Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 14, 2010

Khutbah pun nak 1Malaysia ka Najib?

1. Selamat Hari Raya Eidulfitr dan Maaf Zahir Batin buat semua sahabat dan pengunjung blog Paneh Miang. Kepada yang sudah kembali bekerja, diucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Dan kepada mereka yang masih beraya, jika mahu pulang ke destinasi masing-masing kelak, diharaplah berhemah ketika memandu. Bukannya apa, jikalau berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian anda, maka anda bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri, tapi turut menyusahkan orang lain yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas, hanya disebabkan kenderaan anda yang tersondol kenderaan di hadapan. Dah tu bukannya tahu nak ke tepi, tapi siap dok bertekak lagi tengah jalan. Kalau tak maut tu mujur juga. Andai berlakunya kemalangan maut, dah mati pun orang akan dok kutuk kerana kesesakan lalulintas yang teruk disebabkan anda. Kepada mereka yang tidak kemalangan pun, janganlah pula memandu terlalu perlahan semata-mata nak tengok kemalangan yang berlaku. Bertimbang rasalah terhadap pemandu lain yang mungkin ada kecemasan yang memerlukan mereka segera tiba ke destinasi. Memandulah dengan akal dan bukannya dengan nafsu. Dah sebulan puasa pun masih lagi tak boleh nak kawal nafsu ka? Hehe...sorry ter emos sikit.

2. Ada sahabat dok tanya adakah kami akan ulas berkenaan peristiwa yang telah menggemparkan negara, berkenaan pembunuhan kejam 4 muslimin oleh sekumpulan budak hitam. Maaflah sahabat, yang sebenarnya kami tiada maklumat berkenaan kes tu, jadi agak sukar untuk kami berkisah mengenainya. Cuma Al-Fatihah serta doa saja yang mampu kami berikan, dan diharapkan ahli keluarga mangsa dapat bersabar menerima ujian Allah s.w.t.

3. Tetapi, kami ada berbual sesama ahli keluarga serta handai taulan semasa hari raya pertama berkenaan kes tersebut, dan kami memang menjangkakan bahawa penculikan atau pembunuhan (diandaikan ketika itu mereka telah dibunuh), PASTI tidak akan dilakukan oleh orang Melayu kecuali Melayu tu gila. Sementelah ianya mustahil bagi orang Melayu kerana walau seburuk manapun mereka, pasti Melayu tidak akan sanggup melakukan perkara sebegitu terutamanya dalam bulan yang mulia, yakni Ramadhan. Bukan nak menuduh orang bukan Melayu, tapi itu hanya andaian kami ketika itu, dan sekarang telahan kami terbukti benar dengan tertangkapnya beberapa orang suspek.

4. Kami juga tertanya mengapa seorang jutawan seperti mangsa tiada pengawal peribadi yang sentiasa mengiringinya? Tetapi mungkin itulah hebatnya negara ini dengan keamanan dan kemakmuran, maka seorang jutawan sepertinya mungkin merasakan tidak perlu memiliki beberapa orang pengawal peribadi. Kita di negara ini kalau dengar bunyi letupan mercun pun kita relaks saja. Sampai ke tahap itulah amannya Malaysia, tapi itu pun masih ada lagi orang yang tak reti bersyukur sehingga sanggup memburukkan negara sendiri ke luar negara. Pembangkang negara lain pun tak burukkan kerajaan dan negara mereka sendiri pada orang luar, hanya pembangkang Malaysia saja yang gila meroyan.

5. Cuma kes ini telah mengingat kami kepada seorang "bapak kepala gangster" (perkatan ini kena sebut dengan kuat untuk impak yang berlebihan) keturunan India di negara ini. Kenapa kami gelar dia "bapak kepala gangster"? Kerana jika beliau tidak suka kepada sesuatu soalan yang diajukan oleh kaumnya sendiri yang dianggap memalukannya dalam majlis di khalayak ramai, sebelum beredar, dia akan beri amaran kepada ketua kawasan tersebut, "I give you 2 days to kill him" (the person who ask Q). Wartawan banyak tahu pasal ni kerana kadangkala "bapak kepala gangster" tu pernah terlepas cakap depan wartawan yang membuat liputan majlis yang beliau hadiri. Siapa "bapak kepala gangster" tu? Sorry geng. Tekalah sendiri.

