Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 14, 2013

Sokong kekal Hisham Menteri KDN

Kami di Paneh Miang menyokong penuh sekiranya DS Najib masih tetap dengan keputusan untuk mengekalkan Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri KDN dalam kabinet kerajaan Persekutuan yang baru.

Kenapa kami sokong?

Kerana itulah strategi yang paling ampuh untuk menjatuhkan Najib dan sekaligus melingkupkan Barisan Nasional di PRU-14 kelak. 

Formula mudah math PRU-14: 
Lantik Hisham Menteri KDN = BN Kalah!

Sekian, terima kasih.

Ini bukan artikel RACIST

1. Tidak adillah kalau nak kata semua Cina racist. Sahabat Cina kami yang sama belajar di Sekolah Kebangsaan, yang fasih bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, yang selalu pakai baju kurung hari Jumaat, yang hormat dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan, serta faham akan batas serta hak Melayu/Bumiputera dan kaum-kaum lain etc. tak sepatutnyalah digelar racist.

2. Walaupun hanya 10.8% atau 565,672 undi Cina telah memihak kepada Barisan Nasional di PRU-13 berbanding jumlah pengundi Cina berdaftar di Malaysia yang mencecah 3.87 juta; sekaligus membuktikan bahawa lebih 3 juta undi Cina telah memihak kepada Komplot Pembangkang di PRU-13; maka takdelah "racist sangat Cina ni"...kan?

3. Tambahan pula jumlah 565,672 undi Cina kepada Barisan Nasional adalah kurang separuh berbanding 1.3 juta ahli berdaftar parti MCA. Maknanya ahli MCA sendiri pun tak sokong BN...pun takdelah racist juga kan?..kan?

4. Lagipun, mungkin lebih 3 juta pengundi Cina yang mengundi Komplot Pembangkang di PRU-13 hanyalah Cina yang tak fasih berbahasa Melayu, malah ada yang langsung tak tahu cakap bahasa Melayu, pastu nak cover tak tau cakap Melayu...dibantainya cakap English; yang belajar di sekolah berjenis-jenis, yang 99% kehidupan hariannya hanya bergaul dengan kaum sespesis, yang menghina Islam, yang suruh perlahankan azan, yang padam semua tulisan jawi di signboard jalan, yang nak masukkan kalimah Allah dalam Al-Kitab (bukan bible bahasa Indonesia seperti di Sabah/Sarawak), yang memperjuangkan hak sama rata semua kaum (adil bukan bermaksud sama rata), yang menyokong pluralisme agama dan LGBT, yang halau Melayu balik kampong, yang mengamalkan nepotism dalam parti, CEO Flight bangang yang tak nak beli slot iklan dalam Utusan etc; pun masih tak racist juga Cina ni kan?..kan?..kan?

5. Sungguhpun berjuta undi Cina telah memihak kepada Komplot Pembangkang di PRU-13, namun kami kurang setuju apabila pemimpin BN mengatakannya sebagai 'Chinese Tsunami', tetapi lebih sesuai rasanya dikatakan sebagai 'Urban Tsunami'.

6. Kami ambil contoh di Negeri Sembilan, kebanyakan peti undi yang BN kalah, atau nyaris kalah (undi sedikit) adalah di kawasan yang ramai pengundi luar, iaitu pengundi yang menetap atau bekerja di bandar (urban) seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Penang. Malah antara negeri yang BN menang tipis atau kalah seperti Kedah, Terengganu, Perak dan Kelantan juga memiliki jumlah pengundi luar (urban) yang ramai.

7. Harap selepas ini BN akan buat analisa terperinci di setiap peti undi terutama di kawasan yang BN menang tipis atau kalah di PRU-13.


8. Komplot Pembangkang kini sedang menghangatkan isu Undi Popular vs Undi Electoral sepertimana gambarajah di atas yang banyak dikongsi dalam laman MukaBuku. Malah isu Undi Popular ini dijadikan modal oleh Komplot Pembangkang untuk meng'halal'kan mereka berdemonstrasi 505. Tapi kami taklah berminat nak ulas perbezaan antara Undi Popular dan Undi Electoral sebab dah ramai yang ulas pasal tu. Cuma sengaja juak pembangkang ni buat-buat dungu tak faham sebab nak jadikannya isu bagi menarik simpati rakyat Amerika dan Israel.

