Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 10, 2012

Lawak Nik Aziz

Nik Aziz buat kenyaataan yang amat lawak...air tak ada di Pasir Mas kerana 'kemarau' dan 'hujan tak turun' lalu menyeru rakyat Kelantan untuk sembahyang minta hujan beramai-ramai....! (memang semua orang Islam akui sembahyang itu bagus dibuat bila-bila pun).

Cuma dia terlupa di negara-negara Asia Barat seperti Arab saudi, Iran, Iraq, Jordan dan lain-lain itu adalah bumi yang jarang ditimpa hujan...tetapi mengapa mereka tidak pernah hadapi masaalah air bersih???

Lebih lucu lagi bila Nik Aziz kata, "Sains dan teknologi tak boleh atasi kemarau.." hahaiii Nik...kenapa sampai begitu ketinggalan?!

Salahnya orang dikeliling Nik itu seperti Husam, Takiyudin, Nik Amar, Ustaz Zul Pulai Condong, Saiful Bahri Selising dan besannya YB Fatah Rantau Panjang, tidak memberi maklumat yang betul bahawa masaalah 'air bersih' tak ada kaitan dengan hujan atau tak hujan, kemarau atau banjir....kerana ia tidak diuruskan dengan betul...!!!

Sepatutnya semasa melawat Iran Dato' Nik kenalah melihat sebagai contoh, Padang Pasir Abadan atau Gurun Abadan yang kering kontang di zaman Shah Iran memerintah dulu, telah bertukar menjadi hijau semuanya dipenuhi dengan sayur-sayur dan pokok-poko buahan, dalam masa pemerintahan Ayatullah Khumaini.

Seorang wartawan Majalah Time Amerika yang meninjau pemulihan padang-padang pasir di negara Iran oleh Ayatullah Khumaini, menyifatkan bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan yanng ditanam di seluruh padang pasuir di Iran itu dapat mengatasi sekatan ekonomi dari Barat khususnya Amerika.

"Rakyat Iran boleh hidup 100 tahun lagi tanpa ada kesulitan bahan makanan walaupun pihak Barat membuat sekatan" kata wartawan itu.

Bukan hujan yang membasahi bumi padang2 pasir itu, tetapi paip-paip yang menyalurkan air sungai dan air dibawah bumi yang dilombong dan disalurkan dengan jayanya keseluruh tempat kering kontang di negara itu yang membasahinya...!

Memang teknologi moden membuktikan bahawa kuasa Allah yang menyediakan air di sungai-sungai dan dibawah perut bumi itu, maka kebijaksanaan manusia yang berilmu teknologi lah yang berjaya memanfaatkannya... alahai!!!

Credit to Yazid Othman.


p/s: Solat atas rumput dan doa menangis depan kamera, TIDAK MENJAMIN seseorang itu jadi pemimpin yang berfaedah untuk rakyat!!

27 comments:

  1. porknick beruk tua ni bila nak mampus daa..

    ReplyDelete
  2. kalau macam tu baik duduk rumah tak payah berusaha hanya berdoa minta diturunkan rezeki..boleh ke Pas..?

    ReplyDelete
  3. Sdra Anon 3.37 pm. Mohon maaf. Izinkan saya beri pandangan. Bahasa Sdra amatlah tidak sesuai. Maki hamun begitu tidak menyelesai masalah. Apa yang kita tulis, itulah gambaran hati kita kita. Bahasa itu pancaran hati. itulah kualiti diri kita. Jika kita berpuasa, boleh membatal pahala puasa kita. Malah, kita akan disoal Allah akhirat nanti. Islam dan Melayu penuh budi dan bahasa. Jadikanlah blog ini medan penyelesai dan penyatu umat Melayu. Bukan sebaliknya. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. Hidup ini senang saja...nanti akhirat kita tahulah sape yang betul dengan sape yang tidak...kat dunia boleh lah nak besar kepala bercakap ikut firasat sendiri...tapi....di akhirat tahulah nanti sape yang besar sape yang kecil...kalau dah rasa api neraka tu sejuk dingin boleh lah teruskan menghentam...kita jumpa di mahkamah akhirat! PAS tidak bimbang apa pun...yang kami bimbang orang yang meracau tidak tahu hujung pangkal seolah dia tahu lebih dari Tuhan....wallahua'lam...moga diberi hidayah sebelum masuk ke alam barzakh...