6. Tutup kes. Dah melalut dah ni. Kami sebenarnya nak bangkitkan isu berkenaan khutbah semasa hari raya pertama baru-baru ni. Bukan khutbah solat sunat Eidulfitr, tapi khutbah solat Jumaat. Kami tertunggu juga 2-3 hari ni andai ada mana-mana sahabat blogger yang akan ulas mengenai teks khutbah solat Jumaat tu. Tapi mungkin jugalah ramai yang tak pergi Masjid untuk solat Jumaat kerana dah pergi solat sunat Eidulfitr pada sebelah pagi. Agaknyalah...

7. Kami cuba juga cari semula teks khutbah Jumaat 10 September 2010 dalam Laman Web Rasmi Jakim, tapi tidak pula disenaraikan di situ. Hanya teks khutbah solat sunat Eidulfitr sahaja yang ada.

8. Dalam khutbah solat Jumaat yang kami hadiri minggu lepas, jika tidak silap telinga ini mendengarnya, khatib ada menyebut antaranya agar Muslimin hendaklah bersama mendoakan rakan kaum "Cina & India", menjalinkan silaturrahim dan menggalakkan hubungan mesra dengan mereka. Kami pandang sekeliling untuk melihat sama ada muka jemaah lain sama kelirunya dengan muka kami ketika itu. Tapi kelihatannya, para jemaah hanya relaks, ada yang tidur, dan ada juga terlalu kusyuk mendengar khutbah sampai tak mampu nak berfikir agaknya.

9. Sejak bila pula perkataan "Cina & India" sudah mula disebut dalam khutbah Jumaat? Selama ini (tak tahulah andai kami terlepas dengar), tidak pernah pula kami terdengar perkataan "Cina & India" disebutkan dalam khutbah Jumaat, melainkan kes di Penang yang kecoh baru-baru ini. Tapi sekarang semacam dah jadi trend pula menyebut secara spesifik perkataan "Cina & India" dalam khutbah Jumaat. Sepanjang pengetahuan kami, biasanya khatib hanya akan menyebut perkataan seperti "orang bukan Islam", "kafirun", "Yahudi" atau "Nasrani".

10. Bagi merungkai kemusykilan di benak kami, beberapa orang saudara mara serta sahabat yang berada di Selangor dan Perak telah dihubungi untuk bertanyakan mengenai khutbah solat Jumaat yang mereka dengar pada hari raya pertama tempohari. Kesemua mereka turut mengesahkan bahawa perkataan "Cina & India" sememangnya disebut dalam khutbah Jumaat, walaupun perkataan "orang bukan Islam" serta "kafir" turut dinyatakan sebagaimana lazimnya.

11. Kami tidak pasti adakah perkara ini hanya berlaku di sesetengah kawasan sahaja atau teks khutbah itu disediakan sendiri oleh pihak Masjid berkenaan. Namun kami amat pasti wujudnya khutbah Jumaat yang menyebut secara spesifik perkataan "Cina & India" di Negeri Sembilan, Selangor serta Perak pada 1 Syawal 1431H yang lalu.

12. Mungkin ada yang beranggapan ianya perkara kecil, tetapi adakah ini yang dimaksudkan orde baru 1Malaysia?

13. Kerana bangsa Arab terkenal dengan sifat kasar dan tegaslah, maka mereka telah diamanahkan Allah untuk menjaga Mekah. Andai diharapkan bangsa Melayu yang 'terlalu baik hati' menggalas amanah yang sama, bukan setakat mendoakan kafirun di Masjidil Haram saja yang akan kita lihat, silap-silap sekarang ni pun mungkin dah ramai kafirun yang akan dok melepak keliling Kaabah.

