Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, April 28, 2013

Pengerusi BN N9 Apo lopong bonar!

Keliling bercerito pasal kebijaksanaan Pengerusi BN N9 ini?

Dek kerana tak percayo dengan kekuatan pasukan N9, maka BN hampir karam menjelang PRU-13;

1. Ada ke pulak teori supaya biarkan BN menang tipis? Apo bangang sangat BN ni? Atau orang UMNO kaki sabotaj yang lopong? Teori BN menang tipis tiada dalam PRU-13 ini. Kok, kalah lagi kerusi semasa dari Pilah, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Linggi misalnya...maka TERUS KE LIANG LAHAT BN N9 Jang!!

2. Kerusi-kerusi kritikal mesti dipastikan kemenangan 110%. Penglibatan sepenuh hati, jiwa dan raga oleh Ketua-ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian serta barisan juak dan jurai mesti MULA semalam. Kalau merajuk lagi, sakit hati, meluat, memang bongih bonar...maka yang PASTI JAHANAM ialah Barisan Nasional. Kalah Barisan Nasional N9 bermakna tamatlah riwayat 2013-2018, yang ternyata akan memberi highway kepada kewujudan KERAJAAN SYIAH-KHAWARIJ + FREEMASON + KOMUNIS.

3. Apa dah jadi dengan Pengerusi BN N9? Tak insaf-insaf lagi ke untuk pandai serta berani mengurus keletah Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi komponen BN?! Malulah sikit...kok tak malu dengan UMNO dan BN, malulah dengan DYMM Yang Di Pertuan Besar dan 4 Dato' Undang Luak.

Semua ini memberi kesan kepada keputusan Pilihanraya 5 Mei 2013. Senjata ajaib pembangkang boleh dijawab dan dipatah dengan BAIK oleh BN. Namun, senjata "kebijaksanaan" BN N9 hanya boleh diurus dengan cekap dan berkesan dengan adanya "wahdatul-fikr" dan "wahdatul-amal" yang sentiasa tersusun dan diperkaya dengan penuh hikmah.

Kita sambung lagi...BERITA PANAS BN N9.

Wahai saudara-saudari Pejuang UMNO. Bangun dan tegur sahabat kepemimpinan kita dengan TEGAS DAN TANGKAS. Pukul dan rotan mereka dengan ILMU dan KEKUATAN PASUKAN UMNO yang digagaskan oleh kumpulan Onn Jaafar dan Baba Ludek bersama sahabat-sahabat.

20 comments:

  1. Tok mat ni bega

    Apo guno biar orang bega ni jadi MB lagi

    Berubah @ di ubah?

    ReplyDelete
  2. Saudara Cicit Kamat

    Hentikanlah adu domba ini. Pengerusi BN NS bertungkus lumus berkerja dan berusaha untuk mendapat mandat rakyat N9 tanpa henti. Ada saudara ikut dan lihat jadual kempen beliau?

    Marilah sama2 berkerja untuk kemenangan Parti dengan ikhlas tidak kira apa kedudukan kita dalam Parti.

    Rungutan dan cerita ini hanya memberi peluang kepada lawan melemahkan kita.

    ReplyDelete
  3. Tak kisah la dalam UMNO kalau dia tak terpilih, berilah sokongan. Ini tak, bila nama tak tercalon jadi calon bertanding, kecewa. Bertanding jadi calon bebas. Apa ni?

    61 calon BN termasuk UMNO dipecat gara2 tak dapat bertanding? Kalau macam ni la, susah la nak menang sebab undi pecah dua.

    Aku ni yang menyokong BN, bila ada kemelut macam ni kadang2 kecewa juga terutamanya UMNO. Terima sajalah keputusan. Berjuanglah untuk parti dan rakyat.

    Kita nak pastikan kemenangan BN utk pru kali ni, tapi ada orang dlm UMNO/BN buat hal nak dekat pru. Kalau dah 61 calon bertanding bebas, apakah yang difikirkan oleh orang2 macam ni? Nak kuasa dan nama supaya gah? Baik tengok diri sendiri.

    Berjuang untuk matlamat parti atau diri sendiri?

    Aku tinggalkan persoalan ni untuk semua berfikir..

    ReplyDelete
  4. Jangan gaduh-gaduh sedaro,tak guno.
    Sonang citor kita UBAH jo nt,bg BN PENCEN sobab dah sampai umur pencen,kito TRANFORMASI bak kato Najib tu,memang elok bonar.Sampai maso undi nt sonyap2 kito pangkah PR.undi kito rahsio,tak sapo pn tahu.,,hee,,hee.Kalau kito tk ajar mcm ni sampai bilo diorang ni tak sodar2 lg,dh terantuk baru dio tahu terngadah.Esok2 baru diorang nak buek yg terbaik untuk rakyat pulak,nak lawan PR.Kalau ado yg kono dakwa maso PR perintah nt,diaorang kono duk sg buloh atau temiang ko,lantak mampus la dio,salah sendiri,kito mcm biaso yo dgn kojo kito.
    Lagi satu sampai bilo kito ni nak ikut karenah diorang semuo tu,dio hidup sonang lenang kito pulak jd huru haro,gaduh2 nak monangkan dio,mcm kobau di cucuk hidung di buek kito ni.
    Apo tunggu lg kito UBAH samo2 nt.Biar jd sejarah dan pengajaran untuk anak cucu kito nt.Marilah kito samo2 melakar sejarah.Jangan takut dengan momokan usang diorang semuo tu sedaro.kito sebagai rakyat marhaen ni kalau asyik berkecamuk pasal parti konon,hidup kito yg jd susah.lebih baik kito ajar sikit,kito tunjuk KUASO RAKYAT kek diorang semuo.
    APO LAIE JOM UBAH.