    ReplyDelete
  5. Kesian ye.....rasanya blogger kat sini yang buat lawak....kita orang jati Kelantan kalau x post pasal ni pun kita tahu kejadian sebenar..hari-hari jumpa tok guru...hari-hari berpanas berhujan di negeri Kelantan...dah lebih berpuluh2 tahun berada di Kelantan...Kita susah senang bersama pemimpin kita yang sayang Allah dan Rasul...kita kesian dekat kerajaan je....asyik memfitnah x henti-henti...buat konsert sana sini dengan baju terdedah, arak yang di teguk entah berapa botol..dunia ni xdelah pelik sangat...yang baik tu memang la kena hentam je...yang x baik? disanjang2 macam malaikat....so xde papelah...kita tahu keadaan sebenar, rakyat kelantan pun x termakan dengan fitnah dan lawak sebegini. dah kalis dah...benda biasa je...yang PASti kita sokong orang yang membawa syariat Allah! Xkira PAS ke UMNo ke namanya, yang penting kalo ikut syariat Allah kita sokong...tu lah jangan salahkan kita kalau PAS memerintah Malaysia nanti.... dont wory be happy :)

    ReplyDelete
  6. Panjang lebar justify budak2 pas ni mempertahankan Pok Nik. At d end, xde satu pun hujah mereka yg ada kena mengena dgn artikel dan kelemahan nik aziz menangani isu air. Itulah bezanya penyokong kerajaan dgn depa kerana bn supporters lebih rasional dalam mengkritik pemimpin. Budak pas sokong membabi buta. Bila tak boleh balas hujah mula la corner/divert isu ke lain. Penyudahnya hanya mampu cerita pasal neraka dan akhirat sbg strong argument. Hahaha. Lawak. Benda baik yg kerajaan buat pun pas bantai, yg tak baik apatah lagi. Dunia..dunia.

    ReplyDelete
  7. Mungkin ini membantu.

    http://msomelayu.blogspot.com/2012/08/maslaah-gangguan-air-di-pasir-mas.html

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  8. ANON 9.42 PM.. SAYA SETUJU SARANAN SDRA. KELANTAN PERLU GUNA TEKNOLOGI MODEN UNTUK DAPATKAN AIR UNTUK RAKYAT..

    MALAH, IDEA INI MEMANG AMAT BERNAS. IKHLAS, SAYA PUN TAK TERFIKIR PADA AWALNYA..

    NAMUN, IDEA BERNAS INI MENJADI TENGGERLAM. SEBABNYA, SDRA WARNAI SARANAN DGN SINDIRAN, KEBENCIAN DAN TUDUHAN YANG TIDAK RELEVAN..CTH: TUDUH TGNA SOLAT/NANGIS KERANA MENUNJUK2 DI DEPAN KAMERA.

    ITULAH AKIBATNYA, APABILA AMAL BAIK DILAKSANAKAN SECARA TIDAK BAIK. MAKA, JADILAH AMAL ITU BATAL DAN SIA2. WALLAHUAKLAM.

    ReplyDelete
  9. mana kita nak tau nik aziz tak riak menangis dan solat depan kamera? sebab hati kita hanya kita dan Allah saja yang tau. sebab itu islam sarankan ibadah itu dilakukan tanpa perlu menunjuk-nunjuk. kecuali kita berjemaah dgn tujuan menunjukkan kesatuan umat islam supaya menjad kegerunan pada musuh islam. tapi kalu solat sorang atas rumput dan org lain duduk keliling amik gambar apa maknanya? persepi manusia tidak boleh dihalang kerana ia melibatkan naluri hati, walaupun kita perlu bersangka baik pada orang. kenapa anon 1122 menuduh orang lain menyindir, menuduh mahupun menyemai kebencian dan tidak bersangka baik pun pada penulis ni? sbb anon pun sama saja, persepsi tak boleh dihalang ikut gerak hati. hahaha. 2x5 sama saja pun hang ni. macam bagus...

