Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 11, 2009

Amaran Hadi

Apabila Hadi Awang menyebut berkenaan Unity Government atau Kerajaan Perpaduan, secara tiba-tiba ramai ahli serta penyokong PAS merasa resah dan curiga. Mereka menimbulkan persoalan...Mungkinkah? Bolehkah? Mampukah? Rata-rata penyokong PAS beranggapan bahawa cadangan Hadi itu bakal memberi keuntungan kepada Umno dan bukanlah sebaliknya.

Kami melihat cadangan Kerajaan Perpaduan yang diwar-warkan oleh Presiden PAS itu hanyalah satu bentuk provokasi kepada 'sahabat' mereka dalam Pakatan Pembangkang. Hadi secara tersiratnya ingin menyatakan bahawa PAS mempunyai PILIHAN lain dan tidak sewenangnya boleh ditunggang atau dipergunakan oleh PKR dan DAP. Hadi sudah tentu dapat 'membaca' permainan licik yang sedang dimainkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim melalui puak Erdogan yang cuba diperkudakan untuk menguasai kepimpinan PAS.

Hadi juga mungkin mengambil ikhtibar bahawa sejak akhir-akhir ini, parti orang Melayu seperti UMNO dan PAS sering ditekan dari pelbagai sudut oleh parti yang mewakili kaum bukan Melayu. Cadangan serta permintaan yang tidak munasabah sering dikemukakan oleh parti-parti bukan Melayu terhadap pimpinan UMNO dan PAS. Apabila Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Hadi telah disambut pula dengan hati terbuka oleh Najib, secara tidak langsung ia turut meresahkan sekian banyak parti yang mewakili kaum bukan Melayu.

Saranan Hadi itu hakikatnya tidak lain hanyalah sebagai AMARAN kepada orang bukan Melayu; dan keresahan orang bukan Melayu ada asasnya berdasarkan jumlah kawasan majoriti parlimen yang dimiliki oleh orang Melayu serta bumiputera Islam.

Realiti Politik Malaysia

Jumlah Kerusi Parlimen = 222
Majoriti Mudah = 112
Majoriti 2/3 = 148

Kawasan Majoriti Melayu/Bumiputera Islam = 154
Kawasan Majoriti Cina = 45
Kawasan Majoriti India = Tiada
Kawasan Majoriti Bumiputera Bukan Islam = 22
Kawasan Peratus Penduduk Sama Banyak = 1 (Lawas)

Berdasarkan data taburan Majoriti Penduduk dalam kawasan Parlimen, maka sudah pasti kaum bukan Melayu akan berasa GERUN dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang pastinya akan memberi lebih banyak manfaat kepada orang Melayu. Perpaduan Melayu bermakna Perpaduan Islam dan pastinya KUASA mutlak untuk mentadbir negara ini akan dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu jika mereka BERSATU.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Al-Hujuraat 49:10).

43 comments:

  1. I think you miss the point. The issue is not to be out foxed by UMNO. Your statistic clearly shows that PAS will not gain as it will only be to the advantage of UMNO, unless you want UMNO to rule forever!!!
    UMNO is the party that has to be thrown out and to be replaced as to reorganize the nation to meet global challenges and putting Islam as what it should be and not as interpreted by UMNO. The wrong perception of Islam by UMNO is damaging the religion and something has to be done now. Whether you agree to disagree in PAKATAN but the final objective is to dislodge BN/UMNO.Thamk you.

    ReplyDelete
  2. Adakah PAKATAN 'meet the gloabal challanges'? Untuk mengurus negeri pun bermasalah. Masalah dengan UMNO ialah untuk menjaga hati MCA, MIC, Gerakan dll. Sama seperti PAS yang perlu menjaga hati DAP dan PKR.

    Dalam penggunaan perkataan ALLAH pun tiada persepakatan dalam PAKATAN. Jika nama ALLAH pun tak dapat dipertahankan, bagaimana nak mempertahankan ALLAH.

    Bagaimana hal2 yang lebih besar berkaitan Islam. Hudud misalnya. Hudud bukan dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, tetapi semua penduduk dibawah naungan negara tersebut tak kira muslim or non-muslim.

    Maka sudah tiba masa org Islam bersatu. Tak kira islam dari malayu, cina, india dll. dengan kaedah perpaduan inilah caranya penyatuan ini bermula.

