg depa tau kutuk dan fitnah. pastu divert isu serang kerajaan kok lain untuk buat rakyat keliru. harap pembangkang tuk jawab isu pokok jauh skali la. selamat berbuka smua, walaupun ada sejam lagi nak tunggu. jaga jari macam jaga lidah haaa.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. Anehnya, kenapa soalan2 yg sama tidak ditujukan kpd orang Islam yg menganggotai UMNO.

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  9. Something to ponder..

    ReplyDelete
  10. anehnya ini bukan masalah umno yg kata tapi pas yang kata. pas kata dulu lain skrg lain. cakap tarak serupa bikin la makorang kata.

    -bapakorang-

    ReplyDelete
  11. LAWAKNYA...
    Pemegang I/C MERAH(PR) berdaftar sebagai Pengundi Dengan Suruhanjaya PENIPU Rakyat(SPR)
    ANEHNYA...????
    Bilo dah terbongkar TETIBO yo pulak sebolah potang dah Jadi WARGANEGARA Malaysia(I/C BIRU)

    LAWAKNYA...
    Namo(I/C) terdapat dalam daftar SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT(SPR).Kiro boleh mengundi la tu..
    ANEHNYA...???
    Namo TAKDO Pulak dalam JABATAN PENIPU NEGARO(JPN)

    ReplyDelete
  12. Kpd Anon 2.10am,

    kau nie tgh lalok hisap dadah atau kena pil kuda. Saya ingat kau nie yg IC Merah.Itu yg tak puas hati

    Maklumat pengundi meningkat tidak kurang 12,000000 dan ia diisi oleh manusia biasa. adatlah kalau berlaku kesilapan, itu pun mau kira ke....

    ReplyDelete
  13. LAWAKNYA....
    Hari ini Ketuo SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT beri kenyataan nak menogakkan Bonang Basah,,,: "Mungkin berlaku kesilapan teknikal d dlm sistem Jabatan Penipu Rakyat"
    ANEHNYA...???
    DAH SAMO2 PENIPU RAKYAT,DAH TAKDO APO YANG ANEH LAGI DAH,,, DASAR PENGKHIANAT NEGARA UmPoRno,,,,

    ReplyDelete
  14. Allo Anon (Aug3,7.54am)...
    Kau ni pun lagi sorang Pencacai Penipu,,, Mano kau dapek angka maklumat pengundi meningkat 12 JUTA orang tu?????(12,000000) Fakta dari SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT mano kau dapek ni????
    Enam angko digit kosong kau tu dh kiro juta tau tak????? Agak2 la nk KELENTONG tu sikit,,,,ntah2 kau ni MATEMATIK maso PMR dulu pun KANTOI ko???? KAH!!KAHHH!!!!KAHHH!!!!!

    ReplyDelete
  15. Kpd Anon 3.57pm,

    Data maklumat pemilih sentiasa berubah, jumlah tak penting, yang paling penting berita yg dikeluarkan oleh Malaysiakini yg jadi rujukan utama pembangkang jelas telah menipu dan memainkan emosi rakyat supaya tidak percaya kpd sistem maklumat kerajaan....
    Engko org yg tak puas hati nie elok duduk dicapak kat hutan amazon...jenis manusia tak tahu berterima kasih dan bersyukur langsung nikmat yg Allah bagi sekarang...

    ReplyDelete
  16. apa ko rasa... oren???August 5, 2011 at 2:45 PM

    org umno ni suku sakat setan konfem! mak bapak korang dulu menibai x baca bismilah kot... tu kluo si paneh dan penyokongnye... kuikuikui... ptuuuuiiiiihhhhhhh

    ReplyDelete
  17. Perlembagaan Parti PAS sememangnya tidak ada mencatatkan Penubuhan Kerajaan Islam..??

    Biar Betoi?? Tipah Tertipu la selama ni..huhuhu.

    Hari tu time tazkirah terawih cakap diorg nak kuasa sbb nak wat undang2 Islam.

    Apa yg ISLAMnya di sini??

    ReplyDelete
  18. melayu yang menjahanamkan melayu terutama golongan tak tahu bershukor terutama fuckatan rakyat.melayu bangang .

    ReplyDelete
  19. memang PANEH den tengok!!> http://ibnuyaacob.com/?p=1615

    ReplyDelete

Blog Archive