Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, February 20, 2012

Kisah Benar Luar Negara

1. Dalam keghairahan ramai bercerita mengenai Hasan Ali, berkenaan Anwar yang secara terang mengiktiraf Israel & 'the two state solution', propa Pok Nik yang nyanyuk tak habis-habis, debat Soi Porno & Lim Tetek etc; tanpa kita sedari keadaan ekonomi dunia masih dalam kemelut yang berpanjangan. Obama kini ghairah mencetak matawang dollar serta berhutang USD150 juta hampir setiap jam; dan mana-mana negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Amerika Syarikat sedikit sebanyak pasti terjejas, tidak terkecuali Malaysia.

2. Data sebenar berkaitan krisis ekonomi dunia terutama yang melibatkan barat, kebiasaannya cuba disorok serta kurang mendapat liputan media antarabangsa (atas faktor tertentu), kecuali ditulis atau dilaporkan segelintir wartawan seperti New York Times, CNBC, The Guardian dan Bloomberg.

3. Terbaru, tiada negara mahupun badan kewangan antarabangsa yang sanggup beri pinjaman kepada Greece. German yang pada mulanya menawarkan diri untuk membantu Greece, kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Sistem perbankan di Greece semakin tenat, nisbah 1 daripada 4 perniagaan ditutup setiap bulan dan kini sudah masuk tahun ke-5 Greece menghadapi kemelesetan ekonomi.

4. Setiap tahun dalam tempoh 5 tahun ini, Greece mencatatkan penurunan KDNK negatif 7 peratus bagi suku ke-4 tahun 2011. Sehingga kini direkodkan 1/4 jumlah syarikat tempatan di Greece telah ditutup akibat muflis sejak 2009, hanya disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja.

5. Seramai 48% daripada keseluruhan golongan muda bawah 25 tahun, yakni hampir separuh golongan belia di negara itu menganggur; dan peratusan pengangguran di Greece kini telah mencecah lebih 20 peratus sehingga bulan Januari 2012.

6. Rompakan, rusuhan, demonstrasi, pembakaran bangunan etc. kini menjadi satu fenomena biasa di Greece sebagai letusan ekspresi rakyat yang tidak berpuas hati dengan kemelut ekonomi yang melanda negara itu sejak sekian lama. Sehingga kini direkodkan sebanyak 45 perniagaan telah musnah hanya disebabkan kegiatan rusuhan, rompakan, demonstrasi, pembakaran etc. yang dilakukan oleh rakyat Greece.

7. Kes bunuh diri di negara itu dilaporkan meningkat hampir 40% disebabkan tekanan kos sara hidup yang semakin mendesak. Harga barang keperluan di negara itu meningkat berkali ganda seperti harga bagi 400 gram roti telah mencecah $1.25 Euro, 1 liter susu berharga $1.50 Euro dan petrol kini berharga $2.21 Euro seliter etc.

8. Greece kini mengalami kelumpuhan ekonomi paling buruk dalam sejarah sehingga rakyatnya seolah tidak lagi mampu melihat sinar lilin Nizar sambil memukul gendang di hujung terowong Thaipusam. Hehehe...merapu skit. Kata mudahnya, rakyat Greek sudah mula putus harap.

9. Greece seolah didesak untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusannya, manakala perbelanjaan pembangunan terus dihentikan bagi mengurang defisit yang semakin teruk. Namun sebagaimana kita maklum, apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka ia turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan sudah tentu pendapatan negara akan turut terjejas.

10. Khidmat nasihat daripada EU, ECB dan IMF pasti tidak mampu mengatasi krisis ekonomi yang melanda Greece. Bagi jangka pendek, mungkin, tapi tidak untuk jangka panjang. Antara saranan EU, ECB dan IMF kepada Greece:

i. Pemotongan serta merta 20% jumlah gaji penjawat awam.

ii. Mencadangkan jumlah gaji minima bagi penjawat awam dan swasta dikurangkan sebanyak 20%.

iii. Mengurangkan kelebihan-kelebihan atau faedah yang diberikan selama ini kepada golongan yang tidak bekerja, mahupun pekerja yang sudah bersara.

