Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 14, 2010

Malangnya Pas...

Berikut disiarkan sebahagian transkrip wawancara seorang wakil media dengan warga Paneh Miang yang sehingga kini masih belum disiarkan. Di sini kami ingin berkongsi wawancara eksklusif ini khas untuk pembaca setia Paneh Miang.

Wartawan: Pada perkiraan saudara, adakah mampu untuk DAP menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan pada PRU-13 akan datang?

Pejuwang: Sebenarnya DAP telah menunjukkan prestasi cemerlang pada PRU-12 dengan memenangi 90% kerusi DUN yang majoritinya pengundi Cina dan kami percaya DAP akan terus mengekalkan prestasinya pada PRU-13 ini.

Wartawan: Adakah ini menunjukkan MCA tidak lagi relevan kepada masyarakat Cina di Negeri Sembilan?

Pejuwang: Daripada 12 kawasan majoriti pengundi Cina di Negeri Sembilan dalam PRU-12, DAP telah memenangi 10 kerusi, PKR 1 kerusi dan MCA hanya menang 1 kerusi sahaja. Seperti yang dimaklumi, kawasan majoriti pengundi Cina adalah di kawasan bandar atau pinggir bandar. Justeru, walaupun BN tidak mengusai kawasan berkenaan, pembangunan tetap berjalan di kawasan bandar dan pinggir bandar sungguhpun kaum Cina berterusan menyokong parti pembangkang. Maka kami berpendapat, MCA masih boleh menjadi relevan sekiranya pemimpin dan ahlinya berusaha untuk mendidik pengundi Cina akan realiti sebenar politik Negeri Sembilan. Ini kerana, masih terdapat 24 kawasan majoriti pengundi Melayu di Negeri Sembilan dan suara kaum Cina pasti berterusan terpinggir daripada pentadbiran kerajaan negeri kerana tiada wakil daripada parti komponen BN iaitu MCA sekiranya pengundi Cina masih ingin terus memangkah DAP. Kita sedar isu yang menarik perhatian pengundi Cina adalah berkenaan isu hak sama rata yang dimainkan oleh DAP. Namun ia pasti akan menjadi tidak relevan sekiranya hasil kajian sebuah badan bebas dibentangkan tidak lama lagi. Hasil kajian ini akan menunjukkan kaum Cina telah mendapat agihan kek ekonomi, pendidikan & sosial melebihi orang Melayu, malah kaum India sendiri. Tun Dr Mahathir pernah membuat saranan supaya kajian ini dibuat dan saya percaya kajian ini sedang dijalankan.

Wartawan: Bagaimana pula sekiranya orang Melayu dalam PAS dan PKR masih berterusan menyokong tuntutan DAP agar hak sama rata diberikan tanpa mengira kaum?

Pejuwang: Saya suka memberikan gambaran mudah bagaimana kek ekonomi sebenarnya di monopoli oleh kaum Cina di Malaysia. Jika kita lihat ketika negara kita dilimpahi pelabur asing yang membuka kilang di Malaysia suatu masa dulu, hampir 100% kilang-kilang ini dibina oleh para kontraktor Cina. Keuntungannya sangat besar jika dilihat daripada kapasiti pelaburan yang menjangkau ratusan juta ringgit. Lagipun, pelaburan ini datangnya dari syarikat-syarikat gergasi Jepun, Taiwan, Korea, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Lebih malang lagi sub-kontraktornya juga dipilih dikalangan kontraktor Cina, manakala kontraktor Melayu hanya tahu merebut tender kerajaan yang mensyaratkan status bumiputera sebagai pemohon. Namun, tuntutan kontraktor bukan Melayu hari ini tidak terhad kepada projek daripada pihak swasta yang telah sekian lama dimonopoli, bahkan tender kerajaan juga hendak direbut haknya daripada kontraktor Melayu. Fakta berkenaan jumlah pelaburan yang dikaut oleh kontraktor Cina ini perlu didedahkan supaya orang Melayu sedar bahawa kaum Cina telah mendapat laba yang besar melalui pembinaan kilang; berbanding orang Melayu yang hanya setakat bekerja kilang sahaja. Kita juga berharap agar masyarakat Cina juga sedar dan malu untuk merampas hak orang Melayu yang kini semakin terhakis setelah hasil kajian dibentangkan kelak.

Wartawan: Berdasarkan trend pengundi di PRU-12, adakah Pakatan Rakyat mampu menumbangkan kerajaan BN di Negeri Sembilan pada PRU-13 nanti?

