Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 17, 2013

Bila nak habis isu Rosmah?

Rosmah telah memberi jawapan skema terbaik dengan skrip tersusun kemas berhubung isu penggunaan jet peribadi keluar negara.

Karangan terbaik itu tentunya hasil pemikiran bersama dan memerlukan beberapa masa menjawabnya (bermula) dari tempoh masa kejadian.

Ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenaran kronologi jalan cerita tersebut yang (kononnya) padat dengan agenda bertaraf rasmi (itu)?

Jika ada tuduhan Rosmah jalan-jalan cari makan atau shopping, mana buktinya? Mana gambarnya? Mana resitnya?

Yang pergi bukan Rosmah seorang, isteri Muhyiddin juga, tapi (hairannya) kenapa isteri Muhyiddin tidak dipersoalkan? Kenapa Muhyiddin yang meluluskan tidak dipersoalkan?

Bila dan berapa lama tempoh masa agaknya Rosmah mendapat tawaran ke sana, hingga pemergiannya seolah (dilakukan) secara tergesa-gesa dan (secara) tiba-tiba hingga satu perancangan lawatan yang tersusun (dan) kemas tidak dapat dibuat oleh pegawai diplomatik dan protokol? Jika rasa tak selamat, di mana tak selamatnya? Atau sebenarnya kurang selesa? Atau sudah tidak bisa?

Kenapa dibiarkan dan membebankan Rosmah sebegitu rupa? Kenapa tergamak kabinet 'mendera' Rosmah? Bukankah isteri seorang PM wajar selalu berada di sisi PM untuk memberi lebih sokongan moral dan ketenangan pada PM?

Dari segi keselamatan, mana yang lebih selamat? Duduk disisi suami atau merayau dan berjauhan?

Kerja-kerja yang Rosmah lakukan bertaraf menteri, jadi adalah wajar dia diberi elaun dan kedudukan sebagai menteri.

Di Malaysia, berapa kali setahun agaknya kedapatan seorang isteri presiden atau isteri perdana menteri luar negara membuat lawatan rasmi ke Malaysia tanpa suami mereka?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) mempersoalkan Rosmah dan keputusan kerajaan adalah satu fitnah?

Selain isu kali ini, sudah berapa puluh kali Rosmah membuat sidang akhbar memperjelaskan sesuatu isu?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) jawatan PM adalah hak peribadi selepas mereka dipilih secara demokrasi dan dilantik?

Adakah semua keputusan kabinet dengan sendirinya sah dan benar bertaraf lawful jika sudah diputuskan?

Jika soalan ini dituju kepada Menteri Tol, tentulah jawapan yang lebih tepat dapat kita dengar..."Jika kita tidak suka Rosmah ini, pilihlah Rosmah lain..."


p/s: Di atas adalah sarcastic menarik Kluangdiamond.

6 comments:

  1. Assalam Bro

    Kalau dah ganti dengan Rosmah yang lain bila cerita Rosmah nak abis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada butui. kalu itu klon rosmah banyak sangat talak abis la ini celita. telima saja itu rosmah memang gila glamer kaki melawa n enjoy kalaoke punya olang. tekit o lebit.

      Delete
  2. lky jumpa rosmah masa datang malaysia. apa mesej sebenarnya? orang umno buat2 tak faham ke? siapa sebenarnya memerintah malaysia? rosmah atau bn?

    ReplyDelete
  3. Isteri PM tu jawatan awam kot? Gred apa pulak?Termasuk keiatimewaan menggunakan jet kerajaan?Tak nampak iklan jawatan kosong seperti tu pun?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    aigooo...sakit pewot baca entri nin.....xder pegawai nak jawab rosmahnya fitnah sbb dia bkn pm...tp die bleh nek jet pm....lawakjenaka pemimpin umno yg lupe diri terlebih suda.......maka terpaksa lah haku heng oun..pas pkr lagi tara guna tara tara....

    ReplyDelete
  5. Maaf ya adik yg pi BUKAN bini MY tp bini2 Idris MPT,, Anifah ML, Tok Pa dan 2 lagi inang2 selain Azalina dan SU RosakMan
    Tak de agenda sbb lawatan peribadi BUKAN rasmi (sh kelentong aje) nk bunyi sdap. Dia yang selak sangat nk tunjuk (inferiority komples of the highest order) dia sgt bijak dan berwibawa!
    Speech pun hanya cakap 25 min then anto surat jemputan PM Qatar untuk TLM 2014!
    Dia kalau tak `quilty' kenapa nak `show-cause letter to `Heat!' Sbb AntDaily highlight jg yang sebenar belaku kepada Ibrahim Azmi back in 2010.
    Kini tengah cacing kepanasan tak bg Najib laki TB jawab dah!
    Dasar pempuan murahan nk menonjol diri - selak hingga terpaksa airbrush muka. Cuba tengok dia dari dekat - even with the botox now! Kaji rupa makcik kampung dia dulu dan terkini dari rambut sampai ke bibir dan kulit umur 62!!.

    ReplyDelete

Blog Archive