    ReplyDelete
  10. Rumah mertuo den kek kelantan nun dan sedaro maro sebolah isteri den kek sanun tiap tahun balik sano air totap koghuh dan berbau walaupun dah pakai penapih mahal. Padahal ghumah mertuo den tak la jauh na dari pokan kb. 30 minit yo. Tah bilo la nak insap kerajaan pas ni. Agak eh oghang kelantan suko mandi minum air koghuh dan bebau kot.

    ReplyDelete
  11. air kering di kelantan orang pas akan kata ujian. tapi kalau kena negeri bn..org pas akan kata bala.

    dulu kini dan selamanya. hahaha.

    ReplyDelete
  12. anon 917pm tau nasihat orang cerita pasal neraka akhirat bagai tapi rupanya jahil tak tau memang ada neraka sejuk. kau ingat semua neraka panas saja ke? pernah dengar kisah asal usul nafsu? agak2 ekau tu dah confirm dapek tiket syurga ke sbb undi pas..handa bonar nak menilai orang?

    ReplyDelete
  13. anon 931pm dah berpuluh tahun dok kelantan patut la taksub bonar ngan nik aziz. bawak2 la berhijrah tengok dunio luar. xyah jauh doh, gi indonesia pun cukup tgk kwasan pedalaman eh. insap tak agak eh dok malaysia nih. err...kilang arak kat selangor yg pas janji nak tutup tu bilo nak ditutup eh? kodai arak dan judi kat kodah ppun apasal pas belum tutup lagi? rumah pelacuran yang 400meter dr pejabat menteri besar kelantan tu bilo nak tutup eh? ikut syariat la sangat.

    ReplyDelete
  14. Salam kasih Sdra Anon 12:42 am. Terima kasih keran sudi mengulas. Sy ulangi, idea mengenai air di kelantan amat sy setuju. Perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Kelantan.

    Namun, Sdra tetap yakin bahwa TGNA menunjuk2 didepan kamera. Nas sdra, gerak hati. Sy yakin dia tidak menunjuk2. nas sy, juga gerak hati. sy setuju bahawa gerakhati menentukan persepsi. Dalam hal ini, gerakhati kita berbeza. Sy tidak kata, saya benar & sdra salah. Yang mahu saya jelaskan, gerakhati bukanlah pengukur mutlak betul dan salah.

    Solat depan kamera, mungkin menunjuk2 jika kita yang lakukan. Kerana, itulah gerakhati kita. Namun, janganlah buat kesimpulan umum orang lain pun menunjuk2 jika orang lain lakukan. Kerana, gerakhati orang lain, mungkin berbeza dengan kita.

    Solat sendirian di khalayak ramai begini, lumrah dilakukan Rasulullah, para sahabat dan masyarakat Islam di mana jua. Hatta kini di Eropah. Saidina Ali, solat sendiri di khalayak ramai selepas cedera dipanah. Kerana khusyuknya dia, para sahabat upaya mencabut panah itu tanpa disedari Ali.

    Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Jika menunjuk-nunjuk, artinya kita syirik pada Allah. Menuduh orang syirik amat merbahya. Jika tidak tepat, kembali kepada kita.

    Oleh itu, jika kita ada kecenderungan politik mana-mana pihak, kawallah gerak hati kita. Jangan sampai gerak hati kita dipengaruhi nafsu amarah (marah, benci, dendam, buruk sangka dll). Kelak binasa kita jadinya dunia dan akhirat. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  15. Tu le deh.....justifikasi nik aziz solat atas rumput dgn dikelilingi org tgk mcm x pernah tgk org solat tu...nak disamalkan dgn nabi dan saidina ali solat sendirian? Eropah x byk surau dan masjid, malaysia ni banyak sgt surau dan masjid utk perlu ke solat atas rumput? Hehehe. Bro...to argue with pas supporters...you must have some sort of pas mental standard. Kalo x akal ko tak mampu terima hujah mereka bro. Nik ajis tu mcm 'nabi' mereka bro. Tak pernah silap. Maksum sokmo. Lupakan berdebat dgn mentality pas ni. Tak kemana bro.

    ReplyDelete
  16. Salam. Maaf Sdra Anon 3:15 pm. Sdra silap orang. Saya ahli UMNO. Saya belajar sedikit ilmu agama secara formal. Sarjana Pendidikan Islam. International university.

