
Amir pertama yang menubuhkan kerajaan sebagai wakil Bani Umaiyah di Andalusia ialah Abdul Rahman Dakhil (Abdul Rahman I) yang turut digelar sebagai ‘Sakhar Quraisy’ yang bermaksud Garuda kaum Quraisy. Semasa zaman pemerintahan beliau yang bermula pada 756 Masihi, beliau sedaya upaya menyatukan umat Islam di Andalusia yang telahpun berpecah belah sebelum itu. Ini disebabkan gabenor-gabenor yang dihantar oleh kerajaan Islam di Afrika ke Andalusia sebelumnya tidak memperolehi sokongan rakyat dan tentera Islam. Andalusia pada masa itu bergolak disebabkan ketamakan kuasa dan harta benda. Para gabenor dan panglima perang sibuk berebut pengaruh sehinggakan keadaan ketika itu hampir menyamai zaman jahiliyah dengan wujudnya perasaan perkauman, bersuku dan berkabilah. (Apa bezanya keadaan di Andalusia ketika itu dengan Malaysia hari ini terutamanya kepada bangsa Melayu?).

Kebebasan agama dibenarkan kepada penganut Katolik dan Yahudi, malahan gereja yang sedia wujud di Andalusia sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan. Pusat Zakat didirikan dan orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah terhadap perlindungan yang diberikan kaum Muslimin. Orang bukan Islam dilayan dengan adil dan saksama dan peruntukan diberikan kepada mereka berdasarkan keperluan dan jumlah penduduk mereka. Disebabkan lebih ramai umat Islam di Andalusia pada masa itu, maka keutamaan lebih kepada orang Islam tanpa meminggirkan hak dan kaum bukan Islam. (Sama seperti apa yang kerajaan Malaysia lakukan sekarang. Jadi apa masalahnya?)
Abdul Rahman I telah memperkenalkan keunikan budaya, mempelbagaikan aktiviti perdagangan berasaskan produk pertanian serta wujudnya pelbagai pusat kecantikan (spa, jakuzi, salon dsb). Di bawah pentadbirannya, beliau telah menukar tanah gersang Andalusia kepada industri pertanian yang terkenal. Banyak ladang-ladang dibuka untuk projek pertanian dan antara projek tanaman pada masa itu ialah zaitun, buah delima, orange, lemon, sutera, aubergines, cumin, tebu, badam, coriander (English herbs), padi, kapas, kelapa, inai, woad, madder, kunyit, anggur, buah ara, peaches, apricots dan gandum.
Amir kedua yang turut berjasa di Andalusia ialah Abdul Rahman II yang mengambil alih pentadbiran pada 822 Masihi daripada Amir sebelumnya iaitu Al-Hakam I. Beliau yang turut digelar 'Al-Ausat' (Yang Pertengahan) telah memperkukuhkan apa yang telahpun dimulakan oleh Abdul Rahman I. Abdul Rahman II juga turut menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah akibat perebutan kuasa semasa beliau mengambil alih pentadbiran. Pada zamannya, membudayakan ilmu itu menjadi keutamaan terutama dalam bidang seni bina bangunan (architecure). Beliau turut meluaskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain terutamanya kawasan di bawah jajahan Islam. Lebih banyak ladang-ladang baru dibuka untuk menghasilkan produk pertanian bagi tujuan pasaran. Pelabuhan-pelabuhan baru dan kapal juga dibina bagi tujuan perdagangan dan ketenteraan.

Pada zaman pentadbiran Abdul Rahman II juga, umat Islam turut membina bangunan-bangunan untuk keselesaan penduduk seperti hospital, kedai, rumah kediaman, jambatan dan sebagainya. Kehebatan Andalusia akan dibincangkan lagi dalam penulisan akan datang semasa zaman emas (the golden age of Al-Andalus) iaitu pada zaman Khalifah Abdul Rahman III yang digelar oleh sarjana barat sebagai “The Great Caliphate of Cordova”.
No comments:
Post a Comment