Breaking News
The controversial story of a young man confessing being forced into sodomy by Anwar Ibrahim became more interesting. He made a confession under oath and using Al-Quran in a mosque to show that he is not lying. I wonder when Anwar will make his so call confession in order to 'clean' his image.
Tomorrow is the nomination day in Permatang Pauh. Millions are waiting to see whether Anwar will eventually make a comeback in the political circle in Malaysia. In my opinion, Anwar must make it clear that he is indeed innocent of the accusation. Definitely, Malaysia is ill prepared to have a "Prime Minister in waiting" who is a gay.
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(343)
-
▼
August
(22)
- Sekadar Rekod
- Karut Marut
- LI PIKIRLAH SENDIRI
- Kabinet Bayangan PR
- Di Sebalik Tabir
- Percutian
- SI BONGOK NAK TUNJUK PANDAI
- DNA
- Sumpah ke Sesumpah
- TUNJUK JANTAN SALAH TOMPEK
- Api Sudah Dinyalakan
- Saiful's oath in the mosque
- Perlukah Demonstrasi Mahasiswa?
- Bermacam Hal
- ماليزيا بوله
- Fakta Menarik - Part II
- 战斗耕种末端
- Tak Sedar Dek Untung...
- SEMANGAT TUO
- Misi Tercapai
- Di mana Zaid Ibrahim?
- Singkatnya Fikiran
-
▼
August
(22)
Eii..teruknya Datuk Seri Anwar..dia memang gay ke..kesiannya isteri dia Wan Azizah dan anak-anak
ReplyDeleteReally all Saiful has done is give anwar a headstart in winning this bye election. The timing is also very good for anwar because once he swears the retaliatory mubahalah on nomination day, then the entire muslim voter bloc will realize this is foul play and conspiracy by the government as anwar is proven innocent by his acceptance of saiful's challenge.
ReplyDeleteThen regardless of whatever judgment made by the court for the case later, everyone will already be certain that anwar is actually innocent and was a victim of a conspiracy since he took up saiful's challenge.
Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?
ReplyDeleteIntan Abdullah
Sat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYT
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.
"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.
Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.
"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"
"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.
"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.
"Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.
Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.
"Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.
"Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.
"Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?
"Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi.
Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.
Semalam upacara 'bersumpah' Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - (tmj)
Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.
Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.
Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.
Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'
Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.
"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.
Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."
Apa nak jadi ler…sanggup pula mengaibkan diri sendiri…huhu, depan wartawan pula tu…nak glamer ke tu?
ReplyDeleteTindakan Saiful yang bersumpah depan Imam Masjid Wilayah Persekutuan menjatuhkan lagi aib dirinya selepas mengaku diliwat dan sekarang bersumpah dengan sewenang-wenang pula, sedangkan dalam Islam sumpah yang dia buat tu khusus untuk mereka yang bergelar suami isteri.
Jika salah seorang menuduh salah seorang melakukan zina dia kedua-dua kena bersumpah bahawa dia tidak lakukan sebanyak empatt kali sumpah dan yang kelima dia sanggup terima laknat Allah jika menipu atau berbohong atau kerana duit!
Semalam ada juga tertengok berita TV, adus meluat betul tengok dia baca skrip yang direka. Bangga betul dengan apa yang diucap depan wartawan tanpa rasa apa-apa akibatnya.
Di akhir skrip ada menyebut dia sanggup menerima laknat Allah jika perkara tersebut tidak benar. Hai berani betul dia mencabar kuasa Allah, dia ingat dia dapat hidup senang lepas ni. Kita sama-sama lah tengok apa yang akan terjadi kepada dia.
Tapi kenapa saat ini dia bersungguh-sungguh untuk mengaibkan diri yang sebenarnya dalam Islam nak mengaibkan orang lain tidak boleh apatah lagi diri sendiri, di saat penamaan calon untuk Permatang Pauh dan menunggu tarikh pengundian begitu laju dia menonjolkan diri.
Apa pun politik Malaysia sudah bertambah kotor dengan perbuatan Saiful ini, rakyat bukan bodoh untuk menilai apa yang dia buat yang pasti Allah tidak akan membiarkan rancangan jahat musuhnya dengan begitu saja. Pasti akan ditolong mereka yang menolong agamaNYA.
1. perbicaraan sedang dijalankan.kenapa perlu
ReplyDeletebersumpah?
2.boleh bagi bukti, sumpah ni dibenarkan ke dalam prosiding jenayah
islam?bukan semata-mata dalam li'an ke?
3.waktu bersumpah apahal mamat saiful
tak berucap 4 kali ikut cara bersumpah dalam islam?dan baru sumpah kelima akan
berkata allah melaknatnya?
4. mana mufti2 yang seharusnya berada disitu?takkan
org2 jawi je kot?
5.cuba bagitau dalam sistem perundangan islam,ada tak terjadi
dimana sewaktu prosiding mahkamah sedang dijalankan,si penuduh membuat
sumpah?