    Namun, Saya tidak kata tahu semua perkara. Takbur namanya. Pendapat saya mungkin ada yang silap, maka berhujahlah dengan ilmu. Bukan dengan emosi - anggap saya samakan TGNA dgn Nabi.

    Sy melihat teliti, apa yang mampu sy berilah pandangan. Namun, sy wajib berlaku adil di sini. Allah melihat apa yang kita tulis.

    Dalam kontek politik orang Islam - tidak kira PAS atau UMNO, keduanya ada lebih & kurang. Jadi, nak selesai masalah umat, wajiblah semua muhasabah diri. Elakkan ketaksuban. Taksub mendorong diri kita tidak berlaku adil dan zalim pd pihak yang lain.

    Apabila berdebat di sini, jika kita ikhlas, terbukalah pd kebenaran. Bukan, melabel dan menghina pihak lain, jika hilang modal hujah.

    Mungkin kita berbeza pandangan. Namun, sdra tetap sdra saya. Tidak didunia di akhirat tetap berjumpa. Maka itu, maaf zahir batin saya pinta.

    ReplyDelete
  17. Ok bro. You org umno n belajar islam secara formal. Good for u. Den ateh pagar xde parti. Den nak tanyolah...agak eh nik aziz tau tak dia pemimpin? Agak eh dia sedar tak dia mb? Agak eh dia tau tak beyond d doubt, segala tindakan dia akan dinilai dan diperhatikan org? Agak2 la, kenapa dia solat atas rumput? Kalo org biasa xde siapa pun peduli. Tp dia sedar dia pemimpin sebuah parti dan mengetuai sebuah negeri...so kenapa dia masih buat benda tu? Agak2nya org kata ikhlas atau nak menunjuk? Agak2 nik aziz sedar tak yg tindaklan dia itu akan mengundang pelbagai polemik dan konflik negatif mahupun positif. So secara tak langsung terjejas tak nama baik islam tu? Tu satu.

    Ok...agak2 saudaralah...kalo gambar nik aziz solat atas rumput dan dikelilingi org tgk mcm jakun tu ditunjukkan kepada umat Islam dunia...agak2 apa pandangan mereka? Pertama mereka akan tanya...kat mana tmpt berlaku ni? Kedua mereka akan tanya kenapa berlaku mcm ni? Last skali baru dunia luar akan tanya siapa dia. Agak2 apa persepsi dunia bila tgk gambar tu? Malaysia yg selama ini dikagumi dunia islam, tiba2 berubah persepsi sbb tgk ada lg umat islam Malaysia solat atas rumput. Agak2 eh...org bukan islam akan tertarik tak dgn islam tgk gambar ni? Bagaimana pula persepsi org bukan islam? Sebuah negara islam moden masih ada lg perangai umat tak cukup tmpt solat....apa pandangan dunia agak eh?

    Huh...byk persoalan. Tapi den cubo bersangka baik yolah. Den tak marah doh. Cumo kengkadang den polik seolah ado org yg ghoma mempolitikkan agamo..bukan gunokan siasah syariah utk agamo. Den cubo adil la nih menilai. Tp mmg kalo nak berhujah dgn org pas...kena ada some sort of their mentality utk bincang. Kesatuan umat tiada dlm kamus mereka...kini hanya kuasa yg menguasai nafsu mereka.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah bro. Salam persaudaraan. Sy gembira Sdra membalas. Atas sangka baik pd Sdra sy cuba menjawab. Selebihnya, sy serah kpd Allah jua. Penyokong parti apapun kita, jika ikhlas kita sayangkan umat Melayu dan Islam ini, bersifat terbuka dan adillah kita kepada siapa jua. Lawan terbuka dan adil adalah taksub atau asyabiyah. Lihatlah nas-nas berikut:

    1. "Hai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan sebagai saksi karena Allah sekalipun terhadap diri-dirimu sendiri, atau terhadap kedua orang tua dan kerabatmu." (an-Nisa': 135)

    2. "Dan jangan sampai karena kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil." (al-Maidah: 8)

    3. "Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati karena ashabiyah." (Hadis Riwayat Abu Daud).

    Moga interaksi kita diberkati Allah dan Dia memberi taufik hidayah kpd kita bersama.