    Apa maksud kerajaan perpaduan? Kalau ikut kamus otak saya kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa parti, calon wakil rakyat bukan dipilih berdasarkan parti tetapi berdasarkan kebolehannya untuk memimpin dan berhemah tinggi..

    ReplyDelete
  3. Salam Paneh,

    Mak Cik selalu berdoa semoga orang Melayu akan bersatu juga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. HEHE..NAK BERSATU??SONANG YO BAI..BUBAR UMNO,JOM KITA PAKAT MASUK PAS TEGAKKAN ISLAM..BERJUANG KERANA MELAYU X DAPEK APO..SILAP2 NABI X MNGAKU UMAT..NABI BONCI PEJUANG BANGSO@ASSOBIYYAH..JAGO2 SIKIT..JGN SAMPAI AKIDAH TEKELUCEH BAI..SIO-SIO KALU MATI KAPIR..NA'UDZUBILLAH..

    ReplyDelete
  5. Maka elok lah seperti apa kata Tuan Guru Nik Aziz agar UMPUNO membubarkan perlembagaan peningalan penjajah British dan ambil AlQuran dan Sunnah Nabi sebagai perlembagaan Islam One Nation true Islam Country(Unity Government, One Malaysia, Malaysian Malaysia) tentunya DAP akan setuju. Queh Queh Queh. Tapi dah tentu UMNO tak setuju sbb UMNO hanya guna islam untuk tarik sokongan melayu. Ruark Ptuih.

    ReplyDelete
  6. Antara orang yang tidak pernah mandi wajib dan orang yg solat Jumaat, aku rasa orang Melayu lebih percaya kepada yang mandi wajib. Masalahnya sekarang pemimpin Umno tak mahu laksana Islam. Ahlinya aku rasa, ikut saja!

    ReplyDelete
  7. NIzar cakap " Mana ada mana-mana transkrip atau perlembagaan yang Pas nak tubuhkan negara Islam"

    "Yang aku nak jawatan mb saja walaupun jadi KULI DAP KAFIR !"

    Kalau jadi KULI DAP sanggup, nak bersatu dengan saudara sesama Islam tak sanggup. MUNAFIK puak-puak yang menolak persaudaraan sesama ISlam. Bukan umat Nabi Muhammad s.a.w mereka yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada 3 hari !

    ReplyDelete
  8. buat apa masuk PAS...PAS tak kuat...tak sekuat DAP n parti Tala Jubur...kalau Umno kalah, n pembangkang menang,mesti DAP n parti Tala Jubur yg memerintah...kita taknak didoggie oleh DAP...muahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  9. Another good analysis bro..keep up the good work..

    ReplyDelete
  10. Sobonar eh, UMNO kini dah lomeh dan terkial2 dah ibarat memanjek tiang licin...engko tengok lah kan, HADI baru yo buka mulut nak UNITY GVRNMNT dah seriau UMNO, gilo boto UMNO...kek TV asyik2 keluar komen UMNO, mcm dio promo pulak, pada hal eh, PAS punyo ideo...yg polik eh, komen pemimpin PAS tak kuar TV pulak lebih2 lg HADI punya komen...nampak eh yg tergilo2 ni UMNO yo...dio porasan yo lobih...cubo ekau renungkan pulak caro UMNO sambut UNITY GVRNMNT pas tu, mak aii..bukan main lagi dio...moralnya adalah UMNO ni pendek kato eh, UMNO ni kalau dapek poluang yg elok2 sikit, mak aiii..bukan main dio putar ligat isu ni...sapo yg marah, dio lah heronya membelas PAS atas alasan demi melayu Islam....shit lah lu mamat!!!UMNO ni jgn dapek peluang yo sikit...dio pulak yg lobih2...kosian den nengok eh UMNO ni nijam.....
    Sebenarnya UMNO hanya lah perjuangan bangsa negara sahaja dan mereka semua tidak ada autoriti untuk bercakap pasal Islam....sori aaaa UMNO...lu jgn sibuk pasal itu PAS lah....lu bikin lu punya kerja lah....

    ReplyDelete
  11. I beg to diifer with the first anonymous 1:43PM. UMNO and PAS are contemplating the idea of having a unity government because if all Malays are united, nobody could do anything to jeopardise the strength of Muslim in this country, not even Lim Kit Siang, Karpal Singh or Brother Anwar Bin Ibrahim.