11. Jelas bahawa saranan yang dikemukakan EU, ECB & IMF itu berbeza dengan pendekatan yang diterjemahkan kini oleh kerajaan Malaysia. Penjawat awam di negara ini sedang diusahakan untuk ditambah pendapatan oleh kerajaan, cubaan menaikkan kadar gaji minima untuk sektor swasta, disamping pelbagai faedah yang diwartakan untuk golongan pesara.

12. Pemerhati dan penganalisis ekonomi dunia menjangkakan Italy, Spain, Portugal, Ireland dan Hungary bakal menghadapi kemelut sama yang sedang dilalui Greece, (The PIIGS = Portugal, Italy, Ireland, Greece, Spain) disebabkan gelembong hutang (debt bubble) yang besar ditanggung negara-negara terbabit; ditambah pula dengan kemerosotan nilai matawang Euro berbanding Ruben mahupun Yuen yang kelihatan lebih kukuh.

Pssttt...gambar ni sekadar hiasan. Takde kena mengena dengan artikel.

13. Persoalannya, adakah Malaysia berada di landasan yang betul bagi menghadapi krisis ekonomi dunia yang seolah tiada kesudahan ini? GET READY OR GET HUNGRY?

14. Dan agaknya, apakah cadangan Hadi & Pok Nik bagi menghadapi kemelut ekonomi dunia masa kini? Adakah sama sebagaimana cadangan mereka dalam mesyuarat para Menteri Besar pada 1999 iaitu, "Bagi menyelesaikan krisis ekonomi ini, kita kena kembali kepada Islam." Bila ditanya, kembali kepada Islam yang bagaimana dimaksudkan?...kedua Tok Gulu Yayah itu terus diam kelu seribu bahasa...

15. Teringat kata seorang rakan, "Aku lebih rela negara ini bankrap di bawah Mahathir daripada hancur di tangan Anwar dan Nik Aziz." Agaknya kawan tu terlupa yang kita sekarang di era Najib.

22 comments:

  1. malaysia sama greece sama aje.Cuma greece tak de hasil bumi seperti minyak aje.Tapi konsep berhutang tu, mmg dah ada.Hutang isi rumah meningkat lebih empat ratus billion sejak zaman krisis 96-97.Bila pakej PR membantu rakyat utk ringankan beban rakyat,kata be end negara pulak akan menjadi bangkrap.Pakej ini bagus utk rakyat supaya rakyat mampu membayar hutang dan memanjangkan hayat aktiviti ekonomi negara bukan utk membuat dan menambah hutang.Bagi pendapat saya yg tak tahu tentang ekonomi,andaikata hasil bumi negara hilang sekelip mata, apakah kita juga seperti greece?.

    ReplyDelete
  2. kalau bab membazir,bermewah2an,tiris,projek gajah putih,alihkan dana rakyat serah je kat parti memerintah.Betul tu bro,sepatutnya kena fikirkan bagaimana rakyat senang dan mampu membayar hutang dan masa yg sama meringankan dan merangsang aktiviti ekonomi bulanan mereka.Perlu ada tindakan dan view serampang 2 mata.kalau ada lebihan baru la rencana projek2 berimpak tinggi pada rakyat

    ReplyDelete
  3. kalu bg kat PR peratusan muflis lbih cpat dr kadar biasa, pasal isu minyak, jgn wat lupa lak negara bkn pun pengeluar mnyk paling tinggi pun, malah indonesia berkali lbih tinggi dr kita pun x dpt selesaikan masalah kewangan negara itu yg dlm keadaan x seimbang.. cumanya kita rakyat malaysia ni selalu cpat lupa atau wat2 bodo pasal pengurusan dlm k'rajaan, bg pihak pembangkang di mata diaorg cuma nmpak hnya UMNO sj yg menguasai keseluruhan jentera pentadbiran k'rajaan pusat dan len2 agensi berkaitan.. Padahal kakitangan awam yg berkhidmat di agensi2 k'rajaan tu x semuanya berpolitik dan ada gak kalangan kakitangan awam penyokong kuat parti pembangkang.. di sini cuba lihat blk apa negara telah sumbangkan kpd rakyat, pnah dak kita kebulur nk mampos atau kita trpksa mencuri untuk mkn tiap2 hari.. nikmat rezeki yg kita dpt ri ni semuanya dtg dr ALLAH, bersyukur la..malaysia dan freece x sama sebenarnya, greece bergantung pada industri perkapalan, pelancongan dan juga sektor kewangan perbankan.. tp disebabkan faktor pengurusan kewangan yg tidak cekap dan pembelian aset yg x teratur (motif sbb persaingan dan sifat dendam kpd turki) dan juga greece bnyk bergantung kpd negara2 maju untuk stabil tp lama mana negara maju leh support greece..
    greece dan singapork buleh dikatakan sama dr segala sudut....