    Jawapan sy untuk soalan sdra adalah:

    1. Hadis Nabi: Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan ditanya apa dan bagaimana kamu memimpin. Masakan Sdra tak tahu, bahwa sdra juga adalah pemimpin. Setiap ayat yang ditulis di sini, akan mempengaruhi orang lain. Sama ada baik atau buruk, dibaca diikuti orang. Itulah saham tersembunyi tanpa kita sedar.

    2. Setiap amal dikira dengan niat. Kita tak tahu apakah niat mereka. Maka itu, haram berhukum hanya atas sangkaan. Gerakhati itu adalah sangkaan. Ia mempengaruhi persepsi. 65% persepsi tidak tepat. Kebanyakan sangkaan itu adalah dosa.

    3. Hakikatnya seluruh bumi milik Allah ini adalah masjid (tempat solat), kecuali tempat-tempat tertentu spt kuburan dan tempat yang jelas najisnya. Banyak nasnya. Memadai saya bawa satu saja dulu.

    Dari Abu Sa’id Al-Khudry, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Seluruh bagian bumi adalah masjid, kecuali kuburan dan kamar mandi’.” (Hadits shahih, riwayat Ibnu Majah, Abu Daud, dan Tirmidzi).

    Maka itu, harus solat di mana jua, meski atas rumput. Nampak lahirnya yakin bersih, haruslah solat di atasnya. Adapun mungkin ada najis, itu hanya sangkaan. Sangkaan tidak boleh membatal yang yakin.

    4. Solat terbuka ini juga merupakan satu dakwah. Menjadi motivasi kpd orang lain untuk suka bersolat. Ramai orang buat maksiat, juga cara terbuka (spt pesta k-pop di putrajaya dulu). Apa tujuannya? Agar budaya itu dinikmati dan disebarkan. Mungkin kita tak sedar. Perancang dibelakang tabir - freemason, gerakan kristianisasi dll itu - yang tahu tujuannya.

    5. Jika semua solat mesti sembunyi, tak perlulah kita bina mesjid di tengah bandaraya dan ditempat tinggi. Bukankah orang lain nampak dan tonton?. Apa pula kata orang bukan Islam dan dunia seluruhnya?

    6. Jika timbul polemik mengenainya, itu suatu yang sihat dalam kontek dakwah. Perdebatan menggalak orang itu membuat kajian. Maka yang ikhlas akan mendapat hidayat. Yang hasad dan dengki akan terus kesesatan. Apa pun dikata dikutuk orang, yang benar itu adalah umpama cahya, yang batil itu umpama gulita. Cahya tetap akan memadamkan kegelapan.

    7. Jika Sdra pernah ke tanah suci, ramai orang solat di atas tanah, di atas batu, di atas jalan raya. dengan penuh selesa. Tanpa alas. Mereka memahami fiqh ibadat secara betul.

    8. Di Eropah, solat terbuka memberi impak positif. Ramai yang tertanya, mencari dan akhirnya masuk Islam. Sudah pasti, yang sesatu akan terus dalam kesesatan. Sesungguhnya, hidayah itu kepunyaan Allah.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kerana menerangkan dgn panjang lebar bro, yg mana kebanyakan drpdnya sudah den sedio maklum. Tapi masih bolum menjawab persoalan den. Mcm den ckp td, kok org biaso...takdo siapo pun peduli. Tp bg org yg tau kapasitinya sbg pemimpin, dianggap pemimpin, ketua bg sebuah negeri, adakah dio tdk sodar polemik yg sedio dibawak eh, implikasi pd pengikut dan org ramai dan kesan2 negatif akibat perlakuan eh tu? Smpi tahap org amik selipar utk berkat, gantung gambar dlm rumah, kat keto, dgn tagline "dgn berkat tok guru", letak gambar tok guru bawah sejadah sebolum solat, tanam jenazah di selimuti bendero parti...bla bla bla. Bukankah itu byk membawa implikasi buruk perlakuan pemimpin tu pada rakyat? Boleh ko gantung gambar nik aziz solat ateh rumput dan nangis doa tu sumo bosar2 dalam rumah/keto? Apo pandangan islam?

    Bro bg hujah eropah, org solat atas tanah...fine la. Mgkn menarik minat...org bukan islam...tp kalu itulah tanggapan mudah dakwah bro...maka solosai la masalah umat islam. X perlu susah payah dakwah doh. Solat atas tanah dah setel dakwah. Tak payah poning kepalo turun pedalaman berdakwah doh.

