Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 7, 2011

PAS lebih berani berbanding UMNO

1. Ramai yang mengulas mengenai barisan baru kepimpinan Pas yang dipilih perwakilan semasa Muktamar Pas ke-57. Penulis kalangan kami di Paneh Miang juga tidak ketinggalan mengulas berkenaan isu pemilihan pucuk pimpinan Pas yang kelihatan 'luar biasa' berbanding Muktamar Pas sebelum ini.

2. Pada kami, masing-masing ada hak untuk bersuara serta mengkritik. Lagipun blog ini juga turut meraikan kepelbagaian pendapat dan perdebatan. Kerana itulah kami tidak set kan comment moderation kerana menjangkakan para pemberi komentar berkeupayaan berdebat atau berhujah secara ilmiah. Tapi kalau dah mereka lebih suka mencarut, nak buek camno. Dah itu saja tahap mentaliti tukang komen. Bak kata sahabat kami, "Mak bapak dia tak ajar..."

3. Walaupun mungkin ada yang tidak menyukai pilihan yang dibuat perwakilan Pas dalam menentukan barisan kepimpinan baru, namun secara peribadi, kami kagum dengan keberanian perwakilan Pas dalam menentukan hala tuju parti mereka. Sama ada Pas akan bergelut dengan masalah setelah mengangkat golongan pemimpin Erdogan selepas ini, itu kami tak nak campur. Kami cuma mahu ulas berkenaan sifat berani membuat perubahan dikalangan perwakilan Pas yang mana sifat sebegitu tiada pada perwakilan UMNO.

4. Sejak dulu, perwakilan UMNO lebih cenderung mengangkat pemimpin dari susur galur keturunan yang pernah berjasa pada UMNO. Bidalan, "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" telah menjadi prinsip tidak rasmi perwakilan UMNO sejak sekian lama. Kerana itu kita cenderung melihat individu seperti Hussein Onn, Abdullah Badawi, Najib Razak, Hishamuddin etc. diangkat sebagai pemimpin, sedangkan jika dinilai dari segi keupayaan kepimpinan, mereka ini tidak layak pun digelar pemimpin. Adakah selama ini ahli UMNO memilih pemimpin dengan andaian sekiranya si ayah itu hebat, maka si anak akan turut menjadi hebat? Jika begitulah kriteria pemilihannya, maka tidak hairanlah ramai pemimpin UMNO hari ini macam hampeh.

5. Banyak lagi nama pemimpin UMNO yang boleh disenaraikan sebagai individu yang tidak disukai rakyat, tetapi masih diangkat oleh perwakilan UMNO sebagai pemimpin. Nama-nama seperti Hishamuddin, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Rais Yatim, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah etc. adalah individu yang tiada political favor di kalangan rakyat, tapi masih lagi dijulang sebagai pemimpin dikalangan perwakilan UMNO, sama ada di peringkat bahagian, mahupun dalam pemilihan jawatankuasa pusat.

6. Mungkin perwakilan UMNO dah terlebih makan budi sehingga mengangkat individu yang tidak selayaknya menjadi pemimpin. Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jelebu pasti tak setuju dengan kenyataan kami ini. Katanya, kami di Paneh Miang tidak berlaku adil dalam mengkritik sehingga mengguris hati UMNO di peringkat akar umbi. Habih nak buek camno bang, dah perwakilan UMNO songal bonar sampai tak buleh nak bezo yang mano intan, yang mano kaco. Sobab selalu bonar termakan budi, mako tergadailah kepentingan rakyat.

7. Terimalah hakikat, berbanding perwakilan Pas, perwakilan UMNO dilihat lebih bacul dan penakut untuk melakukan perubahan dan lonjakan. Perwakilan UMNO jelas tidak berani menolak pemimpin yang dah terang-terangan tidak disukai rakyat. Contoh terbaik ialah UMNO Bahagian Sembrong. Hampir setiap masa rakyat menghentam Ketua UMNO Bahagian Sembrong selaku Menteri KDN, tapi perwakilan cawangan ke bahagian UMNO Sembrong tetap juga pilih si bacul tu jadi ketua. Bukan ke paloi namanya tu.