    ReplyDelete
  4. tak akan muflis kalau PR memerintah,sbb malaysia ada hasil pendapatan,cuma kita janakan idea utk selamatkan duit subsidi yg membazir terutamanya subsidi tenaga,boleh di alihkan kpd subsidi minyak,cuma kita perlu ada sentuhan yg lebih kreatif dan bermakna,displin yg tinggi lagi cekap dan dapat merangsang berlipat kali ganda utk memakmurkan rakyat dan bukan cara pehak pemerintah yg suka alihkan dana rakyat kepada projek dan lambat memberi kesan pada rakyat tapi kalau tuk golongan perniaga dpt gred A la.Namun demikian idea mengalihkan dan rakyat tidak memberi kesan menyeluruh pada rakyat,perlu di ingat,berapa billion ringgitkah telah di bazir sejak pehak kerajaan memerintah.Ini pengurusan apa?membazir itu pengurusan yg baik.Saya amat yakin kalau Pr memerintah dgn dana yg ada,lebih bijak utk mengembalikan kekayaan yg ada dgn ertikata lebih bermanafaat,terus,bijak dan adil pada rakyat.

    ReplyDelete
  5. setakat labun bolih le yob.......

    ReplyDelete
  6. PR memerintah?? PR memerintah??? sapa nk jd PM yob?? Nuar? Nik Ajis? Hj Hadi? mat sapu? Lim Guan Eng? Karpal? Lim Kit Siang? Azmin? pikir2 lah sikit yop..rasional lah

    ReplyDelete
  7. gila la bro kalau PR memerintah. Confirm negara bangkrap. Pemimpin ketiga2 parti begitu rakus nakkan Putrajaya. Lu tanyalah pemimpin gagap selangor,berapa lama lagi simpanan air selangor akan bertahan? Ini semua atas kerakusan orang2 melayu bagi kuasa pada DAP komunis. Lu pun samalah kalau lu sokong PR jadi kerajaan. Ia akan jadi KERA jaan PR

    ReplyDelete
  8. Yng penting kebijaksanaan pemimpin di ats,misi dan visinya utk kemakmuran rakyat yg ranking di bawah itu kemudian.Dah ada pengalaman mentakbir tak menjadi masaalah,cuma matlamat itu tepat dan sampai pada rakyat.Setakat bantuan 500 hinggit ble kutip balik tanpa rakyat sedari malah untung lagi.Buat ler idea lagi canggih terus sampai bantuan pada rakyat setiap masa.

    ReplyDelete
  9. Bn ada menteripn korang kutuk2 jugak, menteri amaran la,menteri syer bank rakyat la,menteri kitar semula la,menteri bodek la,kalah pilihanraya di lantik menteri la...apa punya masaalah korang semua nie..dah ada lantik menteri,ikut jer la tak perlu sindir2..makin kuat korang sindir,makin jatuh r maruah menteri lantikan PM.Sepatutnya tak wujud soal sindar2 nie sebab kita,sbb tak ada faedah..hanya fokus jer KPI dgn segala I lgi,yg korang fikirkan yg sgt baguih tu...ada menteripn banyak masaalah ka..sepatutnya kurang dan ringankan beban rakyat,jgnlah menambah masaalah rakyat

    ReplyDelete
  10. len kali bersalam dgn menteri ,kasi tunduk badan sambil kasi kiss itu tangan..kena bersedia dan setia....

