Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 9, 2012

Janji Ditepati? Hahaha...budak sekolah pun tahu itu tema politik!


1. Sebenarnya kami menunggu pandangan geng blogger pro BN berkenaan tema yang telah dipilih sebagai tema hari kebangsaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" sejak ia diwar-warkan Rais Yatim pada 27 Jun lalu. Walaupun ada juga blogger yang komen, tapi biasalah...

2. Walaupun kami tak pasti siapa punya idea buat tema hari kebangsaan seolah kempen pilihanraya; sama ada itu idea Rais Yatim sendiri yang ramai tahu memang dah tak relevan, atau ianya 'kerja' kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, sebab nampak sangat nak bodek bos.

3. Maso kojo ngan co Jopun dulu, COO dan GM bangso Jopun selalu poning ngan sey sobab sikap terus terang dan kritikal sey pado beberapo keputusan dan tindakan pihak atasan. Sampai staf lain pun polik nengok walaupun sey selalu betokak ngan COO dan GM, tapi sey tak pulak dibuang kojo, apatah laei dapek 'surat cinta' aka warning letter.

4. Itulah hebatnya bangsa Jepun dalam meraikan perbezaan pendapat dan kritikan. Sebab tu negara Jepun cepat maju.

5. Kita harus kembalikan zaman meraikan perbezaan pendapat dan kritikan sepertimana ketika UMNO mula-mula ditubuhkan dulu. Ketika itu pemimpin UMNO dan Perikatan cukup gerun nak jumpa akar umbi dan rakyat kerana takut disembur dan dihentam jika melakukan kesilapan.

6. Tapi hari ini, kita boleh saksikan budaya kipas dan bodek wujud di mana-mana. Siap cium tangan sampai macam nak rukuk pun ada. Nasib baik belum sampai ke tahap sujud. Tak kiralah dalam mana-mana organisasi atau parti apa pun, budaya bodek pemimpinnya semua sama; termasuklah Pas dan PkR. Malah Pas dan PkR lebih teruk kerana penyokong mereka akan 'telan bulat-bulat' apa saja tindakan dan kata pemimpin mereka. Itulah yang dinamakan bingai tahap cipan. Nak harap penyokong pembangkang ni kritikal, macam menanti Anwar bermubahalah.

7. Berbalik kepada isu tema hari kebangsaan "Janji Ditepati", rasanya ramai yang keliru sebagaimana kelirunya kempen "Tahun Melawat 1Malaysia" dulu. Sejak bila pulak Malaysia tukar nama ada huruf "satu" di depan? Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Persekutuan itu bernama Malaysia...bukannya "Satu Malaysia"!!! Takkanlah semua benda pun nak di'SATU'kan brader?!

8. Bertambah pening bila Najib pun selalu keliru dengan kata-kata sendiri, sama ada beliau bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia atau kapasiti sebagai Presiden UMNO. Sebab tu kita akan selalu dengar ayat "Kita akan pertahankan Putrajaya"..."Kita akan berjuang mengalahkan pembangkang" walaupun ketika itu Najib bukannya berucap atas platform UMNO atau BN, tetapi dalam majlis atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Terbaru, masih berulang perkara seumpamanya seperti ucapannya semasa Majlis Perasmian Menara Felda tempohari. Siapa punahsihat ucapan Najib selama ni? Bengong ke apa punahsihat tu?

9. Pusing kot mana sekalipun, memang nampak sangat tema hari kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" adalah tema retorika politik murahan. Rasanya si pemberi idea dan penerima idea tidak faham perbezaan prinsip bernegara, prinsip berkerajaan, ataupun berpolitik.

10. Sepatutnya tema hari kebangsaan mestilah berteraskan perpaduan, ukhwah, menggalakkan kerjasama antara kaum, menggapai wawasan, merealisasikan impian, menaruh harapan etc. yang boleh membangkitkan semangat juang kerana matlamat akhirnya supaya rakyat lebih cinta dan sayangkan negaranya. Bukannya tema hari kebangsaan itu dimanipulasi seolah manifesto pilihanraya!!!

11. Sejak 1976, tema hari kebangsaan sentiasa menggalakkan perpaduan, kerjasama erat antara kaum demi kemajuan dan kemakmuran negara. Tapi bermula 2009, tema hari kebangsaan dah jadi lain macam. Walaupun tema pada 2009 "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", 2010 "1Malaysia Menjana Transformasi" dan 2011 "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" masih dikesan ada 'bau-bau' politik, tapi boleh dimaafkan lagilah kerana masih ada unsur demi negara Malaysia. Tapi bila masuk bab tema tahun ni...

12. Di Bangi semalam Najib cakap, "Tiada keperluan mempolitikkannya (tema) tetapi untuk kami membantu rakyat"...boleh percaya ke? Kemon la brader..! Takkanlah BN desperate sangat sampai tema hari kebangsaan pun nak dipolitikkan? Kemon la bro...gentleman la sikit. Nampak macam orang terdesak sangat beb...

13. Kami harap sebelum Najib merasmikan pengibaran Jalur Gemilang pada 17 Julai ini, eloklah tema hari kebangsaan itu ditukar supaya ianya nampak lebih neutral dan patriotik, semata-mata demi negara.

14. Kalau boleh buatlah pungutan suara ka, undian ka, atau apa saja kaedah untuk memastikan, adakah majoriti rakyat umumnya terima atau tidak "tema politik" sebegini untuk Sambutan Kemerdekaan ke-55.