    ReplyDelete
  12. Pelik yek......!

    apabila ada org islam yg nak mengajak kpd penyatuan islam idea itu diperlekehkan, dipandang serong, dikatakan adu domba, dikata terhegeh2, dikata lemah dsb. tetapi sebaliknya apabila dikatakan nak bersatu dgn kafir yg jelas ke'harbian'nya dikatakan idea bijak dan bernas. idea yg sepatutnya dilakukan dulu lg.

    walau bagaimanapun andai kata idea kerajaan perpaduan hanya suatu momokan harap2 ia menjadi doa yg dimakbulkan. marilah sama2 kita doakan penyatuan org2 islam dan melayu dibumi malaysia ini.

    Biarlah ada suara2 sumbang yg tidak suka perpaduan dan kesepakatan ummat islam dan ummat melayu dibumi ini, biarlah ada beruk2 yg melompat2 nak mengagalkan idea kerajaan perpaduan ini setidak-tidaknya asas permulaan penyatuan ummat islam dan melayu tlh wujud. moga2 mimpi itu jadi realiti.

    doakanlah.......

    ReplyDelete
  13. Salam PM,

    nampak eh bibit perpaduan tu takdo lah nampak eh..
    rakyat akar umbi pun tak berprasangka baik, baik dari UMNO baik dari PAS..
    Dalam Islam kan disuruh berprasangka baik... Apo salah eh kali ni kito berprasangko baik..
    kut cenggini makin berpocahbolah Islam kek Malaysia ni.. masing-masing EGo..
    Apo nak buek..
    Nasib Badan..

    - Parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  14. Memang tak payah ada perpaduan pun dgn UMNO ni...mereka semua ni mana ada reti basa nak perpaduan...rentikanlah...UMNO ni kalau dia bukan dlm situasi tersepit mintak maaf lah byk nak pandang PAS ....semua org tahu idea UNITY GVRNMNT ni dtgnya dr UMNO...semua org tahu....hidung tak mancung pipi tersorong2...bila dah tersepit barulah kenal sedara sebangsa seagama....inilah perangai gilo UMNO waris....semua tu wayang jer...ni dengar khabar 75 % org Cina mahukan MCA keluar dr BN...apa pulak citer ni...kok fitnah gak...ekau carilah sendiri....maknanya suatu hari nanti UMNO akan keseorangan memperjuangkan KETUANAN UMNO oopps sori BUKAN KETUANAN MELAYU yer TETAPI KETUANAN UMNO..........HA...HA...HA...CIAAAN DIA...

    ReplyDelete
  15. waaa... hebat...

    boringla dgn ketuanan UMNO ni..
    den nak raso ketuanan DAP plak..
    meh pakat2 undi DAP pru-13 nanti..
    nanti DAP boleh belajar cara2 naik kuda dengan baik..

    menang sorak, kampung tergadai

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  16. Jom.............

    Kita pakat2 sokong PR. Bila Sokong PR, kita akan dpt:

    1. Pemimpin yg membela rakyat dgn memberi pajakan tanah 999 tahun kpd rakyat khusus utk org2 cina.

    2. Pemimpin yg sgt telus sehingga perkara-perkara dlm kain turut blh didedahkan.

    3. Pemimpin yg berperibadi mulia krn sering menggunakan ayat2 al-quran dan hadis dlm percakapan termasuk yg bukan beragama islam.

    4. Pemimpin yg hebat dan bijak krn sanggup menjuburi dan mampu utk cuba menutupi perkara tersebut.

    5. Rakyat akan terbela krn minyak tak naik harga, tol takde, harga barang turun, biasiswa utk semua rakyat, rakyat semua samarata tidak mengikut bangsa lg.

    6. Agama islam akan terbela dgn wujudnya hukum hudud (kata PAS), Langkah mayat aku dulu (kata DAP) dan kita akan sokong hudud (kata PKR depan org islam), kita tak terima hudud (kata PKR depan org bukan islam).

    7. Negara akan aman dan makmur dgn adanya pemimpin2 yg tlh terbukti sering melakukan demontrasi jalanan.

    8. Negara akan disegani kerana mendapat sokongan kuat negara yahudi dan amerika.

    9. Ekonomi negara akan stabil krn senang dpt pinjaman dr IMF dan Negara2 kafir maklumlah hubungan kita sgt baik dgn negara2 kafir tersebut.

    10. Negara akan mempunyai skuad menjaga keamanan yg gagah dan berani sehingga sanggup baring diatas jalan raya dan sanggup dilanggar serta akan menentang sesiapa shj termasuk raja dan sultan2 melayu.