    Ini malaysia. Malaysia bukan mcm tanah suci org islam dtg berduyun tiap tahun. Tanah haram yg suci org solat dimana2 itu tdk pelik dan normal. Tp ini malaysia. Nak dakwah dgn org melayu...kaji dulu budaya melayu. Den ponah terbaco dlam blog ni jugak post 'adakah memperjuangkan melayu itu asobiyyah'. Cubo bro cari.

    Sobut pasal solat tak perlu sembunyi...sapo lak cakap solat kono sembunyi? Den sobolun ni pun ckp kok berjemaah adalah tuntutan islam sobab boleh menimbulkan kegerunan pdo musuh. Tapi masih tak jwb persoalan den nik aziz sodar ko tak dio mb maso buek bondo tu? Dio sodar implikasi dan polemik yg bakal dibawanya? Umar pun solat luar gereja sbb takut jadi persepsi umat akan dtg. Tp nik aziz bukan takat solat atas rumput bro...siap pakai kalong bungo dan selempang buddha maso melawat tokong buddha bla bla bla. So apa pulak pandangan eh tu?

    Bro sbut freemason, kristianisasi plan.. Bab ni den suko sobab ini kajian den bertahun. Agak2 apo yg dibuek dek nik aziz dan pas ni bukan rancangan fremason dan kristianisasi ka? Hehe...cubo bg hujah skit.

    Bro ado kaji sejarah andalusia...pemimpin kaum murabitun yg mcm nik ajis yg kesan buruknya pd umat islam hingga hari ni?

    ReplyDelete
  20. Salam kasih bro. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah..
    Sy dah cuba jawab apa jua sdra musykilkan. Namun, Nampaknya sdra tetap tak puas hati. Timbul soalan-soalan baru pula. Sdra soal tentang solat atas rumput. Dah sy jelaskan apa yang sy faham. Sdra tak nafikan. Artinya sdra terima. Kemudian timbul soalan2 baru.
    Artinya, bukan amalan solat atas rumput secara terbuka itu yang menjadi isu sdra. Ini namanya krisis kepercayaan. Sudah ada satu tanggapan awal terbenam dalam minda sdra. Ini memungkinkan Sdra tidak berlaku adil dlm menilai.
    Bahasa sdra juga, kurang teratur dan caca merba. Gambaran keserakan minda. Maaf. Jika sy silap betulkanlah. Sy terbuka.
    Demi Sdra sy akan cuba apa yang mampu. Selebihnya sy serah pd Allah. Sy pun perlu berlaku adil pd diri dan pihak lain yang memerlukan juga.
    Sekali lagi, ini landasan perbincangan kita:
    1. "Hai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan sebagai saksi karena Allah sekalipun terhadap diri-dirimu sendiri, atau terhadap kedua orang tua dan kerabatmu." (an-Nisa': 135)
    2. "Dan jangan sampai karena kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil." (al-Maidah: 8).
    Adakah membela Melayu itu assobiyah? Jawapannya: TIDAK. Selagi tidak menzalimi diri dan orang lain. Zalim adalah lwn pd adil.
    Sdra boleh rujuk pd google.. Rajinlah membaca dan kaji. Sy petik satu nas (http://abul-jauzaa.blogspot.com/2011/10/definisi-ashabiyyah.html)
    Al-Imaam Abu Daawud rahimahullah berkata :
    Telah menceritakan kepada kami Mahmuud bin Khaalid Ad-Dimasyqiy : Telah menceritakan kepada kami Al-Firyaabiy : Telah menceritakan kepada kami Salamah bin Bisyr Ad-Dimasyqiy, dari Bintu Waatsilah bin Al-Asqa’ : Bahwasannya ia mendengar ayahnya berkata : Aku pernah bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah ashabiyyah itu ?”. Beliau menjawab : “Engkau menolong kaummu dalam kedhaliman” [As-Sunan, hal. 926 no. 5119].
    Contoh menolong kaum dalam kezaliman:
    Orang Melayu lemah ekonomi dan hilang sokongan politik, semuanya disalahkan pd kaum Cina. Memang ada sebahgian kerana orang Cina. Tapi, kita lupa pula yang alibabakan tu, orang Melayu juga. Yang rasuah dan tidak amanah urus harta rakyat itu, orang Melayu juga. Misalannya, kenapa projek LRT diberi pd taukeh Cina? Tidak adakah jurutera Melayu boleh lakukan? Banyak projek ekonomi diberi pd rakan politik. Kerana tiada kepakaran, dialibabakan atau bungkus. Kenapa tak beri pada profesional Melayu yang benar2 berpengalaman atau pakar? Tidak kiralah dia penyokong BN atau PR. Asalkan dia pakar dan amanah. Pasti orang Melayu dapat manfaat. Kenapa RM250 juta mudah diberi pd keluarga menteri untuk ternak lembu? Orang kampung kita yang 5 keturunan bela lembu, nak dpt bantuan RM10 ribu pun susah.
    Sdra berkata: "..yg mana kebanyakan drpdnya sudah den sedio maklum. Tapi masih bolum menjawab persoalan den"..
    Sy rasa telah menjelaskan semua soalan Sdra dlm post2 sebelum ini, khusus dlm isu solat atas rumput tu.
    Sekarang sdra kemukakan soalan2 baru pula.
    "Mcm den ckp td, kok org biaso...takdo siapo pun peduli." (artinya sdra setuju, hukum solat atas rumput itu adalah harus. Jika harus pd orang awam, haruslah juga pd pemimpin. Nokhtah.
    "..implikasi pd pengikut dan org ramai dan kesan2 negatif akibat perlakuan eh tu?"
    (Kalau dibuat itu harus dan baik, maka baiklah pula kesan pd pengikut).
    Tidakkah Nik Aziz mengerti waqi'(realiti) budaya Melayu. Sy setuju, ada juga yang dia tak mengerti. Namun, dlm soal solat ni, dia lebih mengerti. Sebab itulah, dia mampu kumpulkan ratusan ribu pengikutnya solat jemaah di stadium besar.
    Mengenai soalan2 itu, ia satu tajuk bicara baru pula. Mungkin boleh kita bicarakan dikesempatan lain.

