Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 30, 2008

Hapuskan AUKU...

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah memberi kuasa kepada DYMM YDP Agong untuk melantik Rektor/Naib Chancellor (VC) di IPT.

2. Sebelum pelaksanaan AUKU, Rektor/VC dipilih oleh Majlis Senat yang kebanyakannya dianggotai oleh orang British, Cina serta India. Maka disebabkan itulah sebelum 1970, lebih ramai kaum bukan Melayu yang memegang jawatan di IPT dan lebih ramai mahasiswa bukan Melayu yang mendapat tempat di IPT berbanding kaum Melayu dan bumiputera sendiri.

3. Melalui penguatkuasaan AUKU, Rektor/VC diberi kuasa untuk melantik dan memberikan jawatan kepada dekan, pengarah, pensyarah serta kakitangan universiti yang lain. Rektor/VC dan TNC juga diberi kuasa untuk memilih calon-calon yang bakal mengikuti pengajian di IPT. Melalui mandat AUKU itulah, maka lebih ramai orang Melayu/Bumiputera yang bergelar mahasiswa dan bekerja sebagai kakitangan di IPT.

4. AUKU telah menyebabkan kemasukan para pelajar Melayu/Bumiputera secara besar-besaran ke institusi pengajian tinggi. Ia juga telah membuka peluang yang lebih luas kepada orang Melayu/Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5. Rentetan itu, maka lebih ramai orang Melayu/Bumiputera yang berjaya menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam berbanding sebelumnya yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu. Perkhidmatan awam sebelum 1970 telah didominasi oleh kaum bukan Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai pegawai seramai 2,252 orang (63.74%) berbanding orang Melayu/Bumiputera yang hanya layak sebagai kakitangan rendah seramai 1,142 orang (32.26%).

6. Sebelum 1970, kebanyakan orang Melayu/Bumiputera hanya berkelulusan darjah 6 dan lebih banyak lagi yang buta huruf. Pembukaan sekolah malam oleh Tun Abdul Razak telah berjaya menjadikan lebih 3 juta orang Melayu/Bumiputera pandai membaca dan seterusnya memberi harapan kepada anak-anak muda Melayu/Bumiputera untuk menimba ilmu di IPT.

7. Kepada para pemimpin mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya kampus baru-baru ini dan semua mahasiswa yang kononnya berhasrat untuk menghapuskan AUKU; ketahuilah bahawa jawatan VC, TNC, pengarah, pensyarah, kakitangan serta peluang belajar kepada mahasiswa Melayu/Bumiputera di universiti sekarang adalah disebabkan jaminan AUKU.

8. Adakah anda rasa bahawa lebih ramai orang Melayu/Bumiputera akan layak menjadi warga IPT jika sistem merit digunakan 100%? Adakah anda juga merasakan orang Melayu/Bumiputera yang pernah dikurniakan anugerah diraja, anugerah VC, mahupun anugerah dekan semasa majlis konvokesyen adalah berdasarkan sistem merit semata-mata jika dibandingkan dengan kaum bukan Melayu? Renungkan...

4 comments:

  1. salam,

    Betul..akta yang melindungi melayu dari disaingi kaum lain di malaysia yang lebih menonjol dan cemerlang dalam pelajaran. akta yang menjamin kuota melayu lebih ramai di universiti..AUKU takkan dibuat kalau tiada sebab munasabah utk membela nasib melayu..Jangan ikut kata pembangkang. Kalau boleh semua akta nak dihapuskan.

    ReplyDelete
  2. Ramai org muda sekarang lebih ikutkan perasaan, cepat melatah dan dipengaruhi budaya benci kpd pemerintah... seperti kacang lupakan kulit, umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar.

    ReplyDelete
  3. hek eleh..iwan..belajar tinggi2 bukan sudah ee nak jadi pak turut pada pemerintah yg x pandai pakai syariat...mana yg baik..ikutlah..yg x baik...jgn ikut..bukan lurus membabi buta je...aduh jangan kembangbiakkan golongan pengampu pembodek..cukuplah sampah yg ada tuh...

    ReplyDelete
  4. amenda la kau ni edie...mengarut tak habis2....bosan betol la...

    ReplyDelete

Blog Archive