Paneh Miang menerima anonymous email daripada insan yang mendakwa dirinya adalah ahli UMNO Bahagian Seremban. Anda nilaikanlah sendiri kisahnya di bawah ini;
"Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban perlu hormat Perlembagaan UMNO! Dalam pengiraan saya, Ketua Pemuda telah gagal hadir 3 tahun untuk Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Seremban. Jika dirujuk Penyata Mesyuarat Tahunan, kita boleh lihat tidak sekali pun Ketua Pemuda hadir untuk Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Seremban. Adakah Ketua Pemuda sedar tentang peranan dan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan UMNO? Adakah hanya setiap kali majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sahaja Ketua Pemuda akan terhegeh-hegeh hadir dengan muka tersengeh ibarat Badut Sarkas? Inikah sahajakah peranan beliau?" soal salah seorang perwakilan di Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban yang di adakan di Pusat Dakwah Islam Paroi, semalam.
Seorang perwakilan lain turut bangun dan berkata, "Ketua Pemuda Seremban gagal untuk menyatukan pemuda Seremban, malah cuba pula memecah-belahkan kumpulan pemuda. Elok la beliau berundur!"
Ucapan-ucapan mempertikaikan kelakuan Ketua Pemuda UMNO Seremban ini timbul rentetan dari surat dari UMNO Pusat yang membatalkan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang dilaksanakan pada 29 Julai 2012 lalu di Bangunan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan. Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban terbatal kerana kesalahan notis panggilan mesyuarat yang hanya ditandatangani oleh seorang kerani di pejabat Pemuda UMNO Bahagian bagi pihak Penolong Setiausaha Pemuda, tanpa kebenaran atau kuasa diberikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda tersebut.
Apabila Penolong Setiausaha Pemuda sendiri memprotes notis mesyuarat bersama 4 bantahan bertulis yang lain (termasuk bantahan dari Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban) kepada UMNO Pusat, telah menyebabkan Persidangan tersebut dibatalkan.Nampak sangat Ketua Pemuda ini tak baca Perlembagaan UMNO dan peraturannya!
Inilah kelakuan kurang bijak dan tidak berperlembagaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang asyik mendakwa sebagai orang Mad Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) di Bahagian Seremban. Sewaktu berkempen untuk jadi Ketua Pemuda tahun 2008 dahulu, diberitakan dia sering mencanang sebagai orang MB untuk melawan Dato’ Ishak di Seremban.
Mad Hasan juga sebenarnya kurang bijak kerana terlalu percayakan Ketua Pemuda ini konon untuk membantunya berkempen bagi merebut tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan UMNO 2008. Namun, sama ada Mad Hasan sedar atau tidak, Ketua Pemuda ini turut buka lubang berkempen untuk Datuk Rahim Tamby Chik. Mad Hasan pun dia paw, Rahim Thamby Chik pun dia paw. Nampak sangat spesis pukul keliling Ketua Pemuda Seremban ni!
Walaupun khabarnya Mad Hasan tahu pasal perangai tak senengeh Ketua Pemuda Seremban ni, tapi masih lagi dia nak bela mamat tak boleh harap ni.
Terbaru dengan persetujuan Mad Hasan, Ketua Pemuda Seremban dianugerahkan projek turap jalan di Nilai dengan nilai kontrak RM5.2 juta dan juga kerja turap jalan di Jalan Loop Rahang yang nilai kontraknya RM4.2 juta. Walhal, Ketua Pemuda ini dapat projek dengan menggunakan lesen orang lain! Ini lagi teruk dari kes Ali Baba.
Berdasarkan rekod, Ketua Pemuda Seremban memang selalu guna lesen orang untuk tibai projek; dan natijahnya tengoklah apa terjadi pada kontraktor yang telah digunakan lesennya oleh ketua Pemuda ini untuk projek buat bangunan sekolah di Sekolah Menengah Sains Seremban (SDAR lama). Projek itu tidak siap dan akhirnya kontraktor itu yang kena "Black List". Penyudahnya yang terkangkang ialah kontraktor Melayu tersebut!