Pejuwang: Maaf, saya lebih suka menggunakan akronim Pakatan Pembangkang kerana setahu saya, rakyat tidak pernah berpakat…. cuma pemimpin parti pembangkang saja yang berpakat. Ahli parti pembangkang sendiri pun tidak semuanya berpakat. Di Negeri Sembilan, PKR berjaya memenangi 4 kerusi daripada 12 kerusi yang ditandingi mereka dan semuanya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Barangkali pengundi kawasan bandar merasa selamat berbuat demikian kerana masih percaya bahawa pembangunan akan giat dijalankan di kawasan mereka walau siapa pun yang memerintah. Tapi percayalah bahawa pemikiran sebegitu adalah satu kesilapan besar kerana saingan hidup di kawasan bandar memerlukan sokongan lebih daripada wakil rakyat berbanding di kawasan luar bandar. Tekanan ekonomi serta kos sara hidup yang tinggi, amat memerlukan sokongan wakil rakyat yang mempunyai akses terus kepada pentadbiran negeri dan kemudiannya barulah saluran bantuan kerajaan negeri serta pusat itu akan dapat dinikmati oleh penduduk kawasan bandar. Walaupun kita sedar dengan kepadatan penduduk akan menyebabkan ada golongan yang akan tersisih, namun agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri akan terus memberi sokongan kepada wakil rakyat daripada parti pemerintah. Percayalah, hanya sekadar memilih wakil rakyat untuk menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan memberi apa-apa makna kepada pengundi Melayu di kawasan bandar. Janganlah terpedaya dengan dakyah DAP yang hanya tahu menjanjikan pelbagai perkara tanpa mampu melaksanakannya kerana kaum Cina telah lama bermastutin di kawasan bandar yakni semenjak Belanda menjajah Tanah Melayu lagi, berbanding orang Melayu yang hanya baru beberapa dekad ini berhijrah untuk menjadi orang bandar.

Wartawan: Bagaimana dengan kekuatan PAS di Negeri Sembilan?

Pejuwang: Parti paling malang di antara parti pembangkang di Negeri Sembilan adalah PAS (*ketawa). Mereka hanya mampu menang satu kerusi daripada 13 kerusi yang ditandingi. Mungkin di Negeri Sembilan penyokong PAS adalah yang paling unik kerana bouncer kelab dangdut pun boleh jadi penyokong tegar PAS. Maknanya takbir boleh…take beer pun boleh...(*ketawa). Semasa perhimpunan Tabligh Sedunia di Nilai baru-baru ini, kumpulan tabligh dari Malaysia telah membuat deklarasi tidak akan menyokong PAS. Kenapa agaknya? Golongan Tabligh boleh memberi tafsiran paling jelas berkenaan perjuangan PAS iaitu bagaimana PAS menggunakan elemen agama untuk mendapatkan laba dalam politik. Ahli PAS tidak mampu berbuat sepertimana cara orang Tabligh berdakwah, tetapi PAS sebaliknya berkehendakkan kuasa dulu...baru mereka boleh berdakwah.

Wartawan: Mungkinkah faktor Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberi impak kepada penarikan sokongan pengundi Negeri Sembilan untuk terus memilih Barisan Nasional?

Pejuwang: Ha..ha..ha! Anda jangan lupa...apabila YB Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Rembau, sokongan rakyat kepada BN jatuh merudum berbanding semasa PRU-11. Saya selaku pengundi di parlimen Rembau percaya bahawa faktor kemenangan beliau hanyalah semata-mata disebabkan oleh 'sokongan' bapa mertua beliau selaku Perdana Menteri ketika itu. Pengundi Rembau hanya bagi muka kepada Pak Lah. Tapi kini ura-ura YB Nasharuddin akan bertanding di kawasan kelahiran beliau di Rembau pada PRU-13 nanti, pasti akan lebih menyukarkan laluan YB Khairy. Imej YB Khairy sebagai anak omak, menantu kesayangan, graduan Oxford, tokoh korporat muda, askar wataniah...apa lagi ya...pernah mempunyai pasukan bolasepak sendiri, dan terbaru tidak mendapat sebarang pencalonan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM; kelihatan pasti tidak mampu untuk menghadapi Nasharuddin selaku Timbalan Presiden PAS yang kelihatan ikhlas berjuang walaupun tidak lagi diterima di Kelantan oleh Dato' Nik Aziz. Keadaan kini sudah berubah. YB Khairy perlu memikirkan tempat selamat untuk kekal dalam politik dan tidak berterusan bergantung kepada Pak Mertua yang sudah hilang pengaruhnya. Namun saya boleh sarankan agar YB Khairy bertanding di parlimen Kepala Batas bagi menggantikan tempat Pak Mertuanya. Mungkin orang di sana boleh menerima beliau bagi membalas jasa Pak Lah di Kepala Batas selama ini. Bagaimanapun, pucuk pimpinan Umno perlu pastikan YB Khairy terus diberi laluan untuk menjadi ahli parlimen. Biarlah anak muda ini berpolitik dalam "rumah sendiri" kerana lebih bahaya jika membiarkan beliau bersendirian "di luar". Bak kata orang Rembau mengenai YB Khairy..."Takut sok jadi polong tak bertuan."

