Berikut adalah petikan email pembaca yang dikirimkan kepada Paneh Miang:-
Salam sahabat. Apa khabar saudara dan keluarga? Didoakan agar sahabat sekeluarga terpelihara dan diberkati Allah SWT sentiasa.
Dalam program-program NGO yang saya kendali dan jalankan tentulah terpandang, tersepak dan terdengar suara-suara dari bawah (rakyat).
Saya agak cemas kerana input yang didapati masih lagi membimbangkan dan bakal mengundang kecelakaan terhadap BN dalam PRU13 ini. Berikut adalah sebahagian input untuk dikongsi ikhlas bersama saudara. Rata-ratanya;
1- Orang-orang Melayu bukan UMNO masih lagi bercakap berkenaan Menteri Besar Negeri Sembilan yang patut diundurkan atas alasan membina kekayaan yang menakjubkan serta perangai yang tidak boleh ditegur.
2- Wakil-wakil rakyat BN NS sedia ada, 70% tidak/kurang digemari atas alasan faktor umur, perangai, tidak berfikiran maju, atau terlalu lama memegang tampuk. Dalam erti kata lain bakal pengundi meluat tetapi tidak ditunjukkan dihadapan YB-YB sedia ada, (namun tidak mustahil akan ditunjukkan melalui) peti undi kali ini.
3- Percakaran dalam UMNO Bahagian NS telah membawa ke jalanan di mana perpecahan dikalangan pemimpin bahagian agak ketara dalam siri-siri diskusi secara ad hoc yang kami jalankan. Ini akan merosakkan perjalanan gerak gempur petugas BN.
4- Nisbah 7 daripada 10 pengundi Melayu secara rambang masih lagi akan memberikan undi kepada BN JIKA muka-muka baru diketengahkan.
Dari pengamatan input yang saya perolehi serta pandangan peribadi saya yang tidak seberapa ini, BN Negeri Sembilan terutamanya UMNO memerlukan suatu "shift/anjakan" yang drastik sebelum PRU13. Jika tidak dilakukan, adalah suatu yang cukup mengerikan bakal berlaku apabila kertas undi diberikan nanti.
Persoalan seterusnya, kebanyakan pengundi berasa malas untuk menegur BN/UMNO. Bak kata seorang sahabat, "Tak payah lah nak dikobarkan pada YB yang ada." (kerana ia) seperti mencurah air ke daun keladi. Masing-masing masih beranggapan bahawa mereka akan menang dalam PRU13 nanti. Perasan sungguh!
Saya menulis pada sahabat Paneh yang saya hormati atas alasan bahawa saudara dapat menilai daripada pandangan NGO. Kita (harap) tidak terlalu lambat untuk membantu BN/UMNO jika ada pasukan seperti sahabat-sahabat tuan yang sentiasa mengasak akan suatu perubahan drastik berdasarkan fakta-fakta yang berkenaan. Kita perlukan semangat baru yang kental dan pasukan YB baru serta muda yang boleh bertindak dengan cepat, pantas dan berwawasan.
Sebagai seorang pengundi baru (terpanggil berpindah) di Jempol, NS dan juga mempunyai darah pertalian yang kukuh dari Seri Menanti; saya tidak sanggup melihat agama Islam, bangsa Melayu terutamanya umat Melayu Negeri Sembilan Negeri Beradat yang saya junjungi diperlekehkan oleh DAP yang durjana serta kuda tunggangan Pas dan PkR.
Semoga Allah SWT memberkati perjuangan saudara dalam mengembalikan kekuatan BN/UMNO NSDK. Sama-sama kita berdoa pada Allah SWT.
Ikhlas dari saya.
TMS
Paneh,
ReplyDeleteTak usah buang masa dengan UMNO ni!!
Sapo nak ganti Mad Asan tu bro? UMNO dah ta' ado oghang laie. Tak kan samad pulak nak ganti?
ReplyDeleteKalau kalah Umno pun sayo tak ghalat. Sobab Umno memang parti yang tak ado pemimpin laie.
Rilek lah bro. PAS ko, DAP ko...lobih baik. Mad Asan sughuh dio poie ngaie ikan ajo.
pengulu pencen
DUN SERI MENANTI.(bANDAR dIRAJA) PILIHAN RAYA KE 13 DAH DOKEK BHAI KAU MASIH BORDONGKOR LAIE.... BANGUN COPEK TENGOK KELILING KAU APO YANG ADO, ATOK DAN UWAN DAH TUO JANG..EKAU TANYOLAH YB SAMAD KO HASSAN MALIK KO DAN BERJAMAN MACAM NI YO DARI DULU KINI SELAMO EH MANJANG KONO KONCING
ReplyDeleteIt's UMNO's successes. Umno NS macam hidup segan mati tak mahu aje bro.