14. Siapa nak jawab?

8 comments:

  1. Cina dan India bukan semuanya kafir..Ada jugak yang Islam..

    ReplyDelete
  2. aku rasa fs-86 ni dah salah interpret maksud blogger ni. maksud isi khutbah tu pasti bukan suruh doakan cina dan india muslim. tapi lebih kpd non muslim. tapi ini la masalahnya dgn org kita. agaknya ada tak sami or tok pekong buddha suruh jalin silaturahim dgn melayu @ doakan melayu di kuil dan tokong mereka. boleh potong kek la kalo ada.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa tak salah kot doakan orang Cina dan India yang non-muslim..Makbul atau tidak terletak mutlak hak Allah..Kita cuma berdoa untuk menunjukkan hamblum minan nas kita..Kalau doa sejuta kali pun, hanya Allah akan mengabulkan yang terbaik saja untuk kita..

    Bukan selalu ker doa-doa supaya rakyat Malaysia bersatu padu dan hidup dalam aman dan makmur..Cina dan India yang non-muslim pun termasuk la kot..

    Aku takut isu macam ni melemahkan Islam itu sendiri..Islam itu nanti dilihat hanya untuk orang Melayu sahaja..Bahaya kalau macam ni..

    ReplyDelete
  4. fs-86, rasanya elok hang pi baca balik rukun khutbah ada tak boleh doakan org bukan islam. ini cerita doa dlm khutbah, bukan doa diluar khutbah. doa luar khutbah tu lain cerita. sila rujuk Imam al-Nawawi Rahimahullah (al-Majmuk, j4,h.521). kalo ikut aliran salafi lagi la byk pantang larangnya dlm khutbah. jgn buat main2 dgn rukun solat jumaat fs-86. xdak isu langsung pasai doa kepada bukan Islam oleh ulama-ulama Islam silam sebab doa untuk khutbah dikhususkan kepada kesejahteraan umat islam saja.

    sebab tu la paneh aku dok kata melayu ni bukan takat baik hati bebenor, depa kalo boleh negara ni pun nak serah kat kapiaq harbi utk perintah dan depa hanya jaga islam saja. itulah pun yg dibuat pas bila tunduk pada dap dan pkr yg byk bukan islam daripada islam. mcm masa abu abdullah pemerintah Islam terakhir sepanyol yg dok serah urusan pentadbiran pada kristian. najib pun dah terikut lagak pas la ni.

    buat najib, sudah2 la hang main playsafe. jgn jadi bacul mcm sepupu hang tu. aku tringin nak dengar apa stand najib yg sebenar2nya pasai melayu. bila tah dia nak bagitau kita.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Apa hukum sembahyang kalau berimamkan org yang tdk amanah? Sah ke? Sebab apa? Amanah ke imam jika tidak membaca teks yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama sebaliknya membaca teks sendiri? Dunia akhir zaman apabila nafsu mengatasi iman.....

    ReplyDelete
  6. Part 1

    Bangsa India lebih licik dan lebih mengancam kedudukan bangsa Melayu daripada bangsa Cina. Selama ini kita lebih menganggap bangsa Cina adalah musuh utama kita. Kalau kita kaji dengan teliti bangsa India yang berugama hindu ini amat membenci Islam terutama sekali golongan ekstremis Hindu. Dalam dunia hanya memfokuskan kekejaman ekstremis Islam, golongan ekstremis Hindu ini memgambil kesempatan menyembelih atau membunuh orang Islam tanpa mendapat liputan meluas akibat dari kerjasama dengan zionis anatarabangsa yang menguasai media.

    Di India, umat Islam ramai yang dibunuh, di Sri Lanka, LTTE atau Tamil Elam membunuh orang-orang Islam tetapi tidak di perbesarkan isu tersebut demi menjaga keharmonian kaum dinegara ini.

    Kita harus ingat agenda zionis antarabangsa berkerjasama dengan ekstremis Hindu demi mencapai matlamat mereka iaitu memerangi Islam iaitu musuh utama mereka.

