Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 15, 2008

Sekadar Makluman

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan- kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.


Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

3 comments:

  1. bagus betul la ko ni paneh....kasi makluman pun dalam bentuk fakta...tak pernah aku jumpa blog camni...

    ReplyDelete
  2. klu tak boto takkan brani nk g fakta...bkn po skng nie umah no (2) byak g kosong lopeh ramai yang lopeh kuar

    ReplyDelete
  3. Wοw that was strange. I juѕt wrote an increԁibly long cоmment but after I clickeԁ ѕubmit my comment
    diԁn't show up. Grrrr... well I'm not writing all that
    οver аgain. Anyhow, just wanted tο say
    great blog!

    My web site pikavippi
    Here is my website - pikavippi

    ReplyDelete

Blog Archive