    11. Negara akan stabil krn akan mengamalkan undang2 dan perlembagaan sendiri. perlembagaan tinggalan penjajah akan dibuang dan dihapuskan.

    12. anak2 akan terbela dan mendapat pendidikan yang tertinggi dgn kita tidak mengutamakan bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  17. Bersatu maju,Bercerai barai.

    ReplyDelete
  18. Jejak Tuah....!!

    Lu kelakar lah jang....macam kecewa jer cakap cam tu bro...apo kono eh kau jang....domam paneh miang ko???

    kadang2 den goli hati tengok talatah org2 kuat BPN yg berfikiran macam Pak Pandir dlm blog mereka sendiri, untuk menyampaikan mesej mereka sendiri,...!!! macam ni kah layaknye seorang ilmuan dan pakar politik dan perang saraf UMNO nak lawan hanya tulisan yang semua org tahu memang benar dan fakta 100%...aku kadang2 tercari2 apo point yg nak disampaikan olh Tom Tem Bak, Jejak Tuah dan org2 kuat BPN....tiada point...zero....kau tewas jang...jejak tuah asyik berfalsafah sahaja menjawab kritikan, tiada point....lekeh betul korang....seingat den, tiada jwpn paling menyakinkan dr ekau semuolah..bilo org cakap UMNO cam ni, UMNO cam tu...ayat biaso ekau adalah FITNAH.....apo kojo ekau nak lawan FITNAH tu...dan apo yg den cakap dan ANON lain ckp memang ada asas dan telah diketahhui umum faktanya....den heran dgn pemikiran ekau2 semuo lah...adakah jawapan jejak tuah ini sesuai pd pemikiran moden dan adakah jawapan ini amt ilmiah dan meyakinkan....tidak wahai Jejak Tuah...anda sering berfalsafah dan amat bombastik bahsa awak, tapi tiada point....sori bro....hujah awak amat lemah dan dungu, dan tidak boleh lawan blog Pro PR....sori...macam biasa jawapannya: Blog PR MEMFITNAH, Namun Blog UMNO pun kuat juga MEMFITNAHNYA....byk fakta ada terhidang di Blog lawan anda...drpd blog anda yg RETORIK semuanya....bye..bye UMNO...

    ....parti UN...MO memang jahat...

    ReplyDelete
  19. botul tu hompuk,

    den sokong ko punyo statement 100%..
    apo la kau ni tuah,, kono titik dgn hompuk..
    ngan hompuk sorang pun ko tk buleh lawan..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  20. saye hairanlah. kalau betul hujah2 orang2 pro kerajaan ni tidak ilmiah dan berfakta, kenapa org pro pembangkang bersungguh2 balas komen. dan saye juga hairan kenape pro pembangkang tak jemu2 berhujah tulis komen di blog ini jika benar mereka merasakan tulisan di blog ini tidak ilmiah dan berfakta kononnya. hairannye.

    saye tertarik ayat ni

    ....lekeh betul korang....
    hujah awak amat lemah dan dungu

    kenapa saye tertarik ayat di atas sbb ustaz saye cakap, mereka yg suke memperlekehkan hujah dan pendapat org lain, tdk akan Allah tambahkan ilmu pade dirinya kerane mereka ini tergolong dlm golongan yg sombong dan kekallah ia dlm kegelapan hatinya selamenye.

    dulu saye tak faham kate ustaz tu. skrg dh faham. terima kasih paneh miang kerane jadi medan yg baik.

    ReplyDelete
  21. Nampaknya ramai yang buta hati tetapi bukan semua. Sebagai contoh suraya uitm. Tahniah. Yang batil tetap batil dan yang hak tetap hak. Kami tetap akan menulis tentang kebenaran tak kira mengenai siapa demi agama, bangsa dan negara. jejak Tuah juga seorang intelektual yang sudah tentu tidak inginkan anak cucu beliau kencing di atas kubur beliau kelak. Orang Melayu, marilah kita bersatu atas panji-panji Allah.

    ReplyDelete
  22. hompuk,

    diorang dah kasi lu paneh,
    jangan dibiarkan hompuk...
    nanti terjojas kredibiliti ko...
    den 100% berado di belakang ko..
    go hompuk.. go!!!
    muehehehe

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  23. suraya UiTM....
    "hebat sangat ker pembangkang nie"..bak kate sahabat aku..kalau hebat boronti blaja kat tempat kerajaan..boronti buat pinjaman mara..poie blaja kat private..bayar sendiri...poie ikut oang yang hebat tu..ko dongar jo kato dio..ko buleh dapat ilmu..