ReplyDeleteNo one works in NS. They are bunch of sycophants and herds of dole mentality leaders.
Kalau DAP atau PAS memerintah lebih baik. Tetapi PKR serupa macam UMNO jugak. Apa yang berlaku dalam PKR itulah yang berlaku dalam Umno.
Please change..go for change..enough is enough bro. kalu Umno kalah tak adenya Melayu mati. Malahaan sekarang ini melayu dah pun mati dek Umno.
Bro Paneh,
ReplyDeleteMat Hasan itu adalah terbaik dikangan oghang Umno Nogoghi. Yang lain sapo dio? Mat Hasan ni memang toghok punya kaki, tapi yang lain lagi toghok bro. kito pakat-pakat undi Pakatan ajolah. Buguk-bughuk pakatan toghok lagi Umno dan BN. Yang ponting MB tu biar oghang melayu...tak kigho dari parti mana pun.
Tepat dan Ikhlas. Itulah natijah dan hakiki pengundi NSDK.
ReplyDeleteBukan membenci UMNO/BN tetapi biarlah muka baru berjuang untuk orang melayu dengan gagah dan berani membawa perubahan.
UMNO/BN kena cari wajah baru untuk survive kali ini.Terima Kasih Paneh dan NGO berkenaan kerana berani menyuarakan kebenaran.
Kalau UMNO/BN tak sedar, al maklum lingkuplah semuanya kali ini.
Bro,
ReplyDeleteSey cadangkan kita pakat-pakat cari muko-muko baru secopat mungkin ganti Mad Asan dan Exco layunya. Tak dapek sey terimo Aspan DAP jadi MB
w/pun korang khobarkan mad asan tu toghrok, teruk lagi wakil pas srang tu sentiasa ambil kesempatan atas program umno.Lopeh tu ngaku dio punya. Ada ke dia kate masjid kat senawang tu dia bina. Takat kalau rumah terbakar bg rm30 dan canang satu negeri apahal bro. MB kita kalau rumah ranap kena ribut dia yang panjat tangga tengok atap. Lepas tu dia bagi bantuan repair. Bukan macam mangkuk ayun taufik tu yg ngaku semua dia buat,menyibuk program org lain adalah. Mangkuk PKR 2 ekor tu lagilah dok goyang tolo, makangaji buta.Duduk kedai kopi cari berita fitnah. Takat DAP dah tentulah mereka sedang ghairah nak kebas hasil hutan,pasir dansegala cukai pelancongan NS. Tupun ada lg mangkuk ayun cakap melayu tak boleh mati bawah DAP tapi mati bawah UMNO. Bro lu pandai sekolah sobab dek umno bukan lu punya family kasi lu pandai. Kalautakde Perjuangan UMNO konfirm lu dan lain2 melayu merempatlah.Pada tok mat dan tok jib sekarsng masa untuk tukar calon2 yang bertanding .tak mau lagi calon recycle.Dengarlah pandangan orang muda.carilah calon2 muda diganding dengan org lama yang ok,tp bukan samad,ismail lasim,razak,hashim,kj,usop misai,wn salawati,zainal,kamil, kak nab,pk ya,ismail taib,shamsul kahar,adnan,rais yatim,razikail,sahak,. Tak do pun beri peluang 2 -3 orang geng paneh jadi YB. Cubo test power tengok.Manalah tau berubah NSjadi negeri maju 2013
ReplyDeleteDen sokong botul cadangan 2 orang diatas tu. UMNO masih relevan laei tapi kek tukor yo lah calon2 baru kali ini. Setuju bonar cari geng baru dari paneh dan lain-lain kawan-kawan yang masih sayangkan UMNO porintah kekal di Nismilan ni. Mintak geng NGO tu risik lagi siapo kek layak jadi wakil rakyat di semuo parlimen dan dun dan samo-samo lah hantar pada Tok Jib
ReplyDeletePembaco blog Paneh, silo boghi cadangan, capo yang layak pimpin noghori ni... hahaha...
ReplyDeleteEse pun dah Paneh ni...ingatkan ese dan Kepal Nasi yo yg buek ramalan ttg noghori adat popateh ni, ghupo ea Tun Daim pun samo.
Ado oghang sonyum leba ni bilo maco komen Tun Daim dalam akhbar cino tu.
Salam para pembaca Paneh.
