Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 30, 2012

Sabahan Sembab

Musa Aman ialah sepupu Lajim Ukin. Ramai lagi kalangan mereka yang hidup sebagai kuih lapis dan kuih talam dalam dunia politiking Barisan Nasional. Ini ialah kelemahan peribadi BN. Sebenarnya ada 15 orang lagi yang akan keluar BN dari Sabah, tapi takut-takut. Eloklah Lajim Ukin buka jalan, sebab dia pun bukan BUAT KERJA sebagai Timbalan Menteri di Kementerian. Semasa menjawat Presiden Majlis Belia Sabah dan Pengerusi GPMS Negeri Sabah, dia tidak mempunyai "grass-root politik" yang berpaksi kepada TAAT SETIA.

UMNO yang masuk ke Sabah pada 1982 mempunyai peranan dalam sistem memastikan Sidang Injil Borneo pimpinan Pairin Kitingan tidak menjadikan Sabah sebuah Negeri Kristian SIB cetakan Baptisme Filipina. Semua yang keluar dari BN hari ini, telah diramal berdasarkan rekod-rekod peribadi yang ada dalam Arkib Keselamatan MKN dan Bilik Pengurusan Peribadi Politik Tun M dulu. Dr. Mahathir membenarkan Maximus Ongkili sebagai pemain utama, kerana yakin dan percaya sikap assobiyah taat setia Maximus kepada Falsafah Kepercayaan Kepada Tuhan. Maximuslah mengurus urusan PBS dalam BN. UMNO Sabah merupakan ancaman dalaman kepada sesiapa jua yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Kedudukan Shafie Afdal juga ibarat telur hujung tanduk. Musa Aman terpaksa kini mengurus polemik politiking UMNO/BN yang telah diadu-domba oleh Lazim sejak 48 bulan lalu secara diam-diam.

Eloklah Ramadhan 1433H Lajim Ukin keluar UMNO sebab dia hanyalah seorang Ahli UMNO bukan Orang UMNO. Kini, Sabah terpaksa memulakan buku Charlie mereka. Buku Charlie ini tersimpan kemas di Istana TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah dan hanya menunggu masa yang sesuai. Senarai calon-calon dari Sabah ialah senarai mutakhir paling mampan dengan "keputusan bijak" Lajim and the geng. Senang untuk Sabah diurus lebih makmur dan sejahtera. Mudah juga untuk YAB Presiden UMNO dan YAB Timbalan Presiden UMNO menjalankan amanah lebih besar dalam bab-bab "diplomasi setempat" dan "lingkungan kawasan/daerah berteraskan kepentingan puak-puak di Sabah". Sabah ini banyak "tribal council yang ortodoks", jadi kena diurus sebagai Program The Survivor.

Orang Sabah pun ramai telah melupakan sejarah kependekaran Mat Salleh Pahlawan Sabah yang syahid demi memerdekakan tanahair Negeri Di Bawah Bayu ini. Semoga GPMS dan Majlis Belia Sabah yang kini diteraju oleh Kevin tidak dijadikan KELDAI oleh Lajim Ukin and Co.

2 comments:

  1. Den baru pulang dr Sabah ni. Den nengok lain bonar mood rakyat maso ni. Memang nampak e payan UMNO nak bokuaso lamo kek sanun.

    Maghah bonar oghang sabah kek Musa Aman. Kayo molana. YB Sabah paling kayo d Malaysia. Rakyat paling miskin d Malaysia.

    Rakyat miskin bonar2. Ado yg kojo bergaji RM250 ajo sebulan. Ramai anak2 tak sekolah dek meskin amek2.

    ReplyDelete
  2. UMNO Nismilan pun samo yo. Dah tak do laie semangat juang. Ponek..lah nulih pasal UMNO ni.

    ReplyDelete

Blog Archive