    ReplyDelete
  24. Raso2nyo lah........!

    Org yg membaca blog ini tlh dpt membuat penilaian dan pentafsiran.
    Siapa yg berfakta dan siapa yg berpendapat! Siapa yg bijak pandai dan siapa yg dungu.

    Bg yg baru mengenali jgnlah terpengaruh dgn ratipan keburukan. Jgnlah terlupa utk bersangka baik terhadap nukilan idea.

    Bg yg bertanya, sblm mengharap jawapan fikirkanlah persoalan yg dikemukakan. adakalanya soalan itu bukan tiada jawapan cuma persoalan yg tidak layak utk dijawab.

    Penari yg bijak akan menari dgn baik walaupun lantainya tidak rata. tetapi penari yg sumbang akan mengatakan lantai yg x rata.

    Marilah bersama2 bermuhasabah agar menjadi makhluk ciptaan-Nya yg memberi faedah kpd makhluk yg lain...

    Insya'allah.....

    ReplyDelete
  25. Jejak tuah dan Parti UMNO Jahat kato eh dah conflik jiwa terok aku tgk. Tom tom bak dan gedoyok pi hilang raip main guli cian.

    ReplyDelete
  26. Suraya UITM ko budak baru kau ada biol ka atau jonis melayu cendawan subsidi. aku nasihat kau poe belajar abis dpt dip baru ko masuk blog, jgn lupa bayo pinjaman PTPTN dulu no!

    ReplyDelete
  27. Heh heh heh...

    Jiwa kacau
    Jiwa konflik
    Jiwa haru biru
    Jiwa-jiwa

    Keh keh keh...

    ReplyDelete
  28. go hompuk go,

    pastikan hasrat ko untuk ganyang UMNO berkubur tercapai... bagi idea yang menarik & bernas.. kalau tk do idea poie cilok sikit kek http://m2day.org pasti ko berada di kalangan org berjaya...

    den totap backing ko sampai sukses..

    "hompuk, pejuang agamo & bangsa, pemangkin kemajuan muda mudi negara"

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  29. parti jahat kato eh dah nampak hilang bering, jejak tuah dah meracau. Keh keh keh. Syabas hompuk.

    ReplyDelete
  30. keh keh keh......

    lu pikir la sindri...

    keh keh keh.....

    ReplyDelete
  31. hehe..

    hompuk, den memang dah hilang bearing, hilang arah.. den nk support UMNO ekau n dah tarbiah den sampai den dah was-was & bonci mo UMNO..

    bilo den nak support kau, ko macam tak suko pulak.. den puji kau, sampai den buek slogan.. balasan yg den dapek kao kutuk den laie adolah..

    takkan den support brader anwar ibrahim, dio dah nk masuk jel..

    takpolah kut camtu den sokong PPP ajolah.. yg t. murugiah punyo tau bukan kayveas..

    mueheheheheheh..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  32. Keh keh keh

    itu baru dlm blog, kalo realitinya camno yek -parti jahat, kato eh-?
    agak2 buleh ke nak masuk syurga nanti? maklumlah dah byk buat dosa la dikatakan, ni nak taubat org tak terima. apolah nasib....!

    nasib...nasib....nasib...

    ReplyDelete
  33. tuah,

    den yakin hompuk buleh.. karisma & leadership beliau mampu merealisasikan semuo tu..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  34. aku tengok ko rang syok sendiri yo...den tak komen apo2 tp ekau yo yg lobih...ha..ha...ha...macam2 lah ekau buek nak trick den...goli hati den baco...dah lamo den tak posting waris...tp den tengok ekau yo porasan....he,,he,,he,,,...tak apolah...kan kito demokrasi..sapo2 pun buleh beri pondpt kan...tp ekau usah2 lah nak trick den...rentikanlah...den tahu!! sajo den tak layan...den nak tengok golagat ekau semua...rupo2nyo dio posting sendiri, peh tu dio komen sendiri, kunun eh..guno nick name org lain...ha..ha..ha....apo lah kojo ekau jang...kadang2 den goli hati tgk ekau semuo ni....kelako habih.....ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  35. tuah,