15. Kita tak nak nanti majoriti rakyat fikir sambutan hari kemerdekaan tahun ini seolah meraikan sebuah parti politik, dan bukannya meraikan hari kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia.

16. Jangan sampai rakyat rasa diperdaya masa sambutan hari kemerdekaan kelak hanya disebabkan 'tema paloi' yang diperkenalkan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Jika itu berlaku, bahananya pada siapa?

17. Apa dah jadi dengan kata Najib sebelum ini kononnya "zaman kerajaan tahu semua dah berlalu"?

16 comments:

  1. Tapi ada juga metrowealth david teo punya slogan , dah lama pakai

    JANJI TAPI PASTI. lagi comel kot.


    Kelab Filem melayu

    ReplyDelete
  2. nampak na najib takut kan kan kan? tapi rais yatim memang bodoh. kaki jilat kipas nombor wahid.

    ReplyDelete
  3. Bagus kau tulis pasal ni bro. Sebab mana-mana pun pi orang pakat gelakkan tema hari kebangsaan ni. Memang banyak senyum sinis menyindir kerajaan. Apa orang atas ni tak pikir ke? Ke saja orang nak sabotaj Najib? Buat malu je.

    ReplyDelete
  4. Paneh,

    Jokiden sotuju amek dgn point no 8 tu.

    Tema yang sosuai ialah "Kerajaan Perihatin Rakyat Sejahtera" Maksud eea samo tu, cumo ayat eea yo lain sikit hahaha..

    ReplyDelete
  5. Salam waghih,

    Sey setuju bonar kok tema hari kebangsaan ni eloklah yang ado unsur patriotik sayang negaro kito sobab ni negara kito sesamo tak kirolah kito ni sokong kerajaan ko..sokong pembangkang ko. Bukan negaro ni untuk orang BN yo.

    Kok camni nak tarik sokongan atas pagar..silap-silap boleh jadi lobur.

    Pembangkang ado point bilo bantah tema kebangsaan yang mengarut ni.

    Elok la tukar copek tema ni. Ado maso lg ni sebolun orang ramai mulo menyampah.

    ReplyDelete
  6. patutnya slogan ni ditambah jadikan

    "Janji Ditepati, Poket Berisi, Rakyat Harmoni"

    baru tak nampak sangat kempen pilihanraya. hahaha.

    ReplyDelete
  7. வாக்குறுதிகள், இறப்பு எதிர்ப்பு வைக்கப்படுகின்றன.

    ReplyDelete
  8. Waghih Paneh Miang, tahniah. Kritikan jujur boghoneh. Kok sumo bloger BN buek camni, barulah pimpinan negaro jadi lobih baik, nang antah dibuang nang hampeh diboghosih. Jadi rakyat tak poning kepalo dongan ragam pemimpin.

    Disobabkan ghamai pembodeklah pemimpin melayu ni dah muo bonar & lupo daratan & lari dari landasan. Sokong bawak ghobah.

    Jadi wahai DS Najib, dongarlah kritikan Paneh Miang & rakyat marhaen ni. Kok tak mau apekkan kami ni, takdo jalan lain lai nampak ee. Kito turunkan dio ghamai2..

    ReplyDelete
  9. Kerajaan sebenarnya nak jimat kos. Alang2 dah buat jelajah janji ditepati, terus dijadikan tema hari kebangsaan. Jimat kos poster, banner, sepanduk, baju bagai sebab dua2 event boleh pakai. Tapi kalau nak jimat sekalipun, pemberi idea dan pelaksana idea tetap nampak bodoh piang kerana menyamakan kempen politik dgn hari bersejarah negara. Sama spesis dgn mat sabu dan mahfoz yg otak letak kat lutut.

    ReplyDelete
  10. Kakaka...mano la punyo tamil ni.

    ReplyDelete
  11. bro..lu ingat najib dengan rais peduli ka utk tukar tema merdeka ni? xde punya la bro. mereka akan buat bodoh je sebab itu semua costing kalau nak tukar tema baru. tp xpe. bagus utk pr sbb yg aku dok borak2 ni ramai yang dah meluat dgn bn sebab tema bangang ni. hahaha.

    ReplyDelete
  12. tahun ni nak sambut merdeka juga ke? kata malaysia tak pernah di jajah...hahahah

    ReplyDelete
  13. Bro Den selalu baco, tapi jarang ak mengomen..kali ini mmg Den setujupasal isu tema hari merdeka tu..kekadang dah naik jolak dibueknyo...Den nak cadangkan tema baru lak..Rakyat Berusaho...Negaro Berjayo..hahaahahah bagi laa kreditkek rakyat pulak..ini dok kerajaan ajo yg dapek kredit...!

    ReplyDelete
  14. Dah den koba..an dulu.
    Rais ni memang tak beguno.
    Rosak susu kerana nilo.
    Rosak Najib kerano Rais

    ReplyDelete
  15. To: Anon July 9, 2012 12:20 PM, "Bukan Janda tapi Dara aduhpun aduiyai...hahahaha

    To : PM, satu teguran yang baik dan seharusnya pihak terbabit ambil tindakan sewajarnya utk membetulkan sebelum dibetulkan pada kertas undi nanti.

    ReplyDelete
  16. Tukar jer tema tu kepada "Demi Rakyat,pemimpin berjasa dan memakmur negara".Baru ada nampak work hard pemimpin utk rakyat..

    ReplyDelete

Blog Archive