Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 29, 2009

Erti Firaun

Dalam kesesatan pemikiran oleh pelaku dan pencinta totok PAS+PKR+DAP, mereka telah menyimpang daripada pengertian sejarah Siapa Firaun? Melihat kepada komentar yang dilahir dan dimuntah oleh peminat PM yang kebanyakan berfahaman mono-sides atau yang suka ditempelak sebagai sekularis mind-setting, mereka cukup terpedaya dan terpengaruh dengan Agenda Pelacuran Minda Yahudi dan Nasrani kepada mereka. Sehingga jiwa Melayu dan ijtihad Islam mereka secara hakiki juga dipertikaikan oleh kesempitan kamus bernegara kelompok mereka sendiri.

Pak Sedaro tidak perlu kupas dan ulang tayang beberapa komentar terdahulu. Tetapi sebagai wajaran tidak kurang daripada 100 kali komentar yang sama, diulang berkali-kali oleh pelaku dan pewirid yang sama sebagai wayang ulangan, bagi tujuan memperteguh KEBENARAN PALSU DAN SASAU mereka dalam PM. Kelompok ortodok membabi buta ini lebih bangga menafikan kedudukan Bangsa sendiri iaitu Rakyat Raja dengan memberi tafsiran baru kepada apa itu Melayu, di mana Islam dan Melayu dalam Perlembagaan, simbol kekuasaan Melayu dan terapi kekuatan Islam dalam kerakyatan Malaysia dan sebagainya...?

Melihat kepada watak-watak insan yang belum pasti Melayu dan belum pasti Islam kepada pelaku-pelaku ini, Pak Sedaro fikir mungkin pengertian Firaun sesuai diberitakan semula. Dalam kitab Allah, Firaun ialah kalangan keturunan Raja-Raja Firaun dan tidak semua Firaun itu Kafir, ada Firaun yang Islam.

Sifat dan watak Firaun ini dinukil oleh Para Sejarahwan dalam pelbagai versi dan kitab, sesuai dengan siapa Firaun yang dijadikan sampel kajian. Sesuai dengan erti persejarahan ini, Pak Sedaro fikir, siapa pun kalangan perawi PAS+PKR+DAP yang menggilai dan mungkin sudah masuk peringkat dewa isim dalam dunia politik gelanggang laga ayam mereka, berfikir panjang untuk terus berjuang dalam kedengkelan ilmu dan gelangggang terbitan PAS+PKR+DAP.

Acapkali Pak Sedaro, meneropong nilai akhliah kalian, menceritakan pengkisahan sedih. Ini disebabkan kalian BUTA ILMU SEJARAH dan ILMU PENGKISAHAN TERSIRAT SEJARAH. Posting komentar kalian, dalam alam ilmu penulisan dan pemikiran kritikal dikelas sebagai sekularis destructive setting. Yang bukan sahaja menjahanam Negara, malah menjahanam Diri Sendiri, atau bahasa kampung "ilmu makan TUAN".

Daya cetusan dan Daya letusan pemikiran ini merupakan warisan yang dipelopor oleh kelompok Ekstremis Syiah sebelum Ayotollah Kominie di IRAN lagi. Waspadalah bahawa wajah fikir kalian akan menghancurkan WASILAH kalian.

1 comment:

  1. Bak kata orang-orang lama(dan juga budak-budak juga), mereka ini,
    dahlah kodok tak gheti bahasa pulak akibat ketaksuban yang amat sangat.

    Mereka juga adalah:-
    Pak Turut
    Pak Ikut-ikut
    Pak Karut
    Pak Takut

    kerana tidak menggunakan akal fikiran berlandaskan fakta, data dan sejarah...

    HatiHitam

    ReplyDelete

Blog Archive