    Tanah Melayu pada suatu kita sebelum ketibaan Islam adalah tanah jajahan Hindu dimana penduduk tanah melayu menganut ugama Hindu. Penganut Hindu masih mempunyai dendam dan berangappan mereka perlu menakluki balik Tanah Melayu untuk menghindukan kembali Tanah Melayu. Tak hairan kalau kita lihat Kuil-kuil tumbuh sepert cendawan sehingga atas desakan MIC kerajaan member perlepasan kepada sami-sami Hindu dari India daripada memerlukan VISA dan Permit Kerja untuk memasuki Negara ini.

    Kalau kita membuat sedikit kajian, walaupun bangsa India adalah golongan minoriti diantara 3 bangsa utama dinegara kita, tetapi mereka mempunyai Parti Politik yang terbanyak seperti MIC, IPF, PPP, Makkal Sakthi, Hindraf dan tak kurang juga memegang jawatan penting sepert Naib Presiden dalam part politik utama sepert DAP, GERAKAN, PKR demi memantapkan kedudukan mereka.

    Senjata utama mereka adalah Media, mereka menguasai stesen-stesn Tv, Radio diseluruh Negara seperti Astro. Dengan menguasi media, amat mudah bagi mereka memainkan perenan LICIK seperti Zionis Yahudi menguasai Media-media Utama di Amerika. Mereka mempunyai pengaruh yang amat besar untuk menentukan hala tuju polisi kerajaan mencapai kejayaan dan mereka juga menjadi “Deciding Factor” menentukan Kejayaan Parti-parti Politik untuk memerintah negara dan akan mengugut mana-mana parti yang memerintah untuk menunaikan tuntutan mereka.

    Satu-satu bangsa kalau mahu dihapuskan atau dijatuhkan adalah dengan cara membinasakan kesucian kaum wanita dari bangsa tersebut ini sesuai dengan ungkapan “Wanita adalah Tunggak atau Tiang Bangsa” runtuh nya wanita runtuhlah bangsa tersebut. Dimasa peperangan di Balkan iaitu antara Serbia dan Bosnia, wanita-wanita Bosnia di “Perkosa” atau dirogol oleh puak Serbia. Maka kaum Bosnia di lanyak dengan zalim dan aib. Wanita Melayu kita amat mudah diperjinakan oleh kaum India di Malaysia dengan penguasaan media oleh mereka, Kaum lelaki India ditonjolkan sebagai lelaki seksi dan intelek. Tiap-tiap minggu akan ditayangkan filem-filem Bolywood disemua saloran Tv dan majallah-majallah hiburan. Kaum Hawa kita amat terpenggaruh dan teruja

    ReplyDelete
  7. part 2

    dengan aksi-aksi Hero mereka malah menjadi idola kepada anak-anak gadis kita. Kalau kita lihat trend sekarang, ramai anak-anak gadis kita suka berkepit dengan pemuda-pemuda India. Iklan-iklan diTV yang dikuasai oleh bangsa India memaikan peranan LICIK dan Halus mempromosikan lelaki India bergading dengan wanita Melayu. Lihat saja Iklan HARI RAYA, wanita Melayu dijadikan gandingan dengan pemuda India. Ini berlaku hampir setiap tahun. Mengapa hanya Hari Raya sahaja kerajaan lebih mengutamakan perpaduan tetapi kurang pula di Hari Kebesaran bangsa lain.?

    Kita jangan berangappan Bangsa India akan tertarik dengan Ugama Islam apabila mereka mengahwini Wanita Melayu Islam. Sebaliknya wanita Melayu akan lebih terpenggaruh dengan budaya dan agama mereka. Ramai yang dinoda lalu akan ditinggalkan, janji untuk memeluk Islam hanya dijadikan alasan untuk memikat gadis-gadis bangsa kita.
    Kalau Rahim yang suci untuk mengandungkan bakal anak-anak suci Islam telah dinoda oleh Bangsa Kafir akibat aktiviti seks haram dengan pemuda-pemuda Hindu, nescaya perut yang suci akan dikotori dan secara batin anak yang bakal dilahirkan tidak akan sejernih yang diharapkan. Sepert bekas yang diisi minyak dituangkan susu.

