Sempena tahun baru 2010, pastinya setiap rakyat Malaysia menyimpan satu azam baru untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk meletakkan kebersihan sebagai elemen penting dalam menjana azam baru rakyat Malaysia pada tahun 2010 ini.
Realitinya, setiap hari rakyat Malaysia terpaksa menghidu bau busuk ketika menunggang atau memandu kenderaan di jalan yang tercemar dengan lelehan air daripada lori sampah kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal. Dan tanpa disedari, kekotoran yang melekat ditayar kenderaan akan dibawa pulang ke rumah masing-masing. Air busuk yang melekat di tayar kenderaan akan mengering dan seterusnya bertransformasi menjadi bakteria yang berterbangan mencemari udara.
Bertahun lamanya keadaan ini tidak pernah berubah. Carilah di setiap pelusuk jalan dalam negara yang dilalui lori sampah, pasti bau busuk ini tetap ada. Dari Perlis hingga ke Johor Bharu, dari jalan persekutuan hingga ke jalan kampong, yang dilalui oleh lori sampah, pasti akan tercemar dengan bakteria yang bakal menumpang kereta serta motosikal yang melaluinya.
Hakikatnya telah lama rakyat menghitung waktu agar jalanraya di negara ini tidak dicemari lagi. Mereka hanya mengharapkan air hujan untuk mencuci kotoran ini, tetapi malangnya selepas hujan semakin bertambah pula air kotor yang melimpahi jalan. Kepada pemimpin politik, sama ada dari negeri yang dikuasai pembangkang mahupun kerajaan, ambillah kesempatan yang ada ini untuk memenangi hati rakyat dengan menyelesaikan masalah jalanraya yang tercemar. Percayalah bahawa impaknya sangat besar dan sangat terkesan di hati rakyat sekiranya mereka mendapati jalan yang mereka lalui setiap hari sudah tidak tercemar lagi.
Syarikat kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi penswastaan dasar sisa pepejal negara ialah SWM Environment Sdn Bhd bagi wilayah selatan (N. Sembilan, Melaka, Johor), ALAM FLORA Sdn Bhd untuk wilayah tengah dan timur (Selangor, WP Kuala Lumpur/Putrajaya, Pahang, Terengganu, Kelantan) serta E-IDAMAN Sdn Bhd bagi wilayah utara (Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis).
Ketiga-tiga syarikat gergasi ini pastinya sedia maklum dengan masalah jalanraya yang tercemar. Tetapi apa yang lebih pasti ialah pihak syarikat akan sentiasa pula menyalahkan rakyat yang kononnya tidak membungkus sampah sarap dengan betul sebelum dibuang; atau menyalahkan sikap rakyat yang suka membiarkan bungkusan sampah terdedah kepada air hujan. Walaupun saya tidak ingin menafikan sikap negatif segelintir rakyat yang menyumbang kepada pencemaran ini, tetapi adilkah kepada rakyat lain yang prihatin serta mengikut peraturan terpaksa berkongsi menanggung pencemaran ini. Kita perlu sedar, untuk mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap sampah yang dibuang pasti mengambil masa yang lama, sepertimana sukarnya pihak syarikat mendidik dan melatih pekerja pengangkut mereka yang rata-ratanya berpendidikan rendah ataupun warga asing.
Pihak kontaktor ketiga-tiga konsesi ini pasti tidak mahu menanggung kos yang tinggi untuk menukar kenderaan pengangkut baru mereka agar dilengkapi alat takungan yang lebih besar bagi mengelakkan air sampah meleleh keluar. Apa yang paling diutamakan oleh syarikat konsesi ialah kerja dapat diteruskan mengikut jadual, pekerja dapat gaji setiap bulan, kos operasi tidak bertambah dan modal pusingan cukup sementara menunggu bayaran yang lambat daripada KPKT. Maka sampai bilakah masalah ini akan berakhir?
Cadangan saya, pihak KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang baru diwujudkan pada 01 Jun 2008, menganjurkan pertandingan rekacipta khusus bagi kegunaan lori pengangkut sampah agar air sampah tidak meleleh di jalanraya waima setitik pun. Bukalah penyertaan kepada semua pihak, terutamanya dalam bidang berkaitan teknikal seperti UTM, Politeknik, IKM atau ILP, dan tetapkan syarat agar rekabentuk ini dapat diimplementasikan dengan kos yang lebih murah ataupun 'zero cost'. Kerana pasti pihak kontraktor enggan menambah kos operasi mereka dengan rekabentuk yang hebat tetapi mahal. Jika perlu, pihak kontraktor tawarkanlah penghargaan dan hadiah yang sewajarnya kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Selain itu, beberapa perkara juga perlu 'dibersihkan' oleh Kerajaan Persekutuan kerana golongan ini mengotori kestabilan dan kemakmuran Malaysia. Antaranya:-
1. Membersihkan individu yang terpalit dengan persepsi rasuah kerana persepsi yang baik adalah penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Lagipun si hompuk dan geng dia dah lotih memokak kat blog ni bercakap soal intergriti.
2. Membersihkan penjawat awam yang tidak percaya dengan dasar kerajaan BN yang memerintah Persekutuan Malaysia. Kalau dah tak yakin dan asik membangkang saja kerjanya, macamana sesuatu dasar yang baik itu nak berjaya. Eloklah penjawat awam yang menentang kerajaan dan sanggup pula makan duit rakyat tanpa diredhai rakyat ini 'dibersihkan'.
3. Membersihkan jalanraya Malaysia daripada para pendemonstrasi haprak yang menyusahkan orang ramai selaku pengguna. Korang ingat jalanraya dan kawasan korang buat demo tu harta bapak korang ke?
4. Membersihkan pengamal undang-undang yang bingai dan tak tahu menghormati sensitiviti majoriti rakyat seperti hakim yang meluluskan penggunaan nama "Allah" kepada gereja, Majlis Peguam yang hampeh, pendakwaraya yang lembab, termasuklah Peguam Negara yang kalau patut ditukar...tukarkan jelah.
5. Membersihkan penyangak yang sering mempermain serta mempersendakan Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera. Kalau patut mereka itu di ISA kan...buat jelah. Jangan jadi bacul.
Marilah kita bersama berazam di tahun 2010 ini untuk menjadikan negara kita lebih bersih dari segala bentuk kotoran dan peliwatan. Selamat Tahun Baru 2010.

Salam PM, satu artikel yang memberangsangkan di tahun baru ini....
ReplyDeleteAmat setuju dengan cadangan pembersihan besar-besar dari Kerajaan UMNO-BN.... terutama terhadap Kakitangan Kerajaan yang kotor dengan gejala penyelewengan serta yang tidak yakin dengan dasar-dasar kerajaan UMNO-BN.... bersihkan mereka ini dulu, kerana golongan ini yang merosakkan segala perancangan Kerajaan untuk rakyat....
Assalamualaikum Paneh,
ReplyDeleteMak Cik juga setuju dengan cadangan pembersihan besar-besaran dari Kerajaan UMNO/BN di seluruh Negara.
InsyaAllah, jika semua kita berfikiran positif dan tahu apa dia hukum hakam sebenarnya mengenai tanggungjawab dan tugas masing masing dan berkait pula dengan rezeki yang kita jadikan darah daging dan beri anak cucu makan, pasti tidak akan ada penyelewengan.
Malangnya, ramai tahu ayat suci Al-Quran tetapi masih tidak tahun makna sebenarnya, jadi bagaimana pula hendak beramal dengannya?
Jadi kita semua pun mesti ada pembersihan peribadi..perbaiki kelemahan, kekurangan dan kecuaian kita sebaik mungkin, InsyaAllah.
WaAllahuAlam.
Bersihkan negara dari rasuah dan penyelewengan dulu! dan najib nampaknya belum nampak apa2 dia buat pun....rakyat makin susah....
ReplyDeleteUMNO/BN pun tak dapat nak uruskan isu nama Allah ni!!! kenapa nak salahkan org lain...mana tanggungjwb awak UMNO??? kata jaguh dlm mempertahankan Islam....isu mcm ni pun tak berjaya nak uruskan mcm mana nak jaga Islam seluruhnya???? cakap tak serupa bikin....cam ni kah cara awak jaga islam???????
ReplyDeleteUMNO oh UMNO....makin lama makin bengong!!!!