Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, December 24, 2012

Kisah Sebuah Kuasa Usaha

Allah takdirkan kuasa usaha itu lahir dek kesempitan ruang dalam sebuah laman tamadun Bangsa yang dulu dikenal sebagai Pelayar hebat, Pedagang hebat, Pentadbir hebat, Pejuang Handal dan Ahli Mubaligh Nusantara segani.

Allah takdirkan kuasa usaha itu dinakhodai oleh pesara-pesara yang disambung kontrak perkhidmatannya, secara tahun. Silih ganti, baru 3 orang peneraju utama kuasa usaha ini. Pundak kuasa ini membahas dan membalas perihal nilai murni dan integritas. Peneraju pertamanya memberi falsafah dan landasan kebenaran dan berkata benar serta berbuat benar demi menyambung nyawa tamadun yang hampir rebah, dek keletah sumbang, tidak bistari oleh pemimpin wahid negaranya. Peneraju kedua, umur tidak panjang, namun bijaksana kerana berpegang kepada kata janji, bahawa khidmatku mendasari persis nyawa perkhidmatan sahabatku di kantor nombor satu.

Kini, peneraju ketiga seorang manusia hanya 5'2, lahir dari sebuah negeri beraja paling selatan sempadan negaranya. Khabarnya sekolah dasar hingga darjah khas, khatam 4 senawi. Alhamdulillah, namun sayang dan malang kerana begitu kerdil dan dayus fikrah, seorang penakut dan bacul berhujah pada qalam dan maqam integritas secara dasar dan kukuh. Bicara bertadabbur dengan dalil naqli amat sinikal sekali. Mengapa?...hingga sanggup menafi ilmu haq dan qalam Sang AdiJagat Maha Pencipta lagi Maha Besar.

Dialah kuasa usaha sebuah laman integritas di sempadan benua Melayu. Rupanya manusia ini didalangi oleh barisan kawan dan sahabat yang sama sifat dan makrifat. Nampak pakai bersongkok, berdastar, berdagi dan berambut nipis, namun punya syaitan iblis yang sentiasa memburuk dan bersetuju pada sangkaan batil. Apabila dikomen, maka dinafi. Apabila dikasar, maka dikafiri. Apabila diampu, mereka amat senang. Apabila dipuji melambung hingga terangkat payung negara, mereka rela dan tidak fikir akan luka darah yang membasahi wajah-wajah ceria kawanan lainnya.

Inilah kisah sebuah kuasa usaha, integritas namanya. Malu untuk disebut nama mereka kerana mereka ini jika dalam alam Malaysia berpangkat JUSA-JUSA belaka. Malu untuk diumpat telatah dan gelagat, kerana mereka ini kalangan pelakon dan penghibur merempat sahaja. Tiada tempat dalam alam Melayu kalian-kalian ini.

Dunia sebenar penuh masalah nilai, namun mereka-mereka ini hanyalah sebahagian daripada pembaziran makna perjuangan integritas sebuah kuasa usaha. Dalam khabar berita yang baik, kalangan mereka ini tidak sukai akan makna daripada bahasa Melayu dan Arab. Dalam khabar berita yang baik, kalangan manusia ini tidak dibutuh ilmu Bimbingan Mukminin kerja fikir Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli. Dalam khabar berita yang baik, kelompok manusia kufur nikmat ini tidak memperduli makna kepedulian bangsa integritas dalam bina jaya tamadun Bangsa Mulia berasaskan Agama, Bangsa dan Tanahairnya.

Sedih juga. Alangkah baiknya andai mereka ini tidak berada dalam alam kita hakiki selaku manusia berakal. Alangkah baiknya andai coretan kisah sebuah kuasa usaha ini tidak benar. Alangkah baiknya andai JUSA-JUSA ini berhenti daripada kerja mereka kerana "merekalah" dunia integritas menjadi boneka Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Alangkah baiknya jika coretan ini menjadi saksi bahawa kisah sebuah kuasa usaha itu hanyalah retorika dan fatamorgana.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive