Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 13, 2014

Tanda Tidak Ikhlas

Kata Hikam Syeikh Ibnu 'Atoillah;

"Keinginan kamu agar diketahui orang keistimewaan kamu, (bermakna) menunjukkan ketidakjujuran atau ketidakikhalasan kamu dalam perhambaan kamu kepada Allah."

Allah mengurniakan keistimewaan kepada hambaNya yang terpilih. Ia merupakan rahmat Allah yang harus dinikmati hambaNya yang mempunyai ilmu yang bermanafaat, soleh, zuhud, tawakkal, redha dan cinta kepada Allah.

Bagi hamba yang mempunyai keikhlasan di dalam perhambaan kepada Allah akan menyembunyikan setiap amal dan ibadatnya. Hanya untuk pengetahuan Allah tanpa diketahui oleh orang ramai.



Sahl ibn Abdullah al Tasturi berkata:-

"Sesiapa yang suka makhluk melihat amalan di antara dia dengan Allah maka dia adalah orang yang lalai."



Berkata Abu al Khair al Aqto' r.a.,

"Sesiapa yang suka manusia melihat amalannya maka dia adalah orang riya'. Sesiapa yang suka manusia melihat keadaannya maka dia adalah pendusta."

9 comments:

  1. Kenapa budak2 PAS ni tak sujud pada Lim Kit Siang dan Lim Gian Eng terus? Kan lebih afdal. Sebab tu 2 yang mereka sanjung sangat.

    ReplyDelete
  2. Ikhlas tak ikhlas antara mrk dgn Allah swt, dan bukan kita pun yg bagi pahala. Tak ikhlas rugi diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Barua DAP,DAP buat semua baik, sesama Islam hukum macam-macam jenis yang dikeluarkan. Mungkin berterima kasih kerana Cina undi PAS.

    ReplyDelete
  4. Artikel macam ini pun ada. Apa maksud gambar yang brader tunjuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagitau, Tuan Garu Nik Ajis tak suka solat jemaah!

      Delete
  5. ehhh.... tok guru xnak ajak kengkawan solat sekali ker, xkan dia sorang jer nak syurga...

    ReplyDelete
  6. Geng;
    Memang tabiat puak Lalat Hijau ni suka menunjuk nunjuk.Kat Ipoh dulu Solat berjamaah di tongah jalan dopan office DAP tongah hari lak tu,lopeh tu masa banjir Solat berjamaah dalam air paras lutut macam tak ado surau dokek kwsan tu.Masa demo kek Stadium Merdeka Solat berjemaah dalam tiga kumpulan berasingan,bolihlah diterima tapi kalau berlainan Kiblat tu apo hal....Hipkorit punyo spesia

    ReplyDelete
  7. Sian puak ultras ni. Apa outcome tulisan ni? Bincang soal intuition. Hebat, karya PM.

    ReplyDelete

Blog Archive