9. Kalau masih tak tahu mengapa Malaysia mengiktiraf Undi Electoral berbanding Undi Popular, bolehlah rujuk sana, atau sini, atau nak lebih ringkas dan padat lagi di sinun.

10. Kami hanya ingin fokus pada sisi kecil yang kurang di'highlight' oleh gambarajah di atas, tetapi 'jarum'nya telah disuntik sekian lama secara halus ke dalam minda rakyat Malaysia, terutama kepada generasi muda Pribumi;


11. Jika anda perasan, kebanyakan kempen DAP sejak PRU-10 pada 1999 ialah "Membahagikan kerusi parlimen dengan lebih sama-rata", dan "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai". Malah DAP juga kerap mengeluarkan kenyataan mengenai persempadanan semula kawasan pilihanraya berteraskan prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai", serta menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan itu. Boleh rujuk kenyataan DAP di sini dan di sinun.

12. Persoalannya, adakah orang Melayu/Pribumi terutama generasi muda faham makna tersirat dalam kempen DAP "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai"?

13. Bagi memudahkan penerangan, kami ambil contoh Negeri Sembilan. Kawasan Parlimen di Negeri Sembilan yang memiliki jumlah daftar pemilih paling kecil ialah Parlimen Jelebu dengan daftar pemilih seramai 44,937 orang; manakala kawasan parlimen dengan jumlah daftar pemilih tertinggi di Negeri Sembilan ialah Parlimen Seremban dengan 102,305 jumlah daftar pemilih.

14. Apa yang dimaksudkan dengan kempen "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" ialah DAP memperjuangkan komposisi daftar pemilih yang sama antara semua kawasan parlimen. 

15. Mengambil Parlimen Jelebu dan Parlimen Seremban sebagai contoh, jika jumlah pemilih berdaftar di Jelebu ialah 44,937, maka jumlah pemilih berdaftar di Parlimen Seremban mestilah juga dalam lingkungan 45,000 supaya kelihatan lebih adil. Dan bagi menyamakan jumlah daftar pemilih ini, maka sudah tentulah Parlimen Seremban perlu dipecahkan (dibuat persempadanan semula) dengan pecahan 102,305 ÷ 44,937 dan hasilnya Parlimen Seremban akan dapat sekurang-kurangnya 2 kawasan parlimen (102,305 ÷ 44,937 = 2 parlimen baru).

16. Ambil satu lagi contoh di Parlimen Kapar dengan jumlah daftar pemilih tertinggi di Selangor iaitu seramai 144,159 orang berbanding Parlimen Sabak Bernam yang memiliki senarai daftar pemilih terendah di Selangor dengan jumlah 37,318 orang. Dan berdasarkan kempen "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" DAP,  sudah tentulah Parlimen Kapar perlu dibuat persempadanan semula bagi menyamakannya dengan jumlah daftar pemilih terendah di Parlimen Sabak Bernam dan sekaligus bakal mewujudkan 3 parlimen baru di Kapar (144,159 ÷ 37,318 = 3 parlimen baru).

17. Inilah niat sebenar DAP iaitu mewujudkan lebih banyak kawasan parlimen Cina melalui kempen bawah sedar "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" kepada rakyat Malaysia.

18. DAP sebenarnya tak peduli pun dengan kempen Undi Popular kerana mereka tahu jika Undi Popular diterima pakai SPR, maka sampai bila-bila pun Cina tidak akan berpeluang memerintah Malaysia kerana bangsa Melayu lebih ramai. Cuma yang kecoh pasal Undi Popular hanya Anwar Ibrahim serta Melayu yang menyokong King LGBT itu saja.

19. DAP hanya mahu menambah jumlah Undi Electoral kerana dengan cara itulah mereka mampu mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Cina.

