Peristiwa menyayat tahun 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, seorang anak kecil dalam dakapan bapa terkena "kipas" helikopter kawalan jauh yang dikatakan terpancung seutas tali tangsi yang "mengikut skrip raptai" tiada dalam kedudukan tersebut. Akibatnya, oleh kerana kepekatan malam, maka takdir Allah, syahid seorang anak kecil dalam dukungan sang bapa.
Terkelu sedan, penganjur yang akhirnya disindir cerca kepada sang manusia yang menyelia premis komBES.
Allah Maha Kaya, diulang tayang kembali dalam skrip jauh berbeza. Syahid seorang pemuda di Pantai Batu 1 Port Dickson di Festival Golak Gadang yang diselia bersama oleh penganjur yang sama. Kini sudah beberapa hari peristiwa insan kerdil tersebut pulang ke alam barzakh.
Dikatakan kepada pencerita, tiada langsung gerak bakti seperti yang pernah ditunjuk secara beriya-iya oleh pasukan Presiden MBN NSDK dan kerabatnya semasa kes budak kecil terkena kipas tahun lalu, berbanding nyawa anak muda yang berakhir di pantai batu 1 baru-baru ini.
Apakah ini petanda tamparan atau pesanan Allah Maha Kuasa kepada festival-festival?
Ajaran Zionis ialah Fun, Food, Fashion, Festival, Funky Fiesta, Sex...(yang super gila babas melampau) hingga lantak le yang lain.
Malam ilmu pada hari Jumaat 16 Mei 2014, mengikut pandangan 20 orang tokoh setempat, tidak pula dicanang dengan baik dan berkesan. Amat menjengkelkan apabila kurang daripada 100 orang saja yang hadir menghayati perkongsian ilmu, yang takdir Allah juo disampaikan oleh Tokoh Belia Negara Kebangsaan 2014, Saudara Jufitri Joha. Apakah ini "piawaian" Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan? Apakah ini "KPi" Wan Salwati sebagai Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan?
Penyewa gerai nampaknya merungut lagi kerana pengunjung hari akhir
tidak seramai hari Sabtu. Mungkin ramai ambil sikap "redha" dek
menginsafi kepulangan jiwa dan roh pemuda kerdil yang syahid di gigi
pantai tersebut.
Inilah implikasinya apabila "air di tempayan dicurahkan dek guruh di langit" atau mungkin impian mereka "ibarat pungguk rindukan bulan".
Semua ini "amat besar" Hikmahnya!!! Bersatulah mencari Hikmah! Makna Hikmah! Kebenaran Hikmah!
No comments:
Post a Comment