6.Istilah 'kalau' untuk ketika ini tidak boleh dipakai sebab prosiding
mahkamah sednag dijalankan.Seolah-olah anda telah menghina kerja2
mahakamah.
7.Ingat, pertuduhan yang lepas dilepaskan atas sebab kesalahan
teknikal (ye la kalau tak cukup bukti,kredibiliti saksi pun boleh dikira
kesilapan teknikal yang menyebabkan pertuduhan tak kuat)kena faham maksud
'kesilapan teknikal' dalam ...
"The timing is also very good for anwar because once he swears the retaliatory mubahalah on nomination day"
ReplyDeleteDeep inside me says he won't...
"Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?"
Kenapa Dr tidak persoal yang dituduh yang enggan bersumpah?
The question goes back to Bro Anwar... If he makes it then good for him and ADIL, but if not and he wins the election then we as rakyat including his supporters and voters shall have at least doubt whether he did commit the sin or not. If it is true as claimed by Saiful, then the 'laknat' will go on us all like kaum Nabi Lut.
ReplyDeleteAnwar tidak bersalah - Hadi
ReplyDeleteIPOH 16 Ogos - Pas tetap dengan pendirian bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat walaupun bekas pembantu khasnya Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat beliau bersumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta petang semalam. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Mohd. Saiful itu sebagai politik kotor yang didorong oleh pihak tertentu dan menganggap institusi agama telah juga dipergunakan dalam hubungan itu.
"Itu satu kebodohan terhadap hukum Islam, malangnya melibatkan mereka yang memakai jenama agama. Itu (bersumpah) tidak menepati apa yang dikehendaki dalam hukum Islam.
"Yang ada dalam Islam ialah li'an (iaitu sumpah melibatkan suami isteri)...sumpah dengan kitab suci ini ialah amalan Kristian yang bersumpah dengan Bible.
"Kita orang Islam mestilah li'an. Li'an ialah dalam tuduhan zina suami kepada isteri (tetapi) Anwar dan Saiful ini bukan suami isteri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu sumpah laknat menggunakan al-Quran oleh Mohd. Saiful.
Beliau berkata adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd. Saiful yang 'kebetulan' dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung.
Menurut beliau, perkembangan terbaru itu tetap tidak akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan Pas kepada Anwar, sebaliknya parti itu akan terus membantu Anwar untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.
umno memang suka mainkan agama
ReplyDeleteSaiful Bukhari diperalat pihak tertentu
ReplyDeleteMohd Nor Yahya
Sun | Aug 17, 08 | 9:27:23 am MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Haron Din melahirkan rasa hairan bagaimana orang yang membuat tuduhan pula bersumpah dan bukan pihak yang kena tuduh.
Iklan
"Pengakuan bersumpah mestilah datang dari orang yang dituduh, sedangkan Saiful Bukhari Azlan adalah penuduh dalam kes liwat yang membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Sedangkan mengikut sejarah Islam, Saiditina Aisyah pernah dituduh melakukan perbuatan kurang sopan, namun Rasulullah saw tidak pernah pula menyuruh isterinya itu bersumpah," katanya ketika ditemui di sini.
Ini kerana beliau berkata, sumpah terbabit amat berat dan sedangkan perkara itu boleh dilakukan di mahkamah sahaja.
Kelmarin pelakon utama dalam tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan itu dikatakan melakukan sumpah di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan dengan disaksikan beberapa pegawai masjid serta ahli keluarganya.
Turut hadir pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Pengarah Jawi, Dato' Che Mat Che Ali.
Dr Harun kata, tindakan Saiful menggunakan nama Allah dan bersumpah agar dilaknatkan sehingga ke anak cucu atau seluruh generasinya adalah sesuatu yang amat berat.
Menurutnya bukan dengan semudah itu membuat pengakuan bersumpah di masjid.
"Kalau nak bersumpah juga, janganlah sampai suruh Allah laknatkan seluruh keturunan sampai bila-bila, saya berpendapat Saiful patut tarik balik sumpah itu.
"Saya menyeru kepada orang ramai supaya jangan mudah untuk membuat akuan bersumpah dalam apa perkara pun.
"Biarlah mahkamah putuskan untuk seseorang itu membuat akuan bersumpah, saya bimbang akan tiba laknat Allah," ujarnya.
Mengulas ungkapan bodoh yang digunakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beliau berkata, mungkin beliau berpendapat hukum Islam tidak dipatuhi oleh pihak yang bersumpah terbabit.
Malah kata beliau memang tindakan Saiful dianggap tidak cerdik kerana dia kurang arif dalam hal agama dan kelihatan diperalatkan pihak tertentu.
Beliau juga bimbang tindakan bersumpah itu boleh menimbulkan pelbagai andaian di kalangan bukan Islam terhadap agama Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sallahudin Ayub berkata, tindakan Saiful membuat pengakuan bersumpah sebagai strategi dan gimik politik pihak-pihak tertentu.
Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa khuatir terhadap cara bersumpah mengangkat al-Quran yang disifatkannya meniru cara orang Kristian.
"Apa yang membimbangkan kita, ramai beranggapan apabila mengangkat sumpah, mesti kena pegang al-Quran sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
"Pegang-pegang al-Quran ini sama seperti orang Kristian bersumpah dengan memegang Bible. Ini semua pengaruh yang tidak baik dan ditiru orang Islam," katanya. - mj _
umno, kalau mahathir kena tuduh liwat one day pon semua akan percaya
ReplyDeleteSaiful: Saya diliwat tanpa rela
ReplyDeleteJimadie Shah Othman | Aug 15, 08 6:58pm
kemaskini 9:25pm Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.
Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.
Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.
"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."
saiful bukhari azlan and anwar ibrahim sodomy 2 pc 150808 06Dalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.
Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.
Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.
Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.
Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.
Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.
"Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar," katanya lagi.
saiful bukhari azlan and anwar ibrahim sodomy 2 pc 150808 08 father azlan mohd lazimSaiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim (foto kanan) dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.
Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.
Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.
Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.
Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:
Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.
Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.
Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.
saiful bukhari azlan and anwar ibrahim sodomy 2 pc 150808 07Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat
keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.
Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak
dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.
Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.
Sesi soalan jawab
Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?
Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Wartawan: Ke mana hilang selama ini?
Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.
Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?
Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.
Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.
Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.
Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?
Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.
Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?
Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.
Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?
Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.
Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.
Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.
Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.
Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?
Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.
Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?
Mohd Saiful: Ya, pertama kali.
Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.
Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.
Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.
Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.
Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?
Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.
Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?
Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.
Video angkat sumpah ditayangkan.
Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.
Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan
-saiful (anak ikan) an UMNO warrior!!!Hidup UMNOOOO
rileks la orang2 PKR...kalo betol bos korang yang kaki penipu tu tak bersalah, korang nak gelabah buat ape...kecoh la lu!!!
ReplyDeleterileks la orang2 PKR...kalo betol bos korang yang kaki penipu tu tak bersalah, korang nak gelabah buat ape...kecoh la lu!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Paneh,
ReplyDeleteKecoh satu Malaysia pasal Saiful Bersumpah pulak.
Bersumpah Salah, tak bersumpah lagi lah kata budak tu salah.
Apa yang kita semua bising bising nak pertikaikan isu ini??
Itu hak dia hendak bersumpah, hendak menegakkan bahawa dia benar. Mahkamah? Anwar yang dulu kata dia tak percaya pada Makkamah di Malaysia ini. Jadi budak ini bersumpahlah.
Penyokong setia sehidup semati dengan Anwar Ibrahim tak perlu gusar. Anda Semua tak perlu bimbang apa apa. Saiful dah bersumpah, kalau dia bohong dia akan menerima akibatnya. Jadi Anwar Ibrahim kamu semua yang amat kamu kasihi, akan tercalar pun tidak.
Akan SELAMAT Anwar Ibrahim kamu semua, sebab dia tak bersalahkan??. Yang Salah pada kamu semua Saiful budak umur 23 tahun tu. Lagi pun Saiful yang bersumpah bukannya Anwar.
Budak budak pun berani Bersumpah Dengan nama suci Allah. Salah ke betul ke cara dia sekurang kurangnya dia berani jugak. Ni dah umur lagi 2 tahun nak sampai ke umur subsidi pun takut nak bersumpah.
Kawan Baik dengan Amerika, dengan Jews tak takut pulak. Tak seram pulak. Tak bimbang pulak.
Apalah, sekejap personaliti macam ini, sekejap personaliti macam itu. Dengan rakyat cakap lain, dengan Amerika cakap lain. Dengan Pak Arab cakap lain.
Ya Allah Ya Salam Ya Rahman, Aku pohon belas kesian dariMU yang Allah, yang padaMU Ya Allah datangnya segala Keselamatan, Kau Selamatkanlah Negara kami tercinta ini, dari anasir anasir jahat dan pemimpin yang tidak ikhlas mempimpin kami. Amin Ya Allah Ya Salam Ya Rahman!!
Tensennya aku, kenapa laa awal2 dulu tk dibuat musyawarah antara Persatuan Ulama Malaysia ke, Majlis Fatwa Kebangsaan ke, atau diskusi antara Ust Asri & Nik Aziz & ulama2 lain ke. Benda besar ni, mana tau Anwar jadik PM tp kes liwat dia masih menjadi persoalan. Ini tk, dulu cuma Ust Asri, nik Aziz & Harussani je bg komen... Sekarang bila Saiful dh bersumpah abis semua nk keluar pandangan kata ini tk betul, itu tk betul. Nik Aziz pun kata sumpah tu boleh digunapakai, cuma cara pegang Al-Qur'an bukan cara Islam... Ini aku respek, yg lain cuma tunggu bila keadaan tk memihak mereka maka perkara tu tk betul. Siapa yg menggunakan agama aku pun tk tau.
ReplyDelete