Mad Hasan seharusnya lebih bijak untuk diperdaya oleh orang macam Ketua Pemuda UMNO Seremban. Ketua Pemuda Seremban jelas tidak berupaya pun nak 'balun' Dato' Ishak di Seremban bagi pihak Mad Hasan. Dan nama Mad Hasan bertambah buruk disebabkan si Ketua Pemuda Seremban ke hulu ke hilir asik mencanang dialah orang Mad Hasan di Bahagian Seremban, padahal perangan dia sendiri tak senengeh hingga menambahkan kemeluatan ahli UMNO Seremban terhadap Mad Hasan sendiri.
UMNO/BN Negeri Sembilan sepatutunya kini bersatu dan menunjukkan kekuatan bagi menghadapi PRU-13 hingga menimbulkan kegerunan kepada pembangkang.
Janganlah pula ahli UMNO menyokong kerektor seperti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang hanya tahu memecah-belahkan perpaduan dalam UMNO. Itupun jika Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan benar-benar bijaksana?!
-Ahli UMNO Seremban-
-Ahli UMNO Seremban-
wah..mb bolo ketuo pemudo somban untuk jatuh an sahak? ini skandal hebat nih. banyak na jumlah kontrak yang dibagi tu. lopong yolah peniago kocil pemudo nengok ketuo eh rembat duit kaw2 juta punya. bukan mb pun guna putri somban ateh tujuan yang samo ko? bepocah bolah umno ni yang untung sok dap.
ReplyDeleteKito cito pasal sharul ehsan ni kan? Yang tak bulih harap tu kan? Yang maso betanding ketuo pemudo 2008 dulu janji mcm2 tu kan? Yang ghoma mongak tu kan? Yg makan pukul keliling tu kan? Hehe. Bagus umno ado oghang mcm ni. Untung dap.
ReplyDeletepenyamun.perompak.penipu dok bercakaran sesama sendiri.... elok le tu pemimpin ni ke yang nak kita undi..... lu pikir le sendiri
ReplyDeletePatut di buek undi tak percayo yo dongan orang macam nie, buek memalukan parti jo
ReplyDeleteRamai pun tau si Sahrul Ihsan ni mmg hampeh. Kaki kencing no satu. Kesian MB kono kelentong ngan orang mcam ni.
ReplyDeleteKo mabuk ko?
DeleteEhsan ni g ITM pun x pass! Camano nak jadi pemimpin.Bilo dapek jawatan tu yang dia dok pukul keliling tuh! Bodoh MB kalau bolo lagi orang cam ni!
ReplyDeleteDongar ee Penolong Setiausaha dah dipecat. Ramai btul ketua pemuda ni pecat orang. sebelum ni ajk lantikan lepas tu ketua penerangan pemuda di pecat. Agaknya semua yang kene pecat ni salah mereka atau ketua yang memecat ini yang bermasalah?Lepas ni x nak pecat Penolong bendahari pulak? Tapi rasenya dia akan simpan Penolong Bendahari ni sebab Pen Bendahari ini yang settlekan roadtax keta volvo dia dan gantikan tayar keta volvo ee yang dah botak.Orang yang bagi kepentingan kat dia dia tak pecat kot....
ReplyDeleteHa ha ha , aku ada kat UMNO Perhubungan masa mesyuarat pemuda. Ketua cawangan Panchor bangun pertikaikan notis. Dia ni drebar lori aje tapi lawan Ketua pemuda seorang Kontraktor "BESAR"! Cume drebar lori ni betul sebab dia baca dan tahu perlembagaan UMNO dan peraturan manakala Ketua Pemuda Kontraktor Besar ni tak baca dan bodoh geduak Perlembagaan UMNO!Itulah jangan pandang orang sebelah mata . walaupun dia drebar lori dia berilmu, ketua pemuda plak walaupun kontraktor BESAR tapi x de ilmu!Sape yang malu?