    ReplyDelete
  11. betul jugak apa juga komen semua kat sini, yer.Kalau dah kata PR tak betul,BN pulak ada menteri kena kutuk2 byk masaalah.Kalau macam tu la,dah tak de pilihan,rasanya ramai yg pangkah kerajaan langit tahun nie

    ReplyDelete
  12. Dalam tahun ini negeri2 Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan dijangkakan jatuh BANKRAP. Lepas tu baru lah PRU13 akan diumumkan oleh Najib.

    ReplyDelete
  13. mana boleh bengkrap,semua org bayar cukai tanah,cukai pintu dgn cukai2 lain,negeri PR manyak pandai jimat.Kalau bikin program first lady satu dunia mari..itu mcm boleh bengkrap,habukpn tarak

    ReplyDelete
  14. Salam Kasih untuk semuo..

    "Kisah Benar Luar Negara" di ateh memang menaikkan bulu romo..
    Esey takut amek2 berlaku kek negaro kito.. Eloklah kito diiangatkan perkaro begini. Semuo kono muhasabah diri..

    Esey pikir selopeh 54 tahun merdeka ni...kito kono ado anjakan paradigma. Pike pelito hati
    tonang hulu bicaro, honing seribu akal

    Hadis Nabi menyobut: "2 golongan umat aku, jika baik mereka, baiklah seluruhnyo; jika rosak mereka, rosaklah seluruhnya; Cerdik pandai dan pemimpin".

    Nang cordik pandai macam tuan-tuan blogers ni, kono adil bilo menilai. Nang botul, katolah botul; Nang salah katolah salah. Waimma BN atau PR.. Janganlah botul dan bonar ikut nafsu selero politik kito..

    Nang borkuaso jadi pemimpin, sodarlah itu semuo adalah amanah.. Banyak soalan Allah di akhirat nanti..

    Jadi pemimpin wa imma apopun jawatan - politik atau kerajaan, bukan tompek buek harto melana buleh makan tak abih sampai anak cucu.. Nak kayo, buek meniago.. Orang Melayu ni handal.. Tengoklah orang Minang, kek mano juo bukak gudang menjadi2 kayo e..

    Nang raso dah tak larat tak berdayo dah orang tak suko atau apo sajo, eloklah turun dengan seleso..

    Berjenjang naik, bertangga turun.
    Patah tumbuh, hilang berganti
    Pusaka bergilir, saka berwaris

    Sesamo Melayu ni eloklah selalu jumpo selalu muafakat tak kiro BN atau PR.. Hentikan kutuk mengutuk fitnah memfitnah ni..

    Kelebihan nabi dengan mukjizat
    Kelebihan manusia dengan muafakat
    Bulat air kerana pembetung
    Bulat manusia kerana muafakat
    Muafakat berlalu dalam gelap
    Adat lalu dalam terang
    Hilang adat kerana muafakat
    Macam menarik rambut dalam tepung
    Rambut jangan putus
    Tepung jangan berselerak
    Kalau keruh dijernihkan
    Kalau kusut diusaikan
    dek sabar, benar berunding

    Bilo dah PRU 13 nanti, sapo juo nang monang, carilah muafakat.
    Melihat contoh pada yang sudah
    Melihat tuah pada yang menang.

    ReplyDelete
  15. PR MEMERINTAH IMF MASUK LAH PENCACAI...KO INGAT DIORG BAGI BERJUTA UNTUK PR TUE AMAL JARIAH KER INI SEMUA NAK TUNGGU BALASAN JER...BRIM ITU ADA JUGA MANFAAT NYA DAN LAHIR DARI IDEA PEMIMPIN UMNO..IDEA DARI PEMIMPIN PR APA???RM 100 JOM SHOPPING KAT TESCO...CUKUP KER NAK SHOPING 100 JER???BUKU JINGGA ITU DI RELISASIKAN BERDASARKAN BAYANGAN BUKA REALITI DAN SEMEMANG NYA PATUT DIBAKULSAMPAHKAN