    ekau ni sobonar eh - parti jahat, kato eh- kan?
    dah kantoi plak dgn hompuk..
    hehhehe..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  36. alloooo....!! den polik lah sedaro...apo yg ekau marah bona kek den ni...den tak buek salah kek ekau pun, tak kotuk ekau doh, den tak tumbuk ekau pun, den tak sosah ekau pun...etc...tp konapo ekau selalu kaitkan den dgn mcm2 nick name...den polik lah...den tahu...dgn kata2 den ni ekau dah tontu buleh tangkap sapo posting ni kan....yo...den ANON 9:43 PM di ateh tu...tp den tak suko tipu2 jang, apo den nak takut den bg tahu den sapo kan...bg den cakap mesti boto...kalau ekau raso nak marah, apo posa eh???? ini baru kali pertamo pd 15 JUN den posting jang...ekau ni main serkap jarang yo...sajo den nak tengok ekau !!! brutal boto ekau yo...sori lah jang...den dah faham bona lakonan dan provoke ekau jang...nak tulis biarlah bermaruah sikit jang...tak yah trick org jang...

    ReplyDelete
  37. takdo marah do,

    cumo tak tau namo kao apo..
    maso setuju bagi no hompuk dulu ko takdo bangkangan..

    abih nak panggil tuan ni apo?
    moslan ko, mr. X ko bagi la satu namo agar kami sonang memanggil agar tidak ado pihak borkocil hati @ feel insulted..

    kalau tuan teraso hati eden minta maap la.. niat den cumo bergurau ajo.. sikit pun takdo niat ajak bergaduh apo laie nak bertumbuk..
    maaf an den yo..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  38. Mr Hompuk...
    Den tak kisahlah...tak do den nak kocik ati kek ekau...tak do..kalau ekau marah den mintak maap byk2...tak perlu lah eden nak bg namo ko, apo ko...namo tak ponting jang, yg ponting adolah kekuatan ekau dlm penghujahan point ekau...namo tak pontii ng..ekau kato eden thompuk ko, parti jahat ko...semuo org yg samo jang, den terus terang lah kek ekau.skang...(ha..pueh hati ekau kan)..tu yg den golak bosa tu bhw mudah na ekau mengolaban serkap jarang kek den, ....tak po lah...den tak kisah ekau marah den, kutuk den, tp den tak ponah sesekali kutuk org lain dulu kecuali kalau dio cakap tak beradab, kalu ekau cakap tak beradab, ekau tahulah kan lopeh ni...tahan yo telngo ekau jang.tp den tak goma buek cam tu,.sobab den hormat kek ekau semua, cumo kita berbeza pendapat yo...tp den masih rasional jang bukan emo jang....dan DEMI ALLAH jang..den tak marah atas nama UMNO, tp perangai org UMNO dan sewaktu dgnnya, (tak yah den ckp jang, 1 malaya dah tahu kan)...itu yo...maap jang..

    ReplyDelete
  39. Gooooooooood Morning Malaysia,
    Tentu kita rasa pelik bin ajaib bila yang kurang kerusi ajak member yang banyak kerusi bentuk kerajaan perpaduan.
    Dan yang lebih hairan letak pulak syarat-syarat yang pelbagai pulak tu.
    Hello brother, lu fikir lah sendiri,kalau sudah tersepit tu mengaku sajalah.
    Kita tak nak jadi seperti seperti kata pepatah melepaskan kucing yang tersepit,
    Bla dah terlepas tu, agk-agak dia bikin kita senang atau susah.

    ReplyDelete
  40. Apa pun alasan dan persolananya, cita-cita Haji Hadi nak berkerajaan perpaduan dengan umno harus ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  41. Isu kerajaan perpaduan ini hanya melemah dan memecah belahkan PAS dan PR. Hj. Hadi janganlah berdolak dalik, dengan kononnya meletakkan syarat utk. UMNO dll. Kalau nak buat cakap nak. kalau tak nak cakap tak nak, ini tak cakap berdolak dalik.

    ReplyDelete
  42. keh keh keh

    -parti jahat, kato eh- ekau ni Jejak Tuah kan? keh keh keh.

    nampaknya ada yg dah kena... ops...!

    Bolehkah PAS + UMNO? Boleh! sejarah tlh membuktikan pada 1974. PAS tlh menyertai BN. dan utk penggabungan itu perlu ada pengorbannya. perlu ada org melayu yg terkorban utk merealisasikannya. mcm peristiwa 13mei 1969.

    harap2 ia tidak berlaku...

    ReplyDelete

Blog Archive