Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, March 2, 2012

KP BTN sila jawab...










Ini adalah risalah yang disebarkan oleh BTN dan disunting of Dato Sahlan Nasution, abang kepada Saifuddin Nasution yang bekerja di pejabat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenapa kontrak percetakan diberikan kepada Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dan tidak tolak kemungkinan mereka adalah kumpulan sama dengan anak syarikat IKD, Institiut Kajian Dasar yang diketuai oleh Khalid Jaafar dan dibiayai Kamaruddin Jaafar?

Bukan itu saja, kalau tindakan ini satu kesilapan bagi edisi pertama kita boleh toleransi. Kenapa masih diberi juga kepada syarikat rakan IKD yang sama pada penerbitan kedua setelah disedari?

Yang ditukar hanya alamat syarikat seolah-olah cuba menutup mata orang ramai. Kalau setakat tukar alamat saja mana cukup? Hubungan dengan IKD tidak lagi terputus.

IKD adalah think tank Anwar Ibrahim. Jadi jangan marah orang anggap ada benda tak kena dengan KP BTN baru dan BTN bawah kepimpinannya. Perkara ini berlaku bawah perhatian dan pentadbirannya.

Selanjutnya di The Unspinners.

2 comments:

  1. Mmg itu bukti yg nyata hubungan KP BTN dgn agensi saraf,tink-tank milik anwar ibrahim.mengapa PM tidak memberi perhatian kpd apa yg telah di dedahkan ini?amat malang kpd pejuang2 UMNO krn agensi penting kjaan skrg ini telah diresapi oleh geng2 anwar dan mereka ini secara terbuka menjadikan agensi ini skrg sbg tempat menghimpunkan org2 anwar.knp mereka lakukan demikian?pastinya ada perancangan sulit anwar yg sedang dilaksanakn oleh geng2 mereka dari dlm.cuba bayangkan,jika PM terima nasihat mereka ttg pemilihan calon(BTN skrg melalui satu team sulit yg terdiri drpd geng2 utama mereka yg dibayar elaun yg besar)bukan di kalangan peg sbb KP tak percaya dgn peg sendiri,sedang turun ke kws parlimen dan dun utk buat assesment calon.pastinya calon yg mereka akan cadangkan bukan lagi winnable candidate,tetapi geng2 mereka(geng anwar)utk jadi calon.apakah jangkaan akan berlaku jika mereka ini akan menang dan duduk dlm parlimen?jika ada arahan lompat,tinggalkan BN,apakah mereka ini akan hormat pada PM atau anwar ibrahim?please PM,tlg tgk2 benda ini dgn serius....

    ReplyDelete
  2. Ooooooooo,Ada team lain rupanya yg dibayar guna duit tkr.Patut lah aku tgk peg dok relax jeeeee kat ofis hq

    ReplyDelete

Blog Archive