    ReplyDelete
  16. buek apo nk pinjam duit imf ,ado krisis lagi ko,duit yg dok balun tabung kwsp tu dah return balik ko..atau pn buek umor pencen sampai 65thn.Buek cover2 tampung lubang,mengaburi mata rakyat

    ReplyDelete
  17. bila berjuta2 pendatang asing dtg ke sini korang diam,gaji mereka murah,rakyat malaysia jadi nganga..peniaga besar jdi kaya berpuluh juta setiap tahun.Ada tu sampai RM2 billion keuntungan setahun.kalau kes pecah rumah,rogol perempuan melayu,tipu melayu oleh pendatang asing... semuanya kena pada org kita berpendapatan sederhana dan rendah.Rumah org kaya ada bodyguard,ada jaga bersenjata,ada drebar,cctv lagi.Kalau PR umumkan pendapatan minimum RM1500 ringgit...duit dari org kaya2 melampau tu la dia ambik,di hadkan keuntungan.Merangsanhkan ekonomi domestik oleh warga malaysia.Secara langsung boleh kuakkan pekerja asing semua tu...baru la kita sayangkan negara.

    ReplyDelete
  18. kita kena fikir konsep yg berbeza pr akan buat..pelabur mampu menyediakan perkhidmatan tenaga bukan bahan bakar fosil 100% di malaysia di beri percuma pada rakyat utk kontrak tanah utk kawasan industri,komersial dan pelancongan selari dgn koridor ekonomi kita yg ada, tak berapa nak gerak tu dgn jangkamasa yg munasabah diantara kedua pehak pelabur dan kerajaan dgn prasyarat gaji minima dll dan halal bukan mcm kat KL tu.Secara langsung dapat menyelamatkan subsidi tenaga negara.Maka pelaburan di uruskan oleh pehak swasta sepenuhnya.Kerajaan cuma terlibat dgn menyediakan pasarana dan pungutan cukai.Secara keseluruhan dapat merangsang pelbagai sektor ekonomi yg di tunjang oleh sektor pembinaan.DSAI jadi Pm dia ble cari pelabur dari dunia arab.Buat la idea lebih baik dari dia...jgnlah copy kalau tak malu

    ReplyDelete
  19. Dato Sri Ahmad Maslan telah mengtong sampahkan buku jingga.Kita faham dia emosi pada lambang cop partinya bukan memikirkan atas kesan kebaikan utk rakyat

    ReplyDelete
  20. penangan buku jingga utk Ahmad Maslan ke tong sampah.Idea yg baik utk rakyat perlu di realitikan tanpa ada provokasi dari be end yg kian tenat.Nafas baru utk rakyat,merakyatkan ekonomi rakyat..tak main r one off,one off..utk angpau raya pun dah cukup one off one off nie.One off nie, bagi pagi petang dah abih malam termenung..Harap option PR pulak....menjamin kesejahteraan rakyat

    ReplyDelete
  21. lepeh cilok idea org ,but aksi think tank jari tangan berputar2 kat kepala atau dua jari picit2 kat kepala otak...cewahhhh tekunpun mau tibai ka

    ReplyDelete
  22. Memang betul pok nik kata ,kembali pada islam.Maksudnya penyebaran agama islam time gini la.Sebagai contoh Pak arab harus memainkan peranan penting utk ambil alih aset2 negara yg muflis terutamanya industri tenaga bukan bahan bakar fosil,sektor perkilangan,pelabuhan dan aset komersial.Kemudian tenaga di beri percuma utk mengerakkan semua industri yg melibatkan aktiviti2 ekonomi negara tersebut,dan bersaingan dgn negara2 lain dari segi kos yg rendah.Kedua,penerapan nilai2 kewangan islam dan zakat di semua sektor perbankan.Tapi yg maha penting,sinar islam tidak boleh di halang dan di biarkan ia berkembang,supaya kutipan zakat boleh melonjak di eropah.Maknanya, negara muflis boleh membayar hutang,negara tersebut akan pulih sepenuhnya.Kemudian Pak arab boleh keluarkan bon kedaulatan islam sejagat..

    ReplyDelete

Blog Archive