Wartawan: Terima kasih kepada warga Paneh Miang kerana sudi diwawancara Moga panjang umur kita ketemu lagi.

Pejuwang: Terima kasih kembali kerana sudi menemubual kami.

11 comments:

  1. brapa tahun dh BN merintah? ekonomi sapa pegang? sapa bg laluan kepada mereka? "anak sendiri mati kelaparan kera dihutan disusukan?" TAjuk tu tukar "UMNO malang"..hahaha

    ReplyDelete
  2. btul tu....mcm mana kek ekonomi bleh jd cina majoriti??? sape pegang kerajaan malaysia eh? rakyat patut sedar.....

    ReplyDelete
  3. patut kena tukar tajuk la...umno yg malang.....sbb komponen BN gagal...! itu diakuikn....paneh miang salah guna tajuk.....nk tmbak pas k nk tmbak mca?

    ReplyDelete
  4. Cina memang pegang kek 1Malaysia kalau tidak macam mana nak beli-belah. Ask the 1M Ringgit Man. He is a political liability for PRU13; the same for isa pelanduk, kj, shaziman (working at home jual pasir).... The whole umno is in fact a liability to Malays. Biar memPerkasakan Melayu bukan memperkosakan Melayu!

    ReplyDelete
  5. Memang dari dulu lagi sebelum merdeka memang Cina dah pegang ekonomi... DEB dilancarkan untuk mengurangkan pegangan itu... dan UMNO dah berjaya menaikkan pegangan Bumiputera kepada 20%.

    Tapi aku nak tanya... apa yg pembangkang buat untuk menaikkan ekonomi Melayu?

    ReplyDelete
  6. MARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH
    1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
    dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
    dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
    dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
    2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
    3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
    4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
    dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
    5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya

    ReplyDelete
  7. 6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
    Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
    7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
    8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
    9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
    10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia

    ReplyDelete
  8. Syabas Pejuwang, artikel yang sungguh menarik dan semoga orang Melayu akhirnya sedar.....UMNO ditubuhkan demi agama, bangsa dan tanahair!

    ReplyDelete
  9. apa punya bangang abang Pencak Silat nih, kok kojo bersilat yoo dapek meninggikan tamaddun bangsa? ini bukan zaman Hang Tuah yang penuh mitos oii.. kat Iraq atau Afghanistan sana, orang tak pakai silat bila berdepan peluru musuh. Keris pendek sama saiz dgn anu kamu itu tak mampu berdepan serangan Portugis dan Belanda yang datang jauh beribu batu ke Melaka. Kono ingat melayu akan hilang maruah bila tidak kembali kepada Islam. Melayu belum tentu Islam, kalau mengaku Islam tapi bersilat penuh kerja tahyul, kebal, kemenyan keris, anak bini tak tutup aurat dan melahap rasuah nak buat buat apa??? jangan didik orang lain dgn ajaran sesat melayu tu.

    ReplyDelete
  10. sepatutnya ditulis.. "Malangnya Pas kerana menghadapi orang melayu-UMNO yang mengaku Islam" kes ini sama dgn sejarah Nabi saw berdepan Arab Musyirik yang sebangsa dgn Nabi saw. Mereka adalah sebangsa, satu darah dan ada pertalian darah. Memang malang sungguh bila berdepan dgn kaum keluarga sendiri, sehingga tertawan menantu nabi saw sendiri yg belum Islam. Berjuang menghadapi musuh begini kalau mati syahid pula. Satu hadith yg orang umno tak pernah baca iaitu, ketika manusia berduyun-duyun untuk minum di kolam alkauthar masa di Pdg Mashyar, malaikat telah menghalau mereka dan Nabi saw bertanya, kenapa dihalau umatnya. Malaikat kata, mereka mengaku umat kamu tetapi amalan mereka menyalahi sunnah kamu. Nabi dah kata bukan umat dia yg berjuang atas bangsa, membuat undang-undang menyalahi syariat... siapa yg monitor buat undang-undang kekuasaan di negara kita? UMNOOOOOOOOO!!!! cilaka punya umno.

    ReplyDelete
  11. hmmm...bagi cuba perintah 3 negeri pun dah huru-hara habis camno? sape yg bagi hancus islam skrg ni? PASSSSSSSSSSSik jugak!!!!

    ReplyDelete

Blog Archive