Akibat tercabar dengan keletah Mad Hassan, yang perlu warga belia berterima kasih ialah merealisasikan DUN Belia NSDK. Tahniah dan syabas bukan sahaja kepada Mad Hassan (MB) malah kepada Zaiful Bahri (EXCO) yang menjayakan misi besar ini, sesuai dengan iltizam RPBNS II.
Nampaknya, Zaiful jauh lebih baik dan cemerlang daripada Samad Ibrahim.
Kerajaan Khalid Gagap Selangor tercabar lantas mencetuskan Sidang ADUN Muda Selangor yang dipantau selia oleh Speaker Dewan iaitu YB Hannah Yeoh.
Pembuka mata dan arus pembangunan kepentingan belia nampaknya makin terang di Negeri Sembilan, walaupun dengan pelbagai kemelut ketidak bijaksanaan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilannya, yang belum mencapai tahap kematangan profesionalisme. Namun, Presiden MBN NSDK, jauh lebih baik daripada Presiden MBN Selangor (Irmohizam) yang terpaksa membelah tubuh badanya untuk bekerja;
1. Majlis Belia Negeri Selangor
2. Pengerusi LKIM
3. Ahli Parlimen Kuala Selangor
4. Fellow Latihan BTN, JPM (masih diragui wibawanya)
5. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (ontah mano colah yang handal ehhh)
6. Kok ado laei...tapi malu/galak bonar kang
Eloklah, Presiden MBN NSDK tidak menjadi seperti Irmohizam, yang kelak dinanti orang "Biar-biarkan...si luncai terjun dengan labu-labunya"
Selangor sudah jatuh miskin, hingga terpaksa minta subsidi daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek pengurusan airnya. Walaupun demikian, amat malang kerana pengundi Selangor masih buta kayu.
den anak selangor, tapi tak akan mengundi di selangor. pasal undi den tak akan monangkan parti den. orang selangor tak banyak yg celik mato...
ReplyDeleteBukan tak colek bhai.....tp buto.bukan mato yo tp hati pun buto yoo.
Delete