    Satu lagi yang kita hairan, VOA atau visa on arrival telah ditarik balik oleh kerajaan kepada beberapa buah Negara seperti China, Pakistan, Nepal, Myanmar tetapi VOA masih lagi diberikan kepada Rakyat India, walaupun dilaporkan ramai rakyat India yang dating ke Malaysia hilang atau tidak mahu keluar dari Malaysia setelah memasuki Negara ini. Jumlah mereka mungkin sudah berpuloh ribu atau ratusan ribu. Secara jangka panjang masyarakat Melayu mungkin akan terpinggir dari bangsa asing dari segi pertumbohan penduduk. Sudahlah kita mempunyai penagih dadah yang paling ramai, hampit sejuta, yang mati merempit, gejala Pondan, ini akan mengurangkan lagi jumlah lelaki Melayu dan jumlah wanita melayu akan menjadi tidak seimbang dan bangsa asing akan mengambil peluang untuk menjahanamkan Wanita Melayu.

    Dengan kejadian yang menimpa Datuk Sisilawati dan beberapa insan yang tak berdosa dibunuh dengan kejam seperti membalas dendam oleh bangsa ini., kita harus berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka. Mereka sangat berkayakinan tinggi kerana mempunyai barisan Peguam-peguam yang hebat dan akan terlepas dari hukuman.
    Syabas kepada PDRM kerana Berjaya merungkai kes-kes seperti ini, Cuma diharapkan pihak di jabatan Peguam Negara dapat membuat pendakwaan dan hujah yang kuat seterusnya mereka-mereka ini dapat dibawa ke Tali Gantung.

    Banyak lagi kes-kes pembunuhan orang Melayu oleh bangsa India tidak diperbesarkan oleh media demi menjaga keharmonian kaum dan sebaliknya kaum India memainkan kes Kampong Medan yang belum tentu jelas atau sahih bahawa kaum mereka dibunuh kejam. Taktik diguna pakai oleh zionis Yahudi untuk meraih simpati dari masyarakat antarabangsa dalam trajedi”Holocaust” yang mana cerita yang sebenarnya orang Islam lah lagi ramai dibunuh kejam oleh mereka semasa WW2 (perang dunia 2)
    Kita masih ingat kes juruteknik computer melayu dibunuh oleh samseng kaum India di Subang Jaya, kes datuk dan cucunya dibunuh oleh sekumpulan pemuda India. Banyak lagi kalau mau dimuatkan disini. Pembantu rumah Indonesia Islam ramai yang dijadikan hamba seks oleh kaum India tetapi tidak dilaporkan.

    ReplyDelete
  8. Tapi jangan tak tahu.. Pas tak pernah berkrompomi dgn mana2 pihak yang cuba meletakkan Islam pada 2nd level.. Tak kira lah pihak tu KeADILan ke (berkenaan penyusunan menteri2 oleh DSAI bg membentuk kerajaan baru), terus terang pas tak setuju sebab kalo terbaik.. semua menteri2 nak org Islam.. yerlah, sedangkan org yang Islam pun susah nak naikkan Agama dia sendiri lagi yang bukan Islam.. pihak lain antaranya seperti DAP mahupun BN.. Sebenarnya Islam ada tolak ansurnya tapi tidak lah sampai apa yang Allah perintahkan wajib pun nak dianggap lebih kurang je.. Oleh itu, bukan senang mahupun suka2 nak jadi pemimpin ni tapi akan jadi mudah dan seronok jika panduannya berlandaskan Islam 100%.. InsyaAllah.. Jangan difikirkan pada bangsa tapi fikirkan pada Islamnya.. Besar pahalanya membimbing Org Islam yang sudah hilang hala tujunya (sesat) berbanding membawa org kafir kepada Islam.. Kualiti bukan Kuantiti..

    ReplyDelete

Blog Archive