8. Di Negeri Sembilan, antara pemimpin-pemimpin di peringkat Bahagian UMNO yang dah lamo dibonci rakyat, tetapi masih kokal di tampuk kuasa, antaranya Bahagian Seremban, Bahagian Jelebu, Bahagian Jempol, Bahagian Kuala Pilah dan Bahagian Rasah. Persoalan rakyat kat bawah ni, "Bilo mereko semuo tu nak berambus?" Tapi disebabkan perwakilan UMNO pun lahir daripada keturunan "Gallus gallus domesticus", maka kekalkan mereka-mereka itu di singgahsana kuasa.

9. Kami difahamkan, bagi memastikan Ketua UMNO Bahagian Seremban berundur dari arena politik, beberapa kompromi terpaksa dibuat. Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Seremban telah dijanjikan jawatan senator, serta bakal dilantik sebagai timbalan menteri sekiranya beliau setuju untuk berundur. Sampai ke tahap itu kompromi yang terpaksa dilakukan semata-mata untuk memastikan Ketua Bahagian itu tidak memboikot parti, seandainya beliau tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Walhal jika perwakilan UMNO berani sedikit, sudah tentu pemimpin sebegini mudah saja diketepikan tanpa perlu pun sebarang kompromi.

10. Sebab itulah sepatutnya pemilihan jawatankuasa UMNO seeloknya diadakan sebelum PRU-13 supaya senang rakyat menilai keikhlasan UMNO dalam agenda mengutamakan rakyat. Bukannya bagi alasan pemilihan jawatankuasa UMNO perlu ditunda kononnya kerana ingin mengekalkan perpaduan serta mengelak berlakunya perpecahan dalam parti. Nampak sangat alasan hipokrit! Sepatutnya, jika pemimpin UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan Alif Ba Ta selama ini, tanpa sebarang jawatan dalam parti pun boleh saja kalau hendak bersatu dan menyumbang.

11. Ahli dan perwakilan UMNO perlu berubah dan melakukan anjakan dalam pemikiran. Pemimpin has been dan tidak disukai rakyat wajib ditolak. Jika perwakilan Pas berani membuat perubahan dengan memperjudikan pemilihan pemimpin yang bakal menghancurkan parti sendiri, itu mereka punya pasal. Yang penting, ahli dan perwakilan UMNO sepatutnya lebih berani berbanding Pas dengan menolak pemimpin bingai dan sekaligus mengangkat pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas berjuang mendaulatkan aspirasi UMNO dan Melayu.

12. Arghh...cakap banyak pun tak guno. Bukannya ahli UMNO berani berubah pun...

9 comments:

  1. hai tak kan la paneh miang nak bodek pas pulak .ampu la umno tu kan ke umno pembela melayu dan parti islam apa yang cakap pemimpin umno semua betul kan kan kan .....

    ReplyDelete
  2. Terlampau susah untuk UMNO berubah kerana kerosakan niat telah membarah kesemua pelusuk bahagian, cawangan dan akar umbi, rosak dari atas dan turun membarah ke bawah. Hanya 1 saja boleh berlaku jika ada seorang pemimpin yang berjiwa besar yang berani dan berjaya gerakkan agenda perubahan. Yang betul2 ikhlas. Tapi susah untuk mencari yang ikhlas sekarang ni. Pokok pangkalnya kena kembali kepada akidah diri dia sendiri.

    ReplyDelete
  3. yg menjadi liability kpd parti perlulah muhasabah diri & berundur dgn cara terhormat.
    mereka yg tuan senaraikan:

    Hishamuddin, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Rais Yatim, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah; termasukla pemimpin2 umno dinegeri2 yg kalah kpd pembangkang

    mereka perlu direhatkan terus tp ini memerlukan keberanian ahli akar umbi, cawangan & bahagian utk membuat perubahan...

    ahli2 jgn jd mcm kobau dicucuk idungnya. apapun, presiden partila yg perlu lebih berani bertindak. namun biar seperti menarik rambut dlm tepung, jgn tepung berselirak..