ReplyDeleteSuatu artikel yang baik untuk direnungkan oleh pengundi NSDK dan para Wakil Rakyat semua. Sejak kebelakangan ini juga beberapa NGO yang masih sayangkan UMNO dan umat melayu yang semestinya islam bergerak aktif mengembalikan semangat perjuangan melayu.
Setiap pengundi mempunyai hak untuk diberi pilihan dalam PRU13 nanti. Semestinya kita semua tidak akan tertumpu hanya untuk memangkah UMNO/BN sahaja.
Persoalannya UMNO/BN telah banyak berjasa sejak dahulu lagi. Dari pandangan saya serta beberapa fakta disebutkan didalam artikel ini cukup benar kesahihannya. Maka ianya adalah 'meluatnya' pengundi kepada individu-individu yang masih lagi bergayut kepada jawatan masing-masing sedangkan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang baik diluar sana tidak diketengahkan.
Saya juga bersetuju 7 daripada 10 pengundi akan kembali menyokong UMNO/BN kali ini JIKA muka-muka baru diletakkan sebagai calon-calon UMNO/BN pada PRU13 ini. Saya percaya, pihak NGO ini mempunyai kajian yang hampir tepat didalam mengolah fakta dan input yang didapati didalam pergolakan UMNO/BN.
Harapan saya;
1- Kepada YB-YB sedia ada -
Berundurlah sementara masih dikenang. Jangan nanti dipertanggungjawabkan seperti Pak Lah didalam kegagalan UMNO/BN pada 2008.
2- Kepada umat Melayu Islam -
Kembalilah kepada perpaduan, bersatulah semula JIKA UMNO/BN NSDK telah sedar dari mimpi-mimpi disiang hari. Kita bina kekuatan baru yang mantap
3- Kepada umat UMNO -
Terimalah sesiapa pun bakal calon-calon UMNO/BN yang ditunjuk Presiden parti. Janganlah tuan-tuan bercakaran hanya kerana orang kesayangan tidak menjadi calon PRU13
4- Kepada PM/Presiden UMNO -
Dengarlah rayuan kami yang masih sayangkan parti pejuang melayu di negeri bertuah ini. Pilihlah calon-calon yang terbaik buat kami, pandanglah kesegenap lapisan, ceruk rantau dan kalau perlu carik dimana-mana, teruskan lah mencari pemimpin yang bakal membawa NSDK kearah kegemilangan.
5- Kepada Paneh dan rakan-rakan
Teruskan berjuang mengembalikan kekuatan UMNO/BN NSDK
Orang UMNO N.S jangan takbur,belum tahu lagi,perjalanan masih jauh lagi.Setiap party ada stratiginya yang tersendiri,ingat apa jadi pada Pulau Pinang,Selangor,kedah dan Perak? N.S pun nyaris2lagi.... diatas kesombongan orang melayu lah yang perkara ini boleh berlaku,Mamak kutty pandai cakap aja,jangan ikut dia,dia dah kaya raya orang NS apa ada?....orang NS jangan jadi macam orang melayu Pulau Pinang,tu lah dia semangat BN (UMNO dgn Gerakan) apabila DAP dapat Pulau Pinang macam tomahan di lemparkan,yang rugi siapa? mamak mengaku dirinya melayu,esok Orang NS pulak...
ReplyDeleteKerana tak nak jadi seperti melayu di pulau pinang lah kita semua disini nak pakat-pakat cari calon yang terbaik untuk NS. Bukan calon melayu DAP yang boleh ditunggang cino jang. Masih ado calon UMNO yang baik di luar sana
ReplyDeleteJom ramai-ramai pesan kat Tok Jib hari sabtu ini 24hb Mac sempena lawatan ke PD dan Sikamat. Biar Tok Jib baca apa komen dan luahan hati pembaca paneh yang mewakili pengundi NSDK. Kalau nak monang kali ini, kena baco paneh selalu
ReplyDeletehahahaha samad janji ngan budak kampung x tunai g...kok tercalon balik baru nak cari org kampung....jom kte poie rewang2
ReplyDeleteden dulu dah cakap, mat asan berundur copek2 ...N9 monang sebab bolah timur jer umno monang, bolah barat 90% kalah..tinggal DUN LENGGENG & LABU JER..kat P.D tinggal BAGAN PINANG JER..lain DUN dah hancur berderai...PRU 13 ni DUN labu dah tontu kalah punyo ...HASIM main tolo yo dan tongah gilo kumpul RM RM..orang PKR & PAS dok berkumpul kat SEREMBAN SELATAN bincang tentang PRU akan datang ..UMNO/ BN dok sibuk cari RM dan projek..yg boleh ngabih kan duit kerajaan..tak heran lah orang mudo bolah bahagian rasah dan bahagian seremban dan bahagian p.d beralih arah undi P.R...x cayo tunggu dan lihat keputusan PRU 13 ni...dah nyampah dan meluat tengok ragam pemimpin UMNO/BN...MACAM SIAL...
ReplyDeleteTERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA Y.A.B DOTO SRI MUMAMMAD BIN HJ HASSAN DENGAN KEJAYAAN DAN KEMAJUAN YANG DILAKSAKNAKAN DI NEGERI SEMBILAN.
ReplyDeleteMODAL INSAN, EKONOMI, SUKAN , MUTU PELAJAR TELAH BELIAU TINGKATKAN.ALHAMDULILAH DENGAN KEPIMPINAN YANG TEGAS DAN BERWIBAWA NEGERI SEMBILAN BERTAHBAH MAJU.
KEPADA PARSIT YANG DENGKI DENGAN TOK ASSAN TU, KO RASA KO BOLEH KE BUAT MACAM DIO, HUTANG NOGORI PUN DAH DIO LANGSAIKAN, DUIT DALAM BANK ADA BERATUS JUTA, CUCUK YO BANK TU KELUAR YO. JAGAN RISAU..
KAKITANGAN AWAM MACAM DEN NI PUN BANGGO DAPEK BOKOJO DENGAN DIO NI HAAA.. TAKDO ISTILAH BODEK-BODEK KOT BUEK SALAH DIA BODA YOOO TAKKIRO LA KO PUNYO PANGGAT BOSA MANOO..
TAHNIAH DATO SRI SEMOGA ALLAH MERAHMATI PEMIMPIN YANG ADIL DAN BERIMAN.
DEN RASO KALAU Y.A.B JADI MENTERI, BAKAL MB YANG DEN NAMPAK BERPOTENSI K.J DGAN YB SAIFUL YOO... YANG LAIN DEN NEGOK MASA PERSIDANGAN X ADO LANGSUNG AURA EHH.. MASUK ANGIN KELUAR ASAP YOO..
Sey nak kobar satu cerito di Jompol baru ni. Kelakar pun ado, meluat pun ado, yang pasti puak UMNO ni memanglah perasan bonar dan tak pernah ikut cakap pemimpin dio.
ReplyDeleteKisah nyo, Hj Salim Setiausaha kpd Tim Mentori Pelajaran dah buek majlis di rumahnyo baru-baru ini dan buek pengumuman dio lah yang bakal jadi AP Jompol, ditambah pulak dengan dio umumkan Mustapha Nagoor ADUN Palong.Mandat siapo yang dio dapek ni?
Ini lah orang UMNO yang jenis nak rosak kan UMNO/BN NSDK dan perosak namo MBNS. Parasit UMNO seperti yang dikobarkan oleh anak N9 diatas nun. Tak tahu malu yo ekau 2 ekor ni? PM bolum susun, Tok Mad belum hantar pun namo yo dah pandai-pandai nak buek pengumuman sondiri. Sey ingat Datuk Lilah tu dah tuo, tak berapo maju dan patut undur tapi kalau ganti 2 ekor ni lebih baik lah Datuk Lilah dikokalkan. Sekurangnyo ado jugo lah dio tu berdisiplin dan tak buek Tok Mad tu diberikan namo yang busuk oleh 2 ekor parasit ni
Kalau betul lah apa yang diceritakan di Jempol ini maka Tok Mad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan harus bertindak kerana kedua-dua "Bakal-Bakal YB Yang Melantik Diri Sendiri" ini telah melangkaui MBNS dan PM. Kenakan hukuman dan biarkan mereka menagngkat sumpah perlantikan YB di hadapan cermin rumah masing-masing. UMNO tak perlu calon-calon berperangai sebegini dalam PRU13
ReplyDeleteBiar betoi Bro??? Harap Bro Paneh dapat mengesahkan kesahihan cerita ini. Ini kes berangan terlebih dan nak aniaya UMNO NSDK
ReplyDeleteTok Mad MBNS.., silo lah ambil tindakan jangan nanti terlambat nasi dah jadi bubur. Dengar kobar, banyak bilik gerakan akan tutup kalau benar-banar ini terjadi. Siapo tak konal Hj Salim ni, habis dia poww kontaraktor nak projek sekolah sampai licin. Dio ni jenis berani main duit, tapi ingat Tok Mad rakyat kali ini bukan bodoh
ReplyDelete