ReplyDeleteShahrul Ihsan ni Adik Shahrul Ikram yang dulu monang Ketuo Pemudo Teluk Komang dengan satu undi yo..!
ReplyDeleteLopeh monang tak buek apo.. samolah tu.
Tak guno satu sen doh budak tu. Kalau di bolo yo laie, alamat NS akan bertukar bendero lah...
ReplyDeletebukan tak tahu,bukan lupa,cuma tak nak ambil tahu saja,pernah dengar satu masa dulu,baru dapat jadi kp bahagian,lepas ni cawangan mana yg nak dibeli dgn rm,kpc panchor tu betul berilmu dan tahu perlembagan umno,dia pun orang lama pemuda umno sbn,tak salah dia dan halim yg mati2 pertahankan shahrul ihsan masa mesyuarat permilihan pemuda umno sbn[ 2008]bila dah menang pecat orang2,rasanya dia dah mula tak kenal lawan dan kawan
ReplyDeleteSape ada kat pantai petang hari jumaat 3-8-2012 haritu buleh nampak macamana ketua pemuda sban mintak nyawa kat dato ishak.Dulu yo macam handal,kata dato ishak sabotaj parti la itula inila. kalau boto handal,apsal mintak nyawa lak, petang tu? Belilah bukan kau duit banyak ko?
ReplyDeleteMana de die kutuk Dato Sahak, kau orang tak dengar ke dalam ucapan penanguhan dia? Malah dia suruh Dato Sahak jadi MP lagi (Usul Pemuda supaya ketua bhg jadi MP) atau usul besok den nak jadi ketua bahagian boleh lah jadi MP. Tapi kalau bahagian Rembau bila ketua bhg jadi MP, Ketua Pemudo Malaysia tu nak lotak mano? Itu pasal mesy pemudo di gantung oleh pemudo Malaysia
ReplyDeleteha ha ha MBNS bolo Badut Sarkas? Agak MBNS ni TOKEY sarkas la!Ateh sikit dar Tokey Funfair!
ReplyDeletewuiih, banyak duit ketua pemuda sban ni. X do ko nak salur sikit ke cawangan2? Dulu orang x tau, sekarang dah tau. Borilah . x kan bori bubur lambuk jo!
ReplyDeleteMemang Sharul ni Ketua pemuda bubur Lambuk. Tahun ni nak tukar status lak. Buat dodol di lenggeng. Nak jadi Ketua pemuda dodol lak!
ReplyDeleteEhsan ado hajat nak jd ketuo bahagian somban lawan sahak gilo tu. Bagus lh ado org mudo lawan situo hampeh tu. Tp duo2 pun samo peghangai.
ReplyDeleteDio nie bukan ketua pemudo bubur lambuk atau ketua dodol, dio nie ketua pemudo Tampal, semua prog tampal org lain punyo lopeh tu claim dio yg buek, kok nak panggil ketuo claim pun boleh yo, buek dodol ketuo caw tak tahu apo2 tibo pasang khemah bawak lagi limo kawah dodol. lopeh tu claim mo MB dah buek prog dodol
ReplyDeleteBubur lambok belia paroi jaya punyo, taruk poster Pemudo Umno, claim pemudo buek. Ronthi an lah buek kojo claim nie ehsan
ReplyDelete1. Claim dodol
ReplyDelete2. Claim bubur lambuk
3. ...........
4 ............
mari kito senarai apao yang telah di claim kek KP seromban nie hah
Dana belia tu siapa yg bantu? Nenek ko ke🤣🤣
Delete3. dongar kobar eh nak claim ketuo belio pun ado, belio mano lak nak jadi mangso nie
ReplyDeleteborak kek sini yo handal eh bang. hahaha. omputeh ckp.. get a life.. kot paham la.. huhu
ReplyDeleteMangkuk2 yg megata ehsan tu.. ape cita skrng? Idop lg ko da mampos..ko da sarung baju lain..letak pemimpin bodo dlm bhgian seremban tgok ape jdi umno seremban🤣🤣🤣🤣
ReplyDelete