Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 26, 2011

Sultan Mohamad V Cermin Kuasa Raja

Pak Sedaro terpukul dengan sifat semulajadi insan khamil yang dihidang kepada kita umat Melayu oleh DYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Mohamad Ke-V. Baginda mencemar duli bersama rakyat jelata membersih kawasan dan berlumuran tanah.

Inilah lambang kuasa Raja dan kehebatan daulat kesultanan Raja-raja Melayu. Simbol pemerintahan yang diterampil kepada rakyat inilah yang menjadi impian hamba rakyat.

Nik Aziz masih sombong dan bongkak, ternyata Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan amat kurang ajar tidak langsung berada di laman tersebut bersama Sultan. Apakah Nik Aziz bukan pilihan rakyat dan kehendak Majlis Perajaan Kerajaan Sultan Kelantan? Terbukti bahawa Nik Aziz Nik Mat bukan lagi seorang idola rakyat Kelantan.

Alhamdulillah, rakyat Kelantan sudah kenal siapa permata dan siapa batu persis permata. Rakyat Kelantan sudah bersama Sultan Mohamad Ke-V melambangkan rakyat dan pengundi Kelantan akan bersama Tsunami Merah. Inilah lambang daulat dan panji-panji Raja Kelantan.

2 comments:

  1. gilo mu ni, hat sultan mari dengar kuliah nik aziz mu dok oyak lagumano nik aziz hormat ko sultey klate tuh..

    sultan pun mari dengar kuliah..kau? :P sepatutnya ko kompare mcm tu..

    ReplyDelete

  2. Boleh tolong siarkan fatwa musyidul am Kumpulan Syaitan Yang Dikenali? kawe nok ngaji sikit weh...

    ReplyDelete

Blog Archive