    ReplyDelete
  5. bn atau umno mmg sangat berjasa pada kita semua khususnya bangsa melayu..tp harus lah kita ingin kalau calon bn yg ditonjol kan dilenggeng tidak sesuai dan relevan.bgaimana hendak memajukan lenggeng??cuba fikirkan selama 3 penggal diberi amanah?apa yg penduduk kampung peroleh?ape yang dimajukan?xkn bak smpi 5penggal baru nak buka mata???calon bebas hati mmg bersama umno dan pas..cume calon bn yg sering menghadapi masalah kesihatan..jln pon tdak lg seperti normal.atas faktor umur mungkin.ini ke yg kalian harapkan?tepuk la dada..ini lah masenya kte MENTRANSFOMASIKAN KESEDARAN...UNDiLAH BEBAS di lenggeng...

    ReplyDelete
  6. betul kata paneh, kerusi di kawasan pilah harus dipertahakan,kalau tidak hbs n9 jatuh kat Dap.

    Untuk kali ini kerusi Pilah agak goyang, dan rasa paneh tak perlu dedahkan. Ia akan jadi peluru makan tuan. Buat masa sekarang satukan hati sokong Bn, kalau tidak......

    ReplyDelete
  7. bn atau umno mmg sangat berjasa pada kita semua khususnya bangsa melayu..tp harus lah kita ingin kalau calon bn yg ditonjol kan dilenggeng tidak sesuai dan relevan.bgaimana hendak memajukan lenggeng??cuba fikirkan selama 3 penggal diberi amanah?apa yg penduduk kampung peroleh?ape yang dimajukan?xkn bak smpi 5penggal baru nak buka mata???calon bebas hati mmg bersama umno dan bn..cume calon bn yg sering menghadapi masalah kesihatan..jln pon tdak lg seperti normal.atas faktor umur mungkin.ini ke yg kalian harapkan?tepuk la dada..ini lah masenya kte MENTRANSFOMASIKAN KESEDARAN...UNDiLAH BEBAS di lenggeng...

    ReplyDelete
  8. calon BEBAS dilenggeng sayangkan penduduk kampung dan bn..oleh sebab masalah calon bn lenggeng yang ditonjolkan kurang mendapat sambutan dihati masyarakat..

    mgkin atas sbb kelakuan dan tidak ada kemajuan yang di peroleh selama 3penggal mendapat amanah menjadi mb di lenggeng.faktor umur juga dititik beratkan.umur kian meningkat dan keuzuran makin menjadi2x..

    dan atas faktor2x ini la wjudnya CALON BEBAS di lenggeng..UNDILAH BEBAS DI LENGGENG...semoga ALLAH merahmati kalian..amin..sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI setiap sesuatu......amin...

    ReplyDelete
  9. sebarang info..sila ke http://jembalangsenja.blogspot.com/2013/04/apabila-dato-sahak-menjilat-sokongan.html?spref=fb.....mungkin lebih panjang penerangan disana...go BEBAS GO..DATO' SAHAK sudah tiba masanya anda memberi peluang kepada calon lain..cukup la 3 penggal diberi amanah..GO BEBAS GO..buka lah mata..fikirkan lah...

    ReplyDelete
  10. Orang negeri sembilan ni pelik ya amat.....

    Isa Samad yang rasuah tu pun akan memang di Jempol

    Bahana masuk suku kot

    ReplyDelete
  11. Yg kek ateh tu minta ubah, ubah kepala bapak kau kau ni memang begai lah bai, kalau kau nak ubah kau ubah sorang sorang jgn nak hasut org kau agak kalau pr merintah kau sonang ko kau nak ko salai ko cam 13 mei biul botolah kau ni....

    ReplyDelete
  12. Oooiii...ngori den memikir an klau2 peliwat jd pedano mentori...naauzubillah

    ReplyDelete
  13. Den urang minang....asal daching....apa ada di langgiang....habuk pun tarak...alah teh...barubah lah...alah smpi maso er...