20. Rasanya ramai maklum bahawa kawasan bandar (urban) kebanyakannya di'kuasai' oleh kaum Cina, dan undi yang BN banyak kalah ialah di kawasan bandar. Majoriti kaum Cina memang mahu PR menang besar, dan kalau boleh mestilah lebih 2/3 kerana dengan cara itu sajalah mereka akan dapat gubal perlembagaan untuk buat pesempadanan semula kawasan pilihanraya urban bagi mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Cina.

21. Jika sebelum ini ada yang berkata konon Cina tak boleh buat apalah, hak Melayu dah termaktub dalam perlembagaan lah, Islam tidak akan tergugatlah, Raja Melayu benteng terakhirlah, TETAPI itu semua tidak akan memberi sebarang makna jika PR berjaya mendapat mandat majoriti lebih 2/3 kerusi parlimen, sekaligus memberi ruang kepada DAP untuk menambah bilangan kawasan majoriti Cina melalui persempadanan semula kawasan parlimen urban.

22. Harus diingat bahawa kawasan majorti Melayu terutama di kawasan luar bandar hanya memiliki kapasiti penduduk yang rendah berbanding kawasan urban majoriti Cina yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Dan harus diingat juga masih berjuta orang Melayu yang kurang kesedaran untuk daftar pemilih.

23. Berdasarkan perkiraan kami, jika DAP berjaya dalam misinya membuat persempadanan semula di 45 kawasan urban yang kini dikuasai Cina, pasti akan wujud penambahan lebih 150 kawasan parlimen majoriti Cina yang baru. Malah kawasan majoriti Melayu/Bumiputera Islam yang kini 151, hanya akan bertambah tidak lebih 30 kawasan majoriti Melayu/Bumiputera jika dibuat persempadanan semula kawasan pilihanraya.

24. Seandainya malapetaka ini terjadi, maka jumlah kerusi parlimen majoriti Cina pasti akan lebih banyak berbanding jumlah kerusi parlimen Melayu/Bumiputera. Ketika itu agaknya kaum mana yang akan mendominasi Malaysia? Adakah kita masih nak katakan mustahil Malaysia tidak akan jadi seperti Singapura?


25. Inilah yang dinamakan Chinese New Politics - Urban Tsunami. Bukan 'new politics' tajaan Saifuddin Abdullah yang sengal tu, tapi permainan politik Ultra Kiasu untuk memburu KUASA MUTLAK di Malaysia.

26. Ultra Kiasu tahu bahawa mereka berupaya menguasai Malaysia melalui DAP yang berjaya memperbodohkan Melayu dalam Pas dan Pkr. Ultra Kiasu juga sedar hanya PR saja yang berupaya merealisasikan cita-cita mereka untuk berkuasa di Malaysia. Hajat Karpal Singh untuk melihat seorang Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia bukan sekadar omongan atau angan-angan kosong. PR hakikatnya mampu tunaikan hajat si Singh cacat tu.

27. Kami tak salahkan kaum Cina seratus peratus jika kaum itu benar berhajat menguasai Malaysia, kerana hukum alam dan sejarah telah mengajar kita, "Hanya bangsa yang bijak dan kuat akan menguasai dunia".

28. Cuma kami terkilan dengan sikap orang Melayu terutama pemimpin Melayu yang sanggup bersekongkol untuk menjayakan agenda Ultra Kiasu walaupun sedar akan ANCAMAN yang sedang melanda bangsa Melayu dan Islam ketika ini.

29. Cuba perhatikan jenis Melayu bagaimana yang sanggup diperkudakan demi menjayakan agenda Ultra Kiasu dalam klip di bawah;


30. PRU-14 = Pribumi Survival VS Chinese Deceit?!

Monday, May 13, 2013

Dah mula rasa menyesal pulak undi KJ

1. KJ tulis dalam laman twitter-nya;


2. Kenyataan KJ ini di'quote' serta mendapat pelbagai maklumbalas terutama daripada juak pembangkang di twitter dan FB yang kononnya menyokong suara 'orang muda' seperti KJ, konon BN perlu lebih ramai pemimpin muda macam KJ la, konon KJ terbaik la...bla..bla..blah la...