    Salam persaudaran. Bersama kita dapat mengisi malam dgn ibadat moga bertemu lailatul qadar yang berkat. InsyaAllah. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  21. Salam. Apo la ko orang nie, nik ajis sembahyang atas rumput pun jadi isu. Bagi den la elok nik ajis sembahyang kat ateh rostoren berpusing menara KL, lepas tu panggil wartawan beramai-ramai, sembahyang sambil berpusing-pusing,barulah popular dan pecah malaysian record ...... maaf,saja bagi cadangan kat PAS

    ReplyDelete
  22. sebagai ahli PAS saya malu dgn komen2 tuan2 semua. Tahukah anda TGNA telah diiktiraf ulama nusantara, mempunyai keramat, boleh mensucikan dosa spt Elezebeth Wong, Abby Abadi, Hairie Othman dll. kalau tuan2 rasa banyak dosa dibulan Ramadhan, cepat jumpa TGNA. Dia boleh bagi pakej ke syurgo sekali. Tapi kalau datang Kelantan jangan lupa bawak air banyak2, sebab kat Kelantan kemarau lagi .....

    ReplyDelete
  23. Wahai Anon 1240 pm!!.. Kok nak nyampuk, biar botul cagho e..

    Kok tak tahu ujung pangkal dah takdo hujah, dok ontok2!! Jgan tak pasal2 nambah2 tak nontu camtu. Kato oghang tuo2, nundo beghak hanyut namo e...

    Maaf den yo waghih!!

    ReplyDelete
  24. anon 105pm.. kah kah kah!!! Osah goli ati den...

    Kah kah kah kah kah!! memang sonak poghut den...

    Kah kah kah kah kah kah!! adui.. tak tahan den do!!

    Memang nampak bonar tak coghodik kau ni..

    Kah kah kah!!