    ReplyDelete
  4. 1) Asalkan perjuangan yang baik, apalagi kalau pelakunya Islam dan melayu kenalah sokong.
    2) Jangan jadi fanatik dan pemuja parti dan indidu hinggakan kalau pelaku zina pun terus sokong - Bak kata sahabat kami, "Mak bapak dia tak ajar..."
    3) Ahli UMNO tidak berani mengubah pemimpin merteka maka terpaksalah rakyat ubah ahli, pemimpin dan parti mereka sekaligus untuk menjadi 'pembangkang' - tengok muka mana pula yang masih setia dengan jawatan dalam parti- baru tersedar nak undur diri kot bila sudah tidak ada dkepentingan.

    ReplyDelete
  5. Mak bapak ekau pun tak ajar macam2 gambar carut tentang DSAI yg ekau paparkan, mudah2an ekau dan keturunan kutty ekau pun dapatlah sahamnya di sanunnnn.

    ReplyDelete
  6. Aku sokong P.miang 1000% pasal artikel ini. Melayu lari dari Umno pasal muka2 pemimpin yang tak boleh pakai masih lagi menerajui Umno. Rata rata melayu yang sokong PR bukanlah pasal membenci parti Umno termasuk aku tapi benci tengok muka pemimpin2 yang sombong dan bongkak yang masih dikekal kan lagi.

    Insyallah kalau muka2 yang ada sekarang dah berambos aku fikir Umno akan bangun dan menjadi parti terbaik buat Melayu.

    T.kasih P.Miang yang menyiarkan artikel yang tersirat dalam hati yang atas pagar ini

    ReplyDelete
  7. Salam Paneh.
    Eluk bonar artikel kali ini.Tapi masalahnya orang Umno takdo mato takdo telingo...

    Tu yang songal otak masing masing takleh nak fikir...

    ReplyDelete
  8. roundabout serembanJune 8, 2011 at 5:45 PM

    aku angin tengok, kebanyakan menteri2,bekas2 menteri malaysia mesti MCKK old skool boy... kenapa hah? u name it. lelaki anugerah tuhan pun mckk!!! MRSM ada kot... tp sorang dua je kot.. geng paneh miang pun ada budak mrsm..

    bab umno bahagian seremban tuh, yg pemuda2 tu kena istiqamah dulu. hangpa pemuda2 bahagian masing2 ada agenda. mari kita berubah... jgn nak ubah nasib dgn duit je.. mengekor, menonong bekas2 adun kawasan seremban. poi nilai, main golf ngekor... poi klana resort, karaoke... yahoo...

    yang buat keje, sekor duo je... yg tumpang sekaki ramai... alahai...

    tengok history pemuda2 bahagian, belia, masa depa di Uni, sape dia... rasa2 paneh miang tau sape... tukar pemimpin.. buat post mortem.. mano yg tak berkenan.. cantas.. jgn cakap kosong je...

    paneh miang kena sepakat tak kisah la dari parti pas ka, umno ka... tolong dari semangat ka, duit ka.. jgn nak lopeh tempolok sendiri ja... hangpa ada yg lowyar, bisnesman, QS dsbnya... bantu pemuda2 seremban yg nak maju, berjaya menaikkan bdr seremban...

    maaf kalau saya terkasar bahasa, buat geng2 paneh.. sy suka baca blog tuan2..sahabat2 (alamak geng BTN tuh!!!) hahaha... blog bukan sekadar tulisan je.. lagi cantek kalau dipraktikkan...

    yg sentiasa meninjau2 dari jauh...

    ikhlas,
    roundabout kubur yg dah takdo

    ReplyDelete
  9. dah lama isu sebegini berlaku berpuluh tahun dah...cari lah konsep pemilihan lebih adil di peringkat cawangan dan bahagian pada ahli...buka ruang seluas2nya tanpa apa2 halangan...kalau jaga betul2 tak jadi mcm tu...yang banyak bunyipun org2 bawahan jugak(majoriti)..tengok jer apa akan berlaku...kalah menang dah adat pertandingan...tak akan tergadainya negara...cuma wujud rasa puah hati ahli2 jer...pemuda.wanita dan puteri duduk diam2 jer...jdikan pertandingan lebih sihat tak pro mana2 pehak..kalau buat kerja ok pnya..akan naik juga

    ReplyDelete

Blog Archive