3. Twit yang dibuat KJ ni mungkin disebabkan kenyataan MB Terengganu yang disiarkan Berita Harian seperti di bawah;


4. Ramai maklum bahawa kenyataan Ahmad Said ini telah dijadikan isu oleh juak pembangkang untuk menempelak BN dan kerajaan negeri Terengganu khususnya.

5. Tak kisahlah kalau juak pembangkang nak bantai Ahmad Said dan BN pun, itu dah memang nature mereka. Tapi apahal pulak KJ pun nak jadi populist menyindir pemimpin dari team sendiri?

6. Adakah KJ benar-benar faham tugas sebenar pegawai pembangunan yang dimaksudkan Ahmad Said? Adakah KJ masih tidak sedar apa yang dilakukan ADUN Pas di Paroi bawah Parlimen Rembau yang mana KJ sebagai Ahli Parlimen-nya selepas PRU-12 dulu? Itulah bahananya bila jarang balik jenguk kawasan sendiri...apa pun tak tau!

7. Ahmad Said cuma kata tiada pegawai pembangunan di kawasan yang BN kalah, bukannya tiada pembangunan langsung di kawasan tersebut. Kena faham tugas pegawai pembangunan ialah menyelesaikan masalah setempat. Selama ini di kawasan yang BN kalah pun tetap diletakkan pegawai pembangunan, tetapi wakil rakyat pembangkang take for granted, langsung tak buat kerja sebab kawasan dia dah ada pegawai pembangunan yang tolong setel kerja untuk dia. 

8. Selepas ini, kawasan wakil rakyat pembangkang yang tiada pegawai pembangunan, bolehlah urus sendiri masalah rakyat sementelah dia sudah diundi untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Inilah masanya wakil rakyat pembangkang buktikan yang mereka memang betul-betul buat kerja untuk rakyat yang mengundi mereka; dan bukannya asyik berpolitik 24/7 seperti sebelum-sebelum ini. Jika selama ini wakil rakyat pembangkang leka berpolitik tanpa peduli pun masalah rakyat di kawasan mereka rentetan BN dah tolong selesaikan bagi pihak mereka, kali ni baru mereka akan sedar betapa beratnya tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sebagai wakil rakyat.

9. Itu jugalah yang sering dilakukan ADUN Pas di Paroi sejak 2008 hingga 2013 apabila mengaku menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan Paroi, walhal yang buat kerja adalah orang BN. Inilah yang dimaksudkan 'lembu punya susu, sapi dapat nama.'

10. Apa yang gagal difahami oleh KJ ialah, Ahmad Said boleh saja buat senyap-senyap untuk tidak meletakkan pegawai pembangunan di kawasan yang BN kalah di Terengganu; tapi Ahmad Said sengaja memilih untuk beri kenyataan kepada media sebab nak sindir wakil rakyat pembangkang yang selama ini mengaku kononnya merekalah lebih baik, lebih rajin, lebih bertanggungjawab...bla..bla..boleh blah!

11. Aku Janji BN adalah bersifat 2 hala. Jika satu pihak enggan terima janji yang dibuat oleh pihak satu lagi, buat apa nak susah payah bantu orang yang tak sudi? Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Ahmad Said, tetapi gagal pula ditafsir oleh KJ.

12. Tidakkah KJ faham sinikal kenyataan Ahmad Said itu kepada wakil rakyat pembangkang, atau KJ memang lombab nak faham? Itupun masih mahu demand jawatan kabinet ka?

13. Banyak sebenarnya kenyataan KJ yang selama ini kami tak setuju, tetapi ada yang minta tolong demi PRU-13 yang telah berlangsung supaya 'jangan sentuh sangat KJ'. Tapi lepas ni...belum tau brader!

14. Sebagai pengundi berdaftar di Parlimen Rembau dan DUN Paroi, kami akan sentiasa memantau perkembangan KJ sebagai Ahli Parlimen. Kalau banyak sangat perkara yang tak betul tapi perasan bagus macam betul...faham-faham sajalah.

15. Eloklah selepas ini KJ tumpu pada kerja dan kurangkan berpolitik, sebab dah ramai sangat komen yang KJ ni hanya pandai cakap saja...

Blog Archive