Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 2, 2010

Non Pribumi sebagai PM Malaysia

Mudah saja syaratnya:-

1. Beragama Islam kerana majoriti rakyat negara ini adalah Muslim.

2. Fasih berbahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan.

3. Mempunyai pertalian erat dengan budaya Melayu terutamanya keturunan dan persekitaran kerana ianya berkaitan dengan restu Raja-Raja Melayu serta untuk 'membeli jiwa' majoriti pengundi Melayu.

4. Mempertahan serta melaksanakan Perkara 153 dan Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan; BERBEZA dengan Singapura yang mempunyai jaminan hak Pribumi dalam Perlembagaan Singapura tetapi tidak pernah pun dipraktikkan.

5. Laksanakan sistem satu sekolah, yakni menghapuskan semua sekolah vernikular.

Andai semua kriteria di atas ada pada Non Pribumi, maka tak kiralah kaum Cina atau India...pasti individu tersebut akan diterima sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah?

2 comments:

  1. Boleh diterima dengan syarat setiap polisi dan dasar yang nak diusulkan oleh PM mesti dapat kelulusan Raja-raja Melayu. Raja-raja melayu mestilah mempunyai "think-tank" yang berwibawa terdiri dari cendiakawan-cendiakawan yang berteraskan Islam.

    ReplyDelete
  2. Score card saya untuk PM sekarang (perkara-perkara perlu untuk jadi PM)

    1. Lulus dengan baik
    2. Lulus dengan baik
    3. Lulus cukup makan
    4. Gagal
    5. Gagal samasekali

    Keputusan keseluruhan :50-50

    ReplyDelete

Blog Archive