    ReplyDelete
  14. Jangan termakan dengan momokan usang diaorang tu sedaro,cayolah tu semuo cakap2 orang gilo takut hilang kuaso la tu,di takut2kan rakyat pasal 13may la,pasal melayu hilang kuaso la,,mcm2 la lg momokan usang dio pasal nak kokal berkuaso.sampai hati bagi IC kek pendatang dengan caro tak sah nak suruh undi diaorang,nak kokalkan kuaso la tu.bukan kah tu pengkhianat negaro namo eh tu.biar kito rakyat marhean sejati yg tontukan pemerintah bukan PATI tu,esok2 PATI yg sonang pulak,silap2 dio pulak yg jadi ketua negara/negari kito nt,,tak ko aniayo tu.
    Dah sampai maso kito ubah sedaro,tak guno lg nak kokalkan diaorang semuo ni.zaman pn dah berubah kan?pemerintah yo balik-balik dio,balik-balik dio yo,hidup kito mcm tu yo,,malahan bertambah susah ado lg.ni esok kok monang BN lg,,minyak naik lg,Tol akan naik jgk,hargo kereto dh tontu naik lg,,bilo minyak naik faham la,,abih sumo barang naik nt,,mampuih kito.jom la kito samo-samo ubah nt,diam2 yo undi PR nt,undi rahsio,pedulikan diaorang tu.Najib pun dh ckp,,tranformasi,dio suruh ubah tu,,ado makno tersirat sebalik ckp dio tu.dio pn dh tk sanggup nk perintah lg dh tu,dio malu sebonar eh tu.jd kito Tranformasi diam2 yo undi PR nt.samo2 kito ubah nt.
    JOM UBAH.

    ReplyDelete
  15. Hello anon 8.54 pm,,
    Kau dah ponah kono liwat dengan dio ko?
    kah!!!kah!!!kah!!kah!!!

    ReplyDelete


  16. KUALA LUMPUR, 28 April — Adik kepada ketua menteri Sarawak, Onn Mahmud, telah menggunakan kawasan perlindungan cukai Pulau Cayman untuk mengelakkan berjuta dolar cukai hasil keuntungan dari perniagaan hartanah di Australia sepanjang 20 tahun lalu, lapor akhbar Australia The Age hari ini.

    Akhbar tersebut melaporkan Onn menggunakan rangkaian kewangan global rumit untuk mengeksport pandapatannya dari portfolio komersial Sydney dan hartanah kediaman bernilai kira-kira A$100 juta (311.85 juta).

    Laporan itu juga berkata ramai jutawan dan ahli politik Malaysia mempunyai akaun luar pesisir di kawasan-kawasan perlindungan cukai.

    Dalam satu urusniaga yang dilaporkan oleh The Age, Onn menjual tapak pembangunan pangsapuri di Sydney Potts Point dengan harga A$15.5 juta pada 2007 – mendapat keuntungan A$10.8 juta.

    Bekas rakan perniagaan Onn mengatakan tiada cukai keuntungan dibayar dari urusan tersebut dan semua hasil telah dipindahkan ke suatu akaun amanah berpangkalan di syurga cukai Pulau Cayman.

    “Semua urusannya distruktur dengan berhati-hati bagi memastikan dia tidak membayar cukai di Australia,” kata Farok Abdul Majeed kepada akhbar tersebut yang mengatakan beliau menguruskan perniagaan hartanah Onn di Sydney selama bertahun-tahun. TMI

    Cubo kito tengok tu ha sedaro,rakyat hidup susah melata,diorang semuo?siap menipu lg tu.kito yo yang susah payah nak monangkan diorang semuo,sampai kito bergaduh2 pulak.
    Jom la kito Ubah,lamo bonar,bilo lagi?kalau bukan untuk kito,untuk anak cucu kito jgk nt.diam2 yo kito undi PR nt.
    JOM UBAH.

    ReplyDelete
  17. Pecayo bonar dgn akhbar australia yg asal tanah buangan segala penjenayah berbahaya dunia tu.

    ReplyDelete
  18. Jom ubah...den setuju bona utk berubah...apo lg di tunggu..ontok2 yolah...undi pr..insyaAllah akan ado perubahan...pelan2 lah kayuh...siapo peliwat.. Cito basi dah tu.. Dlm BN penzina dgn pelaku maksiat ramai...tp yg heran er.. X do pulak video. tu yg kojo terancang tu namo er...

    ReplyDelete
  19. Den tau kau dulu kini dan selama eh..pas nak mujuk ubah konon den lotih lah tgok org pas ni bila ado kes maksiat pemimpin pas sumo salahkan umno ai.. Kau tau tak doa kau tu dah di makbulkan tuhan sobab tu satu satu bola yg tuhan tunjukkan pun tak sodar gak lagi.

    ReplyDelete
  20. mao pru 11 & 13 tok sahak xdo kono pilih... xdo meragam nk btanding bebas.... apo maju bonarkah longgeng maso tok sahak xdo... maso zaman isa dulu, bukan main bergasak tok sahak ngan tan sri bergaduh... tp maso kek bagan pinang dio jgak org turun gelanggang tlg kan tan sri... org yg sakit ati kek tok sahak cumo org yg hati busuk x dapek trimo teguran dio yo.... pembangkang xyah cito pasal pembangunan... kelantan mundur.... ekonomi kedah statik.... dan selangor dan penang dh memang sedio membangun.... ni ado ati lak lim kit siang nak take over gelang patah yg umno dah siap2 majukan... pastu mengaku diorag buekkan... muko tembok.... melayu ni itulah masalah eh... suko berdondam dan berdongki kek samo sendiri....

    ReplyDelete

Blog Archive