    ReplyDelete
  25. "Orang Melayu lemah ekonomi dan hilang sokongan politik, semuanya disalahkan pd kaum Cina. Memang ada sebahgian kerana orang Cina. Tapi, kita lupa pula yang alibabakan tu, orang Melayu juga. Yang rasuah dan tidak amanah urus harta rakyat itu, orang Melayu juga. Misalannya, kenapa projek LRT diberi pd taukeh Cina? Tidak adakah jurutera Melayu boleh lakukan? Banyak projek ekonomi diberi pd rakan politik. Kerana tiada kepakaran, dialibabakan atau bungkus. Kenapa tak beri pada profesional Melayu yang benar2 berpengalaman atau pakar? Tidak kiralah dia penyokong BN atau PR. Asalkan dia pakar dan amanah. Pasti orang Melayu dapat manfaat. Kenapa RM250 juta mudah diberi pd keluarga menteri untuk ternak lembu? Orang kampung kita yang 5 keturunan bela lembu, nak dpt bantuan RM10 ribu pun susah." - AYAT NI PUN BUKAN BUKTI LU PUN ADO MASALAH KEPERCAYAAN KA BRO? HEHEHE..

    daripada sepanjang2 ayat dan komen ekau bro...menunjukkan ekau pun dah ado tanggapan awal terbenam dalam minda. so tak payah la nak nafikan.

    dan kalau dari awal komen2 ekau pun samo yo kurang teratur dan cacar marba. memulo huruf bosar. pehtu huruf kocik. kojap macam bagus sound org...kojap cam nunjuk baik lak konon adil dalam menilai. padahal ekau menilai komen org pun borat sebolah dan ado skeptikal dari awal susah menerima pendapat orang.

    lagi satu den wujudkan persoalan baru sobab ekau yang bangkit pasal freemason dan kristianisasi. so apo hujah bro dongan persoalan den tuh? kok tak tau jawab yo tak tau...atau ngaku ilmu bolum sampai tahap tu lagi. kan sonang. takyah la berdalih. kok banyak na dalih...dah dokek ngan riak lak kang. hehehe...gurau yor.

    den ngaku solat ateh rumput/tanah takdo masalah. yg jadi masalah...ekau tau org tongah ramai ikut, dan ekau tau ado kamera keliling...tetibo ekau bontang sejadah tongah2 orang tu dan solat. apo makno eh tu? yg ekau sibuk cerito orang solat kek mokah la, eropah la, itu dorg solat apo bro? tak sompek nak solat proper or takdo tompek solat? nak solat wjib ko? atau solat sunat? ado kamero tak keliling org yg solat kek eropah ngan mekah yang ekau cakap tu? ramai ko yang dok mencangkung keliling nengok dorang solat ateh rumput tu? heheh..

    solat yg tetibo ekau bontang sejadah tongah orang ramai yg ekau tau bawak kamera. itulah yg jadi persoalan bro. hahaha. masalah eh caro ekau jwb tak menjawab persoalan. pehtu ekau pun konar cerito pasal lombo la, lrt la. hahaha. bab lombu tu den sokong la. tapi bab lrt tu raso eh ekau tak tau citor belakang. so ekau pun bercakap bondo yg ekau tak tau...so apo makno eh?

    alibaba salah sapo bro? ahli politik or pegawai/penguatkuasa kerajaan? kaji botul2 bro. hehe.

    iyo ko ekau ahli umno? cam nyamar yo den ghaso. 1000 bulan bro...seribu bulan!

    ReplyDelete
  26. Aku suka ayat anon 853am pasal hadis asobiyyah. Aku nak tanya , adakah pemimpin melayu yg memperjuangkan melayu hari ini telah menindas kaum lain? Rasanya yg banyak 'bantai' melayu hari ni ialah cina terutama DAP. Adakah salah memperjuangkan dan membantu kaum sendiri, memastikan kaum sendiri berjaya, bantu kaum sendiri dpt pendidikan sempurna mcm saudara hingga mampu berhujah dalam blog ni, memastikan anak melayu dpt beribadah seperti yg dituntut islam macam saudara juga dsbnya, adakah dikategorikan sbg asobiyyah zalim? Padahal tiada pula dilihat kerajaan menindas kaum lain? Saja je tanya sbb syok gak tgk bahas ni.

    ReplyDelete
  27. tumpang lalu ... bg sya mengomen plak ... dua2 sma jer ... dua2 sling tuduh menuduh .. dua2 saling melemparkan fitnah pada pihak lawan ... dua2 carik buruk pihak lawan ... klu cam nie la sampai bila nak aman politik malaysia nie ...

    ReplyDelete

Blog Archive